16 July 2012

Menjelang Ramadhan Di Bumi Anbia

Tak sampai seminggu je lagi dah nak puasa. Rasa cepat sangat masa berlalu. Korang countdown tak nak puasa ni. Orang sibuk countdown puasa kau sibuk countdown bila nak raya cina sebab raya cina dapat cuti. Puasa dah habis ganti belum.? Mohon siapa yang tak ganti tu sila ganti cepat. Siapa kali ni tak puasa kita minta dia diusung ke dalam van mayat la ye. Dah besar panjang mumayiz pun kau tak nak puasa. Entri kali ni gambor je penuh sebab malas la nak menaip menjelang ramdhan ni. Apa motip pun aku tak tahu. Hehehehe giggle for no reason *facepalm*

Jom kita tengok persiapan menjelang ramadhan di bumi Mesir ni. Seronok tak terkata. Meriah jangan cakap la. Memang best dan satu pengalaman yang menarik dapat berpuasa di Mesir ni. Rugi kalau siapa yang belajar kat Mesir tapi tak ambil pengalaman berpuasa kat Mesir. Memang best dan meriah. 1st day ramadhan je dah macam hari raya kat Malaysia. 



Lampu lip-lap lip lap wajib ada kat setiap rumah. Rumah I je tak da. Rasa jap lagi nak pergi beli doploh letak kat balkoni rumah ni. Kat sepanjang jalan tu jangan citer la, memang berkeli-kelip je. Meriah rasanyer.





Kurma dan manisan dah mula dijual.




Ramai makcik-makcik arab dengan family mereka shopim untuk sambut ramadhan. Kalau kita kat Malaysia sambut raya macam nak terbalik satu lori tu angkut peti ais baru perabot baru kan tapi kat Mesir lain sikit. Kalau ramadhan tu dah macam nak sambut raya. Masa tu la nak tukar sarung bantal baru, langsir baru sebab nak sambut bulan ramadhan yang mulia ni. Seronok tak terhingga. Insyallah kalau ada rezeki puasa lagi kat sini nanti ada la entry menyusul. 



يا رب بلغني رمضان





6 comments:

A said...

meriahnya :D

nabila azmi said...

looks seronokla=)

eton said...

waa.. kalau la kat malaysia mcm ni.. hehehe..

Sya_Merpati Putih 88 said...

seronoknya kat sana, sangat meriah..kat Malaysia nie dah terbalik, kt lebih utamakan zambutan raya..uhuhu..

EH - Ekslamasi Holistik said...

Selamat datang bualan Ramadhan Al-Mubarak...

Anonymous said...

thankss for sharing afiq.
selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat berpuasa :)