27 June 2012

Healthy Tips Water For Life



Amaigaddddd I really enjoy water. !!!

Sungguh teruja pagi ni nak kongsi tips yang sihat bersama pembaca sekalian. Bukan apa ni pun macam spontan nak update. Spontan itu best. Sebenarnya nak update esok tapi tadi masa nak ke bilik air pagi ni air pulak tak da. Memang selalu pun macam ni jadi tak suprise la macam parti hari jadian kalau air kat Mesir ni waktu summer memang selalu tak da. Selalunya air tak da start pukul 1 petang tapi hari ni awal pulak Jabatan Bekalan air Mesir ni kedekut airnya. Dah tu terus update pasal air kat blog. Tetiba sangat kenzzz. Bukan apa nak tengok blog ni berilmiah sikit rather than update merapu jadi marilah kita amalkan tips ni.

Waktu musim panas kat Mesir ni paling tinggi 46 hingga 47 degree celcius la. Dulu first year kat sini dah macam duduk dalam oven. Kena pulak masa tu tengah exam so macam rasa nak study dalam peti ais je. Pagi study kat dalam bathtub malam plak study kat dalam peti ais lepas tu terus tidur dalam peti ais. Mudah kan. Hey korang jangan la percaya tu. Tapi sekarang dah 3 tahun kat sini watlek je watpeace suhu 40 ke atas. Gurun padang pasir tu kitaorang redah je sambil gelek-gelek macam Shin Chan. Ah nampak cerita pasal air sikit je tapi dah melalut lebih. I ni kalau jari-jemari ni kat keyboard mula lettew dia nak menari-nari mengalahkan kerani pejabat kat sekola menaip surat mesyuarat PIBG. 

Ini sebenarnya the best way kita nak minum air. Make sure air yang diminum tu bebas dari sebarang impurities dan juga semut sebab kang asik lupa je memanjang. Ok masa yang terbaik untuk anda minum air ialah pada waktu-waktu yang berikut. :

1- Dua gelas air mineral pada waktu pagi. Lebih bagus lepas bangun je dari tidur tu terus minum air sebab bila masa tidur organ dan badan kita dalam keadaan rehat. Jadi air membantu organ dalaman kita bangun dan segar semula. 

2- Dua gelas air sebelum waktu makan utama. Waktu makan utama tu macam breakfast, lunch dengan dinner. Eh teromputih plak. Sebelum makan tu minum air dulu untuk memudahkan proses penghadaman. Jangan minum air masa makan. Nanti perut buncit lepas tu nasi ko pun tak habis dah memnazir tahu tak. Kesian kat budak-budak Palestin tak dapat makan.

3- Minum air segelas atau secawan bukan sebotol sebelum mandi. Tujuan ni untuk menurunkan tekanan darah tinggi. Siapa yang kepala hangin tu boleh la amalkan ni. Nanti masa mandi tu sejuk je rasa. Tapi I ni sekarang tak mandi-mandi lagi sebab air tak da. Amaigaddd mintak Morsi libas sikit jabatan bekalan air Mesir ni. Stwess tau.!

4- Kalau siapa yang workout tu atau bersenam, mohon minum air segelas atau dua gelas sebelum dan selepas ke gym. Bila kita bersukan badan kita mudah dehydrate. Jadi kalau tak nak badan tetiba kering tinggal tulang masa workout sila la minum air. Wahhhh imagination I ni serupa tengok kartun E.T je.

5- Last sekali minum la air sebelum tidur. Ni untuk mengelakkan dari terkena serangan jantung dan angin ahmar atau bahasa omputih stroke y'all. Tapi jangan kau taler satu jug air tupperware tu, nanti kencing malam susah plak kan. 

Wah artikel kesihatan tulisan Afiq Volaris Water for Your Life berkongsi bersama gitu. Cecewah.! Tapi minum air tu memang baik tak kira la bila-bila pun.Terutama sekarang musim panas kan. Jadikan air mineral teman karib anda dan jangan lupa tulis as minuman kegemaran dalam biodata bila kawan mintak tulis dalam buku biodata mereka. 

Make sure sebelum pergi jalan-jalan ada sebotol air mineral dalam beg tangan untuk wanita dan sebotol air mineral dekat tangan bagi lelaki supaya nampak macho dan healthy sikit ye dok.! Air mineral ni boleh gak guna kalau tengah-tengah jalan tetiba anak ko nak kencing so berhenti la kat tepi hutan simpan tu membuang apa yang perlu dan air mineral tu boleh digunakan untuk membasuh apa yang perlu. Hah dah disgusting plak citer pasal air ni. Share with your friends and family. Thanks for reading.! Bye

P/S : Dah habis taip satu entry panjang lebor pun air masih tak da. Acaner nak mandi ni. Tayamum keeeee.???  =_="




5 comments:

eton said...

air tu sgt penting dalam hidup.. kan3.. header baru nampak.. hehehe

laskar pelangi said...

Hohoho..Ni tak mandi, mesti busuk je kan? Heee

kura said...

sy memang suka minum air. wuh!

Muhammad Al-Afiq said...

eton : yup air sgt penting utk survive...eh ingat tak pasan td header bru..kihkihkih

laskar pelangi : eh mana ada bau..biasa2 je la..hahaha

kura : good..keep it up.!

vendoline said...

aku minum setiap kali namp[ak botol air.hahahaha besar giler botol air kat bilik..maklumlah perlis kan panas