1 June 2012

Resipi : Daging Masak 3 Rasa Afiq Volaris Style

Kihkihkihkihkih.....

Apa ni masuk je perenggan pertama dh gelak macam tu. Ingat comel.?! Ok hi semua. Hari ni selepas dah 2 paper settle baru la nak update blog. Next paper 18hb ni. So hari ni update sikit la kan. Follower pun dah 3 orang lari. Apepasal entah diaorang lari.?! Nak kahwin lari keeeeee. Baiklah entri lepas exam kenalah entri memasak. Tetiba sangat.! Debor rasanya nak up entri masakan ni tau. Ya Allah dia punyer debor macam telur dihujung tanduk tau tak. Ye la I tak reti sangat masak ni. Pernah sekali masa duduk kat Egypt ni I rebus daging sampai daging tu hitam legam macam warna kulit askar Sudan. Lepas tu satu rumah berasap. Kau mampu rebus daging macam tu.

Ok tanpa membuang jam tangan dan jam dinding apatah lagi jam loceng Hello Kitty tu meh kita masuk ke dapur. Hari ni nak share resipi DAGING MASAK 3 RASA. Eh ter-caps lock.! Bagi yang tak tahu tu meh kita cuba. Especially kepada kakak sulung saya yang dirindui di sana tu. Khas untukmu. Let's go.


Ok step pertama kenalah keluarkan daging dulu dalam fridge. Ce cari daging. Ni konon-konon kita main cari barang tersembunyi la. Boleh tak.?! =_="

Ni ialah bahan-bahan yang diperlukan.

1- Daging ( dipotong dadu atau hexagon kalau rajin )
2- Cili yang telah dikisar
3- Paste tomato
4- Bawang merah
5- Bawang putih
6- Halia
7- Sos tomato dan dua sudu sos cili
8- Sesudu air asam jawa. ( kat Egypt takda asam jawa jadi I gunakan air limau )
9- Garam
10- Gula


Mula-mula rebus daging dulu. Ingat rebus daging dibawah pengawasan yang rapi takut daging jadi kulit askar Sudan lagi lepas ni. Ok peringatan ni untuk I je.

Lepas daging dah lembut kita ke kuali satu lagi pulak untuk menumis.

Ni cara-caranya. Dah ready pen dan  kertas.? Check dulu pen tu ada dakwat ke tak.?



Ok memula kita tumis bawang merah, bawang putih dan halia sehingga naik bau yang sedap untuk dibau. Jangan kentut semasa memasak ye takut menggangu sistem pernafasan dan rasa masakan kita nanti.
Lepas tu masukkan cili yang telah dikisar tadi.




Kemudian masukkan pulak paste tomato, air asam jawa, sos cili dan tomato tu sekaligus. Dah tuh korang gaul-gaul la dulu dengan sudip bagi bahan-bahan tadi bergaul mesra didalam kuali tu. Dah bermesra-mesra bahan-bahan tadi masukkan pulak daging. 




Lupa nak kabo kat bahan-bahan tadi. Kalau nak nampak masakan tu ala-ala chef wan punyer masakan, I tambahkan sayur dalam tu. Jangan lupa masukkan garam dan gula ikut rasa tempatan. Kalau nak manis buh sekilo gula kan. Bila daging dah empuk tu kita tutup api dan sedia untuk proses yang dinanti-nantikan.


Ceduk nasi yang panas tu, duk depan laptop layan hindustan...ngap..ngap..ngap..eh tak sedar dah 3 kali nasi pinggan I tambah. Bakal mak mertua lalu pun tak sedar. Ingat Kajol la tadi.

Ok selamat mencubaaaaaaaaaaaaaaaaaa.!!!











4 comments:

Anonymous said...

nice...boleh cheq cuba kat rumah nanti..:D

Nurul Ainaa Che Anuar said...

doktor yang ajar masak :')

laskar pelangi said...

phewitttt! pandai masak rupanya =D

Anonymous said...

wahh, sedapppnyaaa! hee