Sometimes we might heard people keep complaining about their physical appearances. Not sometimes la tapi always kan. Yeah I referring to myself too. Pernah dengar macam ni tak.?
Kenapa kulit tak putih gebu macam Justin Bieber. Kenapa perlu dapat kulit Kanye West.?
Kan best kalau dapat mata biru macam Taylor Swift. ( kalau dah melayu pure tu tak usah la nak mata biru )
Kenapa hidung besar, ni kalau mancung sikit mesti Brad Pitt pun boleh jeles tengok aku nih.!
Kenapa telinga besar.? Kenapa mata sepet, kenapa mulut besar gedabak sampai boleh masuk 2, 3 biji bola golf ni.?
You guys keep questioning about yourself kenapa.? kenapa.? kenapa.?
Not you guys but us sebab yang menulis ni pun lebih kurang jugak. So dari kita membebel dan asyik complaint je, apa kata kita bersyukur dengan apa yang tuhan dah beri. Setiap ciptaan dan kejadian dari Allah untuk makhluknya adalah sempurna. Apa yang kita ada sekarang ni hanyalah pinjaman. Kalau muka cantik, kulit gebu, mata bundar, semua itu milik Allah dan dia berhak menarik bila-bila sahaja dia mahu.
Firman Allah s.w.t ;
'Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tiada apa yang dapat menghilangkannya melainkan dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan sesuatu kebaikan kepadamu maka Dialah yang maha berkuasa atas segala sesuatu.'
Kenapa kita dijadikan bermacam-macam rupa.? Sebab kita ni manusia memang selalu lalai. Kalau dah cantik rupawan maka akan terlahirlah sifat sombong dalam diri secara tak langsung. Kalau dah lalai sangat dengan hal duniawi ni maka akhirat pun kita lupa kan. Betul tak.?! Allah pun kita lupa nak sujud, minta pertolongan semua tu.
So kita kena terima seadanya diri kita ni. Cuba fikir dari sudut positif kenapa kau ada hidung besar.? Tuhan ciptakan supaya kau boleh bernafas lebih mungkin, bau deria yang sensitif dan sangat kuat. Kenapa kau tak putih.? Mungkin kalau kau putih, pigment kulit akan cepat terbakar dan terkena kanser kulit. Oh this is a fact. Kenapa mata besar.? Sebab mana tahu pada tahun akan datang trending orang akan tertarik kepada manusia yang mata besar dan bundar.
Kita pedulikan apa orang kata kat kita sebab kita ni ciptaan tuhan. Semua yang Allah ciptakan kepada hamba-Nya sama, sempurna sebab Allah maha adil dan bijaksana. Kalau ada orang kat luar sana yang suka duk complaint 24 jam muka orang lain, solusi yang harus kita berikan kepada orang tersebut ialah....ermmmm apa nak buat kalau berhadapan dengan manusia macam ni.? Kita bakor je dia..Kita bakor...!!! *sambil pusing pusing tangan macam Usop*
Al-Hafizh Ibnu Rajab Al-Hambali rahimullah berkata : " Orang yang sombong ialah orang yang memandang dirinya sempurna segala-galanya, dia memandang orang lain rendah dan orang itu tidak layak mengerjakan sesuatu urusan. Dia juga sombong dari menerima kebenaran dari orang lain ( Jami'ul ulum wal hikam 2/275)
Hargai diri anda kerana kejelitaan adalah hak milik setiap insan. Oh lama tak dengar iklan produk BML tu.?! Tapi bab kurus gemuk tu jangan salahkan orang lain la ye. Tu salahkan diri sendiri. Kalau gemok pergi gym atau exercise, kalau kurus gain some weight. Make it simple ok people.! Tata.
P/S : Happy 1st December and make this last month of 2012 better than previous months and mesmerising. Take care and be kind to one another.
No comments:
Post a Comment