17 August 2014

Raya Is Back.!!!!

Ok sekarang ni sebelum mula mukadimah ayat pertama cerpen raya kali ni, cuba teka I tengah buat apa?

A) Makan kerepek ubi pedas sambil mengangkang depan laptop tengok Rindu Awak 200%
B) Buka yahoo mail, online facebook
C) Baca buku untuk prepare sem depan *memang tak la kan*
D) Update blog dalam gelap sebab Egypt blackout satu hari 5 kali balckout

Haaaaa teka la jawapan mana yang rasa sesuai. Sekarang Egypt memang berbahang di tambah lagi dengan set combo selalu blackout satu hari 5 kali. Rasa nak berpindah ke antartika main tepuk amai-amai belalang kupu-kupu dengan beruang kutub tu tau.


Oh nampaknya beruang kutub telah  berhijrah ke India kerana tak tahan sejuk sangat. Untungla Shah Rukh Khan dapat main sep-sep tom tom dengan beliau.

Tahun ni raya kat Egypt lagi. Tapi rasanya ni la raya dan puasa paling best sepanjang hidup especially ramadan kali ni lebih bermakna dengan hadirnya majerin daisy. Eh.? Kalau ada masa dan tak busy melayan Armel Aisya dan abang badang tua dekat TV3 inshallah I akan cerita pengalaman sambut ramadan kat sini. Memang best. 

So raya pertama kali ni bertemakan "Beraya bersama rakan sebaya di perantauan" dengan persalinan team jubah di pagi raya membawa seribu kenangan bersama di aidilfitri kali ni. 


Team potrait ala-ala family di pagi raya selepas dengar khutbah raya. Bersama team jubah di pagi syawal sebab baju melayu so typical nowadays. So pada syawal pertama I mengenakan sepersalinan jubah berwarna rona hijau gelap-gelap sikit sebab rebel dengan family yang seronok hantar selfie di pagi raya dengan pakai tema biru kat Malaysia, so I rebel pakai warna lain. Hahahaha...


Tu gambar doctor paeds I dengan anak-anak dia di pagi raya. Sempoi kan arab kat sini pagi raya. Tak yah pikir 4 bulan sebelum raya kau nak pakai baju raya kaler apa ataupun sibuk belek-belek ig nak instashop kat situ kan. 




Selepas berpeluh muih raya kat rumah sahabat handai buat rumah terbuka, sebab I memang tak reti masak lauk-lauk raya ni, jadi bila kawan ada buat rumah terbuka memang muka kau jela kan ada. Bila umi tepon dari malaysia tanya makan apa hari ni kat sana. I jawab makan kat rumah orang je umi. And umi I pun reply, ohhhh baguslah hasil usaha umi ajar selama ni ye makan kat rumah orang. Tak yah kita kecah-kecah dapur kannnn.

Raya kedua memang best sebab travel pergi Cairo naik train pakai baju melayu siap dengan sampin u olls. Arab semua duk pandang atas bawah je aku ni. Ada yang siap nak amik gambar sekali dengan kita tau. Rasa retis sangat. Actually rumah terbuka kat Cairo tu start pukul 11 pagi jadi sebab perut masing-masing dah berat masa raya pertama tu, jadi plan nak gerak ke Cairo tu memang awal pagi la raya kedua. Ingat nak pakai t-shirt dengan jeans je kan pergi beraya kat sana tapi ada code pemakaian plak kena wajib pakai baju melayu hari tu. Dapat mesej plak pagi tu sejam sebelum nak gerak. So redah jela pakai baju melayu naik train. Sampai Cairo terus makan. Genius kan plan.!


Proud tau pakai baju melayu naik train. At the same time mempromosikan tahun melawat malaysia 2014. Sangat tetiba kan. Walupun sampin pinjam kawan sebab cari sampin tak jumpa, rupa-rupanya tertinggal kat dalam almari dak ayah kat malaysia. Haaaa camana tu nak buat. Jadi pakai la sampin kawan. Tu yang compang camping je.


Raya with besties.

Raya kedua ni pakai la baju melayu pink yang tahun lepas punya. Kalau scroll bawah kat entri sebelum ni masa wedding akak I, ada la baju melayu pink ni I pakai. So memang baju sama. Jimat ok. Kat Palestin tu tak da baju raya pun. Insaf sekejap.

Ok tu je cerita raya kali ni. Tak menarik kan. Ok bye nak sambung tengok Rindu Awak 200%.