26 September 2010

Hujung minggu yang sangat best...!!!

Tengok entri ada perkataan best tapi sebelum tu nak buat muka tak best sebab tadi entri pasal ni dah nak siap tapi tiba-tiba internet tak de lepas tu tak save post then hilang semua gambar dan cerita pasal hujung minggu yang best ni...rasa macam nak...aishhhhh..nasib baik aku ni baik..hahaha...

Ok mood nak menulis dah ada balik...
Malam tadi kan sangat penat...balik rumah pukul 1 pagi...woooo...pagi-pagi je dah ada orang kejut bangun...bangun-bangun dengar suara angah kata "afiq cepat nasi lemak"...erghhhhh...penat jelagged dalam flight pun tak habis lagi tau...*ehem melampau jetlagged sampai 2 minggu*...
dengar je NASI LEMAK terus berdezzzuuuuppppp pergi dapur...muka tak basuh gigi tak gosok mata penuh tahi mata terus je menghadap nasi lemak...nasib ko la perut campur dengan bahan-bahan asing dalam nasi lemak tu nanti...

Malam tadi family time buat kali ke 3 selepas aku pulang kat Malaysia...memang best sebab dapat spent time dengan family...bukan selalu dapat macam ni...jalan-jalan kat Melaka Bandaraya Bersejarah...memang lama giler tak jalan-jalan,makan-makan,shopping-shopping,lepak-lepak (banyak betul ko guna ayat berganda afiq) dengan family..jadi malam tadi pergi river cruise kat sungai Melaka...yela sebagai anak Melaka celup walaupun aku lahir di Johor mestilah kena cuba segala benda yang ada kat melaka ni..betul tak..tak la nanti  terpinga-pinga bila orang luar tanya bangunan Stadhuys kat mana lepas tu ko dengan muka confident tunjuk arah Makam Hang Tuah...(-__-)"..

So today i want to share some pictures of my family and me...i will tell you all about my family...

ayah dan umi serta anak bongsu lelaki kesayangan mereka yang hensem dan cute..
ok sangat melampau puji diri sendiri...


waaa...ada gaya mcam keluarga vampire serang restoran ikan bakar tak..??


1..2...3....shoot...


penat tunggu river cruise Melaka...


bila naik kapal semua senyap tersenyum...


ni la angah kesayangan kita..semua dia yang uruskan pasal kita..
muka tu juga merangkap assist kesayangan ayah...


ni plak alang yang sangat tinggi dalam family..
.bila balik kampung je mesti makcik-makcik suruh dia jadi model macam Cindy Crawford..


kami bertiga je malam tu sebab akak dengan acik tak ikut..
mereka dah ada kat UIA..gigit jari je la korang berdua ye..


my buah hati pengarang jantung...masing-masing posing macam
nak masuk dalam majalah KELUARGA untuk edisi hari ibu


ciptaan terbaru di Melaka...jom berduyun-duyun naik ramai-ramai..
monorel pun dah ada kat Melaka..tak yah nak gi kolumpo dah.. :P


malam pun dah lewat..so balik rumah tapi tiba-tiba ada suara yang mengutarakan pendapatnya kepada umi,ayah,alang dan angah yang mengatakan dia sangat lapar...lepas tu alang drive pergi pantai puteri belanja makan ayam golek..sedap..tapi picture tak de sebab excited sangat makan sampai lupa nak bergambar...


ni pulak makan sate kajang tapi bukan kat kajang...tu la ayah comel tersayang..


sape cakap kitaorang tak kuat makan..sape..sape..meh sini belanja makan..
tengok je pinggan-pinggan tu..licin..


acik posing maut depan abg sate...niat di hati nak dapat sate lebih
tapi tak berjaya...


ayah nampak sangat candid dalam pic ni...so nak letak juga..
yang lagi 2 orang tu very the interframe...


(-____-)"....
*jelez giler dengan acik sebab dapat gambar macam tu..*




kita pun nak gambar macam tu...dah tak jelez dah...
(^_^)....



fuhhh..tak terbayang nak lepaskan kenangan macam ni lagi...tunggu lagi untuk summer break tahun depan...
T_T





















18 September 2010

Entri Raya Spesel...

Selamat kembali...
Kenapa kali ni tajuk entri raya spesel..??
Sebab kali ni kita beraya di KLIA...kat kolumpo...
yeayyy..tak pernah beraya kat KLIA...mesti tertanya-tanya kenapa beraya kat KLIA tak raya kat Sepang F1 Circuit ke ataupun kat Stadium Bukit Jalil erk...yela sebab anak lelaki bongsu kesayangan (tak over ke) pak cik Md.Nor balik Malaysia...
Tak memasal semua anak pompuan pak cik Md.Nor  kena bangun seawal 5 pagi untuk masak rendang,ketupat,kek coklat dan segala bagai untuk dihidangakn kepada aku...sayang korang semua...


Sepatutnya aku tiba di KLIA pukul 4 petang raya ke 2...
Tapi Md.Nor sangat bersemangat kerana pukul 11 pagi sudah berada di KLIA...ok sayang korang semua lagi kali ke 2...

Jadi mari kita tengok gambar raya di KLIA...


akak dan umi di masjid KLIA..
nampak tak muka umi kita tu penat tunggu kita...


akak lagi dan acik


umi yang penat dan ayah yang teruja...


photoshoot kat tangga masjid plak...


red team in the house...!!!
semua dipaksa memakai baju raya warna sama oleh umi..


nampak tak muka acik saya yang baju oren tu terkejut...
sebab Shah Rukh Khan lalu depan dia waktu tu...


dah melawa melaram mestilah gambar kat depan sekali..
betul tak akak..??


ayu-ayu semuanya...
yela kain baju semua diimport dari Jakarta,Indonesia...


yeayyy...dah selamat sampai di Malaysia...
tengok muka ayah ngan umi kita tu...happy...


kita gambar lagi...


ok lagi sekali gambar atas escalator kat KLIA...


alang ambil kesempatan tuk bergambar bersama troli KLIA...
konon-konon baru balik dari London la tu...


suka sangat gambar ni...
kalau boleh nak like macam kat facebook tu...


muka happy sebab dapat naik kereta Malaysia dan tengok
traffic light serta signboard yang tulis Melaka 20 KM


nak jugak letak gambar ni walaupun rambut serabut...
Sebab...sebab...AFIQ hensem...akak yang cakap mcm tu...


kita rehat kejap...nampak tak muka ayah yg sangat penat tu...

bila sampai je rumah dah malam...
sangat jetlagged...penat dalam flight tak habis selama 12 jam tiba-tiba ada orang ketuk pintu rumah nak beraya...rupa-rupanya budak comel ni...lama tak jumpa Qistina yang dah makin demok ni...



dia masih tak kenal orang sebab tu asyik nangis je...
nak orang laki yang ada misai dan janggut je pegang dia...ish..ish..

hah..!! kan gambar kamu bersama perut buncitmu dah keluar..
sila kesali ye...


raya kat kampung...
najwa yang sama tarikh lahir dengan kita dan bila dah lama tak jumpa
muka dia dah lain dan tembam...


seorang lagi kelahiran baru...
qimie yang bulat dan suka buat shuffle...


habis dah...
mengambil kesempatan ni untuk mengucapkan Selamat Hari Raya semua...














14 September 2010

Raya di perantauan...

Berdasarkan temubual eksklusif aku dengan pak cik kedai makan di Mesir ni,dia berkata sudah 5 tahun dia tak pulang beraya di tanah air sendiri. Wow suatu jangka masa yang panjang juga tu. Harus diberi pujian pak cik ni.Tapi ada juga orang yang tak pernah langsung beraya di Malaysia. Contohnya orang-orang Republic of Congo.

Tahun ni iaitu 2010,merupakan tahun paling sejarah dalam hidup aku kerana aku sambut raya di negara orang.
Ada ke negara binatang..??

Bagi aku raya merupakan hari di mana semua penduduk Malaysia tak kira bangsa bercuti. Raya juga bererti makanan-makanan yang menggemukkan,filem-filem Yusof Haslam dan Prof Razak Mohaideen atau drama-drama airmata seperti pondok buruk,quran buruk dan semuanya buruk,orang-orang yang tak dikenali atau saudara-mara yang hanya sekali setahun jumpa dan bertandang ke rumah lepas tu sibuk tanya aku dengan soalan-soalan yang tak masuk akal. Contohnya,'bila nak kahwin','eh yang ni bongsu ke yang sulung','En. Md Nor(apabila rakan-rakan ofis ayah aku bertanya) ada seorang je ke anak lelaki'. Maka dalam hati ni menjawab 'ko nak ke bagi anak laki ko kat bapa aku'.
Oopsss sori hati ni tengah marah sebab tu dia cakap macam tu.

Aku tiada semangat raya ibarat aku tahu yang Siti Nurhaliza tak kan sama sekali berkahwin dengan aku. Iya kenyataan ni memang menyakitkan tapi kita kena tabah okay.

Setiap tahun perasaan yang sama apabila raya..

Tapi berbeza pula tahun ni.

Tahun ni aku dapat pecahkan tradisi. Ini bermakna aku dapat lari daripada rutin-rutin biasa aku.

Aku tak perlu lagi makan makanan yang menggemukkan,orang-orang yg tak dikenali atau sedara mara bertanyakan soalan-soalan tak masuk akal,filem-filem Yusof Haslam dan Prof.Mohaideen atau drama air mata seperti quran buruk,pondok buruk dan semua yang buruk di telivisyen.

Tahun ni aku beraya di Mesir.
Iya di Mesir.

Mata mula bersinar.

Aku teruja.

Tapi......

Suasana beraya di Mesir macam...errr...susah nak explain..

Tak ada takbir raya di pagi 1 syawal.
Suasana di sekitar rumah aku sunyi sehinggakan aku Google tarikh raya di mesir takut aku raya awal.

Di pejabat kedutaan malaysia pula semuanya makanan segera.
Ketupat segera,rendang segera,semuanya segera.

Kalau ada maggi segera waktu tu memang aku mangamuk.Apa kejadah pagi raya makan maggi segera. Sungguh melanggar prinsip betul.

Tapi aku rasa kehilangan sesuatu.

Aku nak pakai baju raya.

 Aku nak dengar bunyi mercun.

Aku nak dengar lagu raya.

Aku mahu cuti tanpa rehat.

Aku mahu makanan yg menggemukkan.

Aku mahu filem Yusof Haslam dan Prof Mohaideen.

Aku mahu drama air mata seperti pondok buruk,quran buruk dan semuanya yg buruk.

Aku tak reti beraya di Mesir.

dan ya..
Aku menagis di pagi syawal..(oh sungguh tak malu aku menghebahkannya)

Aku terus telefon Md Nor nak balik M'sia.
Md.Nor terus masukkan duit dalam akaun aku untuk beli tiket kapal terbang.


Yeaayyyyy...
Akhirnya aku dapat juga balik ke Malaysia beraya.

yeayy..
sampai juga aku di bumi Malaysia tanah tercinta pada raya ke-2

10 September 2010

Ifta di Mesir...

Actually this is...errr...(takmo la ckp org putih..kita cakap melayu eh..)
Ok sekali lagi...

Sebenarnya entri ni dah lama ditulis..tetapi memandangkan terlalu banyak sidang media kerja rumah dan exam jadi entri ni telah terletak dalam stok otak paling belakang dan hampir nak buang...
Ye saya masih lagi di Mesir walaupun puasa dah nak habis dan raya nak dekat...apa..?? raya..?? raya..??
Ok fine saya akan beraya di Mesir...faham tak semua raya di Mesir...ok tak pa kita buat muka gembira semua..buat cepat..!!!

Kita berbalik kepada tajuk entri asal...minggu lepas aku dengan kawan aku (sungguh sikit kawan) pergi berbuka puasa sekitar Mesir ni...ye la nak rasa ikan pari masak asam pedas tak dapat jadi kami pun pergi la ke restoran-restoran yang mahal untuk membalas dendam kepada ikan pari dan juga perencah asam pedas adabi kerana mereka berdua tidak datang ke Mesir ni...asyik nak jual diri mereka di Malaysia je..

So stop membebel marilah kita melihat gambar sekitar majlis berbuka puasa di mesir ni...(statement macam masuk dalam TV3 je)...


inilah kawan yang sanggup ikut aku pergi buka puasa...
kita pilih makan dulu ye...


sup cendawan sebagai pembuka selera..

makanan sedap 1 dah sampai...


makanan sedap 2...


makanan sedap 3...


makanan sedap 4...


muka happy semua kerana semua makanan sedap telah pun
berada dalam perut kami...yeayyy...

so macam tu la cerita dia...








 

4 September 2010

Like.Love.Life

Bosan.

Tadi sedang aku khusyuk menelaah buku biochemistry,aku dengan gedik tidak sengaja terbazirkan 15 minit meneliti keyboard laptop aku dengan perasaan ghairah dan sedikit hairan serta marah.

Ghairah kerana terlalu banyak butang untuk ditekan-tekan.
Hairan kerana keyboard aku diliputi oleh dedu-debu pasir.
Marah kerana butang keyboard aku huruf "B" sudah rosak.


Oh ya.
Aku tiba-tiba nak buat pasal benda ni.

Let's play.
Cuba korang semua pergi dekat google.
Lepas tu...eh kejap-kejap..dah taip google tak...ok lepas tu taip perkataan "beruk"..lepas tu tekan "i'm feeling lucky"...
Dah ke belum..



Jumpa tak muka ni.
Sumpah aku tak tipu.
Cuba la.



Aku betul-betul nak pergi...

eye on malaysia...(sungguh cetek cita-cita)
Tapi tak dapat naik kerana dah tutup...



Tempat kegemaran aku ialah..

kedai makan..(aku kuat makan)



Benda kegemaran aku...

laptop..
akan digemari sampai bila-bila..
macam-macam boleh buat..cuma tak boleh makan je..(oh ingat makan lagi)




Minuman kegemaran aku...

jus carrot susu..
menjaga kesihatan kulit...



Warna kegemaran aku...

ungu..(make sure bunyi betul,kalau tak sengau)



Aku tinggal di..

Masjid Tanah Melaka y'all



Tempat aku diberi pelajaran..

Smk Ghafar Baba..(sekolah menengah)

dan juga

Mansourah University of Egypt



Cerita kegemaran aku.

sangat best..semalam kali yang ke 27 aku menonton cerita ni.



Hobi aku.

ok tipu...aku tak da hobi.



Aku ingin menjadi.

doktor.

dan juga.....

angkasawan.


ok..
dah habis 15 minit aku..
kembali kepada buku biochemistry...


Mulai hari ni aku dah mula simpan duit untuk beli kapal soyuz untuk ke angkasa lepas..