Kadang-kadang lupa ada blog. Selepas dua bulan exam yang parah, maka sekarang kembali boleh bernafas dengan lega. Belajar medic ni asik-asik exam. Exam dan kami tak boleh berpisah. Nak mengekor je memanjang. Jadi tanpa melengahkan masa, mari kita mulakan entry pertama ok?
Sebab sekarang tengah bulan puasa, jadi cerita pasal benda yang latest la. Dua hari lepas kawan arab kat sini yang sama kuliah ajak berbuka puasa kat rumah family dia. Maka tanpa menggelengkan kepala sebab malas nak masak kat rumah, jadi angguk kan ajer. Makan free kot. Siapkan perut je. Tapi ada shy shy cat la sebab makan dengan family dia so macam shy sikit. Sebab I selalu kalau makan dengan family sendiri memang tak shy. Satu meja tu I conquer tanpa segan silu. I kuat makan jadi dengan family dia macam kena cover sikit. Kita tak boleh jadi diri sendiri ye kawan-kawan kalau makan kat rumah orang lain. Ingat motivational quotes ni.!
With le foster family. Upload kat fb semua cakap macam anak bongsu. Mmmmm k.!
Nama nasi ni Rusz Rumaira. I actually lupa nama yang belakang tu. Maybe Rumaira la kot nama dia. Nasi ni campur dengan susu dan cheese. Sedap gilaaaaaa. Sumpah tak tipu.
Haaa yang ni wajib ada kat table makan orang Egypt ni. Mana-mana restoran la mesti ada benda ni. Salad diaorang. Tak goreng and makan mentah macam tu je. That's why muka masing-masing cantik flawless kalau nak dibandingkan dengan orang melayu muka menggerutu tak habis-habis beli collagen kat instagram tu kanzzzz.
Yang ni kalau kat Malaysia kita panggil Laichikang. Tapi kat sini nama dia....ok lupa lagi nama dia apa sebab sedap sangat. I olls kalau makan nombor satu, tapi ingat nama makanan nan hado nak ingat dek nooon. Dia campuran kacang, buat zaitun, buah kurma, buah tin dan macam-macam dia bubuh dalam tu. Tapi memang sedap and kawan I cakap benda ni waktu bulan puasa je dia buat.
Ni dessert nombor dua. Sekali dua dessert dia bagi enko.! Ni pudding custard tapi campur dengan cheese apa ntah nama dia. Bubuh kismis atas tu. Dia rasa macam custard tapi lembik-lebik sikit and rasa macam susu kambing pun ada. Tapi yang penting sedap and korang yang baca ni memang tak pernah rasa kan. Jadi telan air liur je tengok tau.
Main dish dia ayam salut dengan serbuk roti lepas tu goreng. Lebih kurang macam tu la resipi dia. Tak sempat nak tangkap gambar sebab ayam tu dah masuk dalam perut. Tetiba eh.? Mana ayam ni. Laaa dalam perut rupanya. Tak kan nak biopsy amik gambar semata-mata nak bubuh dalam blog ni kanzzz. So tula cerita dia iftar dengan family arab kat sini. Memang puas hati sangat. Kalau buat buffet kat hotel mahu kena charge 50,60 hengget ni. Tapi kali ni alhamdulilah rezeki kan. So free.!
Ok malam tu lepak-lepak dengan diorang dalam blackout lepas tu sejam kemudian amik gambar sesuka. Mula-mula macam nak ala-ala candid la lepas tu tak jadi sebab phone habis bateri and blackout punya pasal. Jadi kena muka serius horizontal berbaris tangkap gambar. Asian sangat kan i olls. Kecik je.
Jadi tu je update hari ni. Boleh la enkorang yang kat Malaysia tu baca lepas habis moreh ke kannnn. Oh nak mengadu ni. Hari ni i olls dengan hosmet terlajak sahur u olls. Tapi masih bersabar perut ni menahan. Alhamdulilah berkat bulan puasa. Selamat berpuasa semua.!
No comments:
Post a Comment