29 August 2012

Wordless Wednesday : Oppa Gangnam Style

Apa sebenarnya Oppa Gangnam Style ni.? Ce kabo. Dah macam bunyi permainan tora-tora pulop.


Oppa Merenyam Style
*dancing*

20 August 2012

Raya Di Perantauan Kedua Kali

Assalamualaikum.

Haaaa tajuk pun dah macam tunggang langgang kan bunyi nyer. Ni semua gara-gara overloaded makan kuah kacang di pagi raya. Kau mampu macam tu.? Baiklah sempena di bulan syawal yang kedua ni dan kali kedua bertutut-turut beraya di perantauan  *eh macam coincidence plak*  nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA ADIDLFITRI kepada semua pembaca blog ni. Tak kira la yang kenal ke tak kenal ke, I minta maaf kalau sepanjang berblogging kalau ada tutur kata salah silap yang menyinggung korang yang membaca. Jadi next time kalau tajuk entry I menyinggung u olls sila tutup blog ni. Boleh gitu.? Selamat Hari Raya semua. Jaga diri elok-elok sempena musim perayaan ni. Jangan overloaded makan kuih raya yang manis-manis tu. Bawak penapis minyak kalau in case kalau pergi raya rumah kawan ke atau sedara tetiba tengok rendang dia terlebih minyak jadi gunakan tapis tu untuk tapis minyak rendang tu ye. Kolestrol tu u olls. Have a blast raya everybody.!!! =)



Team purple di pagi raya. Dah macam kumpulan Westlife versi berbaju melayu dah aku tengok. Tak pa it's ok raya di perantauan. Tahu tak sekarang trend orang raya kat perantauan. Mana ada orang raya kat Malaysia lagi.*ayat nak sedapkan hati sebab tak dapat balik raya*   T___T











13 August 2012

Halwa Telinga Ramadhan : Fatih Seferagic

Assalamualikum. 

Semalam kawan I datang rumah suggest video ni kat I sebab dia kata kalau dia tak jadi doktor dia nak jadi hafiz quran. So dia bagi video ni kat I sebab dia kabo dia nak jadi macam gini la. Subhanallah sedap suara Fatih ni mengaji. Fatih Seferagic ni orang German tapi menetap di Amerika dan sekarang dah jadi hafiz dekat Amerika. Waaaa dekat negara mat salleh tu yang banyak rintangan tu pun dapat menghafaz Al-Quran. Umur dia baru 17 tahun rasanya. Jadi di bulan puasa yang lebih kurang seminggu lagi nak habis ni apa kata kita selak sikit-sikit Al-Quran tu. Baca sehelai muka surat setiap hari pun jadi la kan. Sama-sama manfaatkan bulan puasa ni dengan sebaiknya.

Boleh klik SINI untuk page Facebook Fatih Seferagic ni. Kat sana banyak video-video dia mengaji. Sementara nak tunggu buka puasa tu boleh la layan video-video dia ni. Kita sebagai orang Islam patut letak banyak video-video macam gini. Bukan video muncung itik lepas tu pose peace sebab kau sakit mata bagai dapat MC pun kau nak upload kat youtube kan. Kalau tak sempat baca Al-Quran, dengarlah bacaan Al-Quran dari orang lain. Sekurang-kurangnya kita tidak terlalu jauh dengan Al-Quran.  Ok layan dulu video Fatih Seferagic ni.









9 August 2012

MMC

Assalamualikum  Hi semua. Lama dowh tak update blog. Mesti semua rindu kan kan kan kan. Walaupun jawapnnya tak tapi tolong angguk ye. Busy la katakan. U olls ada ke busy macam I ni. Tahu tak apa tu MMC.??? Mahu Makan Charkuewteow.?! Memang tak la. Mana nak cari char kuew teow kat Mesir ni plak. MMC stands or Migrating Motor Complex. Ok I know I know u guys mesti bosannnnn nak baca pasal mende alah ni. But it's ok I'll make it interesting story.

MMC ialah salah satu kategori perjalanan makanan dalam badan manusia. Badan manusia ni perjalanan makanan dia banyak sebab manusia kan makan bermacam-macam so banyak la cara perjalanan makanan tersebut untuk sampai ke perut lepas tu dihadamkan dan dibuangkan. Jadi MMC ni ialah moderate peristaltic movement of food yang hanya akan berlaku ketika manusia tu tengah berpuasa atau tidur.

Kiranya masa kita tengah puasa tu sistem penghadaman kita dikawal oleh MMC. Kenapa MMC ni waktu puasa je.? Sebab sukahati mak dia la. Oh jawapan tu serupa nak kena flying kick. Mahu batal puasa noksss. Sebab terjadi ketika puasa adalah untuk membersihkan segala kotoran-kotoron makanan yang lalu. Kiranya macam season cleaning dalam perut la. That's why Islam mewajibkan kita berpuasa sebab memang banyak hikmahnya puasa ni. Badan kita makin bertambah sihat. MMC dia buang segala kotoron kat colon dengan intestine kita. Lepas tu dia mencegah berlakunya bakteria yang tak diingini dalam perut. Tak yah minum vitagen pun tak pa. *flip hair*. Jadi kita puasa ni satu ibadah yang dapat menjamin kesihatan dalaman dan rohani. Ala-ala ustaz ghittew bagi tazkirah subuh kanzzzz. Ok la tu je nak kabo. Insyallah kalau ada masa senggang akan update lagi blog ni. Puasa jangan tak puasa tau.!



Ahhhh sedak nyer kuih seri muka ni. Berseri-seri kalau dapat makan sekarang. This is my all time favorite punyer kuih. =)