26 November 2012

Kecintaan Terhadap IKEA

First time hari tu pergi IKEA sangat teruja. Ye I first time pecahkan dara pintu masuk IKEA tu sebab dah 2 tahun tak balik Malaysia while all my friends semua dah rasa kesedapan meatballs yang digembar-gemburkan tu kat facebook mahupun twitter dan sekarang instagram dah ada maka mereka bermaharajalela di sana update picture meatballs IKEA. So last 3 weeks *OMG tak sampai lagi sebulan, I miss Malaysia*  I pergi IKEA sebab kakak I nak cari meja study. I rasa la meja study kakak I panggil, ermmmm entah la I pun dah lupa *OMG alzheimer apa I ni baru 3 minggu dah lupa, ok wadeva*. So kalau korang rasa nak shopim perabot yang murah boleh bawak lori kecik ataupun konvoi anak beranak beramai-ramai di IKEA sebab nanti kalau bonet pak long tak muat boleh tumpang kat seat belakang kereta pak anjang ko khennnnz. Haaaa gitu tips I hari ni. 

Masuk je dalam IKEA tu nak cari parking dah 29 minit 59 saat. Maklumla orang Malaysia ramai benor nak pergi IKEA cuti hujung minggu tu. Tetiba rasa nak balik Egypt je time tu. Motip.? Bila sampai je dekat pintu utama nak masuk IKEA tu dah boleh bau meatballs IKEA. Sengaja je tau dioarang ni nak tarik pelanggan makan dulu baru shopim. Kecintaan dekat IKEA macam jatuh cinta kali pertama tau tak. Rasa nak kahwin dan berkeluarga  bila masuk IKEA sebab perabot-perabot dia sangat cantik, praktikal dan paling penting inovatif. OMG wth baru 20 tahun nak kahwin. Low ambition betul penulis blog ni.! 



See. Macam mana la I rasa tetiba nak kahwin sebab tengok bilik baby ni. Chomel sangat.! Auwwwwwwwwwww super cute. This might be our daughter's room tapi I tak nak patung negro kecik tu sebab nanti anak kita cakap macam nigga. WTF.?! I nak dua katil tau sayang sebab I want twins baby so make sure u ada ovary lebih.! Eh ovary ke.? OVUM la bodoh OVUM. =_="



This is my brother in law to be yang sibuk cari almari baju nanti bila dah kahwin dengan kakak I. Jarang tengok orang laki cari perabot dan ada ambition nak beli tu beli ni bila dah kahwin kan. Tengok dia siap semangat kendong beg IKEA ikut akak I beli macam-macam kat IKEA tu. Oh double auwwwwwwwwww untuk brother in law to be I ni. Untung kan akak I. =)




Dekat IKEA ni korang boleh telentang telangkup nak tidor semua boleh. Nak serepah kan katil tu pun tak kisah sebab ramai pekerja bangla tolong kemaskan balik. Sebab memang macam tu kot motto dia. "DO LIKE YOUR OWN MOTHER IN-LAW HOUSE"



Nak berangan jadi model catalogue IKEA pun tak kisah. Nampak tak akak I sayang giler kat I sampai beri stokin purple belang-belang sebab stokin I basah masa tu. Nasib dia tak beri stokin ropol-ropol pinky dia tu. So sweet rite.!



Cantik kerusi putih ni. Macam kat Korea pulak rasanya. Nanti kalau kita dah kahwin kan and you balik lambat sebab ada operation kat hospital ke I boleh tunggu you kat kerusi putih ni sambil tengok KEEP IT UP WITH THE KARDASHIANS. Errrr WTH tetiba Kardashians kanzz. Ok la I layan Grey's Anatomy  supaya nampak berilmiah sikit.



Ok sekarang ni engkorang fokus kat kerusi merah ni ye sebab I nak cerita pasal kerusi merah tu. Fokus kat kerusi tau. Fokus ok.! Kerusi merah ni cantik dan sangat praktikal serta inovatif. Sebab boleh jadi tempat duduk and kalau rasa tetiba macam ngantuk kan, engkorang tarik roda bawah tu untuk jadikan katil. Kraetif kan dan paling penting harga dia murah. Eh.! Kenapa I rasa macam jadi promoter IKEA plak ni.?



Come sit here with papa.! Banyak plak gambar duduk kat kerusi tertempel kat sini. Sengaja buat gitu bagi engkorang pilih mana satu lagi sesuai nak jadikan profile picture fesbuk. Yang atas tadi ke atau yang ni.? Pangggggggggggggggg.!!!! Ok diam



Dah penat berangan kat show room IKEA tu maka marilah kita menjamu perut plak dengan popular dish kat sini. IKEA MEATBALLS.!!! Dapnyerrr benda alah ni. Dia punyer sos tu sampai tengah menaip ni boleh terasa lalu kat tekak tau.! Apa erk agak-agak resipi dia guna ni.



Tak lupa jugak karipap IKEA kombo A yang dihidangkan bersama coffee. Tapi I tak dapat coffee tu sebab akak I dah tibai masuk tekak dia dulu sebelum sempat sampai ke tangan I. Dammit.!



Ermmmm abaikan je sisa makanan atas meja tu. I kalau tak makan macam gajah 10 hari tak makan macam tak kena je hari tu. Ini la kakak I yang akan berkahwin tu. Auwwww look at that angelic faces. I mean angelic face tu yang pakai topi tu ye *ehem sempat lagi* 
Ok that is all.!











21 November 2012

Seminggu Di Egypt

Pagi tadi lepas solat subuh je I tido balik sementara nak tunggu pukul 8 pagi. Subuh sini kemain awal benor. Nak tunggu matahari rise and shine bersinar dari negara Jepun punyalah lambat. So tido dulu. Benda ni tak baik senanyer tapi nak buat camna sebab nikmat setan bergayut-gayut kat mata ajak tido tu macam nokharom. Kena plak musim-musim sejuk begini maka memang ramuan dia cukup la nak tido untuk sampai ke tengahari tu bergelora tau tak.! Masa tido tadi boleh plak mimpi pelik-pelik kena kejar dengan cicak gergasi kat zoo Mansoura. Cuba la mimpi Neelofa suap makan ke tak pun Emma Maembong ajak datang rumah ke, tak ke best tu. By the way cantik kan Emma Maembong tu. Rasa nak buat bini je.


Seminggu dah I kat Egypt. Ceh ayat aku macam budak first year je baru datang kat sini khenn. Seminggu lepas sampai je Egypt jetlagged tak habis-habis lagi. I sekarang tak kisah tido kat mana-mana. Kadang-kadang bila sampai rumah nak tunggu hosmet mandi lama berjam boleh tertido tau tak kat tepi pintu bilik air tu. 

                                       

Ni tengah tunggu makan sampai boleh tertido. Kat kedai makan ke kedai buku or mana-mana kedai pun I tak kisah dah nak tido bila seru tido tu dah sampai ke kemuncak nyer.

Lepas tu ramai yang tegur pelik stokin I yang pakai kat rumah ni. Bila keluar rumah atau dalam rumah I pakai stokin ni sebab selesa. Rasa warm-warm gitu khen. Kena la jaga kaki supaya tak kena cyanosis nanti. Semangat tau I pakai stokin merah polka dot 100% cotton made  di padankan dengan dark brown crocs dari uptown Petaling Jaya yang dibeli 2 tahun lepas. Haaaa nama nak kelas je kanzzzz. Ingat Maria Elena je boleh describe macam tu dalam blog dia. I pun nak jugak.


Biasala dah nama pun jantan kaki mesti berbulu-bulu. Kena plak ada keturunan India sikit. Hermmmm paham-paham jela. Comel kan stokin I. Ok bye.!


P/Sاَللَّهُمَّ عَلَيْكَ بِاليَهُودِ yang bermaksud : Ya Allah! Hancurkalah yahudi.
Cukup pendek doa ini, bacakanlah dalam setiap doa kita baca.



17 November 2012

Majlis Pertunangan Orang Melayu Kakak Saya

Hi guys. Do you still remember the last 2 post before this. Tajuk dia E-Day. Kalau tak jumpa scroll bawah. Kalau dah jumpa scroll balik atas dan teruskan bacaan anda. Kalau siapa yang tak jumpa tak boleh masuk sekolah asrama penuh lepas PMR ni. *ni sangat tetiba kan* Hari tu dua orang akak kita bertunang. Bangga tau akak bertunang siap update dalam blog kan. Ye I tahu ramai silent reader tengah tersengih baca benda ni. Ehem.! Jadi bila dua akak bertunang haruslah kena balik kan u olls. Giler kau tak balik akak nak bertunang. Mana tahu mungkin kau sekali bertunang kan. * ini lagi random * kihkihkihkih.

Jadi dengan senyap-senyap I balik la ke Malaysia menaiki pesawat enjin senyap iaitu kapal terbang. Eh ! Ada ke kapal terbang bising.? Maaflah ye penduduk kampung, datuk bandar, pegawai-pegawai kerajaan serta ahli-ahli majlis daerah yang I tak bagitahu yang I nak balik sebab memang kali ni macam busy  dan cuti pun sebulan je dan kali ni memang nak spent time dengan family je. I jadi busy tau bila akak I nak bertunang. Mahu tak busy sebab I jugak la jadi penanggah cuci pinggan mangkuk, basuh cawan, periuk belangga bagai. I jugak la jadi tukang cantas pokok sireh kat rumah nenek I tu, then I jugak la jadi tukang gubah hantaran dan jadi make-up artis akak I. Ok yang last tu tipu. Saje senanyer nak bagi korang macam waaaaaahhhhh gitu sampai ternagangga mulut besar-besar.

Bila tengok akak I bertunang rasa macam waaaaa macam I nak kahwin terus. Nampak tak permainan dia kat situ siapa yang gatal lebih sekarang. It was such blessing moment bila tengok dua orang kakak I dah jadi tunangan orang. Sedih pun ada jugak tapi next entry kita cerita lain plak. Yela nanti kalau campur entri nak cerita pasal sedih akak dah bertunang semua kau nak campur sekali dalam satu entri tak ke macam karangan SPM lonjong semacam je nanti. Kau ni dah kenapa lama tak update blog jadi gigal semacam plak kan. So kita cerita pasal akak kita tunang je. Majlis pertama mestilah akak sulung kan. Akak kita ada 4. Engkorang yang membaca ni ada ke 4 akak.? Haaaaa nak nanes la tu siapa yang tak da 4 akak tu. Kejam kan I. Memang sengaja tulis cengitu. 


Ni la tunangan orang tu. Berdarah manis gitu orang tua-tua kata kalau dah bertunang. Bluwekkkkk sumpah rasa macam nak tertelan khalkum I ni tengok I tulis cenggitu. Majlis yang pertama buat awal bulan so akak I yang nombor tiga tu bertunang akhir bulan. Sengaja buat asing-asing sebab nak suruh sedara mara datang exercise ke rumah I banyak kali. All the simple pelamin and deco anak beranak buat sendiri. Tengok raut wajah akak I kat atas berseri-seri tak terperi.



Orang melayu cara bertunang macam ni la. Bincang-bincang dulu and kenal-kenal sesama family members. Lepas tu tetapkan tarikh nikah semua and all the hantaran punya duit. Waaa suka ayah I. Just so you know maybe ada pembaca blog I ni orang india ke atau orang cina ke that's why I have to mention all the procedure kalau melayu bertunang kan. All the hantaran semua alang I yang buat. Thanks mak ngah and mak uda for provided the dulang hantaran.



Click.! Sweet moment 1. Lepas ni sweet moment 2 plak kat bawah. Alaahaiiiii so sweet.!



Happy happy joy joy joy.! Engkorang nampak tak sapa yang macam hover bila bergambar tu. Ni semua sepupu perempuan I. Semua single-single belaka sebab kakak I ni la cucu sulung perempuan pertama yang bertunang. Ok fine I keluar.



Keep calm girls and shoot.! 1,2,3 cliche moment betul.!



Haaa ni semua sepupu lelaki plak. 



Lama tak tangkap gambar adik beradik macam ni. Sebab selalu time raya bila dah habis sembahyang raya semua serbu meja nak makan rendang dengan kuah lodeh la. Candid sangat. Thanks kak lang okie sebab tolong tangkap pictures tunang akak kita. Gambar-gambar atas ni semua akak sepupu I yang tangkap. Siapa yang curi, I tangkap dia masuk dalam kamera.

So dah habis majlis bertunang akak I yang sulung tu. Now akak I nombor tiga plak bertunang. This event buat akhir bulan. A day after my birthday. 



All the makeup semua sepupu dengan adik beradik je yang buatkan. See how save we are. Simple tapi tetap meletops.! Kau mampu.?



Pak long I ni memang pandai la bab menghos kan majlis bertunang ni. Salute la pak long. Seronok tau majlis macam ni. Small, private simple tapi meriah.



Sweet moment 2. Alahaiiiii comel la alang I dalam picture ni. Susah nak pilih gambar kau yang cantik la lang sebab semua gambar kau buruk. Kahkahkahkah.! Just kidding. Kejap lagi mesti dia post kat wall fb I. Matila aku kena maki lepas ni.



Happy joy moment.! Tak tahu nak describe macam mana lagi. All the courtesy of this pictures I yang tangkap masa bertunang alang I. Siapa curi pics I ni siap la dia. I tangkap masuk dalam sarung kamera orang tu. Fuh finally habis update satu entry bergambar colourful dari afiq volaris. Satu pencapaian yang hebat. Clap clap clap.! 

Alhamdulilah doakan semuanya berjalan dengan lancar tahun depan. Insyallah amin dua pengantin sekali naik pelamin. Bakal abang ipar I tak boleh tunjuk sekarang. Nanti kita cerita next entry. Saje je nak bagi korang curious gitu. Walhal tak da apa pun yang suprise. =_="

Congrats akak and alang. We love you.!











11 November 2012

Alasan Sebulan

Eh.! Afiq update blog hari ni. Macam suprise tak suprise gitu. Rasa bangga gila tak update sebulan. So many obstacle and protokol nak update blog ni tau tak. Bila nak update je, umi panggil suruh pergi kedai beli cili kering. Time nak update je mesti cerita Mimipi Cinderella kat Tv3 tengah bersiaran. Time nak update je internet pulak tak da. Harap semua masih mengenali la ye blog ni. Jangan buat-buat lupa. Siapa lupa sila makan tupai *tetiba sangat*. But the main reason I tak update blog selama sebulan sebab ni la....




Waaaaa obes gituuuu..Do u guys still love me.??? Baru sebulan lebih duduk Malaysia dah jadi macam ni. Kalau 3 bulan mesti dapat kalahkan Adele time dia pregnant kan. Menempel lemak dengan gam gajah dan rupa pun dah anak gajah. Susah senanyer nak tekan keyboard ni bila jari dah membesar. Nak eja GAJAH terus tertukar GANGNAM STYLE. Haaaaa hover kan kau sampai gitu sekali. 

Will update soon this blog. But for now I got cold setibanya di bumi Mesir ni 2 hari lepas. Perubahan cuaca la katakan. Egypt now winter already. Tejukkkkk tejukkk.!!! I'm sneezing excessively and talking like an old man. Blows nose, sniffles then blows nose again. Sorry kepada yang berada berhampiran dengan I.

Oh btw my blogging spirit dah meningkat dan bergelora semula sebab dah ada gambar cantik2 di instagram sendiri. No need to bring camera. Use ur phone instead. Clever kan.! Now u guys kena panggil I Afiq the photographer sambilan. Begituuu seklali teruja ada instagram. Semua orang yang ada instagram berperasaan begini ke.? Bisik hati kecil kau orang semua. Kini dengan instagram tangkap gambar semut atas pinggan mangkuk tak basuh 8 hari pun macam ada nila seni kat situ dan boleh dah di frame dan digantung di bilik pameran muzium kesenian kat kolumpur tu. So siapa nak tengok gambar instagram kita boleh la ke sini. Ahhh tak malunyer ajak orang tengok gambar dia.! Fedulik haper aku kan. kihkihkihkih... 



p/s : memang sengaja bagi link besar-besar. Ok bye.!