18 November 2013

Perkahwinan Orang Melayu. Kakak-Kakak Saya Dah Kahwin Part 1

Nampak tak part 1 tu. Maka akan ada lah part 2. Jadi tunggu. Tetiba I menghilang dari berblogging ni kan. Ko bajet masuk blog ni terus hilang macam masuk villa nabila terus hilang tu ke. Ok tipu je. Dan maaflah bertangguh-tangguh entri kahwin ni nak siap. Bajet projek besar. Sampai akak I dah pregnant enrti kahwin dia ni baru nak taip. Nampak tak dia punya cepat abang ipar I ni. Lulz *tetiba sangat*


3 bulan lepas termetrai la ikatan perkahwinan janji sehidup semati u jump i jump antara kakak-kakak I dengan pasangan masing-masing. Kali ni keluarga Hj.Md.Nor dapat menantu dua orang sekaligus. Gelojoh bebenor. Kakak I yang sulung dengan nombor 3 tu dah kahwin. Dak alang dengan dak akak yang kahwin serentak ni. And yes this is our first kenduri kahwin dalam family. I'm sooooo excited and nervous at the same time. Pehal plak kan nak nerves bagai. Jadi 3 hari sebelum dak alang dengan dak akak akad nikah, I pun diterbangkan dengan pesawat khas Etihad untuk pulang ke kampung halaman untuk menyaksikan perkahwinan yang vavavommm ini. Giler tak balik akak ko kahwin kanzz. Walaupun ketika itu exam final semakin hampir tapi itu tidak mematahkan semangat ayah I keluarkan duit untuk beli tiket flight I. Yeszaaaaa.!!!


Gambar pertama ni bajet macam nak nampak edgy and vintage and so Annas Easkey artwork tapi ni sebenarnya pakai henpon Sony Ericsson je sudeyyy. Terlupa u olls nak bawak balik kamera ke Malaysia. Maka camera tertinggal atas almari sebab I ni careless lupa nak masuk dalam hand luggage sebelum flight tu.



Dak alang dengan dak akak. My sisters so prettyyyyy.

Sehari sebelum akad nikah tu tanya dak akak

"Kak ko nerves tak esok nak jadi bini orang dah ni. Ko jangan nangis tau nanti lepas nikah. Cair mekap nanti"

"Nak nerves mendenyer. Biasa je."  Lalu beliau amik bantal dan terus tido =_="



Ni bukan pengantin laki eyh. Ni bapak pengantin pompuan. My daddy ( hermmm daddy lah sangattt walhal panggil ayah je punnn ) tengah baca apa entah lepas tu dak ayah lupa nak pakai cermin mata tu sebab muka macam menilik nasib je tu.




Team yang dah kahwin. Nampak abang-abang ipar I tu. Nampak.? Haaaa sekarang kena panggil bang long dengan bang lang. I dah ada abang sekarang ni. 



Team yang belum kahwin. Yang kiri tu kakak I nombor 4. Sebelah lagi tu dak angah. Yang tengah-tengah tu super single. Ehem.!



Capture the moments.... shwettttt. Adegan-adegan cium dahi tak da eyh. Ustaz Azhar kabo tak leh nak cium-cium ni masa akad nikah. Disunatkan pengantin laki letak tangan atas kepala pengantin pompuan lepas tu baca apa ntah. Nak cium-cium kat tepi bilik, dalam bilik dan kawasan sekitar dalam bilik, bucu bilik dan sebagainya.



Dak alang memang gini kalau bergambo. Tak pernah serius. Credit photo cantik ni dari Fakhruloy Photography. Fakhrul loy ni dak Aloy abang dak Irine Nadia. Alang I ni satu classmate dengan dak aloy ni masa sekolah dulu tu pasal suruh dak aloy shoot picture kahwin dia. Dak Irine plak junior I masa sekolah menengah dulu. Gambar dak aloy tangkap ni memang lawa. Boleh inbox kat fb kalau nak artwork dia.



Ni pic dari artwork afiq volaris melalui camera 5 mega pixel resolution tak berapa high dari Sony Ericson X-Peria. So itu je pics dari camera I. Actually kakak I ada hire photographer untuk wedding diorang but I'm here in Egypt tak dapek soft copy mahupun hard copy apatah lagi medium copy dari mereka. Jadi ni jela pic yang hado. Jadilah kan dari tak da. Wait for part 2 pulak. Inshallah kali ni tak da nak tunggu lelama update. 


11 November 2013

Why I'm Fat. 10 Weight Loss Tips

Hari ni nekad kena jugak update blog. Tak kira walaupun taufan haiyan sanggup ku redahi. Tu baru intro je ok. Tetiba lama tak menulis sekali dah jadi blog kevin zahari enko.! Letopssss. Ni update bodoh-bodoh dulu. Esok lusa inshallah update cerdik sikit. Nak baca, bacalah tak nak baca lantak enko. Ada aku kesah.!

So nak bagi tips turun berat badan dengan cara yang seimbang dan sihat tanpa jamu perapat mak dara.

1- Selalu berjalan kaki. Morning walk, evening walk kat taman pun boleh. Berjalan sambil menghayunkan tangan boleh membakar kalori. Eh mana ada orang jalan tak hayun tangan kan sebab tu basal ganglia punyer kerja dan automatic movements kan.

2- Jangan banyak makan kat luar  sangat. You bukan maria tunku sabri nak pergi survey untuk jalan-jalan cari makan ye. Kalau sebulan tu sekali sekala boleh la. Cuba la rajin memasak kat rumah. Nanti suami bertambah sayang kannnnn.

3- Eat your breakfast. Mat salleh selalu kabo eat your breakfast like a king kan. Memang kalau boleh breakfast tu heavy sikit pun tak pa tapi jangan teralu heavy sampai nak masuk dewan lecture pun kena heret kan. Makan pagi ni penting sebab orang yang suka atau tetiba lapar tengah malam mesti dia tak amik breakfast. Bila kita breakfast pagi kita akan jarang atau lambat lapar masa tengah hari atau petang. Haaaa nampak tak permainana dia kat situ.

4- Makan dalam portion yang sikit. Jadi macam jeniffer lopez. Satuhari makan 12 kali tapi makan dalam portion yang sikit. Kalau nak selamat amik pinggan kecik. Jangan amik pinggan besar sebab nanti kau nak amik sekaligus semua makanan dalam buffet tu kan. Mee kau campur ngan nasi lepas tu ko campur dengan kuih and kalau ada air batu campur pun ko taruk sekali dalam pinggan ko. Ya allah jangan la jadi sebegitu rupa ye. Makan tu tak yah nak macam orang pedalaman tak cukup makan. 

5- Do pilates. Exercise ni baik untuk perempuan sebab nak kasi body mantop. Tak pun sekarang ni zumba dance. Memang best. Try la.

6- Banyak habiskan masa beriadah di luar. Bawak la family jalan-jalan tepi pantai kekat taman ke. Biar ringan sikit kepala hotak tu. Lepas tu kalau ada anak kecik tu boleh main lari-lari dengan dia sambil buat cardio sekali. 2 in 1 punyer exercise tau

7- Build muscle. Bila kita build musscle metabolism dalam badan akan jadi tinggi. It will burn more calories and digestive system akan lebih sihat dan lancar

8- Weigh yourself daily. Dah boleh start hari-hari ukur BMI dan berat badan. Aim your goal every month berapa kilo nak turun. Make sure you achieve your goal and be healthy.

9- Stop drinking soda. Air gas tak elok sebab buat buncit perut. Kandungan gula terlalu banyak. Gula tu nanti akan jadi lemak. Susah nak bakar lemak gula ni sebenarnya. Banyak minum air mineral. Boleh buang tokisn and muka pun makin cantik berseri-seri macam kak tonnnnn.

10- Banyak makan buah-buahan dan sayur. Ni nak bagi satu tips la kan. Kalau boleh masa masak sayur tu takpayah goreng atau rebus. Sebab kandungan vitamin dalam sayur tu kalau kita goreng akan hilang dek suhu yang tinggi masa menggoreng tu. Cara yang paling sihat ialah buat salad macam omputeh selalu makan tu. Pandai-pandai la google sendiri resipi tu kat internet. 

OK SELAMAT MENCUBA DAN SELAMAT MENURUNKAN BERAT BADAN YANG TERLEBIH TU. saje caps lock.!




1 November 2013

Resipi Kuah Kacang Raya Haji

Macam lama je tak update. Macam lama je tak tulis. Macam lama je menghilang. Macam nak kena lempang je. Panggggg doploh kali. It's been a longggggggggggg hiatus in this blog. Dari cuti raya haji lepas nak update tapi tak update. Orang dah halloween and nak sambut thanksgiving dah ni tapi ko baru nak update pasal raya haji khenzzz. Motip nyer u olls sebab malas. Lagipun sekarang ni diri dah makin berusia kan so balik kelas memang penat and tak tahu kenapa energy nak buka lid lappy ni punyer la payah. Memang penat sangat. A lot of things will happend this week. Tapi tu citer kendian. Ni kita nak share satu resipi yang for the very first time I buat and alhamdulilah menjadi.

Masa raya haji hari tu I buat kuah kacang. Memang tak pernah tahu pun nak buat dia camana. Tahu makan je la. So mengagau ko cari resipi malam raya kat internet khennn. Telepon umi kat malaysia bagai mintak resipi. Sebenarnya simple je buat kuah kacang ni. Tak da la payah bebenor *flip hair*

Nah resipi and cara-cara dia.

Bahan-bahan :

1- Cili kering 20 batang
2- Air asam jawa
3- 4 biji bawang besar
4- Kacang tanah ditumbuk dan dibuang kulit. Ikut suka hati la nak tumbuk ke nak guna blend pun boleh.
5- Belacan ( guna sikit je. dalam secubit gituu )
6-  Minyak masak
7- 100 gm udang kering ( ditumbuk )
8- Halia 1 inci
9- Garam dan gula secukup rasa.

Cara nak membuat :

1- Mula-mula panaskan minyak. Lepas tu tumis bawang dengan halia. Lepas tu masukkan cili kering yang dah di blend tadi. Masukkan pulak belacan. Biarkan sampai pecah minyak dulu.

2- Lepas dah pecah minyak, masukkan kacang tanah yang dah di tumbuk tadi. Gaul sampai sebati dan biarkan mendidih sekejap. Lepas tu baru masukkan air asam jawa secawan. Tutup periuk. Lagi lama kita gaul-gaul lagi sedap dan pekat.

3- Dah mendidih kuah tu masukkan pulak udang kering yang ditumbuk tadi. Kacau sekejap. Lepas tu final touch up masukkan garam dengan gula secukup rasa. Garam jangan banyak sangat sebab udang kering tadi dah masin kan. So balance kan dengan gula. Korang modify la sampai sedap kuah kacang korang tu. Dah siap.




Selamat belated raya haji semua and happy 1st 1435 H. Ikhlas dari perantauan di Egypt.
#pray4egypt





2 October 2013

My Obsession Towards Babies

Babies are the most adorable creatures ever on earth. Who doesn't like babies right. They have tiny little hands with adorable and weird attidtude. Not to forget the skin of the babies. Lembut macam kain sutera kat Jackel tau tak.! I suka pegang baby and paling geram bila pegang kulit diorang. Suka cubit-cubit pipi baby sebab macam kuih pau lepas tu lembut plak tu. 

So bila kawan-kawan tanya nak jadi doktor apa nanti.? Dulu mesti cakap nak jadi doktor sakit puan. But then last 2 years my attachment kat O&G department memberikan trauma bila tengok ibu nak mengandung tu macam ya allah teruknya dia jerit nak teran keluarkan baby tu then I terus quit nak jadi doktor sakit puan. Plus dah title pun sakit puan so yang tuan ni menyibuk pasal hal orang pompuan dah kenapa kan. I really suggested yang our government patut beri options kat ibu yang nak bersalin tu especially yang beragama islam supaya diorang pilih untuk ambil doktor pompuan yang sambut baby dioorang tu. Kalau kat egypt ni memang normal delivery doktor pompuan yang buat tapi in special case or c-section doktor laki yag buat. I still remember masa delivery tu mostly ibu-ibu yang mengandung kat Egypt ni masih lagi pakai hijab waktu nak bersalin tu. Tak tanggal langsung tudung tu. Betapa dia jaganya aurat even saat-saat macam tu sekalipun. #Respect.

So my obsessions with baby memang tak boleh dipisahkan. Then I rasa macam nak jadi pakar sakit kanak-kanak since i suka budak-budak and babies. Oh they so cute and adorable. Dulu buat attachment masa kat department paediatrics memang tak beranjak even orang lain dah tukar department tapi i still kat paeds jugak sebab suka pegang baby waktu pagi-pagi masuk hospital tu. Sampai dah bertukar-tukar tempat baby tu aku buat. Dari wad A punya baby dah terletak kat wad sebelah pulak sebab lupa baby tu aku angkut kat mana lepas tu lupa plak nak letak kat mana. Nasib dia ada name tag kat tangan tau. Kalau tak dah boleh buat autumm in my heart 2 egypt version punyer.

Last 2 months i received big news from my sister. She's pregnant. Alhamdulilah. By the way my sisters already married 3 months ago. Nanti entry kahwin kita update ye. Giler punya lama citer baru nak update kannnn. Namapk benau kau pemalas. Thank god finally ada jugak budak kecik nanti dalam rumah tu. Tak sunyi nanti. I'm so happy. So dah mula fikir nak bagi apa ye nama anak buah ni nanti. Gituuuu macam anak kau kan padahal anak buah je pun. I nak anak buah laki since our family lack of boys. So meriah kalau ada anak buah laki kan. Tapi bila tengok Harper Beckham macam ouwwwwwwww so cute. So tak kisah la anak buah laki ke pompuan ke janji dia sihat dan selamat dilahirkan and pray for my sister's health too. Hope she can deliver the baby soon very well. Can't wait for the April baby.!



Auwwwwwww who can resist of this adorable smile rite.?!



Cutesness overload from baby Luca. 



Baby Luca with mommy. Look at the baby not at mommy shorts.!

I bet this last picture makes u drolling and giggle for no reason.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-



Chumellllllll.!!! Dadddy's little daughter. Can't wait to have my own baby. Eh!





30 September 2013

Tips Nak Membeli dan Shopping Secara Bijak

Entri ni tertulis sebab semalam nak pergi beli towel mandi. Dari bulan lepas lagi towel dah koyak. Ni jenis pesen towel dah tahap darurat dah ni. Tutup depan belakang nampak, tutup belakang depan plak terdedah. So memang kena beli baru jugak la ni. So semalam ada masa sikit sebelum maghrib pergi la beli towel kat satu kedai ni namanya Salma Textile boutique. Memang exclusive tempat dia. Nak masuk macam segan plak sebab masa tu I pakai selipar crocs dengan baju selebet je. Tahu tak selebet tu camana. Orang Melaka selalu kabo selebet la lu mat. Alaaaa selekeh la maksudnya. Lepas tu dah masuk dalam kedai tu owner dia peramah jugak la. Sebab I ni malaysian so dia cakap english la walaupun english dia broken tapi ok la at least dia make effort. Cara dia layan pun bagus. Then I pilih la satu towel ni harga dia 70 genih pound. I mintak discount kat dia boleh tak. Then owner dia kata dia bagi I 60 genih pound. Ok la kan. Sebab sebelum tu I ada survey satu kedai ni jual towel jugak la and tilam semua tu. Tapi servis macam sampah. Lepas tu nak mintak kurang segenih pun susah. Kedai dia biasa je. Kat tepi jalan je pun. Dah la tak da aircond lepas tu berhabuk nauzubillah. Harga fix bukan main macam Harrods kat London plak. So meh sini I nak bagi tips sikit shopping secara bijak. Tengok tu intro je dah selonjong.

1- Tawar menawar

Ni tips memang penting untuk semua. Kalau pergi sesuatu kedai tu nak beli barang kita try mintak kurang atau discount. I ni memang ikut jejak langkah umi I. Misal kata owner dia tak nak bagi kurang sikit pun maka ko angkat kaki and blah terus dari kedai dia. Ko tak rugi apa pun. Cari je kedai yang boleh consider dengan customer. Tapi kalau pergi jusco ke tempat-tempat mall tu tak usah la mintak kurang harga kat akak kaunter tu ye. Sebab shopping mall pesen gini harga dia dah memang macam tu. 

2- Customer service

Haaaa yang ni memang I akan tengok jugak ciri-ciri layanan owner/pekerja dia kat customer. Kadang-kadang kan kalau harga kat kedai tu macam mahal tapi owner dia pandai layan customer, kita sendiri pun cair and terus beli. For me worth it sebab dia bagi kita servis tip top and patut kita beli kat kedai dia. Tapi kalau layanan muka pun mencuka je memanjang lepas tu bila customer datang buat bodoh tak layan customer memang tak usah la jejak kat kedai camgini lagi.

3- Suvey harga barang.

This is customers rights. Bila nak berbelanja secara jimat perkara ni memang perlu kita tengok. Sebab kadang-kadang harga kat mall ni mahal sikit 20 sen dari tempat lain kan. Bab yang ni ayah I memang pakar. Dia suka survey harga barang almost kat semua mall Melaka. So I ni memang datang dari keluarga yang bijak berbelanja tau. Hihihi *giggle for no reason*

4- Tak tahu kena tanya

Pernah tak masa kita beli barang tu bila sampai kat kaunter harga dia lain. Contoh la macam beli sabun kan. Tengok harga dia tulis kat tempat sabun tu 4 ringgit tapi bila sampai kaunter jadi 8 ringgit plak. Haaa bab ni memang kena tanya dan persoalkan kat kaunter tu. Sebab ni hak pengguna. Tapi rasanya kat Malaysia tak da masalah kot sebab semua mall sekarang dah ada scanner harga barang tu kat tepi dinding tu. Budak-budak suka main benda tu. I pun suka gak main. Macam best lak main benda tu kan scan-scan barang. Kat mesir ni memang dia jenis tak letak harga kat barang tu. Pemalas. So kalau I musykil harga barang tu berapa memang wajib pergi kat kaunter tu tanya berapa harga barang tu. Arab biasala suka menipu je kerjanya.

Ok tu je stakat ni 4 tips. Tapi kalau ada yang nak menambah sila tambah kat ruangan komen. Ni pun dah rasa penat menulis. Perghhhhh boleh masuk guiness world records dah ni sebab terlampau penat menulis blog. Boleh tak.?! Sapa ada experience shopping online tu boleh la share. Ok bye






15 September 2013

Apa Macam Sekarang Mesir.?

Assalamualaikum semua. Hari tu ada orang tanya macam mana keadaan kat Mesir ni. Nak jawab ok je tak da apa pun serba salah jugak kan. Kang tetiba ada bom meletop balik, sapa yang dipersalahkan.? Blog ni jugak dipersalahkan. Meh kita nak duk citer sikit ok ke tak apa yang berlaku kat sini. Randomly keadaan kat sini dah makin beransur pulih. Keadaan terkawal dan aman especially kat Mansoura. Tapi kat area Cairo, Alexandria dan lain-lain tempat tu tak tahu la plak kan sebab tak berani nak ke sana. Dengar khabar dari sahabat di Cairo masih ada lagi curfew. Jadi tak boleh keluar sesuka hati la. Kalau tak memang kena tangkap masuk lokap. 

Mostly memang banyak pengalaman yang nak kita cerita kat sini sepanjang berlakunya muzaharath (revolusi) hari tu. Sebab I tak balik Malaysia since raya hari tu sampai la sekarang memang duk kat Mesir ni la. Semua berita,pengalaman perang memang dapat tengok live depan mata sendiri dan first time dalam hidup terkena gas pemedih mata walaupun masa tu duduk dalam rumah. Bermacam-macam cerita dengar dari facebook la twitter la, media kat Malaysia lagi dan sebagainya. Ada yang betul dan ada yang tipu belaka. Tapi tak ku heran semua tu sebab kita rasai sendiri macam mana pengalaman revolusi kat Mesir ni. So far kalau ko ikut arahan dari majlis keselamatan negara and tak langgar peraturan kat sini, inshallah selamat. Hidup ni kena ada peraturan kan. 

Malas lah nak cerita pasal revolusi hari tu sebab banyak perkara dah ter-miss and malas nak taip satu-satu pengalaman tu. Biarlah terpahat di dalam otak memori ni sahaja. Oh ayat bahasa melayu kertas karangan spm sangat engko.! Lepas tu dengar cerita ada pulak tawaran dari KPT malaysia ajak siapa nak study medic kat Malaysia kan. Dah dilemma masing-masing. Tapi macam ajak-ajak ayam je kpt ni. Banyak benau syarat dia. Nak tu la kena isi ni la. From my opinion la kan, tak yah la nak sesat sarat barat pergi transfer kredit bagai nak study kat Malaysia. Ramai yang mengimpikan tempat kita untuk study kat oversea ni tau tak.! Boleh merasai pengalaman kat negara orang walaupun negara orang ni ya ampunnnnnnn tuhan je la yang tahu macam mana nak kena deal dengan arab hari-hari. Boleh bawak gaduh tau tak.! 



Hari ni study kat library. Sebab utamanya ada aircond kat library. Sejuk je dapat tidur tadi dalam library. Orang pun tak ramai. Suhu 40 degree kat Mesir ni memang lebih afdhal kalau study dalam library kan. 




Dah habis tidur dalam library, eh silap, dah habis study kat library sebab library tutup pukul 2 petang so suhu masih lagi terik panas kat luar tu kan. Jadi wajib kalau tekak ni kita manjakan sikit. Kalau kat mesir ni memang waktu summer orang suka minum air tembikai. Dapat menyejukkan badan dan tekak. Panas-panas gini air tembikai tu lalu dalam tekak, perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh orgasm tekak I ni. Tapi hari ni special sikit. Mintak kat pakcik tu tembikai yoghurt. Jaga kesihatan katanyerrr. Balik rumah kau tibai nasi dua pinggan khenzzzz.




11 September 2013

Teman Baik Ketika Musim Panas

Tajuk macam intro cerita sin chan kan. So inilah teman baik I ketika summer di Egypt ni. Ye saya masih di Egypt. Tak evacuate pun. Kental kan. Bangga tau I menjadi antara 563 orang pelajar yang masih berada di Egypt. Ok ni bff masa summer. Taraaa.!!!




Doktor suggest suruh pakai sun block masa summer ni sebab nanti boleh dapat kanser kulit kalau kulit terdedah dengan cahaya matahari. So pakailah. Suhu kat Egypt sini dah tak main 30 lebih dah. Ini jam dia main 40 ke atas je. Memang becak ketiak kalau keluar. So pakai deodorant apa pun tak boleh nak atasi dah peluh ni. Conclusionnya semua produk deodorant kat tv tu pelsu belaka. Motip sangat kan dah berapa bulan tak hupdate blog terus bagi tips kecantikan. Masalahnya cantik ke idok.? Ermmmm tak cantik pun macam kak ton tu. It's ok .I'll flooded this blog dengan pelbagai cerita sensasi lagi mehletoppppp.!!! *poyo*




25 July 2013

Berbuka Puasa Dengan Burger 50 sentimeter

Ni entri kelmarin kelmarin punyer. Nampak tak berapa kelmarin kat situ. So kira laa berapa hari dah punyer menu berbuka puasa ni. Dah pertengahan puasa ni malas pulak nak masak. Sebab waktu petang je rumah ni hantu air dah muncul, maka air tak da dah sebab hantu air dah amik semua air bawak lari sungai nil. Jadi kalau nak masak kena masak waktu pagi. Terlioq masak waktu pagi pukul 9 pagi tau tak. Jiran-jiran semua ingat kami tak puasa  sebab pepagi ko dah buat kari kepala ikan dik nonnnnn.

Jadi cara cepat nak berbuka puasa dengan menu yang lahzat, delivery adalah jalan terbaik. Meh la kita call 16799 delivery welatain untuk makan burger 50 CM ni. Dekat sini delivery makanan memang banyak dan servis dia lagi cepat dari ko duk menanguk je kat restoran tu lambat sampai baik duk rumah tepon je delivery lagi senang. 

Kalau kat Malaysia orang sekarang sibuk burger bakar yang lazat tu, tapi sini lagi letoppp sebab burger dia 50 cm. The longer the better. The bigger the better.! Ah dah macam iklan ubat lintah plak khennzz


Memperkenalkan burger Lamborghini 50 cm. Nama dia torbiny burger tapi sukahati I la nak panggil apa pun. Blog I sukahati la kan. Makan sekaligus memang tak habis. Terkejut dengan diri sendiri sebab tak pernah makan tak habis. Untung family I kalau bawak gi makan buffet. Kalau bayor memahal memang tak rugi la. Jadi burger 50 cm ni makan half-half. Lepas habis solat terawih, kita moreh makan burger ni lagi dengan air ribena. Nyums.!

Actually burger ni dah lama dah ada kat sini. Tapi I je baru nak update pasal ni. Ni semua salah revolusi Mesir. *tetiba*


Meleleh sos dia keluar. Telan air liuq je la. Sekarang ni tak berbuka lagi kat Mesir ni. Sabor jap lagi 4 jam nak berbuka. Mak aihhhhhh 4 jam.!!! Burger ni ada macam-macam perisa. Shish tawook, kofta mix grilled, tawarekh mix sauce, BBQ dan lain lain lagi. Yang I punya ni tawarekh. Nama nak macam solat terawih je kan. Tapi sedap sebab sos dia manis-manis pedas and masam. Kalau nak cuba call 16799 tu pun kalau kau kat Mesir. Kalau kat Malaysia, selamat jalan romeo tengok meleleh air liur jela kan. Hiks.!



20 July 2013

Perkara Yang Tidak Membatalkan Puasa Dalam Bidang Perubatan

Assalamualikum. Hari ni nak share satu artikel yang dapat kat facebook. Orang kata sharing is caring, caring is loving, loving is...kau sambung sendiri la kak tonnnn. Yes I read and copy from facebook. Malas nak taip panjang-panjang. Alasan malas ialah "sesungguhnya saya sedang berpuasa". Heeeee

1) Ubat titik mata dan telinga, cuci telinga (earwash)

2) Ubat GTN yang diletakkan di bawah lidah dengan syarat ia tidak ditelan

3) Memasukkan pessary, ovules kedalam kemaluan wanita (vagina), cuci vagina, memasukkan alat speculum kedalam vagina, atau memasukkan jari (oleh doktor/bidan) untuk pemeriksaan (cth periksa jalan untuk bersalin)

4) Memasukkan alat urethroscope ataupun ubatan melalui saluran kencing ataupun irigasi pundi kencing.

5) Menggerudi, mencabut, mencuci gigi, menggunakan miswak (kayu sugi), dengan syarat ia tidak ditelan

6) Injeksi (cucuk) melalui kulit, kedalam otot (intramuscular), sendi (intraarticular), kedalam pembuluh darah (intravenous) kecuali jika bahan yang dicucuk itu mempunyai zat.

7) Menderma atau menerima darah

8) Menerima oksigen atau gas untuk bius

9) Menerima semua bahan yang diserap kedalam badan melalui kulit, seperti krim sapuan, minyak dan sebagainya.

10) Mengambil darah untuk pemeriksaan

11) Memasukkan tiub (catheter) untuk pemeriksaan

12) Memasukkan tiub melalui mulut atau dubur (Endoscopy) untuk pemeriksaan (diagnostic) atau rawatan (intervention).

13) Mencuci mulut, kumur-kumur, spray mulut, dengan syarat ia tidak ditelan

14) Pemeriksaan dalam rahim (Hysteroscopy) atau memasukkan alat dalam rahim (intrauterine device).

15) Mengambil sel dari hati atau organ lain (Biopsy).

16) Menggunakan ubat titik hidung, spray hidung atau inhaler (untuk asthma)

17) Injeksi pada dubur, pemeriksaan dubur (anoscopes) ataupun pemeriksaan dubur menggunakan jari

18) Pembedahan yang memerlukan bius penuh (general anaesthesia), jika pesakit mahu berpuasa.

19) Haemodialisis atau peritoneal dialysis

Rujukan:
IOMS (Islamic Organization for Medical Sciences), The Akademi Fiqh di Jeddah dan WHO, Figh As-sunnah (Sayyid as-Sabiq), dan fatwa dikeluarkan oleh Yusuf Al-Qaradhawi bersama Majlis Fatwa Eropah).

Disediakan Oleh:
Dr Ahmad Zakimi Abdullah



BARU TAHU KOREK TAIK HIDUNG TAK BATAL PUASA. BARU TAHU NI WOI.!!!!




11 July 2013

Puasa Di Mesir

Masuk tahun ni, dah 4 tahun berpuasa kat Mesir. Tapi untuk tahun ni dia punya puasa tu lain sikit sebab sekarang bumi anbiya ni tengah bergelora dan bergolak kan. Tapi alhamdulilah semalam kami kat sini dah start puasa and so far tak da apa-apa yang tak diingini berlaku. 

Sepatutunya start puasa hari selasa tapi mufti dia cakap diaorang tak sempat nak tengok anak bulan sebab bulan merajuk dengan keadaan mesir yang huru hara ni. So diaorang pak sheikh ni kira ikut jari dengan tangan je tarikh sebenar puasa. Hmmmm apa pun tak boleh. Patutnya memang selalu kami di Mesir yang akan berpuasa dulu dari oarang malaysia. Tapi tahun ni sama plak. Ikut jela.

Puasa 16 jam dan ditambah dengan suhu yang panas dan kering kat sini memang dugaan betul. Ditambah lagi dugaan kadang-kadang dengan perangai arab sini. Perghhhh memang menu combo dia kasi nyer. Tapi honestly cakap la kan, puasa 16 jam kat sini memang tak rasa penat dan dahaga. Satu kelebihan la yang ada bila puasa kat sini. 

Seronok sebenarnya puasa kat sini. Sebab diaorang lagi celebrate bulan puasa dari raya. Bila time solat fardhu je memang tak cukup ruang nak masuk sebab penuh semua masjid. Tambah lagi time berbuka puasa, ramai yang ajak kita pergi rumah dia berbuka puasa sama-sama. Tak kira la kenal ke tak kenal ke or baru kenal ke, memang dia ajak berbuka dengan keluarga diaorang. Makanan diaorang memang tak nak kalah plak kan. Ayam setengah ekor tu tu dia suruh kita makan sorang. Tetanjat perot boboi ni mak.! 


Tahun lepas ada jemputan doktor I ajak pergi berbuka rumah dia. Bini doktor tu masak ayam belanda. Memang belanda habis dah perut ni balik rumah. Kedepan je perut ni menuju ke rumah and tak ke masjid dah lepas tu sebab ko dah awal-awal lagi syahid kat atas katil masa orang tengah terawih kan. Harap tahun ni ada lagi makanan free. 

Terawih kat sini memang best sebab hampir kesemua imam kat masjid sini hafiz al-quran. Syok je dengar dioarang baca surah-surah tu masa terawih. Semalam terawih pertama tu sebak jugak la masa imam tu angkat takbir sebab teringat family kat malaysia. Selalunya lepas buka puasa kat malaysia mesti ayah yang akan jadi imam untuk solat maghrib. Lepas tu pergi masjid satu family untuk terawih. Rindu jugak la semua tu. Nasib I saf depan sekali semalam tau masa terawih. Kalau saf belakang rasanya dah banjir surut pukul lima nyonya bangun pagi siram pokok bunga dah kat belakang tu. Dah macam bangla nangis tepi KTM peluk tiang tak dapat balik kampung sebab tiket ketapi dah habis. Lantak kau la bangla.




Lagi satu nak peringat kat korang semua ni la ye. Tak usah la share gambar-gambar makan kat fesbuk ke twitter ke apa yang ko makan masa berbuka tadi. Macam orang tak pernah makan je. Kesian aku tengok la. Nampak sangat ko ni jakun tahap kampung. Hormat la sikit orang-orang lain yang tengah berpuasa dan ko ni pun tak pikir agaknya saudara-saudara islam kita kat palestin tu yang entah dah berbuka ke belum, makan apa pun kita tak tahu diaorang kat sana tu masa berbuka. Ko syok sendiri je post gambar makan kat restoran yang ko 1st time pergi tapi sebenarnya orang lain dulu dah pergi sebelum ko. Sedih sangat kau ni. Better sempena bulan puasa ni ko share la video atau artikel-artikel berkenaan pengisian rohani sikit. Sorry ye puan rohani, saya masukkan nama anda dalam blog ni kejap. Ok sambung balik. So better share la video pasal ilmu agama ke, doa ke atau ceramah ustaz azhar idrus ke. Lagi manfaat dan bawa kebaikan yang mengepost dan yang membaca. Ini tidak, ko pergi post syok sendiri gambar air starbucks ko tu, laksa old white town ko tu kat fesbuk and tak da orang pun like gambar ko tu. Orang tak heran la derrrr. Sedih kali kedua ko ni. Haaaa nampak mood fadilah kamsah i dah datang dah ni tanpa terduga. Fefeling ostad dah ni. 

Ok tu je nak bersyarah setakat ni. 
SELAMAT BERPESTA IBADAH DI BULAN RAMADHAN NI.!!!




4 July 2013

Kari Ayam Masalla Sajian Kasih Rozita Che Wan

Tajuk resipi letop kan. Tercabut bulu mata pelsu hakak rozita che wan kalau tengok entri resipi ni. Sejak lepas tengok masterchef ni beriya-iya nak masak kat dapur. Kira boleh kata hari-hari la masak sekarang ni. Dah fefeling dah ni macam Jamie Oliver masak kat dapur, walhal ko kat dapur potong ayam setengah jam khennn. Tapi tak pa hari ni nak share satu resipi yang I pun sebenarnya first time masak kari masala ni. 


Kalau kat kedai nasi kandar or kedai mamak memang diaorang pakar masak kari masalla ni. So disebabkan ada la mengalir sikit darah keturunan India kat dalam diriku ini maka harapan nak masak kari masalla sambil tutup mata macam mamak sambil nyanyi lagu Shah rukh Khan kat dapur tu hopefully berjaya la ye. Jadi tanpa melengahkan masa lagi marilah kita ke dapur. Kali ni tak pakai paste segera okeh. Sebab hari tu tak sempat nak grab paste kari segera kat Mydin. Ok let's masak u olls.

Kalau kat dapur masterchef kena amik 10 bahan je kan. Tapi sebab I ni bukan masterchef so kita amik lebih dari 10 barang ye...kihkihkih

Bahan-bahan :

1- Ayam satu kilogram. I pakai bahagian kaki dengan dada je ( hero utama hari ni )
2- Mixed spices 
3- Coriander powder
4- Cinnamon powder
5- Lada hitam dan jintan putih
6- Bunga lawang
7- Cumen powder
8- Garam dan gula
9- Serbuk kari daging
10- Serbuk cili baba's
11- Kentang
12- Tomato
13- Kulit kayu manis
14- Santan
15- Bawang merah, bawang putih dan halia

Cara-cara penyediaan :

* Ok first sekali perap ayam tu dengan coriander,cumen,cinnamon powder, garam dan mixed spices selama setengah jam. Lagi lama pun tak kisah.
*Lepas tu amik bawang putih, merah dan halia untuk tumis. Masuk sekali bunga lawang, mixed spices, cumen powder sikit dan juga kulit kayu manis.
Tumis sampai naik bau dan pecah minyak
*Bancuh serbuk kari dengan air panas sikit then masuk dalam periuk and tumis sekali. Lepas tu masuk serbuk cili sikit nak bagi pedas. Lepas tu masukkan air.
*Lepas dah sebati semua bahan-bahan tumis tadi baru masukkan kentang dengan ayam. Bila dah nak dekat empuk masukkan sikit garam dan gula lepas tu last sekali masukkan santan. Korang paham tak ni.?
*Bila dah nak dekat masak tu, blend setengah ulas bawang besar/merah and tapiskan air dia. Lepas tu masukkan air bawang tadi kat atas kari tadi. Ummpphhhhh sedap sampai kedai mamak pun tutup tau.




Upload la sikit. Kang orang tak caye lak kita masak khenn padahal dah berpeluh muih kat dapur ni. Ok yang ni I compile sekali semua pics sebab malas nak upload satu persatu. Disebabkan kat Egypt ni tak da santan pekat macam iklan "SANTAN DAH HABISSSSSSS" monyet pun pergi panjat pokok kelapa, maka I guna santan serbuk je. Tak pekat sangat la kari ni. Tak macam kari Masalla pure punyer. *Baling kari kat mamak, nah mamak hamek kau*




Taraaaaaa. Maka terlaksanalah Kari Ayam Masalla Rozita Che Wan. Hai che ta. By the way che ta dalam masterchef memang lawa la. Terus tetiba minat kat che ta sebab dia sebenarnya kelakar. Kira ok la. Dulu tak amik port gak pasal dia tapi lepas tengok masterchef terus minat sikit la. Tak banyak tau sikit je sebab dia cantik. Walaupun dah 40 tahun tapi body macam 22 tahun 6 bulan tau tak. Mantopppp. Heh dah citer pasal che ta plak lelebih. Orang nak bagi spotlight kat kari I ni. Overshadow plak che ta dalam entri ni. *Baling che ta kat Zain*

Ok tu je nak share hari ni. Puasa pun dah nak dekat so boleh la cuba-cuba buat untuk juadah buka puasa or masa sahur nanti. Walaupun Egypt sekarang dah tunggang langgang tapi masak kita tetapppppp okeh. Malas nak buat entri pasal apa yang berlaku kat Egypt ni. Tak koserrrr I.  *betulkan shades sambil jari kelingking lentik macam Azwan Ali*



P/S : Dua hari lepas kami dekat Mansura ni dikejutkan dengan berita kematian rakan seperjuangan yang sama-sama belajar medik kat sini iaitu suadara Muhammad Firdaus Shani. Sangat terkejut dengan berita kematian rakan yang sama-sama pergi gym, gurau senda bila jumpa. Kematian mengejut disebabkan cardiac arrest. Memang semua macam tak percaya tapi ni sebagai "wake up call" kat kita yang masih hidup ni untuk bersedia sebab ajal tu datang tak kira masa dan menjenguk kita tanpa kita ketahui. Jadi diharap sapa yang baca blog ni mohon sedekahkan Al-Fatihah kat kawan saya Muhammad Fidaus Shani supaya rohnya tenang bersama orang solihin. Insyallah. Al-Fatihah







1 July 2013

Apa Lagi Yang Egypt Mahu.????

Marilah kita mengupate blog yang segan tak mahu, mati lagi la tak mahu kan. Malas sebenarnya nak update sebab rasa macam tak da orang yang baca. Tapi disebabkan bosan yang melanda diri ini, maka update la sikit sambil baring terlentang kat atas katil ni and type satu jari je. Nampak tak malas benor kan. Tak caye. 

Exam dah habis 3 hari lepas. So sindrom lepas exam tak tahu nak buat apa tu muncul. Masa exam kemain banyak dalam otak pemikiran ni nak buat macam-macam kan. Bila habis exam dah mati kutu tak tahu nak buat apa. Jadi tengoklah kat youtube masterchef selebriti musim kedua tu. Waaaaa meletop cerita dia. So download la secara haram kan kat website-website tertentu. Nak tengok online memang hazab la sebab internet kat Egypt ni ikut time dia. Ada time dia laju, ada time dia slow tahap nauzubillah. Memang best sangat and addicted tengok masterchef ni. Tetiba rasa nak masuk ke dapur memasak macam ala-ala masterchef. Semalam dah try masak ayam masak merah. Tapi guna paste jela. Hwahahahaaha. Itu pun lembab and teregeh-hegeh memotong ayam. Setengah jam kau tahu tak aku duk potong ayam kat dapur tu. Fail kalau nak masuk masterchef ni. Tapi sedap la masakan tu. Yela opkos la sedap kannnn. Gila kau tak sedap sebab dah guna paste masak merah maggi. Hehehehehehe.




Well nak update la sikt pasal apa yang berlaku kat Egypt ni negara kurun terawal di dunia ni kan *mata menjeling kat kubur piraun*. Biasala kalau korang semua tengok berita kat tibi tu terutama tv3 , tv2, RTM tu semua duk updtae pasal Mesir ni. Ok la meh sini kita yang duk Mesir ni bagitau sikit apa yang sebenarnya berlaku kat sini. Tarikh 30 jun 2013 dah genap setahun pemerintahan presiden baru diaorang ni iaitu presiden doktor Morsi selepas kejatuhan presiden Mobarak. Alaaaa yang masa tu ramai student Malaysia balik free naik kapal terbang askar tu. Hazabbbbb dek non naik kapal terbang perang tu 12 jam. Sabor jela kan sebab balik free. Ok sambung balik. Jadi semalam dah genap setahun, maka penduduk Mesir ni nak kan perubahan yang berlaku kat negara diaorang ni. Tapi dalam masa setahun ni kurang perubahan yang doktor Morsi ni bagi kat negara ni. So orang mesir ni dia ingat masa setahun tu ko nak bangunkan negara ko yang 40 tahun lebih hancur tu perkara mudah ke. Orang pregnant 9 bulan pun masih susah lagi tau nak tahu jantina baby tu *tetiba tak da kena mengena pun*.



Penyokong-penyokong kuat Morsi sedang berarak ke dataran tahrir.


Maka macam biasala. Diaorang ni tak puas hati. So bila tak puas hati, ko rasa apa yang orang Mesir yang tak berapa nak education tinggi ni buat. DEMONSTRASI laaaaaa. So berkumpul la reramai semalam diaorag ni kat dataran tahrir tu suruh presiden dia letak jawatan. For me, ko bertukor la 500 kali presiden tapi perangai rakyat dia macam ni yang otak letak kat bawah tapak kaki memang tak kemana la negara kau. I think doktor Morsi presiden yang baik. Dia seorang hafiz quran, selalu amik berat pasal negara Islam yang lain contohnya pasal Syria. Memag terbaik la presiden dia ni. Tapi orang-orang yang pembangkang ni yang bukan ikhwanal muslim ni tak suka dia sebab bila dia berucap kat sesuatu majlis dia suka masukkan hadis dalam ucapan dia. WTH kenapa kau tak suka.? Pelik kan orang Egypt ni. Morsi ni memang bagus dalam ucapan dia 2 hari lepas, dia lantang dan berani bersuara secara LIVE dalam TV and sebut satu persatu nama menteri-menteri yang makan rasuah, makan gaji buta, tak buat kerja semua dia sebut sebab dia dah geram sangat. Haaaaaa tu makan dia kan. Orang-orang politik yang suka makan rasuah ni memag tu je ajar dia.

So yang nama-nama naik tula tak puas hati. Pengikut-pengikut depa mai kat dataran tahrir semalam buat protes secara aman.Tapi alhamdulilah keadaan terkawal lagi la walaupun rasa macam tragedi 25 januari 2011 tu macam nak berulang je tapi tak seteruk tu la. Biasa-biasa je. Semalam dalam sejarah semua kedai tutup kat sini, jalan raya memang kosong, kereta semua tak da. Kedai makanan Indon kat bawah rumah I ni pun tutup. Motip ko indon tak nak berniaga.? Dah kaya ke.?! Orang duk pergi protes kat sesetengah kawasan kat Mansura ni. Kami pelajar malaysia semua selamat tak da apa yang berlaku pun. Mesin ATM pun rasanya dah beroperasi macam normal sebab dah 2 hari diorang tutup mesin ATM tu tak bagi keluar duit. Internet semua masih ada. Kira tak da apa la nak risau sangat. Semua baik-baik je.

Hari ni 1 Jun semua kedai dah buka balik, kereta pun dah ada tapi masih lagi sunyi la. Kat dataran tahrir tu still lagi berdemo bagai. Biasala Egyptian kan kalau tak buat protes 40 hari 40 malam tak sah. Ermmmm gasak ler korang kat sana protes tu. Kita kat rumah  ni duk diam-diam pergi dapur masak macam masterchef kan. Ok nak sambung tengok masterchef. Insyallah akan update seterusnya. Itupun kalau ingat. Byeeeee.
Sekian dari saya Datuk Tan Sri Paduka Al-Afiq, pakar analisis politik di Mesir wannabe. Heeeeee xoxo





19 June 2013

Lama Tak Bercakap

Oh hi...Here we go again. Lama tak bercakap kat blog. Macam ada orang je yang baca ni kan. Walaupun blog ni tak sepopular blog papa gomo untuk cari video-video panas pilihanraya mahupun beautifulnara untuk cari cerita artis kahwin cerai dan gambar slip sana slip sini kat red carpet tapi memang dari dulu lagi rasa ketebalan malas nak update tu meninggi. Orang semua dah habis pilihanraya tapi blog tak update jugak kannnnn. Dah 2 bulan rasanya tak update. Nuffnang memang tak masuk la kan duit tu. Sedih.! Well ke-busy-an melanda diri ini dan sekarang tengah exam. Tinggal satu je lagi paper and I'll update here as many as I can. Cehhhh macam manifesto PRU13 gitu. Last-last kena tipu. Eh.?! Ok keep calm and we'll update soon ok.!
 Bye




Oh seperkara lagi. marilah doakan saya bersama rakan lain lulus exam kali ni walaupun written paper macam nokharommm susahnyer. Setiap tahun tukar format je universiti ni. Fening kepala nak deal ngan arab tau. Nak balik Malaysia dan menikmati kehijauan Malaysia. Waaaaa rindu rumah. Sekian.




30 March 2013

Shine Your Way by Owl City And Yuna

Find joy in the ordinary. Really enjoy this music video because Yuna in this MV so. 


The more real you get, the more unreal world gets - John Lennon -

A good life is when you assume nothing, do more, need less, smile often, dream big, laugh a lot and realize how blessed you are.





29 March 2013

Little Cinderella Harper Beckham

It's true what they say...
When One door closes, a shoebox open. 

But for Harper Beckham she might get a lot of shoebox.
I made this entry sebab suka tengok Beckham little daughter yang comel tu macam transetter fesyen budak-budak plak. She got too many shoes and I envy her already. Different outfit with different shoes. Wahh waaa waaa.!



Nike shoes worth of 50 pounds sterling.








Homel sangat. I pernah borak dengan akak I, kalau nanti lepas kahwin dia nak anak pompuan tapi I lagi suka anak buah laki. Tapi lepas tengok Harper ni terus nak anak buah pompuan. Boleh hias-hias macam pokok krismas.






25 March 2013

Senarai Kesyukuran Yang Semua Mesti Buat

Let me tell you now, you’re the lucky one.
Let me tell you now, you’re the lucky one.
Let me tell you now, you’re the lucky one, oh, oh, oh.
And they’ll tell you now, you’re the lucky one.
Yeah, they’ll tell you now, you’re the lucky one.



1- Saya bersyukur dikurniakan keluarga yang cukup. Ayah yang selalu tanya duit belanja ada ke tak even baru 2 hari lepas masukan duit. Nasib dapat anak yang jujur macam I ni. Ehem. Dan Umi yang jadi bestfriend tak kira apa juga situasi selalu melawakkan diri untuk anak-anak dia. And last but not least 4 orang kakak yang ermmmm...ok la best jugak.

2- Saya bersyukur dikurniakan tubuh badan yang sihat. Walaupun muka tak pan-asian ke european mix with meditaraneean ke or wadehell mix with wadeva tapi alhamdulilah mata sihat tak yah pakai spek dah, hidung dapat bau, mulut dapat bercakap merasa, makan etc. Semua cukup sifat sempurna. Syukur ya Allah. Bila tengok balik macam banyak pulak Allah berikan kat kita tapi kita kurang memberi balik kat Allah. So sad.

3- Saya bersyukur walaupun tak dapat pakai henset mahal tapi hasil kerja summer haritu dapat la beli henset canggih sikit. Boleh instag, twitter and all merapu social networks. Boleh hari-hari whatsapp dengan akak I and hantar pics bagai siap rakaman suara umi I nyanyi and etc. 

4- Saya bersyukur dapat study kat Egypt even tempat dia macam apa je and hari-hari kena deal and handle dengan arab yang macam penyangak sangat perangai. Saya tahu ramai tak dapat peluang belajar obersea gini tapi ingatlah "hujan batu dinegeri orang, hujan emas dinegeri sendiri". Rasa macam tu kot peribahsa dia. Lama dah tinggalkan sekolah menengah. Correct me kalau I salah.

5- Saya bersyukur dapat bangun pagi makan pancake dengan madu tanpa hiraukan perkara lain sambil layan modern family sedas sebelum ke kelas.

6- Saya bersyukur dapat pergi gym hari-hari untuk mengeluarkan peluh jantan.

7- Saya bersyukur dapat didikan agama yang cukup dari ayah umi and kakak serta cikgu sekolah. Kakak I garang gila ajar mengaji Quran. 

8- Saya bersyukur lahir sebagai orang Islam.

9- Saya bersyukur dapat beli kasut leather H&M warna brown kat city star hari tu. Sebab kasut I dah kena makan dengana kulat. Attention to myself, next time tak yah beli kasut baldu kalau tak reti jaga. Betul kata abang ipar I la, kasut baldu tak tahan lama.

10- Saya bersyukur Allah bagi hati ni lembut. Kalau nak buat jahat kat orang rasa macam tak sampai hati. Bila tengking-tengking kawan rasa menyesal plak. Lepas tu suara dah crack nak nangis. Booooo

11- Saya bersyukur saya jadi lelaki. Sebab kalau jadi pompuan nak kena pakai bra, kena pikir pasal menstrual cycle and it's so gross, kena pregnant lagi. Arghhh tak sanggup. Kalau laki boleh shirtless kat pantai. Tak yah risau sangat pasal aurat. Alhamdulilah

12- Saya bersyukur dapat rambut yang sihat dan cantik dipuji beberapa kali oleh orang-orang kat Egypt ni. Alhamdulilah diberi kesedaran untuk menjaga rambut sebab dulu memang malas nak jaga rambut sampai dah kaler oren rambut sebab bukan dye tapi rambut rosak.

13- Saya bersyukur dapat tinggal kat rumah yang boleh berlindung dari panas dan hujan. Kadang-kadang bila jalan kat Egypt ni selalu sangat nampak ada orang bina rumah tepi jalan atau dalam bangunan lama pakai kotak dan kayu playwood and tinggal 6-7 beranak dalam rumah yang sempit tu.

14- Saya bersyukur tinggal dan menjadi warga negara Malaysia.

15- Saya bersyukur muka saya ialah muka orang Asia. 

16- Saya bersyukur saya tiada penyakit kronik. Just resdung je.

17- Saya bersyukur ada lagi yang masih klik blog ni. Heee thanks.

18- Saya bersyukur ada orang sayang saya setiap hari.

19- Saya bersyukur anda masih tak bosan baca entri ni.

20- Saya bersyukur ada baju yang cantik dan seluar yang masih muat dipakai. Dalam erti kata lain saya masih tak gemok lagi.

21- Saya bersyukur akhir bulan 5 ni saya bakal dapat 2 orang abang sebab saya tak pernah ada abang dalam hidup ni.

22- Saya bersyukur dapat naik kapal terbang setiap kali nak pulang ke Malaysia.

23- Saya bersyukur doktor-doktor kat Egypt ni tak sombong memberi tunjuk ajar dalam bidang perubatan.

24- Saya bersyukur saya tak pernah dapat doktor yang garang and soal suruh tulis apa-apa dekat depan masa kuliah. Sebab saya takut nak ke depan jawab soalan.

25- Saya bersyukur dikurniakan metabolism yang tinggi dalam badan. Kalau demam mesti sembuh cepat. Saya juga sangat hyperactive masa kecik-kecik. Thank you Allah.

26- Saya bersyukur setiap kali balik Malaysia mesti ayah dan akak-akak belikan baju baru untuk saya.

27- Saya bersyukur tangan saya kecik macam baby walaupun sering diperkotak-katikan oleh coach gym saya serta rakan-rakan yang kurang memabantu mengatakan dan memanggil saya "baby's hands". Ermmm ada aku kesah plak.!

28- Saya bersyukur saya dah pandai masak kari, sambal, sup ayam, goreng-menggoreng, dan goreng sayur atas bantuan skype dan whatsapp dari alang saya.

29- Saya bersyukur dapat bersekolah di sekolah yang tak sama dengan akak-akak saya sebab kalau satu sekolah dengan akak macam tak best. Thanks ayah sebab memisahkan kami. hehehehe.

30- Saya bersyukur dapat masuk Universiti Mansoura yang top 3 dekat Egypt and top 10 di benua Africa.

31- Saya bersyukur masih lagi diberikan kesempatan dan masa untuk update blog.

32- Saya bersyukur akak saya dah nak kahwin sebab nanti akan dapat anak buah yang comel-comel. I love babies.

33- Saya bersyukur dengan body frame dan figure badan saya sebab senang pilih baju and kasut.

34- Saya bersyukur dapat banyak pengalaman dan belajar budaya masyarakat arab kat sini.

35- Saya bersyukur dapat merasa masakan arab kat Egypt ni.

36- Saya bersyukur dapat beli lotion vaseline tadi dengan harga murah kat Egypt ni.


Sangat banyak nak tulis and kadang-kadang kita lupa yang kita jarang bersyukur atas nikmat yang tuhan beri. Bila tengok sekeliling memang jeles dengan apa yang orang lain ada. Kekayaan, kemewahan, kecantikan paras rupa and etc. tapi bila kita tengok orang yang lagi susah dari kita insyallah otomatik kita menjadi hamba yang bersyukur atas apa yang kita ada sekarang ni. Sebab manusia kan tak pernah nak puas dengan apa yang dia ada. Kadang-kadang rasa macam dah berlebihan plak nikmat yang Allah berikan kat kita ni.

Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud :
"Siapa yang tidak bersyukur dengan pemberian yang sedikit, dia juga tidak akan bersyukur dengan pemberian yang banyak. Siapa yang tidak mensyukuri manusia, bererti dia juga tidak mensyukuri Allah. Memperkatakan nikmat Allah adalah tanda syukur, dan mengabaikannya adalah kufur. Berjemaah itu dirahmati, sedangkan berpecah belah itu mengundang azab."
(Hadis Riwayat Ahmad dalam Musnad Ahmad)




19 March 2013

Blackout

Tajuk dah nak sama macam kak Britney Spears punya album dah tau. Lama tak update gini la tajuk gedeboom je nak bagi. Blackout maksudnya tak da elektrik. Sama la keadaannya dengan Mesir ni. Sejak awal bulan lagi dah dia tunjuk taring. Hari-hari blackout. Nasib dah download apps torchlight kat fon. Time baru buka buku muka surat 1 nak ke muka surat 2 tiba-tiba tak da elektrik. Baru je nak jirus air kat kepala dalam bilik air, tiba-tiba tak da elektrik. Meraba-raba sensorang dalam bilik air tu. Sabor jela. Bukan kejap. Lama gak la. Tahu-tahu je tubuh dah ada dekat atas katil je. Bangun tengok jam 3 pagi. Apa nak buat pukul 3 pagi.? Ermmmm scroll beautifulnara la. Keji perangai.!


Kalau bubuh candle gini time blackout memang tak jadi benda la. Buat music video Misha Omar Bunga-Bunga Cinta pun boleh.


Semalam kena food poisoning. Breakfast ingat nak makan pancake je. Ermmm tak kenyang plak. Lepas tu tengok ada 2 keping cheese cheddar dalam peti ais tu. Ambik makan kapit dengan roti. Rasanya dah lama beli cheese tu. Tak tengok plak tarikh expired dia. Bantai masuk dalam perut. Tengahari tu perut dah memulas-mulas. Asik kentut tak henti. Then malam tu masa kat gym, kepala dah pening. Masuk toilet gym terus muntah. Belambak keluar. Warna dengan bau tak boleh tahan. Tetiba teringat macam mana la ibu mengandung muntah tiap-tiap hari. Nasib muntah dalam jamban. Kalau kat luar gym tu, mahu malu 1000 kali sayang malunyer. Mana nak letak muka comel ni. Ce kabo. Ermmmm balik gym tu rasa macam tak habis muntah je. Sampai rumah muntah lagi. Kali ni kaler putih plak keluar. Adoiii perut kena gag reflex ni memang sakit. Terus dah macam-macam diagnosis I buat sendiri. Beli ubat kat farmasi, then dah muntah berhenti. Badan tetiba dedau plak. Rasa nak demam. Telan panadol 2 biji, tidur terus. Bangun ajak kawan gi makan sebab appetite dah ada balik. Sekarang dah ok sikit. Kat sini kena belajar berdikari. Sakit pening semua kena buat sendiri. Tak boleh nak depends kat orang sangat. Semua buat hal masing-masing. Nasib ada kawan baik offer macam-macam pertolongan. Ada jenis bangsa yang tak amik kisah tu, ermmmm lantak kau la sensorang sakit dalam bilik tu. Tengok-tengok je dah kejung jadi mayat kan. So hidup ni tak leh sangat nak depends kat orang lain. Give a man a fish, he will be happy for a day. Teach a man how to fish, he will be happy for the rest of his life. Ok tu je luahan rasa hari ni. Akan diupdate pada masa akan datang...kalau ingat.!


Camgitu la muntah semalam. Tersembur keluar. Perghhh keluar kaler gitu. Rasa pedas-pedas berlada sikit. Tapi lega la dapat muntah.