17 November 2012

Majlis Pertunangan Orang Melayu Kakak Saya

Hi guys. Do you still remember the last 2 post before this. Tajuk dia E-Day. Kalau tak jumpa scroll bawah. Kalau dah jumpa scroll balik atas dan teruskan bacaan anda. Kalau siapa yang tak jumpa tak boleh masuk sekolah asrama penuh lepas PMR ni. *ni sangat tetiba kan* Hari tu dua orang akak kita bertunang. Bangga tau akak bertunang siap update dalam blog kan. Ye I tahu ramai silent reader tengah tersengih baca benda ni. Ehem.! Jadi bila dua akak bertunang haruslah kena balik kan u olls. Giler kau tak balik akak nak bertunang. Mana tahu mungkin kau sekali bertunang kan. * ini lagi random * kihkihkihkih.

Jadi dengan senyap-senyap I balik la ke Malaysia menaiki pesawat enjin senyap iaitu kapal terbang. Eh ! Ada ke kapal terbang bising.? Maaflah ye penduduk kampung, datuk bandar, pegawai-pegawai kerajaan serta ahli-ahli majlis daerah yang I tak bagitahu yang I nak balik sebab memang kali ni macam busy  dan cuti pun sebulan je dan kali ni memang nak spent time dengan family je. I jadi busy tau bila akak I nak bertunang. Mahu tak busy sebab I jugak la jadi penanggah cuci pinggan mangkuk, basuh cawan, periuk belangga bagai. I jugak la jadi tukang cantas pokok sireh kat rumah nenek I tu, then I jugak la jadi tukang gubah hantaran dan jadi make-up artis akak I. Ok yang last tu tipu. Saje senanyer nak bagi korang macam waaaaaahhhhh gitu sampai ternagangga mulut besar-besar.

Bila tengok akak I bertunang rasa macam waaaaa macam I nak kahwin terus. Nampak tak permainan dia kat situ siapa yang gatal lebih sekarang. It was such blessing moment bila tengok dua orang kakak I dah jadi tunangan orang. Sedih pun ada jugak tapi next entry kita cerita lain plak. Yela nanti kalau campur entri nak cerita pasal sedih akak dah bertunang semua kau nak campur sekali dalam satu entri tak ke macam karangan SPM lonjong semacam je nanti. Kau ni dah kenapa lama tak update blog jadi gigal semacam plak kan. So kita cerita pasal akak kita tunang je. Majlis pertama mestilah akak sulung kan. Akak kita ada 4. Engkorang yang membaca ni ada ke 4 akak.? Haaaaa nak nanes la tu siapa yang tak da 4 akak tu. Kejam kan I. Memang sengaja tulis cengitu. 


Ni la tunangan orang tu. Berdarah manis gitu orang tua-tua kata kalau dah bertunang. Bluwekkkkk sumpah rasa macam nak tertelan khalkum I ni tengok I tulis cenggitu. Majlis yang pertama buat awal bulan so akak I yang nombor tiga tu bertunang akhir bulan. Sengaja buat asing-asing sebab nak suruh sedara mara datang exercise ke rumah I banyak kali. All the simple pelamin and deco anak beranak buat sendiri. Tengok raut wajah akak I kat atas berseri-seri tak terperi.



Orang melayu cara bertunang macam ni la. Bincang-bincang dulu and kenal-kenal sesama family members. Lepas tu tetapkan tarikh nikah semua and all the hantaran punya duit. Waaa suka ayah I. Just so you know maybe ada pembaca blog I ni orang india ke atau orang cina ke that's why I have to mention all the procedure kalau melayu bertunang kan. All the hantaran semua alang I yang buat. Thanks mak ngah and mak uda for provided the dulang hantaran.



Click.! Sweet moment 1. Lepas ni sweet moment 2 plak kat bawah. Alaahaiiiii so sweet.!



Happy happy joy joy joy.! Engkorang nampak tak sapa yang macam hover bila bergambar tu. Ni semua sepupu perempuan I. Semua single-single belaka sebab kakak I ni la cucu sulung perempuan pertama yang bertunang. Ok fine I keluar.



Keep calm girls and shoot.! 1,2,3 cliche moment betul.!



Haaa ni semua sepupu lelaki plak. 



Lama tak tangkap gambar adik beradik macam ni. Sebab selalu time raya bila dah habis sembahyang raya semua serbu meja nak makan rendang dengan kuah lodeh la. Candid sangat. Thanks kak lang okie sebab tolong tangkap pictures tunang akak kita. Gambar-gambar atas ni semua akak sepupu I yang tangkap. Siapa yang curi, I tangkap dia masuk dalam kamera.

So dah habis majlis bertunang akak I yang sulung tu. Now akak I nombor tiga plak bertunang. This event buat akhir bulan. A day after my birthday. 



All the makeup semua sepupu dengan adik beradik je yang buatkan. See how save we are. Simple tapi tetap meletops.! Kau mampu.?



Pak long I ni memang pandai la bab menghos kan majlis bertunang ni. Salute la pak long. Seronok tau majlis macam ni. Small, private simple tapi meriah.



Sweet moment 2. Alahaiiiii comel la alang I dalam picture ni. Susah nak pilih gambar kau yang cantik la lang sebab semua gambar kau buruk. Kahkahkahkah.! Just kidding. Kejap lagi mesti dia post kat wall fb I. Matila aku kena maki lepas ni.



Happy joy moment.! Tak tahu nak describe macam mana lagi. All the courtesy of this pictures I yang tangkap masa bertunang alang I. Siapa curi pics I ni siap la dia. I tangkap masuk dalam sarung kamera orang tu. Fuh finally habis update satu entry bergambar colourful dari afiq volaris. Satu pencapaian yang hebat. Clap clap clap.! 

Alhamdulilah doakan semuanya berjalan dengan lancar tahun depan. Insyallah amin dua pengantin sekali naik pelamin. Bakal abang ipar I tak boleh tunjuk sekarang. Nanti kita cerita next entry. Saje je nak bagi korang curious gitu. Walhal tak da apa pun yang suprise. =_="

Congrats akak and alang. We love you.!











11 November 2012

Alasan Sebulan

Eh.! Afiq update blog hari ni. Macam suprise tak suprise gitu. Rasa bangga gila tak update sebulan. So many obstacle and protokol nak update blog ni tau tak. Bila nak update je, umi panggil suruh pergi kedai beli cili kering. Time nak update je mesti cerita Mimipi Cinderella kat Tv3 tengah bersiaran. Time nak update je internet pulak tak da. Harap semua masih mengenali la ye blog ni. Jangan buat-buat lupa. Siapa lupa sila makan tupai *tetiba sangat*. But the main reason I tak update blog selama sebulan sebab ni la....




Waaaaa obes gituuuu..Do u guys still love me.??? Baru sebulan lebih duduk Malaysia dah jadi macam ni. Kalau 3 bulan mesti dapat kalahkan Adele time dia pregnant kan. Menempel lemak dengan gam gajah dan rupa pun dah anak gajah. Susah senanyer nak tekan keyboard ni bila jari dah membesar. Nak eja GAJAH terus tertukar GANGNAM STYLE. Haaaaa hover kan kau sampai gitu sekali. 

Will update soon this blog. But for now I got cold setibanya di bumi Mesir ni 2 hari lepas. Perubahan cuaca la katakan. Egypt now winter already. Tejukkkkk tejukkk.!!! I'm sneezing excessively and talking like an old man. Blows nose, sniffles then blows nose again. Sorry kepada yang berada berhampiran dengan I.

Oh btw my blogging spirit dah meningkat dan bergelora semula sebab dah ada gambar cantik2 di instagram sendiri. No need to bring camera. Use ur phone instead. Clever kan.! Now u guys kena panggil I Afiq the photographer sambilan. Begituuu seklali teruja ada instagram. Semua orang yang ada instagram berperasaan begini ke.? Bisik hati kecil kau orang semua. Kini dengan instagram tangkap gambar semut atas pinggan mangkuk tak basuh 8 hari pun macam ada nila seni kat situ dan boleh dah di frame dan digantung di bilik pameran muzium kesenian kat kolumpur tu. So siapa nak tengok gambar instagram kita boleh la ke sini. Ahhh tak malunyer ajak orang tengok gambar dia.! Fedulik haper aku kan. kihkihkihkih... 



p/s : memang sengaja bagi link besar-besar. Ok bye.!




14 October 2012

An E-Day



Yeayyyy bertunang.!

More story.....

Coming soon...

2 October 2012

Counting The Days

Assalamualikum..ehem.ehem..


Saje je nak berdehem kat blog ni. Bersihkan throat ni sebab lepas ni boleh menceceh lelebih. Lama giler tak hupdate blog kan. Stay tuned. =)