5 January 2012

Mengambil Iktibar 2 Pelajar Cemerlang di United Kingdom : Siti Fatimah Mukhtar & Nur Amalina

Assalamualaikum semua. Hi guys.! Ni la rasanya tajuk paling panjang pernah I tulis sepanjang blogging ni. I tahu isu ni tengah panas. Hot.! Bagi kita setiap manusia memang tak lepas dari membuat kesilapan. Bukan semua sempurna untuk dijadikan tauladan dan contoh di mata masyarakat negara sendiri. Cerita pasal pelajar perubatan yang study di luar negara memang lateley sangat panas sekarang ni. Semuannya kontroversi belaka. Hot jugak ye budak-budak medic sekarang sebab ramai ingat budak medic nerd dan bosan. Yes I'm referring this to myself sebab belajar luar negara apatah lagi dalam bidang medic ni memang sangat mencabar. Being away from parents and family yang hundreds of miles away memang kena teguh iman. Sekali ia tumbang tak da siapa yang mampu selamatkan kita kat sini.

Ok berbalik kepada tajuk, Amalina dan Siti Fatimah Mukhtar yang dua-duanya bijak pandai dan mengambil dalam pengajian yang sama. Just to remind you people, I buat entri ni bukan untuk membanding-bandingkan mana-mana pihak. Ini hanya iktibar kepada diri kita sendiri dan saya juga. Kita perlu ambil contoh dan tauladan pada dua-dua pihak. Ok apa yang sepatutnya kita contohi dari dua-dua pelajar cemerlang ini. 

1- Hafalan Al-Quran (17 juzuk). Siti Fatimah yang telah menghafal 17Juzuk Al-Quran walaupun berada di United Kingdom malah mengajar rakan-rakannya yang lain mengaji bersama beliau. Do u guys get that.?! See even kat UK negara bukan islam dan penuh dengan pancaroba pun dia still menjunjung Al-Quran tu didada. Alhamdulilah. I ni pun kat Mesir mengaji pemalas. Yes I admit it. Mengaji lepas maghrib je. Itu pun kadang buat kadang tidak. Tapi insyallah 2012 ni I dah pasang niat nak mengaji tiap-tiap selepas solat fardhu. Bukan untuk I sahaja ye, kawan-kawan kalau kat sana nak terapkan niat dan budaya mengaji lepas solat ni pun boleh. Marilah kita amalkan yang terbaik untuk diri sendiri.

2- Jati diri seorang muslimah islam amat jelas kita nampak apabila gambar-gambar Siti Fatimah masih lagi memakai tudung labuh dan berjubah bergambar di hadapan fakultinya. I tabik springg kat perempuan ni. Sebab zaman sekarang ni orang nak urban dan ikut trend je. Siti Fatimah ni pakai jubah dengan tudung labuh kat United Kingdom pulak tu. Lain la kalau kat Mesir ni. Dekat Mesir alhamdulilah masih ramai pelajar medic kat sini memakai baju kurung dan tudung labuh serta jubah untuk ke kelas. So tak risau sangat la sebab ni negara islamic.

3- Amalina mengambil 2 course iaitu medic dan pharmacology. Wow.! Memang genius Amalina ni. Bagus untuk kita contohi terutama dia sebagai orang melayu. Dia buat kajian sambil belajar dengan profesor-profesor dia dekat UK. I yang belajar buku Physiology dengan Anatomy tu pun dah nak mengamuk sebab kadang-kadang susah nak faham. Amalina bakal terbitkan buku dia sendiri dan memang satu pencapaian yang bagus apabila kembali ke tanah air kelak. 
Rasulullah bersabda ; Al-Hikmah (kepandaian) adalah barang yang hilang dari orang mukmin , maka dimana saja ia dapati, dia adalah orang paling berhak terhadapnya [Riwayat Tirmizi]

Jadi 3 perkara yang I kupaskan tu patut kita contohi dari mereka tu. Ada je banyak lagi I nak kupas tapi baik I kupas limau kat tangan kiri I sekarang ni. Oh sekarang musim winter memang kena banyak makan limau doktor I yang suruh. So berkoyan-koyan I pergi serbu kedai buah tadi. Ok enough with my story. So sekarang ni apa yang TAK PATUT kita sebagai masyarakat buat. DON'T DO THIS.!

Hentikan la link-link atau cemuhan kat mana-mana pihak dan menjaja aib orang lain. Kalau dia salah kita tegur dia dan nasihat dengan elok. Bukannya kita mencerca dan berfikiran negatif kat dia. Mana adab kita.? Maksumkan dia. Yang benar tetap benar dan yang batil tetap batil. Jadilah Al-Faruq. Sama-sama kita jaga aib orang lain. Hari ni kita jaja sana sini aib orang tapi akhirat kelak Allah yang jaja aib kita di hadapan jutaan manusia yang lain. Tak mampu tegur tak pa, kita doa je supaya dia bertemu hidayah dan menjadi yang lebih baik lagi di masa akan datang. "Sesiapa yang menutupi kesalahan muslim lain maka Allah akan menutupinya di dunia dan akhirat". (shahih sunah ibn majah, hadis 2078)


Setiap anak lahir dalam keadaan suci, ibubapa akan berperanan besar untuk menjadikannya seperti Yahudi, Nasrani, Majusi atau Islam yang sebenarnya. Ibu bapa derhaka kepada Allah dan anak apabila mengabaikan takrif kejayaan sebenar yang boleh membantunya dan anak di alam dunia ini. Bukan setakat kejayaan atas kertas. Wahai ibubapa telitilah kita dalam mendidik anak-anak dan salut mereka dengan agama. Jangan sesekali dibelikan seluar yang berlubang-lubang untuk si anak gadis, kelak musibah bertambah pedih. Nabi pun bersabda "Jika kamu sudah tiada malu (pasti kamu akan) lakukan apa sahaja".- Zaharuddin. Net

Jadi bukan untuk menuding mana pihak siapa betul siapa salah, kita kena teliti diri kita dan jagalah diri kita ni sebab kita manusia sering lalai dan lakukan kesilapan. Harap dapat jadikan iktibar dan pengajaran di masa hadapan. Ok tu je nak beritahu. Live happily and don't lose faith to ALLAH. Peace yaw.!~ Bai bai.




4 January 2012

Ragam Template Blog

Hi semua. Muka ceria di pagi hari menyimbah cahaya keimanan untuk update hari ni. Saya rasa sangat cool dan gembira sebab dah boleh mengupdate blog seperti biasa dan tidur pun lena tanpa basah di waktu malam. Erk.! As u guys know lately I meroyan sebab blog ada problem. First masalh URL blog. Kejap nak tukar macam tu lepas tu tukar balik kepada asal. Macam pak arab pulak cakap putar belit. Secondly pasal template blog dan make over yang I janjikan hari tu. Well then my HTML dah rosak sebab I pun tak tahu pehal ntah dia nak rosak. I dah try fix as hard as I can. Tapi tak boleh jugak. I dah kenal pasti dia punyer masalah. Problem kat blog ni ialah dia tak boleh letak iklan nuffnang. Sebab bila letak iklan nuffnang kat tepi sidebar ni semua widget lain macam followers, shoutbox, profile tu semua hilang. Pelik tapi inilah kebenarannya. So tak yah letak iklan nuffnang tu. I letak kat header je sekarang ni. Huh apa lagi sila klik. Lagipun letak iklan nuffnang merata-rata kat blog ni pun bukannya nuffnnag nak beri duit kat I. Biarlah I bloggging secara ikhlas ye. Ermmm apa lagi ye. Oh blog ni tak patut macam ni dia punyer rupa sebab I dah design header dan sidebar ni guna adobe photoshop selama 2 minggu just untuk korang semua tapi masalahnya sekarang ni je yang mampu I beri. Jadi back to simple and yang penting cerita I tu sampai di hati anda semua. Suci je kan ayat entri kali ni. Apa yang mampu I letak kat tepi tu ialah shoutbox, so leave your url there and use it wisely, then profile, followers, and bloglists. Tu je basic untuk seorang blogger I rasa right.?! Ok tu je nak update and have a good day everybody. It's still January 2012. Don't mess things up. Keep a healthy life and do take care of yourself. Don't forget to take vitamins and supplement today. Have a good life and may god bless you. See you in next entry. Bai bai.!~


Muka ceria sebab blog kembali pulih. Trust me tangkap gambar sebelah mentol lampu mampu membuatkan kulit anda tampak cerah macam Maya Karin. Yang penting eyebag tetap maintain y' all.


Nota kaki : This is my official URL blog  http://al-afiqanakdaddy.blogspot.com/



3 January 2012

Blog Hancur.! Tolong Saya....

Hello rakat jelata sekalian dan pembaca setia. Ye kamu la yang tengah baca ni. HTML template saya dah rosak. Tengok la blog ni dah jadi hitam, terbakar. Semua dah musnah. Macam mana nak betulkan pun saya tak tahu. Ada sesiapa pandai fix kan HTML.? Suggestion maybe.?! Tangan ni gatal pergi tekan apa ntah lepas tu lupa nk backup template lama so macam ni la jadi rupanya. Penat I godek-godek tapi still error semuanya. Bila nak tambah widget dia tendang, tak bagi tambah widget kat sebelah sidebar ni. Nanti kalau tambah widget lain macam popular pots atau search bar tepi sidebar ni semuanya akan hilang. Buntu saya ni. Buntu tak tidur malam memikirkan permasalahan ni. Penat 2 minggu I siapkan header dengan sidebar tepi blog semua I buat sendiri tapi malangnya kalian tak dapat melihat hasil tangan gatal ni. Sorry. Maaf kerana blog ni cemburu, dengki. Jadi apa I patut buat.? Nak download template baru pun tak boleh. Kalau sesiapa yang pandai baiki blog atau kawan-kawan atau jiran sebelah rumah pakar dalam bidang blogging ni sila tampil ke hadapan. Jangan menyorok atau bersembunyi dibelakang tu. Meh sini tolong saya. Nak buat blog baru memang tak la kan. Entri lelama ni macam mana kan. So apa solutions yang kalian ada sekarang ni.? Cer citer sikit. Inilah masanya anda bersuara. Ok saya tahu pelajar IPT di Malaysia tengah sibuk exam kan. So good luck la kepada semua. Ok berbalik pada cerita I ni. Apa yang harus saya lakukan. Patut ke menyanyi off tune.? Patut ke.? Saya patut buat blog ni simple-simple je. Tak usah nak edit HTML bagai. Ermmmm menyesal pun dah tak guna. So sekali lagi saya perlukan pertolongan kalian. Pleaseeeeeeeee......! Ok sekian terima kasih.


bayangkan la I kengkonon tengah mintak tolong ni sambil buat muka comel.!
plizzzzzzzzzz...!!!



1 January 2012

Afiq Volaris & 2012

Hi semua. Lama tidak kita ketemu ye. Sudah berapa purnama adinda merindui kakanda semua. U olls sihat.? Selamat tahun baru semua. Oh seperti yang dijanjikan 1 Januari 2012 I nak tukar wajah baru kat blog ni kan. So taraaaaaa !!!! ( dentuman bunga api ). Tak da la major changes tapi just tukar sikit-sikit je. Sekadar nak menjamu mata bagi sparkles-sparkles sikit bila buka blog ni. Oh ye lupa nak beritahu. URL blog ni dah tukar tau.! Ni yang terbaru ---->>> http://afiqvolaris.blogspot.com/ . Siapa yang cari blog afiq anak ayah lagi siap dia. I sebat dia. Bantai kat tempat yang banyak lemak tu. Amboiiiiiiii......biasaaaaaa dia. Haaaaaaa biasaaaaaaa  dia ye cari URL blog lama kita tu. Babab kang.! Nama blog pun dah tukar. AFIQ VOLARIS ye tuan-tuan dan puan-puan. Cari I kat Google AFIQ VOLARIS. Jangan cari Afiq Anak Ayah. Contains semua sama just nak mengada-ngada tukar URL dengan nama blog. Kasi u olls senang sikit google nama blog ni. Ingat apa URL blog I yang baru.??? Ni yang baru... http://afiqvolaris.blogspot.com/ Apa nama blog I yang baru.? APA.?! Siapa cakap Afiq Anak Ayah tu.? Siapa ngaku cepat. Nak babab dia kat montot ni. Nama blog I yang baru AFIQ VOLARIS tau. Jangan silap. Ok tu je nak beritahu. Sila la komen cepat. Happy 2012 semua. Mulakan tahun baru dengan azam baru. Tapi I dah malas nak berazam-azam ni. Jumpa nama orang Azam memang ramai la. Tahun lepas kemain I kata "may 2011 brings happines and lots of love". Tapi nan hado je tau. Mencik.! Love ntah kemana, happiness ntah kemana. So 2012 ni just go with the flow je la ye. Apa pun peningkatan dari segi solat dan pendekatan kita kepada sang pencipta Allah mesti kita berazam untuk tingkatkan dari hari ke hari ok. Thanks for reading this entry.




Nota kaki : Entry ini dibawakan khas secara langsung dari kedai makanan segera KFC. Internet tak da. Ok jap nak maki pak arab ni. Next entry insyallah I update elok-elok sikit. Papai.