11 July 2013

Puasa Di Mesir

Masuk tahun ni, dah 4 tahun berpuasa kat Mesir. Tapi untuk tahun ni dia punya puasa tu lain sikit sebab sekarang bumi anbiya ni tengah bergelora dan bergolak kan. Tapi alhamdulilah semalam kami kat sini dah start puasa and so far tak da apa-apa yang tak diingini berlaku. 

Sepatutunya start puasa hari selasa tapi mufti dia cakap diaorang tak sempat nak tengok anak bulan sebab bulan merajuk dengan keadaan mesir yang huru hara ni. So diaorang pak sheikh ni kira ikut jari dengan tangan je tarikh sebenar puasa. Hmmmm apa pun tak boleh. Patutnya memang selalu kami di Mesir yang akan berpuasa dulu dari oarang malaysia. Tapi tahun ni sama plak. Ikut jela.

Puasa 16 jam dan ditambah dengan suhu yang panas dan kering kat sini memang dugaan betul. Ditambah lagi dugaan kadang-kadang dengan perangai arab sini. Perghhhh memang menu combo dia kasi nyer. Tapi honestly cakap la kan, puasa 16 jam kat sini memang tak rasa penat dan dahaga. Satu kelebihan la yang ada bila puasa kat sini. 

Seronok sebenarnya puasa kat sini. Sebab diaorang lagi celebrate bulan puasa dari raya. Bila time solat fardhu je memang tak cukup ruang nak masuk sebab penuh semua masjid. Tambah lagi time berbuka puasa, ramai yang ajak kita pergi rumah dia berbuka puasa sama-sama. Tak kira la kenal ke tak kenal ke or baru kenal ke, memang dia ajak berbuka dengan keluarga diaorang. Makanan diaorang memang tak nak kalah plak kan. Ayam setengah ekor tu tu dia suruh kita makan sorang. Tetanjat perot boboi ni mak.! 


Tahun lepas ada jemputan doktor I ajak pergi berbuka rumah dia. Bini doktor tu masak ayam belanda. Memang belanda habis dah perut ni balik rumah. Kedepan je perut ni menuju ke rumah and tak ke masjid dah lepas tu sebab ko dah awal-awal lagi syahid kat atas katil masa orang tengah terawih kan. Harap tahun ni ada lagi makanan free. 

Terawih kat sini memang best sebab hampir kesemua imam kat masjid sini hafiz al-quran. Syok je dengar dioarang baca surah-surah tu masa terawih. Semalam terawih pertama tu sebak jugak la masa imam tu angkat takbir sebab teringat family kat malaysia. Selalunya lepas buka puasa kat malaysia mesti ayah yang akan jadi imam untuk solat maghrib. Lepas tu pergi masjid satu family untuk terawih. Rindu jugak la semua tu. Nasib I saf depan sekali semalam tau masa terawih. Kalau saf belakang rasanya dah banjir surut pukul lima nyonya bangun pagi siram pokok bunga dah kat belakang tu. Dah macam bangla nangis tepi KTM peluk tiang tak dapat balik kampung sebab tiket ketapi dah habis. Lantak kau la bangla.




Lagi satu nak peringat kat korang semua ni la ye. Tak usah la share gambar-gambar makan kat fesbuk ke twitter ke apa yang ko makan masa berbuka tadi. Macam orang tak pernah makan je. Kesian aku tengok la. Nampak sangat ko ni jakun tahap kampung. Hormat la sikit orang-orang lain yang tengah berpuasa dan ko ni pun tak pikir agaknya saudara-saudara islam kita kat palestin tu yang entah dah berbuka ke belum, makan apa pun kita tak tahu diaorang kat sana tu masa berbuka. Ko syok sendiri je post gambar makan kat restoran yang ko 1st time pergi tapi sebenarnya orang lain dulu dah pergi sebelum ko. Sedih sangat kau ni. Better sempena bulan puasa ni ko share la video atau artikel-artikel berkenaan pengisian rohani sikit. Sorry ye puan rohani, saya masukkan nama anda dalam blog ni kejap. Ok sambung balik. So better share la video pasal ilmu agama ke, doa ke atau ceramah ustaz azhar idrus ke. Lagi manfaat dan bawa kebaikan yang mengepost dan yang membaca. Ini tidak, ko pergi post syok sendiri gambar air starbucks ko tu, laksa old white town ko tu kat fesbuk and tak da orang pun like gambar ko tu. Orang tak heran la derrrr. Sedih kali kedua ko ni. Haaaa nampak mood fadilah kamsah i dah datang dah ni tanpa terduga. Fefeling ostad dah ni. 

Ok tu je nak bersyarah setakat ni. 
SELAMAT BERPESTA IBADAH DI BULAN RAMADHAN NI.!!!




No comments: