8 February 2014

Resipi Cheesecake Borio Ariana Rose

Nama resipi nak letup. Mestilah kena letup, kalau tak letup jangan berani buka blog ni. Why bother.! Why bother.! Why bother katanyer Azwan Ali. Kali ni nak up satu resipi simple and mudah untuk siapa yang chesse lover kat luar tu. Simple sangat resipi ni. 10 minit buat je lepas tu boleh menelan kek tersebut sambil menonton Ariana Rose bersama yang tersayang.

Ok la ni resipi dan bahan-bahan nak buat cheesecake Ariana Rose. Actually I tak tengok pun Arian Rose ni tapi kat twitter hari-hari diorang update Ariana Rose. Macam best je. Tapi citer ni dah habis kot rasanya. Nanti nak gi download. Kalau tak best macam citer Love You Mr. Arrogant tu aku bakar twitter.

Bahan-bahan cheesecake :
1- 100 gm tepung gandum
2- 70 gm mentega cair
3- 100 gm gula pasir
4- 5 biji putih telur
5- 250 gm cream cheese Philadephia
6- 200 ml susu segar

Cara-cara nak buat cheesecake ni


Cairkan mentega dengan suhu angin bayu laut. Slow-slow je tau.




Lepas tu amik mangkuk cangini kan then bubuh tepung gandum,gula,marjerin yang dah dicairkan tadi  dengan putih telur. Pukul pakai mixer tu sampai lunyai dan tak terdaya lagi. Lepas tu amik cream cheesee dengan susu segar tu masukkan dalam bancuhan tadi. Pukul lagi sampai putih cantik gebu macam Ariana Rose.




Haaaa nak tahu kenapa kek ni dipanggil Borio. Ni bukan typo ke apa eyh. Ni sebab kat Mesir ni ada biskut seakan-akan Oreo tapi lagi sedap dan murah dari Oreo jadi I pakai biskut Borio ni. Murah pun murah. Sedap pun sedap tak terkata. 




Then ko amik loyang untuk membakar tu sapukan dengan merjerin. Layerkan sesikit je. Jangan banyak-banyak nanti berminyak-minyak cheescake tu kang. Lepas tu hancurkan biskut Borio tu buat base dia. Lenyek-lenyek and mampat-mampatkan biskut tu kat base loyang tu. Nanti cheesecake korang ranggup krup krap krup karkp bila masuk dalam mulut tu.




Tuangkan adunan yang dah mix tadi dalam loyang tu. Haaa cengini la putih gebu rupa dia macam Ariana Rose. Tak gituwww. Lepas tu bakar dalam oven pakai suhu 160 degree selama 45 minit. Jangan pakai suhu bilik plak.




Taraaaa.!!! bajet suprise gituwwww. Ni la hasilnya cheesecake Arianna Rose. Lepas tu potong kecik-kecik masuk bawak bekal gi sekolah sambil makan dalam lecture hall masa doctor tengah mengajar memang nak kena terajang ngan doctor kan. Tapi doktor I sporting belaka. 


Ok tu je nak share. Kalau siapa nak mecuba sila cuba. Risiko sakit perut ke apa ke tu tanggung sendiri ye. K. Bye





No comments: