24 December 2011

Make Over

Ok sekarang cerita dia macam ni. Macam tajuk atas la ceritanya. Anda faham make over. Ok ayat kuih telinga keling dah keluar. Tahu tak tinggal beberapa hari sahaja kita nak melabuhkan tirai 2011. Sedih. Sayu. Gembira sebab boleh buka kain 2012. Apa cerita buka-buka kain ni. Doktor anatomy I cakap kalau nak jadi doktor 'u have to deal with many naked bodies' . Nampak tak dah berkeliaran hormon I bila dia cakap naked bodies tu. Bodies ye masyarakat semua bukan body. 

Back to the main topic, I sebenarnya nak buat make over kat blog ni. Rasa macam jemu dan dull je kan. Buka-buka je tengok gambar I. Ok lepas ni nak letak gambar u olls pulak. Amacam.?! Ok tipu. Sila tatap muka I kalau dah masuk blog ni. Ini bukan mainan ataupun paksaan tapi suruhan barangkali. hikhikhik *gelak gedik sambil enjut-enjut bahu*. I nak make up sikit blog ni kasi chanteqqqq u olls. Kelas kau nyah.! Mak suka sangat. Habis la Azwan Ali kalau nampak ni. 

So jangan lupa dan nantikan blog saya yang berwajah baru pada 1 Januari 2012. Terasa macam artis popular pulak sebab suruh peminat dan rakyat jelata menantikan layout terbaru I ni. Mampus kalau Siti Nurhaliza baca ni, habis misai Datuk K dia gentil tak henti henti. Oh kuatnya merapu. I nak u olls teka macam mana agaknya layout blog baru I nanti. Sengaja suruh teka sebab nak lagi misteri dan lagi teruja serta tak sabar. Bagai nak melihat leak video artis hollywood yang terslip sana terslip sini kan. I nak buat sesimple je. Tak nak la letak banyak-banyak widget. Header sekarang tu bukan header sebenar. Sebab tu dia senget sikit. Ok thanks baca nota 3 perenggan ni. Sambung pergi buat kerja balik. Jangan curi tulang. Amboi. Biasaaaaaaaaaaaaa dia.! Babab kang. Babab kat mana tu.? Kat montot la biar bergegar kesemuanya.!


NEW AND EXCITING FEATURES COMING SOON






22 December 2011

The Cat Boy



Zaman muda mudi paleolitik.
With Louie the devilish eyes.



Poppi always make innocent cat face infront of the lappy.



Last night with "Rosmah". She's so playful.


Yes 3 different cats from 3 different owners. I don't have one because my health problem doesn't allow me to petting the cat. But I am a cat lover.! That's all you need to know.....





17 December 2011

Pelajar Medic Hilang Kini Menjadi Gay

Berderau darah bila I balik sembahyang Jumaat semalam tengok berita pasal ni trending kat twitter. Semua kawan I kat facebook share link tu. Urut dada kejap yang bersaiz 43 cm ni. Ok tak lawak.! Betul la orang kata dunia dah nak akhir zaman. Lelaki memag tak ramai kat dunia ni so sebab tu la kena kahwin 4. Ni bukan kemestian tapi kalau mampu je. Jangan cakap I pulak yang suruh ye. Tapi kalau kahwin sesama jantina tu memang la memalukan. Lagi-lagi bila dapat tahu pasal berita ni. PELAJAR PERUBATAN HILANG DI DUBLIN KINI BERKAHWIN DENGAN LELAKI MAT SALLEH. First time tengok tajuk ni masa kawan I post kat Twitter. So ingatkan pelajar perempuan tengok mat salleh kat Dublin terus kahwin lari kat sana. Jadi tak da la tanjat boboi sangat, tapi rupa-rupanya LELAKI.! Tahu tak pelajar perubatan yang hilang tu sebenarnya LELAKI.! Memalukan kaum lelaki. Dah pupus ke perempuan kat dunia ni sampai ko sangap nak bontot mat salleh tu.? 



Wahai Arif Roslan !

Saya kesian kat mak ayah ko tu..

Saya kesian kat Petronas taja kau mahal-mahal...

Saya kesian kat keluarga kau yang terpaksa tanggung malu dekat orang ramai...

Saya kesian kat adik-beradik kau yang kena cemuh lepas ni...

Saya kesian kat ayah kau tu yang kena bayar balik duit hampir sejuta tu kat petronas...


Kalau cakap banyak pun kau bukannya baca blog aku ni. Jadi kita sama-sama doakan supaya dia ni kembali ke pangkal jalan dan bertemu hidayah. Jangan bertemu Fatimah. Huh sempat melencong lagi tu. Ok serius la dia ni memalukan pelajar perubatan betul. Malu malu malu. Jatuh martabat pelajar-pelajar medic sedunia. Jatuh martabat lelaki melayu. Kalau kau tu Ricky Martin tu lain cerita la kan tapi kau tu melayu. Memalukan bangsa tahu tak. Mak ayah hantar study jauh-jauh lepas tu buat hal pulak. Kesian la kat parents kau tu. Hilang lama pulak tu. Rupa-rupanya gay.! Pelajar pandai dekat sekolah. Tapi otak kau letak kat bontot. Adoiiiii.! Dunia akhir zaman betul.



Megah pakai baju melayu siap tengkolok bagai nak menikah. Kenapa tak pakai gaun pengantin terbelah belakang tu. Agama Islam ada ke kahwin macam ni. Fikir-fikirlah sendiri. Astaghfirullah.



Happy lettew kononnya. Masing-masing muka macam kambing mintak penampar. Kalau hensem tak pa jugak. Abon lagi hensem. Confuse kadang-kadang kalau lelaki gay ni kahwin macam mana. Siapa jadi isteri, siapa jadi suami.? Cakap banyak tak guna jadi kita mampu doa je la supaya Ariff Roslan ni kembali menyebut syahadah, segera bertaubat dan bertemu keluarga tercinta di Malaysia.


Nota Kaki : Blog I ni serabut sikit sekarang sebab tengah dalam proses make over untuk tahun 2012..Ecceceh...!


13 December 2011

Happy Birthday T-Swizzles

Hari ni 13 Disember. Jangan risau sebab tanah melayu merdeka 1957 bulan Ogos. Tak perlu gusar dan gundah gulana sebab tarikh ni tak penting pun. Maksud I 13 Disember ye. Hermmm guess what.? Tetiba suruh nak guess kan. Sepatutnya hari ni tak mau update blog sebab drafts dah banyak tersusun rapi menunggu untuk dipublish je. Cantik je drats tu berbaris macam murid-murid darjah satu berhimpun dekat perhimpunan. Cuma ni yang betul-betul fresh punyer keluar dari ladang tenusu. Tak nak cakap panjang sebab malas nak membebel panjang-panjang dan melonjongkan entri ni. Jadi saya ringkaskan entri ni dengan mengatakan yang saya kini berada di Nashville,Tennese untuk menyambut ulangtahun kelahiran Taylor Swift. Ok tipu. Siapa sini minat Taylor Swift.? Sila angkat ibu jari kaki sambil tangan kat perut dan jari kelingking dimasukkan di dalam lubang hidung. Wah serupa yoga. So HAPPY BIRTHDAY T-SWIZZLES. Nama manja dalam kamar panggil T-Swizzles. Kamar.? Hermmm malas nak erase. Faham-faham je la.



Happy 22nd Birthday cayangggg.!!!

Meroyan sensorang dalam bilik sebab stwes asyik bangun lambat je pagi-pagi. Kenapa eja stress macam stwes ye sebab tu menandakan stress yang tak berapa nak stress. Bersenam sekarang pun malas pagi-pagi. Nak jogging memang tak la sebab tejukkk tejukk tejukk kat luar tu. Meh siapa boleh tolong panaskan badan I.? Ok gatal, miang. Ermmm. Apa lagi eh nak cakap.? Oh Taylor Swift sangat comel and adorable. Rasa nak simpan dalam kocek seluar belah depan ni. Boleh tolong carikan saya seorang untuk dibuat awek dan teman sepermainan. Saya nak main dengan dia. Maksud saya, saya nak main gitar dengan dia. Otak kuning u olls ni. Eh tadi dah janji tak mau tulis panjang kan. Ok la stop.!


 Nota Kaki : I dah jumpa 5 blogger cun dan hangat tu. Entri dalam pembikinan. U olls rasa cukup ke 5.? Ke nak tambah lagi.? Kalau siapa ada suggestion blogger lain  atau u olls rasa cun dan hangat sila la komen kat bawah. Nanti I bawa Nas Ahmad untuk terjah blog korang. Nak tengok hangat ke tak.! Ok babai.!~


9 December 2011

Entri Khas Untuk Kaum Wanita Sahaja

Siapa rasa dia wanita atau perempuan, sila dengar lagu ni dan hayati liriknya. Khas untuk anda semua sebab I tahu ramai readers blog I perempuan. This is how I appreciate u olls. Listen to her lyrics and the rhythm of this song. So beautiful. Macam anda yang sedang memabaca dan mendengar lagu ni.



Jewel-What You Are

I'm driving around townKinda bored with the windows rolled downSee a girl on the bus stop benchDressed to draw attention

Hoping everyone will stareIf she don't stand out she thinks she'll disappearWish I could hold her, tell her, show herWhat she wants is already there

A star is a starIt doesn't have to try to shineWater will fallA bird just knows how to fly

You don't have to tell a flower how to bloomOr light how to fill up a roomYou already are what you areAnd what you are is beautiful

Heard a story the other dayTook place at the local VAA father talking to his dying sonThis was his conversation

"It's not supposed to be like thisYou can't go first I can't handle it"The boy said "Dad now don't you cry,Remember when I was a child what you used to tell me when I'd ask why?"

(You'd say) Gravity is gravityIt doesn't try to pull you downStone is stoneIt can't help but hold its ground





The wind just blows, though you can't seeIt's everywhere like I'll always beYou already are what you areAnd what you are is strong enough

Look in the mirrorNow that's another story to tellI give love to othersBut I give myself hell

I'd have to tell myself"In every seed there's a perfect plant"Everything I hoped to beI already am

A flower is a flowerIt doesn't have to try to bloomAnd light is lightJust knows how to fill a room


And dark is darkSo the stars have a place to shineThe tide goes outSo it can come back another time

Goodbye makes hello so sweetAnd love is love so it can teach usWe already are what we areAnd what we are is beautiful

And strong enoughAnd good enoughAnd bright enough


Terima kasih kerana mendengar. Anda cantik dan comel hari ni sebab baru je lepas dengar lagu ni. Ingat mood boleh membangkitkan aura warna kita. Boleh juga buat lagu tema blog korang. Share and spread with your friends today.! Girls only. Girls je ok. Huh. Lu pehal mat duk sengih-sengih tu. Tak ni bukan untuk kaum kita. Kalau nak beri awek dengar pun boleyyy. Ok babai.!~


Nota Kaki : Sekarang ni I tengah mengarang entri 5 blogger cun dan hangat. Kita tengok siapa yang kena.!


6 December 2011

Men's Salju Collection

Entri kena tulis salju sebab kalau tulis salji memang tak dapat la kat Egypt ni. Kat sini winter tak da salji, tapi ada angin sejuk yang kuat sampai terketar-ketar sejuknya kalau bangun pagi konfem tak mandi terus gosok gigi pergi kelas. Bila ingat winter terus teringat winter sonata. Huh.! Moretip u olss.?! Ok hari ni kita santai-santai je. Malas nak type panjang-panjang sebab jari-jemari I dah tak bisa menaip sebab sejuk melampau. Kalau regangkan tangan mesti bunyi kreeeeekkkkkkkkk...!!! Fuhhhh tengok la sendi I dah sakit-sakit ni. Kena minum Anlene ni. I teringin nak tengok Naomi Campbells yang kulit kicap tu berjalan kat runway menggayakan bra Victoria Secret. Eh silap bukan macam tu. Alamak dah tak boleh delete sebab jari telunjuk dah keras tak sampai tekan butang backspace. Tak sebenarnya I nak tengok fashion show yang letops-letops tu kat Milan ke, Paris ke, London ke sambil makan kuaci buang atas lantai biar model jatuh gedebukkkk.! So hari ni kita buat fashion show sendiri di blog. U olss dah ready kerrrr.?! Let's check this out.



Memperkenalkan model tanpa kepala sebab dia just nak gayakan boots je. Sebut betul-betul ye BOOTS bukan BOOBS. Ye boots penting waktu musim sejuk untuk melindungi kaki kita dari kena gigit pijat. Tak la, tapi boots penting kalau untuk orang yang ada salji kat situ. Sebab boots tebal dan kalau kena salji kasut tak mudah beku dan nanti tak pasal-pasal kita jadi statue libert plak kat tengah-tengah jalan. 





I suka yang kaler hitam tu sebab ganjil dan brutal. Nampak nice la kalau kena kat I ni. [hahhhh berangan lebih]...Tapi kalau pakai boots ni kena matching jugak dengan jeans yang kita pakai tu. Kalau skinny jeans lagi smart la rasanya bila kena dengan boots ni. Tapi apa pun boots Phua Chu Kang gak terbaikkkk.



Ok u olls kita beralih pula ke segmen kedua iaitu segmen winter coat. Ni lebih penting dari boots dan jeans sebab dia penting la.! Malas nak eksplain kenapa dia penting tapi sebab dia memang penting jadi kita kena pentingkan dia dulu dari benda yang kurang penting. Ok ayat mabuk.! Yang kalau badan sekeping tu nak nampak tuff boleh la pakai winter coat jenis bubbly warna cekelat tu. Kain bahagian dalam dia sangat comfy. Kalau jenis yang suka main salji tu better guna jenis kain luar dia polyester sebab tak mudah rosak dan bila kena salji kain dia tak basah. Kalau nak geli-geli sikit dan vogue boleh la try warna kelabu kucing siam kacukan macam warna kucing jiran I tu sebab dia ada bulu-bulu kat bahagian leher dia. Oh winter coat ni jugak boleh jadi selimut untuk tidur kalau selimut anda ketika itu sedang di hantar ke dobi, macam yang saya lakukan. Tidur lena lebih senyuman.!




OMG die to hard for okeyhhhhh. Sambil gelitis kejap. Ni namanyer trench coat. Alaaaa yang selalu orang citer omputih pakai  jadi detektif tu. Macam James Bond pun ada. Kalau orang Terengganu kata 'kemah-keming' la coat ni.!




Ok final part ialah scarf. Mesti semua teruja bila I letak gambar David Beckham kan. Alolololo comey nyer abam Becky pakai scarf. Panggil Becky nampak lagi kiut. Masa I sampai dulu kat Egypt, ayah I ada bekalkan I scarf warna oren yang dia beli kat Holland dulu. Original plak tu. Tapi I namooo pakai sebab kaler dia stricking sangat. And I pun tak tahu la apasal orang pakai scarf ni. Lepas tu bila suhu dah 2 degree celcius baru la ko paham kenapa. Rasa macam nak bawak je rumah tu keluar sekali sebab sejuk teramat sampai semua badan kalau boleh nak cover. Muka ni rasa macam nak pakai purdah je sebab kalau kena tiup angin memang perghhhh boleh pecah jerawat gua cakap sama lu. Lepas tu kulit kering tak tentu pasal apkejadah nih wei.! Mula la jadi pencantik sekejap sapu krim Nivea tiap-tiap malam sebelum tidur. Jadi scarf memang penting untuk musim sejuk selain menjadikan dia style dan nampak cool la bila pakai. Juga boleh main libas-libas kawan kalau kawan tak nak dengar cakap kita sebab kita nak makan Pizza Hut tapi dia sibuk jugak nak makan kat Domino's Pizza. 




Kalau kat Egypt macam ni la style dia. Arab selalu buat style gini. Budak melayu pun kengkadang ikut. Tapi ada jugak nampak macam scarf jenis kain serban tu dia buat scarf. So lepas ni sapa yang pergi haji/umrah tu boleh la kirim kat dia serban bebanyak. Baru perasan kegunaan serban sekarang kan.


Tu je show kita hari ni. Tepuk-tepuk tangan sekarang [sambil fashion designer keluar take a bow]. Kata tak mahu tulis panjang tapi berjela jugak I menulisnya kan. Oh sebelum I lupa kalau siapa nak tips yang berguna untuk menghadapi musim sejuk atau nak ke negara luar untuk bercuti waktu musim sejuk ni sila la baca entri I yang lepas pasal Tips menjaga kesihatan di musim sejuk. Sekian. Ermmm macam biasa la tak sah kalau tak de gambo I setepek kat setiap entri kan. Kejap nak godek-godek folder pic..

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Haaaaaaa jumpa pun.!.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Jeng..jeng..jenggg.!!!!




Wasssup bro.! Gambar I dah hilang tapi tiba-tiba hari tu terjumpa Hidetoshi Nakata. Dia kata tak payah letak pic I dalam entri ni sebab dia kata muka I sama dengan dia. Dia kata la kannnnnn. ( sila tampar I sekarang, ok tak kena sebab I elak ). Bye.!






27 November 2011

Doktor Itu Kacak

Pada suatu hari Meon ingin membuka pesbuknyer yang kaler biru itu. Tiba-tiba dia terkejut lalu menjatuhkan air sirap ke atas lappynya warna pink. Tanjat boboi tau.! Nak tahu kenapa dia terperanjat.?




Ni sapa punyer majalah terbit benda ni. Dah la dalam ruangan MESTI TAHU pulak tu. 89% LELAKI KACAK TERDIRI DARIPADA MEREKA YANG BEKERJA SEBAGAI DOKTOR.? Eh.! Ter-CAPS LOCK plak. Rasa macam nak belanja eskrem koneto jer sapa yang buat statisitik ni. Cepat ngaku cepat.! Hidung I dah kembang kempis ni. Tak tahu kenapa.? U olss tahu kenapa.? Tak yah jawab.

Kepada para jelitawan gadis di luar sana sila la ke Hospital Besar Melaka sekarang untuk mengurat abang-abang doktor yang baru je graduate tu. Kalau area lain I tak tahu. Sila cepat sebelum terlambat. Boleh tukar-tukar numb phone. Oh I sekarang malas nak tulis panjang-panjang berjela sebab nak jimat dakwat laptop. Sekian.


"An apple a day keep a doctor away but if the doctor handsome/cute, can throw the apple lah and geget the doctor". Lu pehal memandai buat quotes sendiri. Ni bajet muka letih baru lepas joging 10 round la ni padahal 2 round dah pancit. Damn.! Kepada aweks-aweks di luar sana sila jangan condemn boyfrend anda yang bukan bakal doktor. Kena terima macam mana pun dia. Bersyukur dia sayangkan anda. Kena tahu cara yang paling terbaik nak menghargai dia. Fuhhh jiwang plak. Mencik taw. Apa ni salah blog ke.? Next.!  




23 November 2011

Pesanan Hari Rabu

Hari ni hari Rabu ke.? Ehek saje buat tanya untuk intro.

Hah sekejap je intro I kali ni. Ringkas dan penuh informasi. Hello u olls sihat ke.? I sihat je. Hari ni tak mahu buat Wordless Wednesday. Sebab kalau buat WW memang tak dapat la I nak exercise jari-jemari ni di keyboard I yang berhabuk ni. Huh.! Sekali lagi bercakap dengan diri sendiri. Orang pun tak suruh kau buat Afiq. Waaaa sekarang ni I ada pesanan khidmat masyarakat untuk korang semua. Sila capangkan telinga. Tapi sebab Nabil dah kahwin tak payah la capangakan telinga. Sebab malam-malam isteri dia boleh tolong capangkan. Jadi mari kita besarkan mata pulak. Heh.! Kalau u olls ikut kata I ni sumpah dah macam Ju-On pulak rupanya. Mula-mula telinga, lepas tu mata plak kan. Ok serius-serius. I sebenarnya nak share je gambar ni. I ternampak dalam laman web muka buku. Korang LIKE la dan share dengan masyarakat Malaysia. Sesuai untuk tauladan dan kebaikan masyarakat sejagat. Ini benda serius, bukan main-main.


Ni dataran Tahrir Square kat Mesir ni. Nama tempat macam shopping complex kan. Tengok lautan manusia yang dah jadi sebuah pantai. Hiperbola ayat I sekarang ni. Berpuluh-puluh ribu berkumpul nak buat protest pada hari pertama tu, 18 November. Macam semut menggerumun ke dalam bekas tuperware gula sebab kesemua semut terbabit kurang glucose dalam badan. Yang tak terlibat mungkin semut terbabit menghidapi hyperglycemia iaitu kencing manis. Heh dah cerita pasal semut pulak. ! Ok next.




Kita masih di dataran Tahrir lagi. Tapi jangan u olls ingat I pergi sana pulak join protest ni. I duduk diam terkaku je kat rumah sambil minum hot chocalate dan biskut munchy's. Detail I bagi ni. Ok tengok gambar atas ni. Orang Egypt ni satu bagus bila waktu sembahyang semua diam dan tinggalkan geng parang dan senapang terus ke masjid join geng masjid tok imam pulak. Lepas habis solat sambung balik amik senapang dan parang buat barisan amik nombor turn nak makan. Hey bukan, buat barisan join protest balik la. This picture shows that Christians linked arms to protect muslims from police violence while performing evening prayers in Tahrir on 21st November 2011. I nak tanya ni, will Malaysia be able to achieve this kind of unity.? Sambil usap-usap janggut dan angkat kening. Dekat Egypt ni ada jugak yang menganut agama kristian. Kalau kat Malaysia sanggup ada perpaduan kaum macam ni memang I balik Malaysia sekarang jugak order cendol pulut kat warung satu. Kagum I dengan diaorang ni.



A doctor in tears after he failed to save one of the injured in Tahrir Square. I dah tak mampu nak mengulas dah. Menitik air mata I 3 hari 2 malam kat atas katil ni. Hiperbola lagi description I ni. Hari tu I beritahu kalian semua 8 orang mati kan, tapi sekarang ni dah 37 orang meninggal dunia kerana protest tu. Setiap hari akan ada demonstrasi. Hari ni ( waktu Egypt sekarang masa I tulis ni ialah 8.20 malam ) ada lagi demonstrasi besar-besaran di Iskandariah dan Tahrir Square. Tapi jangan panik, sebab pelajar Malaysia tak rajin nak terlibat dengan ni semua. Jalan raya kat tempat I pun dah banyak yang tutup. I pun tak nak describe kenapa dan apa yang tengah berlaku isu politik di Mesir ni sebab kalau I tulis kat sini nanti ada yang kena hack pulak blog ni. FYI masyarakat, askar yang tengah memerintah sekarang ni, so diaorang dapat detect semua maklumat dalam internet kitaorang dan telefon pun di kawal sekarang. Laman-laman web dari luar negara semua telah disekat macam JPA dan MARA tak boleh akses kat sini. That's why I tulis melayu supaya diaorang tak faham. Tapi kalau nak translate english boleh je kan. Kalau I tulis bahasa sanskrit konfem memang diaorang ingat ni kod rahsia bom perang dunia. Arab ni selagi dia tak dapat pilih calon presiden yang diaorang nak tu, selagi tu la meroyan macam lembu bunting sepuluh anak. Mengamuk tak tentu pasal. 


Jadi kita semua harap rakyat Malaysia jangan risau sebab insyallah semuanya dalam keadaan terkawal lagi setakat ni. Alaaaa biasa la tu tembak menembak, pecah-pecah rumah tu dah biasa je bagi kitaorang. Jangan terkejut bakal-bakal doktor graduan Mesir ni balik berkhidmat kat Malaysia muka semua samseng-samseng. Pergi hospital bawak pistol, parang, pisau lipat doploh sen tu dalam white coat kitaorang. Pelajar Malaysia pun tak join protest ni. Tak koserrr orang nak ke Tahrir bersesak-sesak. Lain la kalau Taylor Swift datang buat konsert free memang I la duk berhimpun buat khemah kat Tahrir tu. Last riot masa 25 Januari hari tu diaorang cut off kitaorang punyer Twitter dulu, lepas tu facebook, lepas tu telefon dan lepas tu internet pun gone.!~ Hilang entah ke mana, puas ku cari namun biskut kering jua kutemui. Dramatis ayat I kali ni. Untuk kali ni semua dah bersiap sedia keluar duit banyak-banyak sebab takut bank tak berfungsi. Stok makanan pun beli banyak-banyak takut kena catu makan lagi. Senapang M-16 pun siap sorang satu. Oh gila la kitaorang kat sini. Don't mess with us ( gaya Egyptian punya slogan riot ). Tapi masalahnya kau tu dah mess kan satu Mesir ni dan study kitaorang pun dan mess. Tunggu nak buat mesh-up song je ketuk kepala arab sekor-sekor ni yang asik nak meriot je keje. Nyampah.! Ok u olls masa blogging I dah tamat. Now nak face a book pulak. Eh yeke. Cakap je la nak facebook.


Nota Tapak Kaki : I am so happy if u guys can share this with all masyarakat dunia dan LIKE entri ni. Doakan kami tak kena OPS PIRAMID lagi ye. 



21 November 2011

Don't Worry, We Safe.!

Salam perkenalan semua. Khas untuk masyarakat yang baru je ternampak atau tersinggah dan terfollow blog I ni. Terima kasih banyak-banyak. U olls ada beli surat khabar atau dengar berita tak pasal isu kat Mesir ni.? Cer citer sikit. I pun nak tahu jugak walaupun duduk kat Mesir tapi tak kira nak jugak tahu. Ni pasal isu politik Mesir ni tak habis-habis lagi. I rasa macam nak pergi panjat bangunan tertinggi kat Mesir ni lepas tu mengamuk buka-buka baju tayang badan tough ni jadi King-Kong. Biar Egyptian tahu bahawasanya ( perghhhh skema ayat shial ) takkan hilang Melayu di dunia. Ok merepek. Straight to the point. 

Meh I nak buat pengumuman tergempar. Sila ke belakang sikit takut u olls pekak  telinga nanti sebab I pakai microphone Beyonce ni. Wahai rakyat jelata di mana sahaja anda berada, apabila baca pengumuman I ni tak kira la dalam tandas mahupun ketika bercucuk tanam bunga Orkid laaah ke, I nak cakap yang kami di Mesir ni masih selamat sejahtera. Jap sebelum tu ada baca tak paper Kosmo atau Utusan Malaysia yang mengatakan pelajar Malaysia dalam ketakutan. I rilekkkkk je. Kami pelajar-pelajar Malaysia masih lagi bersamseng di jalanan dan membuang sampah merata-rata tanpa segan silu. Jadi jangan la percaya apa yang wartawan kepoh tu tulis. Kalau u olss ada beli paper hari ni jangan terpedaya. Tu semua tipu belaka. Mana ada kereta kebal berkeliaran buat drift kat sini. Maybe diaorang salah anggap kot. Sekarang ni rakyat Mesir menggunakan kereta kebal sebagai pengangkutan utama untuk ke supermarket, pasar, kedai buah dan apatah lagi untuk bersiar-siar dengan awek pada waktu petang melihat matahari terbenam. Hebat tak masyarakat tamadun awal di dunia ni. Dalam sejarah tak kan jumpa cerita macam ni. Tempat u olls ada ke.?

Lagi satu cerita pasal tidur bertemankan lesung.? Oh tidakkkkk. Sekarang musim sejuk tak koserrr orang nak tidur dengan lesung. Macam mana tetiba mimpi Taylor Swift datang kat I.? Tak memasal I berlesung-lesung atas katil tu. Bangun pagi tengok jari berdarah sebab terlesung malam tadi. Oh memang tak la kan. Kalau macam tu baik I bawak terus dapur gas tidur sesama baru la arab takut nak kacau kitaorang kan. Riot tu memang ada tapi sekarang masih dalam keadaan terkawal. 8 orang mati setakat ni. Sokay sokay masyarakat jangan bimbang. Don't panic, stay kat tempat duduk dulu jangan berganjak ke mana-mana pejabat akhbar ye. Insyallah doa kalian semua supaya kami di sini baik-baik belaka. Malas la nak OPS PIRAMID 2 kalau ada la kan. Tapi kalau ada pun I malas la nak pergi. Ok tipu.



Muka selamat.!
SAY NO TO OPS PIRAMID 2.!

Ni pic khas untuk umi I yang tersayang supaya dia tak risau. I tahu umi I baca blog ni lepas dia habis tengok rancangan Wanita Hari Ini mesti dia bukak blog I. See muka happy tak risau kan. To all Malaysian and especially my family, kami Malaysian students semua masih selamat. Tapi tak tahu la kan in the future apa yang berlaku. Harap semua baik-baik sahaja. Kadang-kadang media di Malaysia yang exaggregate benda ni melampau-lampau sampai semua parents kat Malaysia risau, padahal anak-anak kat sini rilekkk je berkeliaran di waktu petang makan choki-choki. 


Nota kaki : Kenapa bila keluar paper mesti tempat I popular (Mansoura). Retis la tempat ni. Oh ye nampak gaya Kosmo dah start enjin dulu dari Utusan Malaysia pasal benda ni. Keep praying for us. Bye.!



18 November 2011

Krisis Di Mesir. Doakan Kami.

You guys still remember 25th January 2011.?! Ye masa tu mak kau tengah sibuk buat kuih seri muka kat dapur sambil tengok Nora Elena .Oh tidak. Hoi masyarakat kena alert sini.! I'm in danger.!!! Fuhhh sila suspens sekarang. 25 January tu berlakunya revolusi di Mesir. Ingat lagi tak yang keluar berita sakan masuk semua TV. Dari TV 1 sampai TV 10 asyik cerita pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di Mesir kena evacuate free.! Maka muka sorang-sorang bercahaya dapat balik free dan kalau bertuah muka kau la masuk telibisen tu. Ok hari ni hari Jumaat dan hari ni ada lagi protest dekat Mesir ni. Oh kamon la Egyptian tak penat ke nak marching around sampai 2-3 pagi dekat dataran Tahrir tu. Pergi tidur la senang citer. Sebenarnya macam ni, Egyptian tak reti penat buat protest. Bergaji ke buat perhimpuanan haram ni. Kalau bergaji nak jugak I join sekaki. Meh I bagi sikit info pasal pilihan raya di mesir yang bakal tiba ni. Seram tak bunyi.?

INFO PILIHANRAYA DI MESIR :-

18/11/2011 - Bakal diadakan Muzoharot antara ikhwanul muslimin dan salafi di Mesir.

25/11/2011 - Muzoharot besar-besaran bakal diadakan di Mesir.

28/11/2011 dan 14/12/2011 - Tarikh pilihanraya di Mesir.

Tapi tak da pulak tarikh evacuate pelajar Malaysia ye. I bukan apa sebab malas la nak balik free ni. Amboi kemain bukan ko ke yang suka benda-benda free ni. Ok tak mauuuuu sebab dah serik even dapat balik free pun tak nak sebab kena buat banyak urusan dan pelajaran pun bakal tergendala, and yes I just saw this in Al-Jazeera.





Abaikan kanak-kanak hitam tu. Tumpu pada main news. Yes today is 18 nov and it really happend now. Dah mengalahkan konsert Taylor Swift sebab ramai gila orang sekarang ni. I tengok dekat tv je. Sekarang line telefon pun dah disekat. Pehal ni weh.! Kalau internet dah tak da esok, maka jangan lupa I nak beritahu yang I sayang semua. Ok tak da kena mengena. Kalau line internet kena sekat maknanya memang mengundang la Egyptian ni. Aku tak habis lagi download supernatural season 7 ni wei. Nahas sapa putuskan line internet ni. Ok doakan kami ye di sini.



Masyarakat blogger doakan kami semuanya selamat ok.






16 November 2011

Gempar.!

Tajuk entri sangat kontroversi. Ok kali ni memang short entri habis la. Hai masyarakat rakyat jelata, I nak minta pertolongan kalian semua. Blizzzzzz ( gaya pak arab punyer english ). Ada nampak tak dragon ball I yang nombor tujuh.?! Heh sempat bergurau senda pulak. Ok I serius sekarang sebab kejap lagi I nak pergi kelas.

ADA SESIAPA TAHU MANA NAK CARI KUCING JENIS MACAM NI.? 





Ye kucing jenis telinga berlipat ni yang sangat comel dan muka innocent stock kena tempeleng je ni. Ni jenis scottish fold cats. Ada sesiapa tahu tak mana nak cari jenis macam ni kat Malaysia.?! Kalau tahu sila tinggalkan komen kat bawah ni. I sertakan 2 keping gambar sebab sengaja. Tapi jangan risau I bukan nak buat stock tempeleng. Kalau ada ternampak kedai mana jual sila beritahu I ye. Oh ye kalau terjumpa atau ternampak jiran punyer sila curi simpan untuk I. Masyarakat sila sebarkan. Ok terima kasih. Bye.
*dah macam buat iklan budak hilang plak*


11 November 2011

Memorable Date 11/11/11

11/11/11. Ni tarikh manyak chantekkkk. Kalau lu kahwin ini tarikh dapat 11 anak maaa. Waaa terus tak jadi kahwin.! Tarikh ni hanya datang once every thousand years. Susah rasanya nak jumpa tarikh macam ni. Cari kat Mydin bahagian sayur pun tak tentu jumpa lagi. Jadi apa yang anda buat untuk menjadikannya sebagai satu tarikh yang akan diingat sampai bila-bila. Nanti boleh la cerita kat cucu atau anak-anak dulu waktu 11/11/11 daddy ajak couple dengan sorang pompuan loser ni selama 11 minit 11 saat, *clap clap* anak-anak tepuk tangan sorak.! Tak ke memorable namanya tu. So let's make this date as a memorable date in your entire life. Tambah-tambah lagi tarikh tu jatuh gedebukkk pada hari Jumaat yang penuh barakah. Sebagai seorang muslim jom la kita cuba buat tahajud ke tengah malam atau baca al-quran lebih dari yang biasa. Buat la apa-apa pun yang extraordinary hari ni sebagai memorable date untuk anda and keep it in your mind. Tapi jangan panjat KB Mall sudah la ye. Saje kan acah-acah supaya wartawan buat liputan kat KB Mall dan lepas tu boleh la cerita kat anak bini lepas ni and balik rumah konfem kena pelangkung ngan mak apak korang. Hah tu pun satu memorable event jugak.! Oh let's cekidaud apa yang saya buat pada 11/11/11. Actually banyak lagi tapi yang lain personal and confidential. Ni satu je nak share ngan korang.!


Saya di twitter



Saya ada 969 followers di blog. Nampak unik plak nombor tu. Thanks korang. Oh dan saiz pic ni bila masa I nak upload tadi tengok saiz dia 111 KB. Inilah yang dinamakan suratan atau kebetulan.

Tak lupa jugak kat seorang follower blog saya yang sangat baik hati kerana tarikh 11/11/11 dia post entri untuk I. Anda awesome. Thanks kepada Yani Yuhuuu sebab buat entri khas untuk I. Terharu [sambil lap hingus].

Sebelum terlupa. siapa-siapa yang bernikah/bertunang/merisik/bersunat I ucapkan tahniah. Eh tapi ada ke readers I yang tak sunat lagi.? Dan pada yang kahwin hari ni semoga dapat 11 orang cahaya mata. Ni I doakan tau. Jadi apa yang anda buat pada 11/11/11 ni. Share sini.