11 October 2010

Rukun Islam Ke Lima...

Sebelum memulakan entri nak soal jawab dengan korang dulu...hah..!!! jangan lari...*tetiba
Ingat lagi tak lagu raihan yang nyanyi tentang rukun islam dan rukun iman...
Dulu masa dekat sekolah menengah bila ustaz atau usatzah tanya tentang rukun islam semua confident je dapat jawab sebab kadang-kadang ada kawan sebelah tolong cakap perlahan-lahan dan bagi jawapan...tapi bila waktu exam semua dah terbengkalai...kadang-kadang rukun iman dengan rukun islam pun boleh jadi rukun nikah...


Bukan ingin bercerita tentang sejarah sekolah menengah waktu pendidikan islam yang dulunya masa tingkatan 1 aku gagal dalam pendidikan islam lalu Md.Nor marah aku sampai kad kemajuan aku kena baling 300 meter...lepas tu bila sampai sekolah cikgu tanya kenapa rekod kemajuan aku dah macam rupa bungkusan belacan..lalu dengan slumber badak aku jawab.."semalam adik buat main-main lepas tu kena hujan basah .." (aku adalah anak bongsu jadi memang tak da adik)...

 Kita lupakan je cerita tadi..kita kembali ke zaman pop yeh-yeh 2010...
Sebelum tu aku nak ucapkan tahniah kepada ayah tercomel dan umi yang seiras Fauziah Ahmad Daud ketika zaman muda dulu kerana mereka berdua telah terpanggil untuk menunaikan rukun isalam yang ke 5...Alhamdulilah...


alhamdulilah terlaksana juga rukun islam yang ke 5 ni...






Bakal-bakal haji 2010...
Oh lihat tulisan di beg-beg tu...cantik tak...wooo..biasa la dalam rumah tu hanya tulisan tangan aku je yang dipercayai kerana tulisan tangan lain semuanya tak cantik..cenonet-cenonet je tulis...aku plak tulis besar gedabak.. jadi nanti umi dengan ayah tak perlu risau dan tercari-cari beg di mana sebab dari jauh lagi dah nampak nama mereka...betul tak..








Tabung haji sentiasa peka kepada jemaah-jemaah haji mereka...semua dapat gelang tangan sorang satu...(kenapa bunyi macam menang cabutan bertuah erk..)gelang tangan ni fungsi dia kalau ada jemaah malaysia yang hilang ataupun tersesat masa di Mekah boleh la telefon  nombor kompleks tabung haji di sana...nama jemaah haji dan nama negara Malaysia juga ada dekat gelang tu..nak tahu tak harga gelang tu berapa..?? 10 ribu ringgit....wooo...eh senyap sikit nanti mat ragut kat luar sana tu dengar pulak

Ok dah siap pack-pack barang semua marilah kita bergerak ke Kompleks Tabung Haji Kelana Jaya...

Ya Allah permudahkanlah segala perjalanan kami...amin..~~





Sungguh syahdu...

Rupa-rupanya jalan nak ke Kompleks Tabung Haji kat Kelana Jaya ni memang kompleks betul...
Jenuh mencari...tapi sampai juga...memang ramai betul orang kat sana...mana tak ramainya yang nak pergi haji sorang tapi yang menghantarnya 100 orang sampai ada family yanag datang naik satu bas...memang tabik spring betul la...


kitaorang pun bawa rombongan yang ramai tau..tengok tu..tengok tu...
So there are so many pictures were taken on that day...tapi hanya ini sahaja sempat diupload...sebab..sebab intrenet slow walaupun kami di rumah memakai encik streamyx...tetap slow (emo dengan streamyx)..baiklah mari kita mulakan..

keluarga bahagia..(^__^)


bersama mak cik dan pakcik dari Klang...adik perempuan ayah



bersama pakcik bobo (nama glamour)..kawan baik ayah



bersama adik lelaki ayah dari Rawang...


bersama akak umi dari Setapak


bersama akak dan adik umi serta "Cindy Crawford" celup yang tersesat...


umi bersama yang paling disayangi serta hensem...ceh..!!
ok baiklah afiq yg penting ko happy


bersama ayah hensem serta afiq yang comel gilerrrrr...
(-____-)"
sangat cemburu melihat umi dan ayah bagai artis popular...semua nak bergambar dengan mereka..
( afiq ko sangat menggilai glamour)...

bersama suami isteri yang berkipas menggunakan pinggan kertas..
ini adik perempuan umi dari Johor yang hantar kitaorang semua...
*tauke katering tau*...nak tempah..?? contact me..




Tahun ni Telekom Malaysia taja beg untuk bakal-bakal haji...terima kasih Telekom..nampak tak umi dengan ayah kita dapat beg oren yang cute tu....kalau macam ni terus bersemangat nak kumpul duit pergi haji sebab nanti boleh dapat beg oren yang cute tu dari telekom..
*niat tak baik tuuu...kena panah petir baru tahu*


Lepas penat menunggu akhirnya tibalah masa untuk bertangis-tangisan...
Jemaah haji semua check in pukul 1.30 pagi..gigih tak kami semua menunggu...penerbangan ayah kita dan umi merupakan penerbangan paling awal...so beruntung la sebab nanti boleh buat umrah dan segala ibadah lama sikit kat sana...rezeki masing-masing...







ayah bersama adik bongsunya...T_T








bye-bye ayah umi...
doakan supaya afiq jadi doktor yang bertauliah satu hari nanti dan doktor yang hot dan comel
*ok yang tu mengada-ngada*


sedih dan rindu sangat nak tinggalkan mereka...
teriak nak tinggalkan mereka..( haha dah besar gedabak pun nak teriak )
mutiara jernih mengalir di pipi manja-manja mulus je la..



didoakan supaya sihat tubuh badan di sana dan pulang ke tanah air dengan selamat..
insyallah haji dan hajah yang mabrur...




















































No comments: