17 July 2014

My New Love Affair With Debab

Kalau siapa yang mengikuti perkembangan instagram afiqvolaris pasti akan ternampak gambar-gambar bayi yang comel. Setelah beberapa bulan tak update blog maka berita yang paling gembira telah menyusul. I dah jadi uncle. Panggil uncle okeh sebab it sounds macam urban sikit and tak nampak macam tua. Betul tak uncle Sim.! Kalau yang tahu kisah kahwin akak I tahun lepas, (scroll kat bawah je entri kahwin) ,jadi nyer akak I pregnant dan lahirkan seorang baby comel debab tahap serupa baby panda dah.



Muhammad wafiey nama dipilih oleh nenek which is umi I. Nenek macam dapat kuasa veto bila orang bagi chance pilih nama cucu sulung. Maka bertambahlah ahli keluarga Hj.Md.Nor ni dengan kehadiran si debab 3.7kg masa lahir dan sekarang almost 10 kg right just after 4 months. Ohmaiiiii kena pergi gym dengan uncle tau wafiey. Sebelum masuk tadika kena tunjuk perut six pack kat rakan-rakan sebab nanti boleh diabadikan dalam instagram sebagai kenangan berserta caption "my first day in kindergarten and every girls love me cuz i have 6 pack". Biasa la kids nowadays dah ada henpon cecanggih bawak senyap-senyap masuk sekolah even tanya homework pun kat whatsapp woiiiii.!


Wafiey with me yang acah-acah tidur tapi wafiey tak yah acah-acah pun sebab sekarang hobi kegemaran dia ialah tidur di atas mana-mana riba dan dada orang. Tak kisah tempat dan masa. Auwwwwww...look at that angelic faces. I mean yang belakang tu. Eh.!?

Setiap hari akak I akan hantar gambar debab dekat whatsapp dan kalau si debab bangun dari tidur maka kami geng adik beradik di whatsapp sangat bertuah hari tu sebab boleh tengok video kelincahan si debab di hadapan kamera. Sekarang debab baru nak acah-acah merangkak tapi semangat yang kental masih tak berapa nak kental sebab mulut asik masuk dalam tangan je tanda protes tak dapat susu mungkin.


Debab sudah give up apabila latihan merangkak tak dapat disempurnakan dengan lengkap. Depression mood memang macam ni la rupanya.




Apabila ada masa lapang, debab akan beraksi di depan kamera persis model dengan hashtag #ootd. Sedaya upaya untuk kelihatan seperti Maher Zain.



Tabiat tidak sihat debab di pagi hari ialah tak suka mandi pagi. Muka terpaksa debab di pagi hari tengok kamera tapi masih lagi buat pose belanja comel.



Muka debab kegirangan apabila mendapat bekalan susu yang mencukupi. It's playtime. Let's warm up.!



Selepas setengah hari membajak sawah, memotong getah dan bermain auukkk chakk, maka inilah rupa debab menampakkan penat dia. Gambar tidur tak beretika debab sengaja di leak kan supaya nanti boleh diugut di masa hadapan kalau dia tak nak kurus sebelum masuk tadika. Ohmaiiiii teruk la dapat uncle gini.

That's all. Bye



1 comment:

Maqnie said...

maq datang sini sebab dlm blog ni ada pic baby tembam ... gerammmm ^_^