27 July 2012

Juadah Berbuka Puasa Yang Enak.

Assalamualaikum semua. Dari dua hari lepas teringin mengidam nak makan nasi hadramaut. Yela orang berpuasa macam-macam dia mengidam. Eh.! Macam ko je la sorang puasa kan. Kat mesir ni nasi ni femes gila. Sedap lepas tu murah. Semua lengkap satu pakej. Nasi basmathi tu, ayam suku, sayur campur dengan kuah sambal. Memang sedap. Dua hari lepas pergi kat kedai tu tapi pak arab sudah mula mensesakkan kedai tersebut. Maka berjalan pulang dengan tangan dan perut kosong. 

Tapi semalam nekad nak juga makan nasi ni so satu jam setengah sebelum berbuka puasa aku dah terpacak depan kedai tu. Walaupun tahu diri ni saiz Asia tak boleh nak mengalahkan pak arab saiz gedabak tu tapi gigih y'all I pergi terkam nasi tu. Akhirnya dapat juga makan nasi hadramaut. Mentang-mentang la kedai tu baru buka ada promotion so berduyun-duyun serata kaum Mesir di Mansurah ni ke kedai tersebut.



Blurpppp...Kenyang kau dapat makan nasi ni. Bila Azan je terus I terkam ayam tersebut. Mak mertua punya nama pun terlupa dek penangan hadramaut ni. Korang berbuka apa semalam. Share la kat sini.! Ok selamat berpuasa semua =)




20 July 2012

Selamat Berpuasa

Assalamualaikum semua. Mesir hari ni dah start puasa. Tarawikh pun start malam semalam. Kiranya nanti orang-orang kat Mesir ni raya dulu la yek. Cramp kaki malam tadi sebab imam baca panjang sangat. Tak pa malam ni cari masjid lain pulak. Kihkihkih. Sahur jangan lupa pulak. Banyak fadilat dan kelebihan bersahur ni. Kalau siapa yang terlepas boleh baca kat entri ni

Nah niat puasa bagi penduduk Malaysia sekalian. Jangan lupa bertarawih malam ni ye. Esok jangan pergi kedai Kak Esah No 64 beli lauk makan tengah hari pulak. Selamat berpuasa semua. Dah beli kurma Yousuf taiyoob.~ *baca dalam nada bisik*







16 July 2012

Menjelang Ramadhan Di Bumi Anbia

Tak sampai seminggu je lagi dah nak puasa. Rasa cepat sangat masa berlalu. Korang countdown tak nak puasa ni. Orang sibuk countdown puasa kau sibuk countdown bila nak raya cina sebab raya cina dapat cuti. Puasa dah habis ganti belum.? Mohon siapa yang tak ganti tu sila ganti cepat. Siapa kali ni tak puasa kita minta dia diusung ke dalam van mayat la ye. Dah besar panjang mumayiz pun kau tak nak puasa. Entri kali ni gambor je penuh sebab malas la nak menaip menjelang ramdhan ni. Apa motip pun aku tak tahu. Hehehehe giggle for no reason *facepalm*

Jom kita tengok persiapan menjelang ramadhan di bumi Mesir ni. Seronok tak terkata. Meriah jangan cakap la. Memang best dan satu pengalaman yang menarik dapat berpuasa di Mesir ni. Rugi kalau siapa yang belajar kat Mesir tapi tak ambil pengalaman berpuasa kat Mesir. Memang best dan meriah. 1st day ramadhan je dah macam hari raya kat Malaysia. 



Lampu lip-lap lip lap wajib ada kat setiap rumah. Rumah I je tak da. Rasa jap lagi nak pergi beli doploh letak kat balkoni rumah ni. Kat sepanjang jalan tu jangan citer la, memang berkeli-kelip je. Meriah rasanyer.





Kurma dan manisan dah mula dijual.




Ramai makcik-makcik arab dengan family mereka shopim untuk sambut ramadhan. Kalau kita kat Malaysia sambut raya macam nak terbalik satu lori tu angkut peti ais baru perabot baru kan tapi kat Mesir lain sikit. Kalau ramadhan tu dah macam nak sambut raya. Masa tu la nak tukar sarung bantal baru, langsir baru sebab nak sambut bulan ramadhan yang mulia ni. Seronok tak terhingga. Insyallah kalau ada rezeki puasa lagi kat sini nanti ada la entry menyusul. 



يا رب بلغني رمضان





11 July 2012

Kerja Amal Musim Panas Di Egypt

Mesti korang semua tertanya-tanya mana hilangnya I kan sejak dua menjak ni. Mesti kan kan kan. Mencik la semua menunggu post yang baru dari I. Verangan habis dah I ni. Baling mangkuk tandas jap kat I ni bagi sedor sikit. Panggggggg. Haaaaa waras sikit. Tetiba lama tak hupdate kan rasa retis bagai plak perenggan pertama ni.

Niat di hati nak update malam semalam. Boleh plak tetiba blackout. Hangin je aku malam tadi. Kena pulak musim panas. Memang kari berapi la aku. Tidur berpeluh-peluh dengan nyamuk sana sini dah serupa macam orang Afrika tahu tak.! 2 jam lepas tu baru la ada elektrik balik. Ko ingat aku nak update blog dengan mood marah-marah. Haremmmm memang tak. Pagi ni mood ceria sikit baru boleh hupdate.

So 3,4 hari yang lepas I jadi sukarelawan dekat hospital untuk peperiksaan senior-senior I tahun 4 yang dah start clinical training diaorang. I jadi patients untuk di check oleh bakal-bakal doktor ni. Memang menyeronokkan sebab banyak pengalaman dapat. Dekat sini kita boleh nampak diaorang semua nervous masa doktor tanya soalan. Ada yang smooth je jawab, tapi ada jugak yang errrr..emmm...hurm...lepas tu blank.


Tahun 4 belajar pasal Paediatric dan Gynecology so soalan semua pasal tu la. Yela takkan tetiba pasal Ophthalmic plak kan. Gambar atas ni pelajar kena tunjukkan cara-cara macam mana nak buat procedure abortion kat patients. Walaupun tak belajar lagi pasal ni tapi at least dah tahu la sikit-sikit sebab tengok diaorang buat. Ada yang menggigil tangan nak buat, ada yang rileks je watlek watpeace,  ada gak yang langsung tak boleh cakap apa-apa sebab nebes punyer pasal.



Station ni betul-betul sebelah station I. Kalau gini kena diagnosis pasal penyakit budak kecik tu. Nampak tak budak kecik yang mak dia dukung tu. Doktor yang examine pelajar-pelajar ni garang giler. Tak dapat jawab dia tengking. Hamboi duk boleh nak hyperbola lagi ke citer ko Fiq. Tak tipu je. Tapi doktor ni garang sikit la dari doktor lain. Agak rumit jugak station ni sebab biasa la kan budak-budak ada penyakit ni banyak ragam dia. Menangis jangan cerita la. So kalau budak tu uncomfortable kena tukar dengan patients lain. Masa yang diberi 8 minit. Nak buat penukaran je dah amik masa. Ada students yang langsung tak dapat sentuh patients sebab budak kecik tu meragam so doktor terus suruh bagi diagnosis. Tapi caner nak diagnose kalau clue yang dapat sikit je kan. Tu la korang kalau nak amik medic ni kena pikir sampai 4 purnama nak ke tak jadi doktor ni.


Haaa yang ni kat station I. Ahkak atas ni power giler amik history taking. Sebelum kita nak examine patients kita kena amik dulu history pasal penyakit dia yang lepas-lepas, ada family history ke tak, present history macam mana. So I la yang jadi patients kat station ni. Nanti akan diberi satu kertas so students kena tanya I untuk dapat clue penyakit apa yang I hadapi. Tapi mostly ramai students Malaysia dari arab so almost semua senior I tolong. Macam-macam mimik muka aku bagi. Ada tu I siap terus bagi jawapan. 



Ko tengok tu. Orang sibuk tengah exam ko boleh plak buat photoshoot kenzzz. Tapi tak pa doktor pompuan tu memang sporting habis dan mostly memang dia nak tolong students. Untung giler kalau siapa dapat doktor ni. Memang best dari doktor hari kedua dan pertama. Doktor hari kedua I tu macam strict sikit. Tapi ni rezeki masing-masing kan. Ramai senior-senior ni tahu jawapan dia tapi nebes. Bila nebes tu ada yang langsung tak tahu nak tanya apa kat I. So bila diaorang tak da idea nak tanya I maka clue nak tahu penyakit apa tu yang susah. I nak tolong pun tak tahu macam mana kalau yang students jenis tak reti menyoal ni. 

So inilah kerja amal yang dilakukan oleh Afiq Volaris comel belaka di musim panas. Muka pun dah makin gelap dipanggang matahari pabila berjalan pulang balik dari universti dengan peluh mencurah ke ladang gandum dari atas sampai ke bawah. Fuhhhh rasa seksi plak orang single jalan sensorang balik dari univ sambil peluh-peluh. Ok tipu. I jalan ramai-ramai dengan kawan I balik universiti. Ko giler nak suruh laki hengsem single macam aku ni balik sorang-sorang. Kena rogol dengan minah arab tak ke susah nanti. Hikhikhik. Rasa nak baling pinggan kan dengan statement tersebut. I pun rasa macam tu. Ok kita serupa.

So konklusinya memang ni satu pengalaman yang best sebab dapat tolong orang, dapat ilmu baru, dapat usha-usha kakak senior yang comel putih-putih memang geram je tengok, lepas tu dapat kenal-kenal dengan doktor dan paling penting dapat duit. Oh yang atas tu sukarealawan tu I kelentong je. Macam la tak tahu I ni kan. Mana boleh jadi sukarelawan dengan 3 jam berpeluh muih dekat hospital tu ko nak sukarelawan. Memang tak dapat la. Keji perangai kan. Ok tu je nak cerita. See you in next enrty.

It doesn't matter kau budak medic tahun 4 ke tahun 5 ke tahun 6 ke, tapi bila doktor soal "what is the liver function test for" yang kau belajar masa 1st year dulu then ko jawab "want to see the liver is normal in shape or not". Hello ahkak, kita nak tengok bilirubin dengan keratin level la. So study medic mesti istiqamah. That was the lesson I learnt from yesterday.






6 July 2012

Doa-Doa Harian Yang Selalu Kita Lupa

Assalamualikum semua.
Entry Julai yang pertama di hari Jumaat ni mestilah kena yang bermuhasabah diri kan. Dari minggu lepas nak update tapi malas tahap syaitonirojim tu membuak-buak so tertangguh la jawabnya. Sempena Ramadhan yang bakal menjelma tak sampai 2 minggu lagi ni marilah kita warming up dulu kasi otak, hati dan perut sama-sama bersih.

Maka dengan itu Afiq Volaris membawakan segmen doa-doa harian. Ye saya tahu ramai yang terkinja-kinja pelik bila kata doa-doa harian ni. Tapi benda yang paling simple ni la yang selalu kita buat-buat lupa. Makan tak baca doa tu sebab perut ko 4 kali tambah nasi tak kenyang-kenyang rupanya jin dah makan sama. Sounds familiar huh.?! I masih ingat lagi masa tadika PASTI usatzah suruh kelas I buat nasyid. Perfomance pertama dalam hidup ialah masa tadika. Perfomance yang terbaru ni masa zapin tu la. Retis gak erk ko ni bila menaip. Hihihihi. So masa tadika nasyid I ialah nyanyi lagu doa-doa harian ni. Pandai ustaz I compose jadikan lagu buat nasyid. Ko mampu buat macam gitu.?

So tanpa membuang masa marilah kita sama-sama mengamalkan doa-doa harian ni.*betulkan lilitan serban jap* ehem.


Doa masuk ke masjid. Ramai kebanyakan kita main redah masuk je kan. Tahu tak Pak Long I ajar I doa ni samapai hari ni I ingat. 



Kadang-kadang bila dah tak sempat nak tahan tu mesti main masuk tak baca doa. Jadi segala jin dalam tandas tu tengok aksi 18 SX dan 18 PL dan segala jenis aksi 18 tahun ke atas kita sambil buat tape nak diberikan kat sedara mara serta sahabat handai. Jadi moral of the story jangan tahan-tahan dan baca doa sebelum dan selepas ke tandas.



Doa selepas angkat air sembahyang. Rajin-rajin la ambil air sembahyang supaya kulit muka licin berseri-seri tanpa menggunakan Olay Whitening pun tak pa.



Lepas dah masuk masjid mesti ada doa untuk keluar dia sekali kan. Patut benda ni taruk kat atas tapi entah camana le boleh berterabur. Aku ni kalau bab menyusun memang tak boleh pakai.



Ni mesti semorang tahu kannnnn. 



Ni mesti semorang lupa kannnn. Yela ko dah kenyang ko lupa nak baca doa. At least sebut alhamdulilah pun dah cukup. *betulkan lagi serban* ehem.




Sebelum tidur mesti baca doa dulu jangan ko tibai baca tigaploh muka surat Mastika plak. Mana tak nyer nanti kena hempap hantu la, tidur mengigau la, sleepwalking la. Padahal sebelum ko tidur tu ko taler playlist Lady Gaga satu album. Eh terpanjang plak membebel. Macam mak-mak plak rasanya.




Jadi misi sekarang kita amalkan doa-doa harian ni sebab sangat la ehlok baca doa sebelum kita melakukan sesuatu perkara. Insyallah segala urusan akan jadi mudah.