Tahun ni iaitu 2010,merupakan tahun paling sejarah dalam hidup aku kerana aku sambut raya di negara orang.
Ada ke negara binatang..??
Bagi aku raya merupakan hari di mana semua penduduk Malaysia tak kira bangsa bercuti. Raya juga bererti makanan-makanan yang menggemukkan,filem-filem Yusof Haslam dan Prof Razak Mohaideen atau drama-drama airmata seperti pondok buruk,quran buruk dan semuanya buruk,orang-orang yang tak dikenali atau saudara-mara yang hanya sekali setahun jumpa dan bertandang ke rumah lepas tu sibuk tanya aku dengan soalan-soalan yang tak masuk akal. Contohnya,'bila nak kahwin','eh yang ni bongsu ke yang sulung','En. Md Nor(apabila rakan-rakan ofis ayah aku bertanya) ada seorang je ke anak lelaki'. Maka dalam hati ni menjawab 'ko nak ke bagi anak laki ko kat bapa aku'.
Oopsss sori hati ni tengah marah sebab tu dia cakap macam tu.
Aku tiada semangat raya ibarat aku tahu yang Siti Nurhaliza tak kan sama sekali berkahwin dengan aku. Iya kenyataan ni memang menyakitkan tapi kita kena tabah okay.
Setiap tahun perasaan yang sama apabila raya..
Tapi berbeza pula tahun ni.
Tahun ni aku dapat pecahkan tradisi. Ini bermakna aku dapat lari daripada rutin-rutin biasa aku.
Aku tak perlu lagi makan makanan yang menggemukkan,orang-orang yg tak dikenali atau sedara mara bertanyakan soalan-soalan tak masuk akal,filem-filem Yusof Haslam dan Prof.Mohaideen atau drama air mata seperti quran buruk,pondok buruk dan semua yang buruk di telivisyen.
Tahun ni aku beraya di Mesir.
Iya di Mesir.
Mata mula bersinar.
Aku teruja.
Tapi......
Suasana beraya di Mesir macam...errr...susah nak explain..
Tak ada takbir raya di pagi 1 syawal.
Suasana di sekitar rumah aku sunyi sehinggakan aku Google tarikh raya di mesir takut aku raya awal.
Di pejabat kedutaan malaysia pula semuanya makanan segera.
Ketupat segera,rendang segera,semuanya segera.
Kalau ada maggi segera waktu tu memang aku mangamuk.Apa kejadah pagi raya makan maggi segera. Sungguh melanggar prinsip betul.
Tapi aku rasa kehilangan sesuatu.
Aku nak pakai baju raya.
Aku nak dengar bunyi mercun.
Aku nak dengar lagu raya.
Aku mahu cuti tanpa rehat.
Aku mahu makanan yg menggemukkan.
Aku mahu filem Yusof Haslam dan Prof Mohaideen.
Aku mahu drama air mata seperti pondok buruk,quran buruk dan semuanya yg buruk.
Aku tak reti beraya di Mesir.
dan ya..
Aku menagis di pagi syawal..(oh sungguh tak malu aku menghebahkannya)
Aku terus telefon Md Nor nak balik M'sia.
Md.Nor terus masukkan duit dalam akaun aku untuk beli tiket kapal terbang.
Yeaayyyyy...
Akhirnya aku dapat juga balik ke Malaysia beraya.
yeayy.. sampai juga aku di bumi Malaysia tanah tercinta pada raya ke-2 |
No comments:
Post a Comment