Bagi aku pula memang dah lama target universiti tempatan...sebab universiti tempatan sangat tempatan dan...ermmm senang cerita cakap je la afiq yang nanti tiap-tiap minggu ko boleh balik rumah menikmati juadah asam pedas ikan pari dan semuanya yang dididamkan (ok itu sebenar-benar alasan untuk ke universiti tempatan)..
Bagi aku universiti yang best sekali kat Malaysia ni ialah Universiti Islam Antarabangsa atau sapa yang nak gedik-gedik dalam bahasa inggeris (bahasa komunis) ialah International Islamic University of Malaysia...sebab nak dalam bahasa inggeris kerana ada perkataan international...tu yang best tu...
Sebenarnya niat nak masuk UIA ni sebab akak kita yang
So bila akak masuk UIA tahun 2006 (aku sangat muda ketika itu kerana jerawat di muka pun masih belum tertampal banyak dan lagu bunga-bunga cinta nyanyian Misha Omar sangat popular ketika itu ) aku pun sungguh excited sebab tengok life budak-budak universiti yang tak payah nak beratur pagi-pagi berhimpun,tak payah nak pakai baju uniform sekolah dan semuanya tak payah laaa...ni tidak pagi-pagi je kena bangun pergi sekolah lepas tu mesti kena jerit dengan bini Md.Nor kalau lambat pergi sekolah...bila sampai sekolah pulak nama kena amik dengan pengawas kat depan pintu pagar sekolah..tapi tak heran pun sebab aku bagi kat pengawas tu nama artis indon...so memang konfem la dia tak dapat cari...sungguh jahat di situ...
Ni la UIA yang di idam-idamkan...seni bina bangunan dia memang terbaik la...semuanya berunsurkan islamic...
sangat seronok kalau belajar dekat sini...
Atas semangat korang baca karangan aku kat atas tadi maka akan diceritakn cerita yang sebenarnya...
So last week pergi la ikut akak ke UIA...kenapa erk..??
Oh yang itu tak perlu tahu...biarlah rahsia (mengambil trademark lagu Siti Nurhaliza)...
4 hari di sana sangat menerujakan...terima kasih kakak kerana telah merealisasikan impianku...(it sounds like baru menang contest aiskrim nestle jerrrr )...
Rasanya 4 hari tu tak cukup nak menjelajah pelusuk UIA tu...sebab..sebab UIA tu serius besar sangat-sangat...jenuh plak nak berjalan...lagipun akak bagi tempat-tempat limited je yang boleh pergi macam asrama perempuan library,cafe,stadium sukan,masjid (tu yang wajib)....macam tu je...yela nanti kalau bagi tempat lebih-lebih tak memasal plak akak aku tampal poster kanak-kanak comel hilang kat UIA tu.. jadi hanya gambar-gambar ni saja yang sempat kita ambil...
Masjid yang sangat cantik dengan seni bina islam....
Masjid ni dinamakan sempena nama Sultan Pahang yang merasmiknannya...
tiap-tiap waktu solat tau i pergi kat masjid ni y'all...
ok tempat seterusnya...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
kita sekarang berada di konti radio UIA...sangat teruja bila dapat peluang macam ni...bukan senang tau nak masuk tempat ni...bila dah ada dalam ni terasa macam artis jemputan pulak untuk ditemuramah oleh...
DJ Amri & DJ Mira...popular y'all...tahun depan gerenti masuk top 5 anugerah bintang popular...
walaupun tak dapat jumpa Linda onn ataupun Fara Fauzana tapi jumpa DJ amri pun boleh la...asal dapat..ko ada ke..??
ceh..ceh..ceh.. control hensem...kena posing seperti artis popular baru saja ditemuramah oleh Dj radio yang mana nanti peminat akan serbu sebaik sahaja keluar dari konti radio..(-____-) "
so korang kalau nak dengar lagu-lagu yang best dan berunsurkan islamic boleh la dengar dekat radio ni..so apa lagi klik di sini
credit : thanks acik kerana berjaya menangkap gambar dan sabar melayan kerenah adik ko yang sorang ni...
next jom kita ke library...
terasa jakun tapi memendam perasaan tu sebab tengok library diaorng sangat canggih..
sesiapa nak masuk kena swipe dulu kad pelajar kat mesin tu...macam dekat KL sentral tu..
Dalam library ni macam-macam bahan rujukan dan bacaan ada..contohnya dekat gambar atas ni "Translation of Al-Quran in world languages" tak ke ko jakun tengok semua bahasa ada..bahasa yang tak pernah dengar pun ada....
tempat bacaan untuk kaum adam..so kaum hawa jangan nak menggatal pergi kat sini ye nak mengusha-usha abang-abang kulit hitam dari Zimbabwe tu...(^__^)..tengok-tengok dia tidur..chumell je
kat sini khusus untuk baca surat khabar...semua jenis surat khabar ada...so tak payah la nak beli...jimat tak..
impian iadaman hatiku terpaksa ditolak tepi kerana UIA bukan untukku..haihhhh...
bila tengok je pemandangan dan life student kat UIA ni macam terus je nak register masuk UIA...rasa macam malas nak balik Egypt...universiti kat Egypt sumpah tak best...waaa...
ok sebelum menghabiskan entri ni...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
terimalah gambar gedikku camwhore kat cafe UIA yang serius sedap...
so eksaited dapat duduk kat kerusi tangan tu...
p/s : terima kasih kepada azwan abdul rahman kerana sudi bagi aku penginapan free 4 hari 3 malam dan barangan mandi percuma di UIA...oh lupa pulak...maaf anda terpaksa tidur atas lantai...(^__^)
No comments:
Post a Comment