25 July 2013

Berbuka Puasa Dengan Burger 50 sentimeter

Ni entri kelmarin kelmarin punyer. Nampak tak berapa kelmarin kat situ. So kira laa berapa hari dah punyer menu berbuka puasa ni. Dah pertengahan puasa ni malas pulak nak masak. Sebab waktu petang je rumah ni hantu air dah muncul, maka air tak da dah sebab hantu air dah amik semua air bawak lari sungai nil. Jadi kalau nak masak kena masak waktu pagi. Terlioq masak waktu pagi pukul 9 pagi tau tak. Jiran-jiran semua ingat kami tak puasa  sebab pepagi ko dah buat kari kepala ikan dik nonnnnn.

Jadi cara cepat nak berbuka puasa dengan menu yang lahzat, delivery adalah jalan terbaik. Meh la kita call 16799 delivery welatain untuk makan burger 50 CM ni. Dekat sini delivery makanan memang banyak dan servis dia lagi cepat dari ko duk menanguk je kat restoran tu lambat sampai baik duk rumah tepon je delivery lagi senang. 

Kalau kat Malaysia orang sekarang sibuk burger bakar yang lazat tu, tapi sini lagi letoppp sebab burger dia 50 cm. The longer the better. The bigger the better.! Ah dah macam iklan ubat lintah plak khennzz


Memperkenalkan burger Lamborghini 50 cm. Nama dia torbiny burger tapi sukahati I la nak panggil apa pun. Blog I sukahati la kan. Makan sekaligus memang tak habis. Terkejut dengan diri sendiri sebab tak pernah makan tak habis. Untung family I kalau bawak gi makan buffet. Kalau bayor memahal memang tak rugi la. Jadi burger 50 cm ni makan half-half. Lepas habis solat terawih, kita moreh makan burger ni lagi dengan air ribena. Nyums.!

Actually burger ni dah lama dah ada kat sini. Tapi I je baru nak update pasal ni. Ni semua salah revolusi Mesir. *tetiba*


Meleleh sos dia keluar. Telan air liuq je la. Sekarang ni tak berbuka lagi kat Mesir ni. Sabor jap lagi 4 jam nak berbuka. Mak aihhhhhh 4 jam.!!! Burger ni ada macam-macam perisa. Shish tawook, kofta mix grilled, tawarekh mix sauce, BBQ dan lain lain lagi. Yang I punya ni tawarekh. Nama nak macam solat terawih je kan. Tapi sedap sebab sos dia manis-manis pedas and masam. Kalau nak cuba call 16799 tu pun kalau kau kat Mesir. Kalau kat Malaysia, selamat jalan romeo tengok meleleh air liur jela kan. Hiks.!



20 July 2013

Perkara Yang Tidak Membatalkan Puasa Dalam Bidang Perubatan

Assalamualikum. Hari ni nak share satu artikel yang dapat kat facebook. Orang kata sharing is caring, caring is loving, loving is...kau sambung sendiri la kak tonnnn. Yes I read and copy from facebook. Malas nak taip panjang-panjang. Alasan malas ialah "sesungguhnya saya sedang berpuasa". Heeeee

1) Ubat titik mata dan telinga, cuci telinga (earwash)

2) Ubat GTN yang diletakkan di bawah lidah dengan syarat ia tidak ditelan

3) Memasukkan pessary, ovules kedalam kemaluan wanita (vagina), cuci vagina, memasukkan alat speculum kedalam vagina, atau memasukkan jari (oleh doktor/bidan) untuk pemeriksaan (cth periksa jalan untuk bersalin)

4) Memasukkan alat urethroscope ataupun ubatan melalui saluran kencing ataupun irigasi pundi kencing.

5) Menggerudi, mencabut, mencuci gigi, menggunakan miswak (kayu sugi), dengan syarat ia tidak ditelan

6) Injeksi (cucuk) melalui kulit, kedalam otot (intramuscular), sendi (intraarticular), kedalam pembuluh darah (intravenous) kecuali jika bahan yang dicucuk itu mempunyai zat.

7) Menderma atau menerima darah

8) Menerima oksigen atau gas untuk bius

9) Menerima semua bahan yang diserap kedalam badan melalui kulit, seperti krim sapuan, minyak dan sebagainya.

10) Mengambil darah untuk pemeriksaan

11) Memasukkan tiub (catheter) untuk pemeriksaan

12) Memasukkan tiub melalui mulut atau dubur (Endoscopy) untuk pemeriksaan (diagnostic) atau rawatan (intervention).

13) Mencuci mulut, kumur-kumur, spray mulut, dengan syarat ia tidak ditelan

14) Pemeriksaan dalam rahim (Hysteroscopy) atau memasukkan alat dalam rahim (intrauterine device).

15) Mengambil sel dari hati atau organ lain (Biopsy).

16) Menggunakan ubat titik hidung, spray hidung atau inhaler (untuk asthma)

17) Injeksi pada dubur, pemeriksaan dubur (anoscopes) ataupun pemeriksaan dubur menggunakan jari

18) Pembedahan yang memerlukan bius penuh (general anaesthesia), jika pesakit mahu berpuasa.

19) Haemodialisis atau peritoneal dialysis

Rujukan:
IOMS (Islamic Organization for Medical Sciences), The Akademi Fiqh di Jeddah dan WHO, Figh As-sunnah (Sayyid as-Sabiq), dan fatwa dikeluarkan oleh Yusuf Al-Qaradhawi bersama Majlis Fatwa Eropah).

Disediakan Oleh:
Dr Ahmad Zakimi Abdullah



BARU TAHU KOREK TAIK HIDUNG TAK BATAL PUASA. BARU TAHU NI WOI.!!!!




11 July 2013

Puasa Di Mesir

Masuk tahun ni, dah 4 tahun berpuasa kat Mesir. Tapi untuk tahun ni dia punya puasa tu lain sikit sebab sekarang bumi anbiya ni tengah bergelora dan bergolak kan. Tapi alhamdulilah semalam kami kat sini dah start puasa and so far tak da apa-apa yang tak diingini berlaku. 

Sepatutunya start puasa hari selasa tapi mufti dia cakap diaorang tak sempat nak tengok anak bulan sebab bulan merajuk dengan keadaan mesir yang huru hara ni. So diaorang pak sheikh ni kira ikut jari dengan tangan je tarikh sebenar puasa. Hmmmm apa pun tak boleh. Patutnya memang selalu kami di Mesir yang akan berpuasa dulu dari oarang malaysia. Tapi tahun ni sama plak. Ikut jela.

Puasa 16 jam dan ditambah dengan suhu yang panas dan kering kat sini memang dugaan betul. Ditambah lagi dugaan kadang-kadang dengan perangai arab sini. Perghhhh memang menu combo dia kasi nyer. Tapi honestly cakap la kan, puasa 16 jam kat sini memang tak rasa penat dan dahaga. Satu kelebihan la yang ada bila puasa kat sini. 

Seronok sebenarnya puasa kat sini. Sebab diaorang lagi celebrate bulan puasa dari raya. Bila time solat fardhu je memang tak cukup ruang nak masuk sebab penuh semua masjid. Tambah lagi time berbuka puasa, ramai yang ajak kita pergi rumah dia berbuka puasa sama-sama. Tak kira la kenal ke tak kenal ke or baru kenal ke, memang dia ajak berbuka dengan keluarga diaorang. Makanan diaorang memang tak nak kalah plak kan. Ayam setengah ekor tu tu dia suruh kita makan sorang. Tetanjat perot boboi ni mak.! 


Tahun lepas ada jemputan doktor I ajak pergi berbuka rumah dia. Bini doktor tu masak ayam belanda. Memang belanda habis dah perut ni balik rumah. Kedepan je perut ni menuju ke rumah and tak ke masjid dah lepas tu sebab ko dah awal-awal lagi syahid kat atas katil masa orang tengah terawih kan. Harap tahun ni ada lagi makanan free. 

Terawih kat sini memang best sebab hampir kesemua imam kat masjid sini hafiz al-quran. Syok je dengar dioarang baca surah-surah tu masa terawih. Semalam terawih pertama tu sebak jugak la masa imam tu angkat takbir sebab teringat family kat malaysia. Selalunya lepas buka puasa kat malaysia mesti ayah yang akan jadi imam untuk solat maghrib. Lepas tu pergi masjid satu family untuk terawih. Rindu jugak la semua tu. Nasib I saf depan sekali semalam tau masa terawih. Kalau saf belakang rasanya dah banjir surut pukul lima nyonya bangun pagi siram pokok bunga dah kat belakang tu. Dah macam bangla nangis tepi KTM peluk tiang tak dapat balik kampung sebab tiket ketapi dah habis. Lantak kau la bangla.




Lagi satu nak peringat kat korang semua ni la ye. Tak usah la share gambar-gambar makan kat fesbuk ke twitter ke apa yang ko makan masa berbuka tadi. Macam orang tak pernah makan je. Kesian aku tengok la. Nampak sangat ko ni jakun tahap kampung. Hormat la sikit orang-orang lain yang tengah berpuasa dan ko ni pun tak pikir agaknya saudara-saudara islam kita kat palestin tu yang entah dah berbuka ke belum, makan apa pun kita tak tahu diaorang kat sana tu masa berbuka. Ko syok sendiri je post gambar makan kat restoran yang ko 1st time pergi tapi sebenarnya orang lain dulu dah pergi sebelum ko. Sedih sangat kau ni. Better sempena bulan puasa ni ko share la video atau artikel-artikel berkenaan pengisian rohani sikit. Sorry ye puan rohani, saya masukkan nama anda dalam blog ni kejap. Ok sambung balik. So better share la video pasal ilmu agama ke, doa ke atau ceramah ustaz azhar idrus ke. Lagi manfaat dan bawa kebaikan yang mengepost dan yang membaca. Ini tidak, ko pergi post syok sendiri gambar air starbucks ko tu, laksa old white town ko tu kat fesbuk and tak da orang pun like gambar ko tu. Orang tak heran la derrrr. Sedih kali kedua ko ni. Haaaa nampak mood fadilah kamsah i dah datang dah ni tanpa terduga. Fefeling ostad dah ni. 

Ok tu je nak bersyarah setakat ni. 
SELAMAT BERPESTA IBADAH DI BULAN RAMADHAN NI.!!!




4 July 2013

Kari Ayam Masalla Sajian Kasih Rozita Che Wan

Tajuk resipi letop kan. Tercabut bulu mata pelsu hakak rozita che wan kalau tengok entri resipi ni. Sejak lepas tengok masterchef ni beriya-iya nak masak kat dapur. Kira boleh kata hari-hari la masak sekarang ni. Dah fefeling dah ni macam Jamie Oliver masak kat dapur, walhal ko kat dapur potong ayam setengah jam khennn. Tapi tak pa hari ni nak share satu resipi yang I pun sebenarnya first time masak kari masala ni. 


Kalau kat kedai nasi kandar or kedai mamak memang diaorang pakar masak kari masalla ni. So disebabkan ada la mengalir sikit darah keturunan India kat dalam diriku ini maka harapan nak masak kari masalla sambil tutup mata macam mamak sambil nyanyi lagu Shah rukh Khan kat dapur tu hopefully berjaya la ye. Jadi tanpa melengahkan masa lagi marilah kita ke dapur. Kali ni tak pakai paste segera okeh. Sebab hari tu tak sempat nak grab paste kari segera kat Mydin. Ok let's masak u olls.

Kalau kat dapur masterchef kena amik 10 bahan je kan. Tapi sebab I ni bukan masterchef so kita amik lebih dari 10 barang ye...kihkihkih

Bahan-bahan :

1- Ayam satu kilogram. I pakai bahagian kaki dengan dada je ( hero utama hari ni )
2- Mixed spices 
3- Coriander powder
4- Cinnamon powder
5- Lada hitam dan jintan putih
6- Bunga lawang
7- Cumen powder
8- Garam dan gula
9- Serbuk kari daging
10- Serbuk cili baba's
11- Kentang
12- Tomato
13- Kulit kayu manis
14- Santan
15- Bawang merah, bawang putih dan halia

Cara-cara penyediaan :

* Ok first sekali perap ayam tu dengan coriander,cumen,cinnamon powder, garam dan mixed spices selama setengah jam. Lagi lama pun tak kisah.
*Lepas tu amik bawang putih, merah dan halia untuk tumis. Masuk sekali bunga lawang, mixed spices, cumen powder sikit dan juga kulit kayu manis.
Tumis sampai naik bau dan pecah minyak
*Bancuh serbuk kari dengan air panas sikit then masuk dalam periuk and tumis sekali. Lepas tu masuk serbuk cili sikit nak bagi pedas. Lepas tu masukkan air.
*Lepas dah sebati semua bahan-bahan tumis tadi baru masukkan kentang dengan ayam. Bila dah nak dekat empuk masukkan sikit garam dan gula lepas tu last sekali masukkan santan. Korang paham tak ni.?
*Bila dah nak dekat masak tu, blend setengah ulas bawang besar/merah and tapiskan air dia. Lepas tu masukkan air bawang tadi kat atas kari tadi. Ummpphhhhh sedap sampai kedai mamak pun tutup tau.




Upload la sikit. Kang orang tak caye lak kita masak khenn padahal dah berpeluh muih kat dapur ni. Ok yang ni I compile sekali semua pics sebab malas nak upload satu persatu. Disebabkan kat Egypt ni tak da santan pekat macam iklan "SANTAN DAH HABISSSSSSS" monyet pun pergi panjat pokok kelapa, maka I guna santan serbuk je. Tak pekat sangat la kari ni. Tak macam kari Masalla pure punyer. *Baling kari kat mamak, nah mamak hamek kau*




Taraaaaaa. Maka terlaksanalah Kari Ayam Masalla Rozita Che Wan. Hai che ta. By the way che ta dalam masterchef memang lawa la. Terus tetiba minat kat che ta sebab dia sebenarnya kelakar. Kira ok la. Dulu tak amik port gak pasal dia tapi lepas tengok masterchef terus minat sikit la. Tak banyak tau sikit je sebab dia cantik. Walaupun dah 40 tahun tapi body macam 22 tahun 6 bulan tau tak. Mantopppp. Heh dah citer pasal che ta plak lelebih. Orang nak bagi spotlight kat kari I ni. Overshadow plak che ta dalam entri ni. *Baling che ta kat Zain*

Ok tu je nak share hari ni. Puasa pun dah nak dekat so boleh la cuba-cuba buat untuk juadah buka puasa or masa sahur nanti. Walaupun Egypt sekarang dah tunggang langgang tapi masak kita tetapppppp okeh. Malas nak buat entri pasal apa yang berlaku kat Egypt ni. Tak koserrrr I.  *betulkan shades sambil jari kelingking lentik macam Azwan Ali*



P/S : Dua hari lepas kami dekat Mansura ni dikejutkan dengan berita kematian rakan seperjuangan yang sama-sama belajar medik kat sini iaitu suadara Muhammad Firdaus Shani. Sangat terkejut dengan berita kematian rakan yang sama-sama pergi gym, gurau senda bila jumpa. Kematian mengejut disebabkan cardiac arrest. Memang semua macam tak percaya tapi ni sebagai "wake up call" kat kita yang masih hidup ni untuk bersedia sebab ajal tu datang tak kira masa dan menjenguk kita tanpa kita ketahui. Jadi diharap sapa yang baca blog ni mohon sedekahkan Al-Fatihah kat kawan saya Muhammad Fidaus Shani supaya rohnya tenang bersama orang solihin. Insyallah. Al-Fatihah







1 July 2013

Apa Lagi Yang Egypt Mahu.????

Marilah kita mengupate blog yang segan tak mahu, mati lagi la tak mahu kan. Malas sebenarnya nak update sebab rasa macam tak da orang yang baca. Tapi disebabkan bosan yang melanda diri ini, maka update la sikit sambil baring terlentang kat atas katil ni and type satu jari je. Nampak tak malas benor kan. Tak caye. 

Exam dah habis 3 hari lepas. So sindrom lepas exam tak tahu nak buat apa tu muncul. Masa exam kemain banyak dalam otak pemikiran ni nak buat macam-macam kan. Bila habis exam dah mati kutu tak tahu nak buat apa. Jadi tengoklah kat youtube masterchef selebriti musim kedua tu. Waaaaa meletop cerita dia. So download la secara haram kan kat website-website tertentu. Nak tengok online memang hazab la sebab internet kat Egypt ni ikut time dia. Ada time dia laju, ada time dia slow tahap nauzubillah. Memang best sangat and addicted tengok masterchef ni. Tetiba rasa nak masuk ke dapur memasak macam ala-ala masterchef. Semalam dah try masak ayam masak merah. Tapi guna paste jela. Hwahahahaaha. Itu pun lembab and teregeh-hegeh memotong ayam. Setengah jam kau tahu tak aku duk potong ayam kat dapur tu. Fail kalau nak masuk masterchef ni. Tapi sedap la masakan tu. Yela opkos la sedap kannnn. Gila kau tak sedap sebab dah guna paste masak merah maggi. Hehehehehehe.




Well nak update la sikt pasal apa yang berlaku kat Egypt ni negara kurun terawal di dunia ni kan *mata menjeling kat kubur piraun*. Biasala kalau korang semua tengok berita kat tibi tu terutama tv3 , tv2, RTM tu semua duk updtae pasal Mesir ni. Ok la meh sini kita yang duk Mesir ni bagitau sikit apa yang sebenarnya berlaku kat sini. Tarikh 30 jun 2013 dah genap setahun pemerintahan presiden baru diaorang ni iaitu presiden doktor Morsi selepas kejatuhan presiden Mobarak. Alaaaa yang masa tu ramai student Malaysia balik free naik kapal terbang askar tu. Hazabbbbb dek non naik kapal terbang perang tu 12 jam. Sabor jela kan sebab balik free. Ok sambung balik. Jadi semalam dah genap setahun, maka penduduk Mesir ni nak kan perubahan yang berlaku kat negara diaorang ni. Tapi dalam masa setahun ni kurang perubahan yang doktor Morsi ni bagi kat negara ni. So orang mesir ni dia ingat masa setahun tu ko nak bangunkan negara ko yang 40 tahun lebih hancur tu perkara mudah ke. Orang pregnant 9 bulan pun masih susah lagi tau nak tahu jantina baby tu *tetiba tak da kena mengena pun*.



Penyokong-penyokong kuat Morsi sedang berarak ke dataran tahrir.


Maka macam biasala. Diaorang ni tak puas hati. So bila tak puas hati, ko rasa apa yang orang Mesir yang tak berapa nak education tinggi ni buat. DEMONSTRASI laaaaaa. So berkumpul la reramai semalam diaorag ni kat dataran tahrir tu suruh presiden dia letak jawatan. For me, ko bertukor la 500 kali presiden tapi perangai rakyat dia macam ni yang otak letak kat bawah tapak kaki memang tak kemana la negara kau. I think doktor Morsi presiden yang baik. Dia seorang hafiz quran, selalu amik berat pasal negara Islam yang lain contohnya pasal Syria. Memag terbaik la presiden dia ni. Tapi orang-orang yang pembangkang ni yang bukan ikhwanal muslim ni tak suka dia sebab bila dia berucap kat sesuatu majlis dia suka masukkan hadis dalam ucapan dia. WTH kenapa kau tak suka.? Pelik kan orang Egypt ni. Morsi ni memang bagus dalam ucapan dia 2 hari lepas, dia lantang dan berani bersuara secara LIVE dalam TV and sebut satu persatu nama menteri-menteri yang makan rasuah, makan gaji buta, tak buat kerja semua dia sebut sebab dia dah geram sangat. Haaaaaa tu makan dia kan. Orang-orang politik yang suka makan rasuah ni memag tu je ajar dia.

So yang nama-nama naik tula tak puas hati. Pengikut-pengikut depa mai kat dataran tahrir semalam buat protes secara aman.Tapi alhamdulilah keadaan terkawal lagi la walaupun rasa macam tragedi 25 januari 2011 tu macam nak berulang je tapi tak seteruk tu la. Biasa-biasa je. Semalam dalam sejarah semua kedai tutup kat sini, jalan raya memang kosong, kereta semua tak da. Kedai makanan Indon kat bawah rumah I ni pun tutup. Motip ko indon tak nak berniaga.? Dah kaya ke.?! Orang duk pergi protes kat sesetengah kawasan kat Mansura ni. Kami pelajar malaysia semua selamat tak da apa yang berlaku pun. Mesin ATM pun rasanya dah beroperasi macam normal sebab dah 2 hari diorang tutup mesin ATM tu tak bagi keluar duit. Internet semua masih ada. Kira tak da apa la nak risau sangat. Semua baik-baik je.

Hari ni 1 Jun semua kedai dah buka balik, kereta pun dah ada tapi masih lagi sunyi la. Kat dataran tahrir tu still lagi berdemo bagai. Biasala Egyptian kan kalau tak buat protes 40 hari 40 malam tak sah. Ermmmm gasak ler korang kat sana protes tu. Kita kat rumah  ni duk diam-diam pergi dapur masak macam masterchef kan. Ok nak sambung tengok masterchef. Insyallah akan update seterusnya. Itupun kalau ingat. Byeeeee.
Sekian dari saya Datuk Tan Sri Paduka Al-Afiq, pakar analisis politik di Mesir wannabe. Heeeeee xoxo