Memberus sahaja tidak mencukupi. Jadi kita perlu menggunakan berus jamban untuk gigi putih bersinar.
Perghhh intro nak ala-ala iklan Colgate. Rutin harian penjagaan gigi amat penting sebab mulut kita satu hari tak bercakap dan mengumpat dengan kawan sekuliah memang tak sah kan. Jadi mulut dan salur pernafasan dia macam bersambung ghittew. Bila tak gosok gigi dan berus lidah maka mulut berbau lepas tu kawan kau pun berkerut dahi tahan mulut bau mulut kau bila kau bercakap. For me berus gigi sekali sehari sahaja. That's why gigi bermasalah dan tak putih-putih sejak azali lagi. Dasar pemalas dan suka berangan dalam bilik air and kadang-kadang keluar je bilik air dah pakai baju semua siap tiba-tiba rasa macam tak berus gigi je lagi. Bukan macam tapi memang selalu macam tu lupa nak berus gigi. Damn.!
Jadi hati ni dengan rasa nervous yang amat berjumpa doktor gigi terbaik setakat ini diiktiraf oleh saya semalam. Tu yang nak gebang kat blog tu. Last time jumpa doktor gigi masa kat sekolah umur 14 tahun. Biasa la ada pemeriksaan percuma van dari klinik kesihatan datang kat sekolah kau tiap-tiap bulan lepas tu kena panggil kat kelas sorang-sorang dengan kad hijau tu tengok gigi mana kena cabut ke kena tampal ke padahal memang tak faham pun sebenarnya apa yang nurse tu tulis dalam kad hijau tu tapi kau dengan kawan-kawan kau buat-buat pandai khennnn. I memang fobia sikit nak jumpa dentist sebab dulu kecik-kecik suka benau makan gula-gula. Gigi maintain tak cantik dan berlubang-lubang hitam tapi nasib muka comel masa kecik ketika tak senyum la. Kalau senyum dah macam ungka dah aku tengok. Lagipun masa I darjah satu, nurse yang tampal gigi I tu TER-drill kat lidah I. Nasib masa tu I kecik lagi dan comel, kalau tak nurse tu memang dah kena pelangkung dengan mesin drill tu.
Ni nak cerita pasal jumpa doktor gigi je tapi dah melalut panjang lebar pulop. So semalam memandangkan kawan-kawan I dari fakulti pergigian (perghh fakulti siot) yang dah nak final year tahun depan buat praktikal diaorang sebelum final year punyer examination maka pemeriksaan secara percuma dan semuanya free, maka I yang suka benda free-free ni pergilah buat chek up dengan harapan dapat pujian gigi cantik macam Zac Efron masa senyum. NO HONEY.! YOU'VE MESSED UP WITH YOUR TEETH NOW.!!! Tapi meleset sebab history dari zaman kanak-kanak comel yang suka kan manisan ni dan jarang sekali jumpa doktor gigi, ( tiba-tiba rasa nak salahkan parents pulak sebab selalu umpan gula-gula dengan choki kalau exam dapat markah tertinggi ) so I kena tahan tampal gigi semalam. 8 gigi harus ditampal. Hamekkk kau.!
Meet my future dentist to be Doktor Fatin Nadhirah. Dia la yang buat chek up dan kantoikan gigi I kena tampal. But for sure dia yang buat semalam dan lebih-lebih kawan rapat jadi tak nervous sangat. Before the action. Senyum lebar dengan konfiden gigi putih bersinar. Putih ke.? Ermmmm boleh la dengan bantuan lampu dari kerusi ajaib tu dan Instagram effect. Jom join I kat Instagram (ceh sempat lagi)
So semalam Fatin bergabung tenaga dengan Liyana. Kawan I jugak. Yana drill gigi I buat lubang ( sounds scary kan ) then Fatin tolong tampal kan. Yana drill semalam cantik je dan tak sakit langsung. Both of them lemah lembut je buat kerja jadi I pun macam nak tak nak je nervous. So tak nervous punnnnnn.
Yana : Afiq I nak drill gigi you gantikan dengan gigi kuda ni. Boleh.?
Me : I nak gigi singa sebab macam nice je Alex dalam Madgascar tu senyum.
Yeayyyyy mission accomplished.! Thanks both of them yang tampal gigi I semalam. Diorang punya kerja sangat teliti dan kemas. Sangat cantik tampalan yang diaorang buat dari nurse yang tampal gigi I masa darjah satu dulu tu. Hampeh.!
Jadi kepada anda di luar sana pergilah dapatkan rawatan gigi di klinik berhampiran. Jangan sampai nasi menjadi bubur ayam McD. Nanti dah tua gigi tertanggal satu persatu jangan salahkan I ok. Lepas ni boleh la senyum lebar-lebar sebab gigi dah cantik dan tak overbite lagi masa makan. And make sure berus gigi pakai berus gigi yang lembut sebab gigi korang jenis gigi manusia bukan gigi badak sumbu.
2 KALI SEHARI TAU BERUS GIGI.! Ini rutin essential untuk bergigi cantik dan jadi lelaki hengsem seperti ini :
1 comment:
best=)
Post a Comment