27 August 2011

Salam Lebaran dari Bumi Mesir

Assalamualaikum dan hello semua...

Disebabkan ramai yang dah bercuti dan mula berpusu-pusu termasuk pak busu yang ingin pulang ke kampung masing-masing sambut raya maka dengan ini nak buat salam lebaran...sebenarnya sengaja je nak wish awal-awal sebab tahu ramai akan cuti dari dunia blogging ni...semua akan menyerbu Jaya Jusco,Mydin,Tesco,Euro Moda,pasar malam,pasar tani dan macam-macam lagi sebab nak buat persiapan raya...lepas raya pun belum tentu aktif lagi sebab semua duk makan tak hengat dunia dan mencari duit raya sebagai tambahan untuk pulang ke kolej masing-masing..betul tak.? hebak hebak awok semua ni...lagipun mesti yang akan wish raya dekat blog masing-masing pada malam raya...so tak nak bagi sesak lalu lintas traffic dekat home page blog sampai susah nak buka doploh kali refresh pun belum tentu buka,so saya dengan ini nak wish SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI kepada semua awesome-awesome readers blog saya ni...eh.! nape tetiba guna saya...yela raya kan...tatasusila sopan santun kena jaga...sila refer rukun negara kat belakang buku tulis adik korang yang sekolah rendah tu...Insyallah lepas raya akan update entry pasal attachment di hospital saya nanti...hari ni masih lagi bekerja di hospital dan start bercuti pada 29hb Ogos dan walaupun tahu ramai kawan-kawan dah start balik kampung untuk cuti raya...redha je la jadi doktor ni...Justeru itu,perghhhh justeru siot...ok sambung balik...saya nak ucapkan Salam Aidilfitri kepada semua umat Islam yang menyambutnya...tak lupa juga kat keluarga tercinta kat Malaysia yang jauh di mata tapi tetap dekat kat hati ni...tapi pancreas lagi dekat kot dari hati...ingatlah anak bujang mu ini beraya di Mesir...umi sila jangan sedih bila di pagi raya dan telefon kena buat suara garang-garang supaya diri ini tak meleleh di pagi raya...ok la dah macam salam perantauan dalam paper Berita Harian pulak...hehehe...




ADA SESIAPA NAMPAK TAK GAMBAR BUDAK NI DALAM SURAT KHABAR  BERITA HARIAN BERTARIKH 25 OGOS HARI TU DEKAT RUANGAN SALAM PERANTAUAN...saje tanya...eh.! tercaps lock pulak...!




10 comments:

Dhiya Fariza said...

semangat berkerja. gedik betul. hehehe. SELAMAT HARI RAYA! raya kelima my turn buat salam perantau LOL.

Dalila Diela said...

salam lebaran doc..!~

elok2 raya di bumi mesir tu..
mesti dpt pengalman yg best nyer beraya di sana ( wah..ayat..mcm dah pernah ada pengalaman di mesir..padahal x pnh g mesir pun ).hehe

Izzaty Ishak said...

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Batin :D

Anonymous said...

hahaha.

siap buat pesanan khas kat umi dia lagi ya.

suha jugak nak ucapkan selamat hari raya aidilfitri, afiq :)

Unknown said...

Saya perasan! Serious!!!

Haha, jeles lah bro dpt study kt luar negara... btw sy follow sini!

MerLe said...

hehe.. slmt hari raya jgk~
sy follower baru... salam perkenalan =)

Sya_Merpati Putih 88 said...

Selamat hari raya, maaf zahir batin..jgn sedih2 raya kat sane..t.care =)

wahhh..glamer ar siap masuk paper buat salam perantauan lagik tue..=D

Muhammad Al-Afiq said...

Dhiya Fariza : mmg suka gedik sbb nk usha doktor pompuan kat dept O&G tu..cun giler..smpi skrg xdpt numb fon dia lg...knp raya ke-5.?? ok selmat hari raya org shah alam...

Dalila Diela : salam aidilfitri jugak...insyallah raya dengan elok je kat sini..tak thu la seonok ke tak..kita tnggu je la..

Izzaty Ishak : selamat hari raya aidilfitri..! =)

suha : hi suha..mesti kna wat ucapan utk umi sbb thu dia bca blog ni..hehehe..ok selamat hari raya jugak kat awak..

Azham Vosovic : oh yeke..finally ada gak yg perasan..thnx bro..selamat hari raya..

MerLe : thanks follow...selamat hari raya..

Terbang Bersamaku : selamat hari raya jugak..xthu la nk sedih ke happy sbb ada exam lps raya..hehehe...alaaaa msuk ruangan tu je..x femes pun...tq

Rohaizam Rosli said...

hahahaha terbaek la ter caps lock... huhu~~~

azalia hjsalleh said...

teringin nak buat ucapan raya dri perantau. haha