Waaaa tajuk gitu tak menahan kau. Eksklusif katanyer. Tapi nan hado je kang kalau baca entry ni. Banyak kelaut dan kesungai. Woah assalamualaikum semua.
Semalam dah secara rasminya Mesir telah dapat seorang presiden yang baru menggantikan presiden lama yang telah merevolusikan Mesir hingga kami dapat balik free tahun lepas naik Charlie woahh. Kau hado.? Ok tak da kau diam. Alhamdulilah sangat dapat presiden Mesir yang baru ni semalam. Sangat la berdebor menantikan keputusan tu. Kau tahu dari pukul 3 petang dia kabo nak umum. I ni pukul 2.30 dah streaming LIVE dari Medan Tahrir. Punya la ramai orang berhimpun kat Medan Tahrir tu sebab nak tunggu keputusan pilihanraya ni. Sebenarnya diaorang dah siap berkhemah kat situ 3 hari malam sebelumnya tahu tak. Hardcore tak Egyptian ni. Tabik spring la kat diaorang.
Pukul 3 petang semalam macam ada curfew walaupun tak berapa nak curfew sebab kitaorang just amik precaution takut-takut arab ni menggila. Kau tahu jela arab punyer perangai. Kalau dia nak kencing tepi jalan dia main pancut je tak kira pandang kanan pandng kiri. Eh sebenarnya bukan nak citer arab kencing tepi jalan. Tak tak bukan tu. Ok cerita dia semalam macam ni, patutnya pukul 3 petang dah rasmi umum keputusan tu tapi kalau u olls nak tahu perangai arab yang memang dari zaman firaun agaknya mereka ni tak tahu tengok jam ke I pun tak tahu la. Kalau dia kabo pukul 3 petang maka sila la lambatkan sejam. I dah masak gila dengan perangai arab ni. Sama jugak kat pentadbiran universiti. Kalau nak ambil result ke dia akan cakap hari ni tapi ko kena datang esok sebabnya arab ni suka buat janji pelesu. So dalam pukul 5 petang semalam baru dia update LIVE dari bilik parlimen pilihanraya tu. Masa dalam bilik parlimen tu pulak ketua suruhanjaya pilihanraya dia Farouk Sultan ni boleh plak dia membebel sejam lebih macam buat sidang media dia nak kahwin dengan Britney Spears. Tension kitaorang yang depan laptop ni. Bukan I je tension satu Mesir ni tension sebab nak tunggu dia umum sapa menang tu lahaiiiiii mahu pitam bangun pitam bangun tunggu. Sabor jela. Tapi semalam si Farouk Sultan ni memang femes kat twitter kena bahan. Hamek kau.!
Al-Jazeera LIVE streaming masa Morsi menang.
Lepas je pengumuman tu satu Mesir bersorok. Tak payah nak ke dataran Tahrir, depan rumah I ni terus diaorang bakar mercun. Lepas tu kereta jangan cakap la asik hon sana hon sini macam orang tak pernah dapat hon pun ada aku tengok arab punyer peel. Ini satu kemenangan kebangkitan Islam di bumi Mesir sebab Dr.Morsi ni calon ikhwanal Muslim. Kalau sorang lagi tu menang mungkin kitaorang pelajar Malaysia ni dah boleh rasanya packing barang mana yang perlu nak naik Charlie kali ke dua ye dok.
Banyak benda berlaku sebenarnya masa pilihanraya Mesir ni. Sebelum pengumuman ni ada pemberita ni cakap la yang Syafiq lagi berpengalaman lagi bagus blah blah blah tapi bila part Morsi dia macam tindas sikit-sikit la. Itulah kekuatan dan kebesaran Allah Taala kalau kita bersabar sebabnya bukan senang doktor Morsi ni nak dilantik jadi presiden. Dulu dia kena penjara oleh Mobarak. Sekarang Allah Maha Kaya tengoklah kartun kat bawah ni.
Dulu dan sekarang. Balasan Allah tu kejap je kan. Dengar cerita Mobarak kena heart attack dalam penjara masa pengumuman Morsi menang.
Seluruh penduduk Mesir di Tahrir Square melakukan sujud syukur sebab tak sia-sia solat hajat dan doa mereka dikabulkan oleh Allah Taala. Allahuakhbar.!
Mesti semua tertanya-tanya kenapa I update mengalahkan CNN news kenzzzz. Haruslah u olls update perkara penting macam ni. Sejarah ok. Ada yang tanya kenapa risau.? Sebab saya student Malaysia study kat Mesir jadi kalau ada riot affected the students badly. Dah la sekarang tengah musim peperiksaan. Kalau nak tahu Morsi ni merupakan pemimpin kedua di negara-negara Islam yang menghafaz 30 juzuk selepas Palestin. How about Malaysia as Islamic country.? Oh never mind coz we listening and invited K-POP rite. Bila tengok isteri Morsi dan anak-anak dia yang berpakaian menutup aurat dengan tudung labuh mesti terpikir how our first lady in Malaysia gonna meet the first lady here in Egypt.?! Hermm go figure.
Saya risau politik negara lain sebab politik negara sendiri penuh dengan pura-pura jadi nak risau apa kan.
Hari ni satu lagi sejarah tercatat di bumi anbia ni. Semoga kemenangan Islam ini bergema di seluruh pelusuk alam. Bukan sahaja warga Mesir yang bergembira menitiskan air mata tanda syukur tapi saudara Islam di Palestin juga turut bursyukur kerana pintu Gaza juga telah dibuka. Alhamdulilah. Saya berharap sangat dengan kemenangan Morsi ni nak suruh Morsi selaraskan tambang teksi kat Mansoura sebab nyer ada yang 3 genih ada 2 genih ada 4 genih. Kompius ai tau. Pagi semalam kena lagi tipu dengan arab teksi .Barbie doll betul. Ucapan saya untuk Doktor Morsi walaupun saya tahu ni ucapan syok sendiri. Semoga ALLAH permudahkan urusan Doktor Morsi di sini dan membawa perubahan kat bumi anbia ni. Insyallah
"ALHAMDULILAH MURSI KASBAN"
3 comments:
alhamdulilah sgt2 syukur..
Alhamdulilah.
good information sharing ni.
thankss afiq :D
wlaupun mnang.....tpi ade 1 pihk je dri beginning
Post a Comment