20 June 2012

Tora Datang Lagi

Assalamualaikum semua. Dua minggu tak hupdate blog. Blogger mana tu.? Saya la tu. Cehhh sudah pandai ye menggelar diri sendiri blogger. Hamboiiii...Ehem ehem u olls rindu I tak.? 


RINDUUUUUU.!!!


*suara penonton menjerit-jerit histeria*

Apa tak dengarrrr.??? Sekali lagi bolehhhh.

*penonton senyap sebab malas nak layan blogger merenyam ni*

Ok fineeeee..Baru nak bagi giveaway sebuah piramid. Alhamdulilah exam dah habis semalam. Semuanya telah selesai. 3 bulan exam woi. Doa-doakan la supaya dapat keputusan yang cemerlang. I senanyer rindu banget kat u olls. Dah ni kenapa tetiba ada penonton Indon plak ni. Banyak betul nak update tapi bila dah depan laptop blurr plak tetiba. Semua idea dah bawak masuk tulis dalam kertasa jawapan hari tu. Motip kau.? Tetiba sangat kenzzz. 

Apa ye nak kabo ni. Oh nak kasitau sekarang musim panas kat Egypt. I ingat I yang hot tapi rupanya cuaca. Random sangat pemikiran I kan. Dasar minda kelas ketiga betul.! Masalahnya kan skearang ni kipas I kat bilik ni dah pasang macam helikopter punyer kipas tapi still bahang. Bukan apa. I ni dah la single, nanti kalau berpeluh sapa nak lapkan. Jawab jawab jawab....Kihkihkihkih. Arab ni pun satu peel jenis bangsa tak tahu yang deodorant tu wujud kat dunia ni. Faham-faham jela kalau cuaca panas ni, mesti kuat berpeluh kan. Bila I jalan sebelah arab tak kira la laki ke pompuan, bau mereka itu sangat la ahzab u olls. Dengan bangga jalan kat lengan ketiak baju tu becak dia tak perasan ke apa tu. Ke trend kat sini baju ketiak becak dengan warna kuning-kuning tu. Sumpah korang jangan la cari calon suami/isteri orang arab Mesir. I ada kalau siapa nak. Heh.?! Panggggggggg.!!!! berdarah pipi kanan

Lupakan pasal ketiak becak kejap. Sapa yang tengah makan tu nasib la. Tu la jangan baca blog ni ketika makan. Baca ketika rindu je. Ahhh melalut plak. Sekarang kan kalau korang tengok berita heboh pasal election predsiden baru Egypt kan. Korang semua tahu tak ni.? Ke korang tak tengok berita tengok pembaca berita tu. Tapi TV9 selalu pembaca berita dia sumpah lawa-lawan cun belaka ya amat kan. Sempat lagi tu. Ok pasal election tu memang sangat la berdebor kami kat sini sebab pilihan presiden tu macam celaka je bunyi dia. Dengan pilihanraya dia yang sangat macam budak tadika tak sekolah. Ada ke main tipu masa nak undi calon presiden. Dekat sini hardcore gila kalau bab politik, sukan dengan duit. Macam-macam yang berlaku masa undian dijalankan. Ceh dijalankan ayat tak boleh blah der ko ni. Dengar cerita ada yang bawak seludup pengundi kat kawasan lain supaya tolong undi kawasan lain la. Woi ko ingat ni macam jiran sebelah dapur nak pinjam bawang kat jiran sebelah punyer ke hah.? Eh ada kaitan ke. Lantak.! Lepas tu dakwat pen yang digunakan untuk undian tu magic sebab lepas 30 minit pengundi tanda kertas undi tu dakwat kat kertas tu hilang. Perghhhhhh tengok arab punyer kerja ni. Tak habis lagi ni nak cerita. Masa orang tengah mengundi dia boleh plak matikan bekalan elektrik. Fuhhh macam-macam arab punyer perangai. Sumpah tak boleh buat menantu. Sebenarnya dekat sini battle calon presiden dia Syafiq dengan Doktor Musri. Kitaorang nak calon ikhwan muslim menang iaitu Musri sebab Syafiq ni kalau korang nak tahu dia dulu orang kuat Hosni Mobarak presiden lama tu yang buatkan kitaorang pelajar Malaysia balik free tahun lepas tu. Ingat tak.? Yang peliknya kenapa masa pemilihan akhir calon yang bertanding untuk presiden tu Egyptian ni pergi undi Syafiq. Nampak bangang tak Egyptian ni. Tapi dengan solat hajat, doa dari semua rakyat muslim Mesir akhirnya Allah kabulkan doa mereka dengan kemenangan berpihak kepada Dr.Musri. Banyak lagi nak cerita pasal politik Mesir ni. Mahu buat drama slot Akasia 23 episod ni kang cerita pasal politik Mesir. Boooo kat Syafiq booooo. Tu la sapa suruh main tipu lagi. Oh lupa nak bagi tau Hosni Mubarak kena penjara seumur hidup. Mahkamah kat sini pun satu macam tak berapa nak adil. Itu nanti kita cerita lain.

Ni nak ngadu nasib la kan kat kowang semua. Semalam kan ittew naik ar teksi nak pergi Univ. Lepas tu pakcik teksi tu charge itew 3 LE tambang teksi. Kat sini tambang teksi seragam. Mana-mana pergi memang 2 LE je. I dah panas je dalam teksi tu. Nasib la I on the way nak amik exam last paper tu. Nak tak nak I bagi jugak 3 LE. Hurmmm no wonder la ko pakcik tak kaya-kaya bawak teksi. Asyik duk menipu je. Tapi ni bukan kali pertama la I kena. Banyak kali. Yang dulu-dulu tu I bagi je 2 LE lepas tu terus keluar teksi tu. Dia takkan kejar punyer ko. Sabor jela kena buli dengan pemandu teksi kat sini. Lepas tu dalam dewan exam tu makcik yang jaga peperiksaan kitaorang tu sangat la lawak. I tahan gelak masa jawab exam semalam. Dah la dia mengumpat dengan kawan dia macam borak kat kedai kopi makan nasi lemak pepagi tu tak ingat dunia kuat gila. Tapi yang lawaknyer sebab makcik tu cukur kening dia. Lepas tu agaknya dia nak cepat kot pagi tu so seblah kening dia warna coklat sebelah warna hitam. Dah la bentuk kening pun tak betul. Macam bentuk N kecik. Dah macam ghuper berok sedih pun ada. Sorry la makcik tapi makcik annoying sangat semalam. Saya asyik ketap bibir je tahan gelak. Satu lagi kan nak kongsi kat sini, masa musim panas ni banyak betul nyamuk kat Egypt ni. Musim menagawan ke apa ni. Beli penyembur nyamuk kat sini pun macam tak da fungsi. Dia punyer penyembur nyamuk tu macam semburan haruman Ambi Pur tahu tak. Nyamuk tu pun macam kompius jap nak mati ke tak. Kadang-kadang masa I bunuh nyamuk tu, I terpikir gak kalau la I bunuh nyamuk ni mesti keluarga dia tercari-cari mana la anak aku ni tak balik-balik dari mengumpul darah manusia ni. Mesti mak nyamuk tu risau anak dia tak balik. Rupa-rupanya I dah bunuh anak dia. Kejam plak rasa kan. Tu la sapa suruh hisap darah aku. Ko ingat aku ni blood bank ke apa. 

Eh panjang plak berceloteh bila lama tak update kan. Terasa macam makcik-makcik sangat yang petang-petang pergi rumah kawan dia berlonggok bawah pokok asam sambil buat mesyuarat tak rasmi anyaman ketupat tu. Lepas exam ni banyak la waktu terluang I. Adakah I akan hupdate tiap-tiap hari.?! Adakah entri-entri lepas ni akan bertambah panas.? Cehhh kurlas kau Maria buat persoalan ala-ala novel bukit kepong. Eh yeke.? So nantikan jela entry merapu I lepas ni. Kalau rajin sikit buat la entri berunsur ilmiah gitu. Ok la till next entry. Bye.!


Nah gambar donut. Tetiba sangat letak gambar donut. Alaaaa nak kabo dia dah pandai buat donut lettew. Kihkihkihkih 

4 comments:

kura said...

gua pernah berbulan tak update blog. rilexx je. hahha

wo. best la dah habis exam :0

eton said...

waa... entry x puas hati nampak.. kang org sana thu masak kena band blog ni.. hehehe

Fathin || Bamir said...

ohoooohooooi...eksaited punye pasal banyak plak typo. hahahaha..takpe xmasuk exam pon dorang nak check 1-1.. dah bakpe donut macam gitu gelap macam berjemur kat puncak piramid??

Anonymous said...

exam dah habis ? untunglahh!
pandai masak jugak afiq ni ya??