30 June 2012

Resipi Pancake Doremon Afiq Volaris

Assalamualikum semua. Pagi ni tengok dapur tetiba nampak tepung gandum. Jadi hari ni rajin sikitlah nak update pasal resipi lagi. Waaaa tak serik rupanya nak ke dapur I ni. Bukan apa bosan duduk rumah lepas habis exam ni. So sementara nak tunggu result ni maka I pun mengasah dan menajamkan bakat memasak. Mesti Umi I proud gila khembang kunchup khembang khuncup tengok anak laki dia dah pandai masak. Dulu masak nasi pun nak sukat air guna ibu jari. Kini tidak lagi. Sukat air sambil kira sampai doploh lima kalau beras 3 cawan teknik mudah dan berkesan. Pandai kan.! Ok tipu.

Hari ni I nak gebang kat sini pasal cara-cara nak buat pancake. Sangat la mudah dan senang lepas tu gebu dan memang sedap la. Rugi u olls tak rasa pancake yang I buat ni. Sedap makan masa panas. Rasa dan bentuk dia macam kuih tariyaki Doremon tu. So dengan itu I bermurah hati nak bagi resipi ni. Cuba tau.!

Bahan-bahan untuk buat pancakes. Bukan bahan nak membahan kawan kau. Ini serius ye.!

1- Tepung gandum. ( Ikut sukahati kalau rasa stress nak makan lebih sila bubuh satu pelestik tu )

2- Baking powder satu sudu kecil.

3- Gula kastor satu sudu besar. ( Eh jap korang tahu tak gula kastor tu caner.? Tak tahu gi google )

4- Telur dua biji. ( Dua biji telor.? heh sempat lagi melencong pemikiran ni )

5- Susu segar satu cawan. ( Tapi I guna susu tepung lepas tu bancuh dengan air panas so jadi la susu segar )

Cara-cara membuat pancakes.

1- Korang masukkan je semua bahan tadi kat dalam satu mangkuk besar. Make sure telor tu pukul dulu. Hati-hati ye pukul telor. Jangan sampai terpukul telor lain. Kihkihkihkih. Hey ni entri masakan ke apabende nih.?!

2- Lepas tu kacau semua adunan tu sampai sebati. Jangan ada sampai gentil-gentil. Make sure adunan tu smooth and silky je. 

3- Panaskan kuali. Masukkan satu sudu kecil butter atau mentega atau seumpanya.

4- Masukkan satu sudu besar adunan ke dalam kuali tersebut. Buatlah ikut kreativiti masing-masing nak bentuk apa.

5- Korang kena alihkan pancake supaya masak kedua-dua belah. Jangan lama sangat masak tu sebab pancake ni kejap je buatnya. Ingat jangan buat mensyuarat tingkap kat dapur atau nyanyi lagu One Direction kat dapur sebab nanti pancake hangus siapa susah.? Korang la susah. Hehehe

6- Dah siap masukkan dalam piring cecomel untuk breakfast. Lepas tu pancake ni sedap kalau makan dengan madu atau whipped cream. Sumpah tak tipu. Ular menjalar atas pagar pun ko tak perasan.

Selamat mencuba.!



p/s : Ni sah-sah anak didik chef wan. Masak tak seberapa membebel panjang lebar.!





9 comments:

eddiefadhli said...

pergh! meleleh air liur tgok

blog eddiefadhli

vendoline said...

musim master chef la katekan.hhe

Myra Abdullah said...

hahak..dh ade idea utk breakfast tomorrow =D

Tiara Fazlin said...

nampak sedaaaaap!

sharul izam said...

wah hebat..mesti sodap ni

Muhammad Al-Afiq said...

eddiefadhli : bru tgk kn dh meleleh air liur..cer try buat..

Edy Fee : ada sikit2 tempias la...

miszlalieto myra : yayyy..bgus2 cuba jgn tak cuba..

tiara : nmpk sedak sgt...haha

sharul : belum cuba blom thu..jd sila la cuba

Anonymous said...

wahh, best best!. nak try buat lahh. :D

rara aziz said...

i dtg mansoura pleaseeee buatkan yg ni, bebanyak sket pastu i nk tapau balik cairo..:D hehehe. waaa...asyik share resepii je kann.. :D

vendoline said...

kalau aku maSAK PANCAKE KAT ASRAMA NI...RIUH LA LA 1 ASRAMA.EHHE