Dah pandai bagi tips seyh (gaya orang Johor cakap)...ok this time I want to give some tips that you guys boleh guna jika ke tempat sejuk atau berada di negara yang mempunyai iklim musim sejuk macam di Egypt ni...hari ni je dah 6 degree celcius...semua dah beku...gigi terketar-ketar cakap sampai kawan sebelah pun tak faham apa yang kita cakap then dia cakap "what the","what the"..??...tangan nak menaip pun guna glove dalam rumah...mulut jangan cerita la keluar asap macam baru lepas gian hisap rokok...kalau yang perempuan tu pakai stoking,baju berlapis-lapis sampai yang kurus boleh nampak gemuk,pakai glove dalam rumah macam orang baru pantang bersalin pulak...walaupun belum sah menjadi seorang doktor bertauliah tapi doktor ataupun pensyarah dalam dewan kuliah tadi ada bagi sikit tips pada musim sejuk ni...sayang betul doktor ni kat anak murid dia...so apa tips-tips yang berguna...ye tuan-tuan dan puan-puan dah ambil kertas dan pen untuk mencatat....
1- Amalkan minum minuman yang panas seperti teh panas/hot chocolate/kopi panas...so suis peti ais boleh mula tutup sekarang...
2- Mandi guna air suam...elakkan mandi berulang kali dan terlalu lama sebab nanti ada housemate kau yang kelas pukul 9 pagi lambat pergi kelas sebab tunggu kawan dia dalam bilik air main air...
3- Pakai pakaian yang tebal dan selesa...so this is a very good time untuk mengayakan pakaian winter collection korang...
4- Rajin basuh tangan untuk elakkan sebarang jangkitan kuman...
5- Amalkan pemakanan yang sihat seperti ambil buah-buahan yang kaya dengan vitamin C seperti limau...selalu jadi kambing yang suka makan sayur...nanti kulit jadi cantik dan segar...
6- Tingkatkan pengambilan makanan yang kaya dengan protein dan carbohydrate tapi tidak berlebihan sebab nanti habis waktu winter je badan jadi gemuk...so ikut pandai-pandai la bajet makan tu...
7- Jadikan air suam best frend anda...ke mana pergi kena bawa best frend tu...ni untuk merembeskan toksin dan mengekalkan suhu badan..
8- Lazimi senaman ringkas...waktu winter ni bukan alasan untuk malas bersenam dan duduk tidur je dalam comforter yang tebal tu sampai susah nak bangun pagi ke kelas...
9- Bergerak dalam kumpulan dan duduk rapat-rapat apabila keluar beramai-ramai...badan manusia mengeluarkan haba...ni la masa untuk bergesel-gesel jasmani bersama-sama rakan taulan...but boys jangan ambil kesempatan pula nak mengada-ngada bergesel-gesel with girls...
10- KECEMASAN...!!! kalau tangan dah sejuk sangat sebab kau malas nak pakai glove (padan muka) terus je rendam tangan dalam air suam...ni dikenali sebagai frostbite iaitu keadaan di mana tangan/hujung jari/cuping telinga bertukar menjadi biru...kawan-kawan jangan takut untuk tolong kawan yang kena frostbite sebab mereka bukan bertukar menjadi HULK....
Sumber : Doktor kuliah saya yang kacak bergaya bertali leher hijau berkemeja oren...just imagine..
No comments:
Post a Comment