31 March 2012

The Vow Melayu Version

Hye.!!! To all somel-somel readers seklalian. Why the title call melayu version.?! Coz this entry and this picisan blog belongs to orang melayu not orang putih apatah lagi orang hitam. Kihkihkih. Today I'm gonna make short entry while waiting my housemate dalam tandas tengah berak maybe.! And yes me also want buang air kecil and I don't know what to do coz my housemate so very lama in the toilet. So I took this opportunity untuk update short entry. Remember time is gold. Waaaa curlazzz I speaking omputih berterabur.! U olls dah tengok THE VOW.?! Sapa dah tengok mohon cabut bulu ketiak belah kanan. I baru tengok malam tadi alone. Nobody beside me to cuddle-cuddle you know coz it's a romantic movie so mestilah kena cuddle-cuddle dengan someone. So I cuddle myself. Ok tak lawak.! Let's watch the poster first...



Ok don't kiss please. Just stare each other. Me so very the jealous look at this poster.!
Why?! Entah la..hek eleh apekemende la aku type nih.

Ok let me story u guys about this movie. This story based on the true events. Cerita ni pasal seorang isteri yang lupa ingatan sebab accident dengan suami dia. Suami dia pulih seperti normal tapi isteri dia pulak lupa ingatan. Paige lakonan Rachel Mc Adams dan Leo lakonan Channing Tatum. Paige lupa terus dekat husband dia. Kejadian yang dia ingat selepas dia pulih ialah masa dia dekat zaman universiti dulu. Tu merupakan memori akhir yang dia ingat. Pasal husband dia dan kisah perkahwinan dia semua dia terus lupa. So Leo struggle untuk dapatkan ingatan isteri dia balik. Memang payah gua caka sama lu der. 




Tapi pertengahan cerita dah best dah. Tears I dah nak falling down you know masa middle of the story tapi bila tengok eh.! Dah nak habis. I was just like IS THAT ALL.?! Oh c'mon...I DOWNLOAD 1/3 MALAM  cerita ni. Tapi ok la best jugak sebab lain dari yang lain. Eh.! Tadi kau meroyan cakap tak best lepas tu best plak.! For me kalau I jadi Channing Tatum I akan hentak kepala pompuan tu dengan tukul besi empatplohempat kali sebab susah nau nak ingat.... (*waaaa feeling ekau jadi Channing Tatum jap*) .Eh I dah terspeak malay u know. How.?! Ok if u want in english go to google translate okeyh.! Kalau malas hentak kepala kat dinding tigaplohempat kali. Boleh fefeling jap jadi macam pompuan ni. 

Ok I have to go to toilet now. My friend already keluar from the toilet. Gahhhhhhhh woi ape la ko buat lama dalam toilet tuuuu.!



29 March 2012

Apa Yang Lelaki & Perempuan Perlu Tahu

Apa yang lelaki perlu tahu dari sudut pandangan perempuan.

Lelaki perlu tahu :

1- Perempuan ni banyak ragam. Suruh makan garam baru tahu.!

2- Sekali hati perempuan tu tercalar, ia akan memberikan kesan yang mendalam. *hyperbola pompuan ni tau*

3- Perempuan senang fall in love dengan kata-kata manis seorang lelaki *mulai hari ni lelaki kena makan gula dulu sebelum cakap dengan perempuan ye*

4- Tanpa perempuan lelaki tak boleh memiliki zuriat unless kalau laki tu macam Ricky Martin guna surrogate mother.

5- Perempuan kuat cemburu.

6- Perempuan akan meroyan masa PMS.

7- Hati perempuan lembut even dia rock macam Ella atau Lady Gaga..




Sekarang apa pula yang perempuan perlu tahu dari sudut pandangan lelaki :

Perempuan perlu tahu :

1- Memasak (at least buat sandwich dan masal sambal ayam), menjahit (at least jahit kelangkang seluar lelaki yang koyak)

2- Lelaki tak suka perempuan mencarut sebab nanti dah kahwin dia carutkan anak then anak akan carut balik kat keturunan dan ia pun berterusan.

3- Tak semua laki pakai boxer. G-string maybe. WOW.!

4- Laki suka perempuan yang pandai jaga kebersihan diri. Tak make-up tak pa asal jangan bulu hidung terkeluar sana sini dan mulut tak bau macam longkang tersumbat masa banjir.

5- Laki tak suka perempuan asik merajuk dan tacink 24 jam 7 hari seminggu. *mintak clash baru tau*

6- Bila lelaki tu dah jumpa bawak kat mak ayah so lelaki tu serius la nak kahwin.

7- Lelaki tak suka teman perempuan buat window shopping dari satu kedai ke satu kedai tapi tak beli pun. Tengok-tengok je dia kata. Hampeh.!






21 March 2012

Keluar Bersama Makwe-Makwe Cantik.

Hai semua. Malam semalam punya semalam punya semalam punya semalam  I keluar makan-makan dengan 3 gadis sunti. Hover tau skali 3 ghittewww. Actually ada sorang lagi lelaki tetapi dia tersesat dan terlambat. Jadi ni je la yang ada. Disebabkan Jumaat je kami cuti so hari lain kena menghadap muka doktor, so kitaorang decide nak keluar makan-makan sebab dah lama tak lepak sama. Lebih kurang setahun tak lepak sesama. Lama kan, padahal satu universiti je pun. Rumah 2 blok sebelah je. I pun dah lamaaaaaaaaa sangat tak keluar borak-borak, jalan-jalan dekat luar. Asyik duduk rumah. Biasala I kan pemalu. Asal pemalu je muka I, asal muka I je pemalu...hihihi...Phuiiiihhh.


Dah lama tak normalkan diri keluar bersuka ria apabila malam Jumaat tiba bersama temen-temen gue. Tak da apa yang best pun cuma lepak-lepak makan-makan minum-minum air mineral je dan tangkap-tangkap gambar macam orang pelik lepas tu balik. Oh lupa lepas tu borak-borak sikit mengumpat sikit-sikit dah. 


Destinasi nak makan-makan ialah La Dolce Vita. Nama restoran nak gedebommmm je. Duk boleh nak meletops lagi ke pak arab oi. Over tau kau.! Menci ahkak. Restoran ni baru buka. Terletak kat bawah jambatan. So sebelum duduk makan-makan mengumpat semua siap lengkap kena ada insuran nyawa dulu lepas tu kena tepon mak takut apa-apa terjadi ke. Ok I tipu je. Dia kat bawah jambatan tapi sebelah kiri bawah jambatan dekat selekoh corner tepi jalan. Mengerti sekarang.?! Ok dah kelaut. Tak syok kalau entri tanpa gambar ibarat muka je cantik tapi perangai macam Kim Kardashian. Haaaaa pernah dengar pepatah ni.? Tak kan. Hanya disini je dengar pepatah ni.



Let me introduce you to my party people in the clubbbbb..
From left Izni. Ayu in the middle and last Diyana Bulan.



Izni baru beli Samsung Galay Tab. So muka I terjakun sekejap dalam gambar ni sebab tak tahu nak tekan mana bila ambil gambar. Tu jadi camgitu tu.



Borak-borak lepas tu makanan pun sampai. Ah skema ayat.! Ok ngumpat-ngumpat pasal doktor tu baru beli kereta baru la, mak cik kerani Univ layan tak ikhlas la then baru la makanan sampai. Harga makanan kat sini ok la. Sebab tengok harga then bahagi dua. So murah-murah. Arab sini kalau layan  kitaorang cakap kita ni dari Malaysia konfem layan baik sebab dia tahu budak Malaysia banyak duit dan matawang kita tinggi kat sini. 



Desert kat sini memang best kecuali cheese cake dia tak berapa nak kick. Rasa nak kick je chef dia sebab tak bubuh cheese bebanyak. Brownies dia memang sedap sebab siap ada aiskrim kon yang dia terbalik tu.




Sebelum makan kena bergambar dulu. Minah arab yang amikkan gambar ni malu-malu pulak. Penampor baru tau.! Kihkihkihkih...




Ahh matangnya rupa. Lepas makan pun kena amik gambar. Apakejadah nyer semua ritual ni.




Ok lepas makan blah la kan nak tunggu apa lagi. Tolong cuci pinggan, mop lantai kat kedai tu ke.?! Ok tak lawak. Bergambar kenang-kenangan sebagai tanda kami pernah ke sini. Jalan-jalan cari makan punya ayat.




Demikian tamat. Assalamualaikum.

Maaf la gambar hentam keromoh je masuk. Lantak. Asalkan publish jugak hari ni. Kalau tak susun kat draft. Tahun depan baru publish. WTH.?! 

So inilah kisah gue keluar bersama-sama temen gue. Makasih yaaaa sudi baca. Ketemu di lain bulan itupun kalau tak busy nak update. Oh galaknya I update blog 3 kali sehari...Kena rasuk ke haper ni.?! Ok. Bye semua.!~



6 March 2012

Simple and Country Look by Taylor Swift

Lama kan tak update blog. Rindu lettew. Ok tak yah cakap banyak. Bulan Mac ni kita watlek je entri permulaan. So nak menjimatkan masa dan idea supaya tak perlu la nak memerah otak duk pikir entri apa nak buat erk.?! Kita kena work smart. Copy banyak-banyak gambar lepas tu tadaaaaaa jadilah satu entri. Senang kan.! Disebabkan entri sebelum-sebelum ni pasal baju lelaki kurang dapat sambutan maka I tahu ramai readers blog ni perempuan. Untuk perempuan-perempuan cantik sekalian tengoklah baju2 cantik Taylor Swift yang comel dan ayu ni. Kalau nak dijadikan ilham pom boley sebab I suka style Taylor ni. Tak seksi sangat dan cun je sentiasa. So ni special untuk korang-korang yang berjantina perempuan. Take a look.......



Comel kan polka dot. Korang pompuan kan minat polka-puaka ni. Comel katanya.





Baru dapat tahu rupanya dia ni jarang pakai jeans bila keluar rumah. Dia suka style girlish yang banyak pakai dress dan mini skirt. 







Simple and cute je.
Sedap je mata meramas memandang.







Gaya trend terkini gadis-gadis bila bergambar kaki mesti nak bersilang. Barangkali nampak ayu katanya.










Gaya sopan artis Hollywood. Artis Malaysia pun tak sesopan camni agaknya kan.








Tak pakai make-up pun still cantik.
Sebab apa nak tahu tak...???
Sebab dia kan COVER GIRL..hehehehe..








Nampak tak keanggunan dia terserlah bila pakai boots.











Taylor Swift memang suka pakai cardigan dengan boots. Cover lengan. Aurat-aurat. Hahaha. Ok tu je nak bagi tengok. Next time I buat entry pasal celebs lain ye. Apa.?! Ada orang request ahkak Zaiton Sameon.?! Biar betik.! Ok nanti I cari. Dun worry. Nak retro ye. Tunguuuuuu....Kahkahkah



This one is my favourite. Ok dah habis.!
Kan senang. Dah update satu entri. 
See u in next entry.