5 February 2011

It's Time To Evacuate From Egypt...

Setelah menunggu lama di sini akhirnya hari ini kami bakal dibawa pulang ke Malaysia...setelah internet dah mula berfungsi dan mesin ATM sudah mula boleh keluarkan wang jadi urusan di Mesir ini semakin baik walaupun masih lagi terdapat beribu-ribu pemberontak yang mengganas di Tahrir Square,Kaherah..ada juga rakan-rakan yang tak sabar nak pulang ke Malaysia terus beli tiket walaupun harga tiket melambung naik 2 kali ganda tapi apabila sampai di Lapangan Terbang Cairo mereka stranded di sana sampai 2-3 hari....pelbagai berita kami update dari semasa ke semasa untuk pengetahuan keluarga di Malaysia...persatuan pelajar-pelajar di Mesir ni iaitu Perubatan Cawangan Mansurah selalu update tentang berita semasa dan aturan perjalanan kami dari Mesir hinggalah ke Malaysia...facebook memang kami on9 je setiap masa kerana itu merupakan medium utama kami mendapat berita...penerbangan pertama warga Malaysia ke Jeddah sudah tiba...kami di Mansurah merupakan penerbangan terakhir sampai di Malaysia....tapi tak mengapa sebab kami faham keadaan di Kaherah/Cairo lebih teruk berbanding kami di Mansurah ni...tadi di Mansurah telah ditetapkan pelan evakuasi untuk ke Iskandariah sebelum kami bertolak ke Jeddah Arab Saudi...sepatutnya semalam kami bergerak ke Iskandariah tetapi sebab ada khabar angin mengatakan akan ada rusuhan di Iskandariah selepas solat jumaat maka semua perjalanan terpaksa ditunda ke hari ini...kami dibahagikan kepada 3 kumpulan mengikut kawasan-kawasan rumah kami...aku berada di kumpulan yang terakhir iaitu kumpulan 3...kumpulan pertama bergerak pukul 11.30 malam untuk ke Iskandariah menaiki bas...kumpulan ke 2 pula pada pukul 3 pagi kejap je lagi dan kumpulan 3 pada 7 pagi...semua naik bas untuk ke Iskandariah dulu sebelum ke Jeddah Arab Saudi...cuti di Malaysia pula mungkin sebulan je...hermmmm ni pun tak confirm lagi sebab doktor universiti kami belum mesyuarat lagi dan belum putuskan berapa lama dia nak bagi kitaorang ni cuti...barang semua sudah di pack jadi tunggu masa untuk dipanggil sahaja...harap semuanya berjalan dengan lancar dan aman tanpa sebarang gangguan...so guys this gonna be my last post untuk kali ni...kita jumpa di Malaysia Insyallah...




MANSURAH EGYPT



ISKANDARIAH EGYPT



 JEDDAH ARAB SAUDI



MALAYSIA







*Seriously ayat aku dah makin skema bila tulis blog...sebab dah lama tak tulis maka jadi skema...

*Hari ni berita di internet mengatakan presiden Mesir dah letak jawatan...betul ke..?








7 comments:

aiezhaa said...

moge slamat smpai d mlaysia nanty norh~

qlah said...

qlah doakan moga keadaan akan bertambah baik serta Afiq dan lain2 slmt smpai ke Malaysia.. Amin.. :)

Zefa NorAsmara said...

Semoga dipermudahkan segala urusan dan selamat hendaknya.. amin.

MIEBIZZSHOPPE said...

tipu mane de die ltk jwtn die metting td kt istana presiden") blik cpt!!!

Nurul Shariza Shariffudin said...

trok ke wak kt sane?dgr brite sana sini..mcm takot je..

cik jue said...

semoga selamat sampai ke malaysia....insyaAllah..

fariza zulaika said...

moga selamat sampai ke tanah air..;)