20 February 2013

100 Days Till Our Wedding and Pre-Wedding Photoshoot

Gelabah kan korang mesti ingat I nak kahwin kan. Ke aku je hover.? Lantak.! Punyalah semangat sebab akak kita nak kahwin sampai download applications kat play store minggu lepas buat reminder bagai supaya tak nak terlepas the big day. Ini belum I kahwin lagi ni. I ni bukan apa, selalu sangat terlupa hari istimewa orang sampaikan besday akak-akak I pun kadang ingat kadang lupa. Tapi bila part ko nyer besday ko set reminder kat semua orang nyer henset khenz. Ingat ye besday kita 27 Oktober setiap tahun. *sempat lagi*



Dah macam P.Ramlee dengan Salma Hayek aku tengok.!

Jadi bila kira-kira balik tinggal 100 hari je lagi until wedding kakak I. Dia tu pun entah ingat entah tidak. So dengan play store dah boleh download macam-macam apps. Teknologi moden yang senang untuk generasi lembab macam kita semua. Tak nak lembab sorang-sorang, so mari berjemaah kita lemab sesama. 


Dua hari lepas akak I seru I kat fesbuk suruh tengok pics dia pre-wedding photoshoot. Mesti ada je yang bermasalah bila cakap pre-wedding punyer gambar kan. Tapi kalau kena dengan cara kira ok la kan. Oh umi I dah warning gambar pre-wedding ni boleh je buat kalau ada duit lebih nak buat, TAPI jangan la daring sangat kan gambar tu. Pegang sana pegang sini, lentok sana lentok sini. Hi Liyana Jasmay. Tetiber seru Liyana Jasmay. Wah wah wah matila kalau Liyana Jasmay tahu ni. Eh.?!


So gambar awesome pre-wedding ni amik kat UIA Gombak sebab akak I dengan tunang dia mula kenal and bercinta kat Universiti. Ah macam geli plak nak menulis ayat gini. So letak sikit teasing-teasing gambar pre-wedding ni. Nak lagi boleh tengok dan LIKE facebook Kaki5Photo. Memang awesome gambar-gambar Kaki5Photo







Credit pictures to Kaki5Photo



Thanks for reading.



14 February 2013

Orang Asia Memiliki Rambut Paling Cantik Di Dunia

Minggu lepas keluar date tiga orang dengan Izni and Mastura (orang putih panggil threeway, eh.?!). Lepak-lepak makan cheesecake kat la dolce vita. Kena beratur nak rebut tempat duduk dengan orang-orang arab ni. Hamboi kuat bonar orang Mesir ni makan cheese, patut badan gemok besor-besor. Tak gagah kita nak rempuh diaorang tau tak. Kalau sekali kena henyak dengan diaorang, mahu 3 minggu kat ICU terlentang camgitu je. Tunggu sekejap lepas tu dalam 5 minit dapat la tempat duduk kat sebelah meja minah-minah arab ni yang muda macam dalam 20-an gitu. So I assume diaorang ni keluar ala-ala girls nite out gitu. Diaorang cantik-cantik belaka memang tak tipu. Dah macam rhythms pantun pulak ayat ni.

Lepas tu mula la sesi mesyuarat terbuka open air kitaorang bertiga mengumpat minah sebelah ni. Izni cakap diaorang ni cantik, kulit flawless habis la. Ye memang kalau korang datang kat sini boleh kira berapa orang orang Mesir ni yang ada jerawat. Kebanyakan dari orang-orang Mesir ni kulit diaorang flawless and putih gebu belaka. Tak kira la laki ke pompuan, memang flawless. So kalau ko nak buat meniaga pil collagen, pil vitamin C bagi kulit cantik putih memang tak de untung le bisnes korang kat Mesir ni. 

Maka dengan itu kitaorang bertiga pun mula la keluar pendapat memasing kenapa kulit muka masing-masing tak cantik dan flawless macam orang arab ni. Ada kata faktor cuaca, ada kata faktor makanan. Tapi kalau nak kira, memang faktor makanan kot. Orang Malaysia kuat menyantan, tak caye ko pergi pasar tengok orang beratur nak membeli santan. Lepas tu kita semua nak berlemak dan berminyak je makanan. That's why wujudnya filem orang minyak. Eh yeke.?! Then I pun tanya la kawan I ni, kita orang Asia ada ke yang cantik.?! Nampak soalan aku. Gedik tak. Macam nak kena lempar selipar je kan kat mulut tu. Ko hengat ko mat salleh kacuk dengan orang Bugis. Maksud soalan I tadi tu, kita as a Malaysian ada ke special features kat orang Asia yang membuatkan orang Asia ni nampak cantik dan tak da kat bangsa lain.? Yes jawapannya ada. Kita orang asia ada rambut yang cantik. We sure should be proud of our hair.



Rambut Maya Karin dah membuktikan yang orang Asia memang mempunyai rambut yang cantik. Tak caye lagi tengok bawah ni.



PERCAYA TAK ORANG ASIA ADA RAMBUT CANTIK.?!!! PERCAYA TAK.? Muka pontianak tak cantik tapi rambut tetap maintain cantik kan.


I bukan buat entri bohong tau, tapi ni I buat berdasrkan survey dari Google dan juga ujian lisan di Mesir ni. Wah wah wah gitu sekali. I tanya kawan-kawan I yang bukan Melayu, dalam erti kata lain I tanya Egyptian, kawan Palestin I and dua tiga orang senior dari Syria. Randomly I tanya kat semua orang samada kat kuliah, kat gym mahupun kat tepi jalan. Ok tepi jalan tu sangat random dan I tak kan buat so jangan percaya. I tanya diaorang woi korang rasa apa special features orang Asia yang membuatkan korang tertarik. Lebih kurang la macam tu I tanya. Semuaaaaaaaaaaaa bagi jawapan yang pertama sekali terpacul kat mulut diaorang ialah RAMBUT.! And bila diaorang bagi jawapan rambut tu, diaorang pandang kat rambut I ni. Jadi I pun libas-libas la rambut walaupun tak berapa nak berlibas kan. Semua cakap orang asia rambut lurus dan berkilat. Wah wah wah perasan I kejap walaupun pada ketika tu rambut I dah nak dekat seminggu tak cuci tapi tetap nak perasan gak. Ok mulai hari ni kena jaga rambut betul-betul sebab I basuh rambut ikut mood. Kau mampu dik non basuh rambut ikut mood.?!


Kalau pergi kedai gunting rambut pun kat sini, pak arab memang suka pakai krim luruskan rambut sebab rambut diaorang kerinting dan pendek-pendek. So kalau ko nak buka meniaga krim luruskan rambut ke, iron rambut ke mungkin boleh untung kat sini. Conclusion entri kali ni, kita kena bersyukur la dengan apa yang ada. Allah bagi setiap orang kekurangan dan kelebihan. betul tak.? Semua orang kat dunia ni tak sempurna. Sounds familiar right ayat tu. Wah wah wah mood Dr. Rozmey I dah keluar dah. Eh.?! Kalau orang arab special features diaorang mesti kulit muka dengan mata. Sangat cantik bulu mata diaorang dengan mata diaorang yang kaler-kaler tu. Perghhhhhhh bergetar jiwa tatkala melihatnya. Jadi apa yang penting kat sini ialah I kena rajin basuh rambut mulai sekarang ni. So random ayat penamat entri kali ni kan. Ok tu je nak share. Bye-bye.!





9 February 2013

Miracle Medical Facts





Laughter makes blood flow freely






Hugs release oxytocin and removes stress from body



When you meet someone that your heart goes crazy for, your heart gets workout






Spending time with loved ones lower blood pressure








Holding hands calm nerves




A positive attitude lowers the risk of a heart attack



P/S : Rasa macam budak tingkatan 3 je buat presentation gambor-gambor gini.
Brilliant kan.! Selamat mencuba


4 February 2013

Recipe : Mashed Potatoes

Pagi-pagi buka blog tengok ramai update pasal pregnancy. Kak filla, Irine Nadia la, ramai lagi update pasal pregnancy. Ke aku banyak follow blog mak-mak orang. OMG.! What is happening to me.? Haishhh tak sabar nak ada baby. That's why 2,3 hari lepas I asik termimpi-mimpi akak I ada anak. Tapi I nak baby laki sebab keluarga kitaorang dah ramai sangat pompuan. Nak laki-laki plak. 

Ok sebenarnya tak da story nak update. Malas nak taip sebenarnya. Tapi semalam tekak ni teringin nak makan mashed potato yang macam kat KFC tu. And again, malas nak keluar pergi KFC sebab hujan batu kat Mansurah ni 2 hari lepas and now jalan raya semua becak-becak dengan lumpur bagai. Sistem peparitan kat Mesir ni fail benor. Jadi dengan bakat dan kerajinan semulajadi yang ada, I buat sendiri mashed potato ni. Simple giler. Nak jadi giler pun tak sesimple gini.

Bahan-bahan :

1- Ubi kentang
2- Garam
3- Serbuk lada sulah
4- Butter
5- Susu segar

Cara-caranya :

Kupas kentang and then rebus kentang tu 20 minit. Toskan kentang tu lepas tu lenyek sampai hancur. Guna pelenyek pisang atau belakang bontot gelas ye. Then panaskan satu atau dua sudu butter dalam pan. Masukkan kentang yang dah lenyek tu dalam pan tadi and masukkan sedikit garam dan lada sulah sebagai perasa. Lepas tu masukkan sikit susu segar sebab nak bagi mashed potato ni nampak gebu dan lemak-lemak sikit. Dah siap.! Simple kan. Tak sampai 5 minit pun dah siap. Tengah tunggu iklan tengok cerita Hingga Hujung Nyawa pun boleh sempat buat lagi. Ok tu je nak kongsi hari ni. Selamat mencuba.! =)



Ni la hasilnya semalam. I punyer brunch. Sekarang tengah diet ni. Nak dapat 6 packs macam Channing Tattum. Hermmmmmm diet la sangat kan. Memalam ko ajak hosmet gi makan ayam bakar nasi arab tu. Kihkihkih =p