23 July 2014

I'm Aware. MH370 & MH17

Biasanya bila nak balik ke Malaysia atau balik semula ke Mesir wajib bagi diri ini tak kemas beg sendiri. Mesti akan memujuk kakak-kakak untuk kemaskan beg sebab kalau diri sendiri yang kemas memang main sumbat je baju dalam bagasi tu. Sampai KLIA terlebih muatan sebab nyer kau masukkan sekali tin biskut Hup Seng tu dalam bagasi padahal boleh je tinggalkan tin biskut tu and bawa biskut tu je. Biskut Hup Seng wajib bawak balik egypt sebab orang egypt tak makan biskut kot. Oh botol kicap dengan cili sos sekali wajib bawak dalam bagasi.

Bila dah sampai KLIA nak check-in beg,  ayah selalu pesan supaya wrapped kemas-kemas. Jadi menunutun la troli tajaan Petronas ke tempat wrapping bag tu yang telahpun ditunggu abang pekerja bangla dengan sekali wrapping 20 hengget kena caj tapi sebab keselamatan memang tak kisah pun kena bayar 20 ringgit. Sebab selalunya banyak kes yang terjadi orang buka beg kita and kita tak perasan and in case kalau beg kau tertinggal kat airport transit tu, maka selamatlah biskut Hup Seng dengan cili sos ko tu tak kena curi.


Bila tiba masa nak boarding masuk gate perlepasan tu memang wajib untuk umi suruh bergambar dengan dia dan wajib berlatarbelakangkan signboard perlepasan antarabangsa tu masuk dalam gambar. First time berpisah dengan keluarga masa mula-mula dulu nak pergi Egypt tu memang menangis berderai-derai tapi sebab dah banyak kali pergi KLIA and hantar balik ke Egypt so family pun dah macam bosan nak nangis ke tak. Sebelum tu ada jugak mesej dan whatsapp dengan sahabat handai BFF katanyer till jannah menghantar mesej HAVE A SAFE FLIGHT sebelum phone dimatikan dan akan di on semula 12 jam kemudiannya. Tapi bila kawan-kawan hantar mesej sebegitu memang tak rasa apa-apa pun. Rasa macam biasa je text HAVE A SAFE FLIGHT tu. Muka dengan happy lambai family di ruang anjung tanpa rasa takut atau panik apa yang bakal berlaku kat diri ni nanti masa atas awan pada ketinggian beribu meter dari tanah. Tak pernah terfikir pun pasal benda ni.
Masuk dalam plane ko terus cari seat ko berharap dan berdoa dapat duduk tepi tingkap and mintak-mintak orang duduk sebelah ko tu tak annoying and tak busuk. Dapat je seat terus baca menu makanan dalam flight tu and mata sibuk mencari remote tv untuk tengok movies entertainment apa yang best dalam plane ni. Tak da pun nak rasa panik ke takut ke apa ke. Memang tak sama sekali. Syukur nasib baik selama belajar kat Egypt ni I naik kapal terbang islam. Umi I label kapal terbang tu based on ada baca doa naik kenderaan ke tak sebelum berlepas. Kalau kapal terbang islam selalunya ada baca doa naik kenderaan. Kadang-kadang i sendiri terlupa doa naik kenderaan  tu  =_="

Bila dengar je perkhabaran tragedi MH370 dengan MH17 terus rasa HAVE A SAFE FLIGHT really means something to me. You might loss your loved one in just a moment. Sekarang baru tahu kenapa umi selalu wajib nak tangkap gambar sebelum I masuk gate perlepasan antarabangsa tu. It might my last picture with her and the last goodbye for me and the family. Nobody knows what will happend to all the passengers in the plane. It might crash, it might lost, it might drown in the ocean sea and anything can happen in just a moment. It's like a wake up call for me untuk selalu beringat ajal semua tu tak kira masa dan tempat. Selalunya ayah pesan sebelum naik plane make sure solat semua dah buat and kalau sempat buat solat sunat musafir sekali. Kalau transit kat mana-mana airport make sure solat jangan tinggal.

#prayforMH370 yet still missing...


17 July 2014

My New Love Affair With Debab

Kalau siapa yang mengikuti perkembangan instagram afiqvolaris pasti akan ternampak gambar-gambar bayi yang comel. Setelah beberapa bulan tak update blog maka berita yang paling gembira telah menyusul. I dah jadi uncle. Panggil uncle okeh sebab it sounds macam urban sikit and tak nampak macam tua. Betul tak uncle Sim.! Kalau yang tahu kisah kahwin akak I tahun lepas, (scroll kat bawah je entri kahwin) ,jadi nyer akak I pregnant dan lahirkan seorang baby comel debab tahap serupa baby panda dah.



Muhammad wafiey nama dipilih oleh nenek which is umi I. Nenek macam dapat kuasa veto bila orang bagi chance pilih nama cucu sulung. Maka bertambahlah ahli keluarga Hj.Md.Nor ni dengan kehadiran si debab 3.7kg masa lahir dan sekarang almost 10 kg right just after 4 months. Ohmaiiiii kena pergi gym dengan uncle tau wafiey. Sebelum masuk tadika kena tunjuk perut six pack kat rakan-rakan sebab nanti boleh diabadikan dalam instagram sebagai kenangan berserta caption "my first day in kindergarten and every girls love me cuz i have 6 pack". Biasa la kids nowadays dah ada henpon cecanggih bawak senyap-senyap masuk sekolah even tanya homework pun kat whatsapp woiiiii.!


Wafiey with me yang acah-acah tidur tapi wafiey tak yah acah-acah pun sebab sekarang hobi kegemaran dia ialah tidur di atas mana-mana riba dan dada orang. Tak kisah tempat dan masa. Auwwwwww...look at that angelic faces. I mean yang belakang tu. Eh.!?

Setiap hari akak I akan hantar gambar debab dekat whatsapp dan kalau si debab bangun dari tidur maka kami geng adik beradik di whatsapp sangat bertuah hari tu sebab boleh tengok video kelincahan si debab di hadapan kamera. Sekarang debab baru nak acah-acah merangkak tapi semangat yang kental masih tak berapa nak kental sebab mulut asik masuk dalam tangan je tanda protes tak dapat susu mungkin.


Debab sudah give up apabila latihan merangkak tak dapat disempurnakan dengan lengkap. Depression mood memang macam ni la rupanya.




Apabila ada masa lapang, debab akan beraksi di depan kamera persis model dengan hashtag #ootd. Sedaya upaya untuk kelihatan seperti Maher Zain.



Tabiat tidak sihat debab di pagi hari ialah tak suka mandi pagi. Muka terpaksa debab di pagi hari tengok kamera tapi masih lagi buat pose belanja comel.



Muka debab kegirangan apabila mendapat bekalan susu yang mencukupi. It's playtime. Let's warm up.!



Selepas setengah hari membajak sawah, memotong getah dan bermain auukkk chakk, maka inilah rupa debab menampakkan penat dia. Gambar tidur tak beretika debab sengaja di leak kan supaya nanti boleh diugut di masa hadapan kalau dia tak nak kurus sebelum masuk tadika. Ohmaiiiii teruk la dapat uncle gini.

That's all. Bye



8 July 2014

Update Terbaru. Berbuka Puasa Dengan Masyarakat Egypt

Ya ampooooon. Parah blog ni lama beno tak update. Sendu je tak da visitor melawat blog ni. Haaa ni nak buat comeback balik. Nak meriahkan dunia blogging ni. Boleh.?

Kadang-kadang lupa ada blog. Selepas dua bulan exam yang parah, maka sekarang kembali boleh bernafas dengan lega. Belajar medic ni asik-asik exam. Exam dan kami tak boleh berpisah. Nak mengekor je memanjang. Jadi tanpa melengahkan masa, mari kita mulakan entry pertama ok?

Sebab sekarang tengah bulan puasa, jadi cerita pasal benda yang latest la. Dua hari lepas kawan arab kat sini yang sama kuliah ajak berbuka puasa kat rumah family dia. Maka tanpa menggelengkan kepala sebab malas nak masak kat rumah, jadi angguk kan ajer. Makan free kot. Siapkan perut je. Tapi ada shy shy cat la sebab makan dengan family dia so macam shy sikit. Sebab I selalu kalau makan dengan family sendiri memang tak shy. Satu meja tu I conquer tanpa segan silu. I kuat makan jadi dengan family dia macam kena cover sikit. Kita tak boleh jadi diri sendiri ye kawan-kawan kalau makan kat rumah orang lain. Ingat motivational quotes ni.!


With le foster family. Upload kat fb semua cakap macam anak bongsu. Mmmmm k.!


Family dia layan memang baik sekali. Well here's a thing you should know kalau datang kat rumah masyarakat Egypt ni. Dia layan tetamu kalah orang melayu tau. Makan tu memang kena lengkap la. Mula dengan starter lepas tu, main dish dia yang memang sedap giler, lepas tu dessert dia yang macam-macam sampai ke moreh dia bagi ko makan. Last-last kau tahu, kau dah naik 3 kg lepas balik rumah.


Nama nasi ni Rusz Rumaira. I actually lupa nama yang belakang tu. Maybe Rumaira la kot nama dia. Nasi ni campur dengan susu dan cheese. Sedap gilaaaaaa. Sumpah tak tipu.



Haaa yang ni wajib ada kat table makan orang Egypt ni. Mana-mana restoran la mesti ada benda ni. Salad diaorang. Tak goreng and makan mentah macam tu je. That's why muka masing-masing cantik flawless kalau nak dibandingkan dengan orang melayu muka menggerutu tak habis-habis beli collagen kat instagram tu kanzzzz.



Yang ni kalau kat Malaysia kita panggil Laichikang. Tapi kat sini nama dia....ok lupa lagi nama dia apa sebab sedap sangat. I olls kalau makan nombor satu, tapi ingat nama makanan nan hado nak ingat dek nooon. Dia campuran kacang, buat zaitun, buah kurma, buah tin dan macam-macam dia bubuh dalam tu. Tapi memang sedap and kawan I cakap benda ni waktu bulan puasa je dia buat.



Ni dessert nombor dua. Sekali dua dessert dia bagi enko.! Ni pudding custard tapi campur dengan cheese apa ntah nama dia. Bubuh kismis atas tu. Dia rasa macam custard tapi lembik-lebik sikit and rasa macam susu kambing pun ada. Tapi yang penting sedap and korang yang baca ni memang tak pernah rasa kan. Jadi telan air liur je tengok tau.

Main dish dia ayam salut dengan serbuk roti lepas tu goreng. Lebih kurang macam tu la resipi dia. Tak sempat nak tangkap gambar sebab ayam tu dah masuk dalam perut. Tetiba eh.? Mana ayam ni. Laaa dalam perut rupanya. Tak kan nak biopsy amik gambar semata-mata nak bubuh dalam blog ni kanzzz. So tula cerita dia iftar dengan family arab kat sini. Memang puas hati sangat. Kalau buat buffet kat hotel mahu kena charge 50,60 hengget ni. Tapi kali ni alhamdulilah rezeki kan. So free.!



Ok malam tu lepak-lepak dengan diorang dalam blackout lepas tu sejam kemudian amik gambar sesuka. Mula-mula macam nak ala-ala candid la lepas tu tak jadi sebab phone habis bateri and blackout punya pasal. Jadi kena muka serius horizontal berbaris tangkap gambar. Asian sangat kan i olls. Kecik je.

Jadi tu je update hari ni. Boleh la enkorang yang kat Malaysia tu baca lepas habis moreh ke kannnn. Oh nak mengadu ni. Hari ni i olls dengan hosmet terlajak sahur u olls. Tapi masih bersabar perut ni menahan. Alhamdulilah berkat bulan puasa. Selamat berpuasa semua.!