4 July 2013

Kari Ayam Masalla Sajian Kasih Rozita Che Wan

Tajuk resipi letop kan. Tercabut bulu mata pelsu hakak rozita che wan kalau tengok entri resipi ni. Sejak lepas tengok masterchef ni beriya-iya nak masak kat dapur. Kira boleh kata hari-hari la masak sekarang ni. Dah fefeling dah ni macam Jamie Oliver masak kat dapur, walhal ko kat dapur potong ayam setengah jam khennn. Tapi tak pa hari ni nak share satu resipi yang I pun sebenarnya first time masak kari masala ni. 


Kalau kat kedai nasi kandar or kedai mamak memang diaorang pakar masak kari masalla ni. So disebabkan ada la mengalir sikit darah keturunan India kat dalam diriku ini maka harapan nak masak kari masalla sambil tutup mata macam mamak sambil nyanyi lagu Shah rukh Khan kat dapur tu hopefully berjaya la ye. Jadi tanpa melengahkan masa lagi marilah kita ke dapur. Kali ni tak pakai paste segera okeh. Sebab hari tu tak sempat nak grab paste kari segera kat Mydin. Ok let's masak u olls.

Kalau kat dapur masterchef kena amik 10 bahan je kan. Tapi sebab I ni bukan masterchef so kita amik lebih dari 10 barang ye...kihkihkih

Bahan-bahan :

1- Ayam satu kilogram. I pakai bahagian kaki dengan dada je ( hero utama hari ni )
2- Mixed spices 
3- Coriander powder
4- Cinnamon powder
5- Lada hitam dan jintan putih
6- Bunga lawang
7- Cumen powder
8- Garam dan gula
9- Serbuk kari daging
10- Serbuk cili baba's
11- Kentang
12- Tomato
13- Kulit kayu manis
14- Santan
15- Bawang merah, bawang putih dan halia

Cara-cara penyediaan :

* Ok first sekali perap ayam tu dengan coriander,cumen,cinnamon powder, garam dan mixed spices selama setengah jam. Lagi lama pun tak kisah.
*Lepas tu amik bawang putih, merah dan halia untuk tumis. Masuk sekali bunga lawang, mixed spices, cumen powder sikit dan juga kulit kayu manis.
Tumis sampai naik bau dan pecah minyak
*Bancuh serbuk kari dengan air panas sikit then masuk dalam periuk and tumis sekali. Lepas tu masuk serbuk cili sikit nak bagi pedas. Lepas tu masukkan air.
*Lepas dah sebati semua bahan-bahan tumis tadi baru masukkan kentang dengan ayam. Bila dah nak dekat empuk masukkan sikit garam dan gula lepas tu last sekali masukkan santan. Korang paham tak ni.?
*Bila dah nak dekat masak tu, blend setengah ulas bawang besar/merah and tapiskan air dia. Lepas tu masukkan air bawang tadi kat atas kari tadi. Ummpphhhhh sedap sampai kedai mamak pun tutup tau.




Upload la sikit. Kang orang tak caye lak kita masak khenn padahal dah berpeluh muih kat dapur ni. Ok yang ni I compile sekali semua pics sebab malas nak upload satu persatu. Disebabkan kat Egypt ni tak da santan pekat macam iklan "SANTAN DAH HABISSSSSSS" monyet pun pergi panjat pokok kelapa, maka I guna santan serbuk je. Tak pekat sangat la kari ni. Tak macam kari Masalla pure punyer. *Baling kari kat mamak, nah mamak hamek kau*




Taraaaaaa. Maka terlaksanalah Kari Ayam Masalla Rozita Che Wan. Hai che ta. By the way che ta dalam masterchef memang lawa la. Terus tetiba minat kat che ta sebab dia sebenarnya kelakar. Kira ok la. Dulu tak amik port gak pasal dia tapi lepas tengok masterchef terus minat sikit la. Tak banyak tau sikit je sebab dia cantik. Walaupun dah 40 tahun tapi body macam 22 tahun 6 bulan tau tak. Mantopppp. Heh dah citer pasal che ta plak lelebih. Orang nak bagi spotlight kat kari I ni. Overshadow plak che ta dalam entri ni. *Baling che ta kat Zain*

Ok tu je nak share hari ni. Puasa pun dah nak dekat so boleh la cuba-cuba buat untuk juadah buka puasa or masa sahur nanti. Walaupun Egypt sekarang dah tunggang langgang tapi masak kita tetapppppp okeh. Malas nak buat entri pasal apa yang berlaku kat Egypt ni. Tak koserrrr I.  *betulkan shades sambil jari kelingking lentik macam Azwan Ali*



P/S : Dua hari lepas kami dekat Mansura ni dikejutkan dengan berita kematian rakan seperjuangan yang sama-sama belajar medik kat sini iaitu suadara Muhammad Firdaus Shani. Sangat terkejut dengan berita kematian rakan yang sama-sama pergi gym, gurau senda bila jumpa. Kematian mengejut disebabkan cardiac arrest. Memang semua macam tak percaya tapi ni sebagai "wake up call" kat kita yang masih hidup ni untuk bersedia sebab ajal tu datang tak kira masa dan menjenguk kita tanpa kita ketahui. Jadi diharap sapa yang baca blog ni mohon sedekahkan Al-Fatihah kat kawan saya Muhammad Fidaus Shani supaya rohnya tenang bersama orang solihin. Insyallah. Al-Fatihah







No comments: