31 December 2012

2013 Calendar

Hi semua. Ni entry paling cepat nak ditulis sebab kita nak update blog waktu Malaysia. So now 11.34 malam kat Malaysia dan 5.34 petang kat Egypt. Baru je lepas solat maghrib terus hadap lappy ni kejap. Jadi tinggal setengah jam je sebelum 2013. So tahun baru ni tak ada apa la nak di azam kan. Setiap tahun ko duk post azam wish list bagai kan. Buatnya tidak la kan. Tahun 2020 pun belum tentu ko buat. Jadi no wish list for 2013. I cuma harap satu je. Moga Allah permudah kan segala urusan dan diberikan kesihatan yang baik dan berterusan kepada keluarga dan dilimpahkan dengan rezeki yang tak terduga. Insyallah. Lagipun 2013 nanti, family makin besar dengan kedatangan orang-orang baru. Nanti update pasal tu. So HAPPY NEW YEAR 2013 semua. 




So many things happened in 2012 and I'm very grateful to have the chance to own the memories. Suppose to be gambar ni entri berikut-berikutnya tapi since I tak rajin bergambar self pic so terpaksa amik gambar ni dulu letak kat sini. Always like that. Tahun 2013 ni kena banyak self pic ni. Eh.?! Ok bye

Rasa awkward sangat nak cakap tahun lepas bila bangun esok pagi kan.





27 December 2012

Pengalaman Cium

Well tajuk je dah macam kontroversi. Nak tarik minat korang baca sebenarnya. Tajuk entry mesti nak bedebooom je kan. Ni bukan entri nak buat tutorial video apatah lagi kelas mengajar cara-cara nak bercium. I just want share my experience and boleh jugak dikatakan mengenal budaya masyarakat Egypt kat sini. Since I kat Egypt ni, I tak pernah kongsi pengalaman dalam blog ni. OMG.! Entri sebelum-sebelum ni sampah sangat. Baru realized.! Damn me.!!! Ok now korang yang baca ni kena open minded sebab perkara nak kabo ni serius tau. So I tak nak la lepas ni kena hentam orang hantar komen kat nuffnangx I tu komen bukan-bukan. Nak gaduh jom la kat simpang empat depan tu wei..! Ok back to the topic CIUM.!



Haaaa kan dah kena cium kasut buat entry kontroversi. Hamekkk kau.!


You guys tahu tak CIUM tu apa.?! Haaaa cium tu macam nasi kerabu dengan ayam panggang Nando's digolek-golek dengan madu sampai masak. Lepas tu makan dengan kentang goreng pom boleh. Oh kuat sangat I berimaginasi pasal makanan kan. Ok citer sebenarnya macam ni. Masa fisrt time I datang sini kat Egypt, I memang noob pasal budaya arab kat sini. Cakap arab pun tak reti. Setakat ana enta tu je yang I boleh. Fail sangat arab I masa tu sebab I tak pergi kelas arab masa kat Malaysia sebelum datang ke Egypt ni. Bajet pandai je walhal nan hado je arab ko kan. So nak dipendekkan cerita sebab tak nak panjangkan kebodohan I tak reti cakap arab T__T , satu hari yang hening housemate I mintak I beli ayam kat kedai belakang rumah I ni. Since I paling muda dalam rumah tu so I selalu dibuli untuk membeli barang dapur sendirian. Sadis sungguh. Sebelum keluar rumah, I tanya housmete I "wei nak cakap apa nak beli ayam ni". Lepas tu housemte I yang I ingat pandai arab ni sebab dia pergi kelas arab masa kat Malaysia sama gak tak tahu nak cakap apa. Cisss tak membantu langsung. Housemate cakap "ko tunjuk je kat pakcik tu ayam". Ermmm thanks housemate.  Maka budak yang muda kena buli tu pun pergilah beli ayam kat kedai belakang dengan konfidennya pak cik tu faham dia punyer arab yang tak seberapa tu.


Ok dah perenggan ketiga ni, masih citer pasal ayam tau. Korang dah boring ke.?! Tak kannnnn. Ok continue kedai ayam. So sampai je kedai ayam tu I pun tunjuk la I nak ayam tu. Tak cakap apa pun. Main tunjuk-tunjuk je. Ni salahkan housemate I sebab dia suruh buat gitu kan tadi. Tapi nasib pak cik ni sempoi je. Lepas dah sembelih dia pun ada borak-borak dengan I tapi I angguk-angguk je lepas tu senyum lebar-lebar. Dia ketawa I pun buat fake smile. Masa nak bagi plastik yang berisi ayam kat I tu dia pun salam la I. Dia tahu kot I ni budak baru datang sebab muka macam lost and blurrr je masa tu. Then korang nak tahu apa dia buat kat I. Dia CIUM I kat pipi. And I was like OMG.!!! Ada JANTAN cium I. JANTAN ok.! JANTAN.! JANTAN.! Terus I teringat lagu Katy Perry I kissed a girl. Damn pakcik ni bajet Katy Pery ke apa. Lepas tu I elak terus cabut lari balik rumah. Korang tahu tak ayam tu I tak bayar lagi masa tu. TAK BAYAR ok.! OMG can I stop using caps lock.


Sampai rumah I cerita kat hosmet I, diaorang gelak je. Tak membantu langsung hosmet nak comfort kan I. Ini tak membantu langsung kuasa dua tahu tak. Tapi masa tu tak realised pun duit ayam tu tak bayar lagi. Esoknya lepas habis kelas kat universiti, I balik lintas lalu depan kedai pak cik tu. Dalam hati debar jugak sebab takut dia perasan I lagi. Rupa-rupanya memang dia perasan I pun. Lepas tu dia panggil-panggil I terjerit-jerit macam pompuan nak beranak. Ermmmm dalam hati I cakap, "ni mesti dia nak cium aku lagi ni sebab pipi aku lembut". Sangkaan meleset sama sekali sebab dia nak mintak duit ayam semalam. Ok fine malu bukan kepalang sebab baru sedar ayam masak sup semalam tak bayar lagi. Well ayam tersebut dah jadi nutrient warna cekelat pakcik oi dalam lubang tandas rumah aku. Hehehehe.


Ermmm tu la pengalaman mematangkan kita. Tapi tak habis lagi ni. Well kalau korang nak tahu la budaya kat sini memang camni. Bila diaorang lelaki sama laki macam jumpa kawan-kawan kan, diaorang salam lepas tu cium pipi. Kita kat malaysia salam cium tangan kalau yang lebih berusia dari kita kan sebab nak tujuk hormat. Tapi sini kat Egypt lain sangat. Jarang jumpa diaorang cium tangan. I pernah buat gitu kat doktor Anatomy I. Lepas tu dia macam tak biasa and tanya I soalan macam-macam pulak. Lepas tu gelak-gelak pulak tu. Then I explained kat dia budaya masyarakat melayu Malaysia macam mana. Tapi lepas tu dia pun paham tapi dia kata tak yah la salam cium tangan dia. Instead of kissing his hand after our practical session end, he ask me to kiss him like Egyptian always do. Dia kabo u duduk kat Egypt mesti pandai  cakap arab and belajar budaya Egypt. So sejak dari tu I dah biasa kalau orang cium I and I cium orang. Sounds like murahan kan. Tapi what to do as pepatah melayu selalu cakap "masuk kandang harimau mengaum, masuk kandang kuda marilah kita joget gangnam style". Ye tu peribahasa baru.



Whatever it is, parents kisses is the best kiss ever.! Tak sabar nak jadi bapak. Eh?! Motip....


Since then masa I balik Malaysia hari tu I kalau jumpa makcik I atau pakcik I yang dah bertahun tak jumpa tu, I macam rilekkk je cium diaorang semua. I feel comfortable doing that thang.! Kita kat Malaysia lain sangat cara greetings jumpa kawan or relatives. Well that depends on a number of factors, starting with your locations. Some regions are of course more comfortable with men kissing chastely. Egypt has different custom than Malaysia, which is different from Korea, which is different from South Africa. Ok ni dah merepek. Apa yang I nak cuba sampaikan tadi maksudnya kita Asian lain culture dengan middle east and european. Setting plays a huge role. Ok dah membebel panjang. Nanti kalau rajin I share lagi experience I kat sini and some of Egyptian culture here. Till next post. Bye.!

 P palang S : So random Egyptian ni. Korang tengok dia pun nak ber Gangnam Style. Hobba Egyptian style katanyerrrrr. Layannnn.



19 December 2012

Afiq Volaris Complaining About Instagram

Yeah as the title stated above. Complaining people. So if you don't want to hear me complaint like mak-mak or auntie please leave. Read on your own risk. Sound serious right.!


So I guess every single person on this earth has instagram account. Well I just made it last couple of months ago. Ceh baru buat account dah nak complaint bagai kheennnn. I think it's cute application and convenient cause when you berpeluh muih and look messy sebab jalan 20 kilometer nak pergi kelas and suddenly rasa macam pakai baju cantik hari tu and nak tangkap gambar tapi muka berpeluh, well instagram make your life easier. Just slap some filter on it and all your messy look and sweats goes away.


But clearly there are some pictures that make me turns to zombie and make an entry for my new blog post. Thanks sebab bagi idea. Eh.?! First of all let's talk about self-pic. Well I never have self-pic. I akan suruh orang tangkap gambar I sebab kadang-kadang kalau tangkap gambar muka sendiri nampak mata sebelah je atau nampak forehead je. Dasar tangan tak dibedung masa kecik. Well then it's worthly to take your own pictures occasionally but then when you take your own pictures every day or every 6 HOURS, then YOU HAVE A PROBLEM HONEY.!!! I think you brain just get contaminated. If you think we want to see your two hundred and seventy nine pictures in a row sitting and pose in some awkward places and you think obviously that is sexy and cute, well again YOU HAVE A PROBLEM. Even more annoying and this is usually the female taking pictures and say "no filter", "no make-up" then how that concealer and lip balm ended up on your face. Oh because when you woke up you go to the toilet and spend 20 minutes in there, back to your bed and take you self-pic, slap some filter in instagram lepas tu post kat twitter and facebook. Lagi satu kalau tak difilter why your face is glowing. Oh girls, I knew you use valencia.!




Somehow instagram now integrated with facebook and twitter cause when you uploaded a picture then it appears in my news feed. This allow me to see which pictures you like, who do you follow on instagram and and which picture you leave some comments on it. This is not healthy honey boo. Because you know what, nowadays people can sell your pictures and spreading it all over the internet without your permission. So sila berhati-hati. Dah terlanjur nak menulis ni, nak cakap sikit la kan, and it also a reminder foe me to become a better person in the future. Kalau yang perempuan tu make sure la sebelum post gambar tengok dulu aurat tu jaga baik ke tak. Tutup habis ke tak. Pakai ketat sana sini bukan bagus sangat sebab nanti blood circulations tak jalan dengan lancar. Laki-laki pulak tak usah la tangkap gambar muncung itik dari angle atas dengan tak berbaju sampai nampak tulang clavicle kau tu timbul bagai. Tak payah ok.! Kalau kau model fitness tu boleh la di instagramkan supaya ramai gadis-gadis like serta mamat-mamat gay yang gersang like pictures kau tu dan komen berlecak-lecak kat situ. Bukan apa setiap yang kita tunjukkan kat umum akan jadi saksi di akhirat kelak. Well kita orang Islam. Aurat tetap aurat. Cover what you should cover ok.!


I address this issue because I saw this on facebook and it's worthly to share with you people.! Hate me.?! Love me.?! I don't care cause I just want to share good things here. Bukan try nak jadi ustaz ke apa tapi sekadar perkongsian bersama. Kalau tak suka baca butang pangkah atas merah tu ada. Sila tekan. Ok tu je nak beritahu. See you till then. Bye.!







13 December 2012

Afiq Volaris Berjumpa Doktor Gigi

Memberus sahaja tidak mencukupi. Jadi kita perlu menggunakan berus jamban untuk gigi putih bersinar.

Perghhh intro nak ala-ala iklan Colgate. Rutin harian penjagaan gigi amat penting sebab mulut kita satu hari tak bercakap dan mengumpat dengan kawan sekuliah memang tak sah kan. Jadi mulut dan salur pernafasan dia macam bersambung ghittew. Bila tak gosok gigi dan berus lidah maka mulut berbau lepas tu kawan kau pun berkerut dahi tahan mulut bau mulut kau bila kau bercakap. For me berus gigi sekali sehari sahaja. That's why gigi bermasalah dan tak putih-putih sejak azali lagi. Dasar pemalas dan suka berangan dalam bilik air and kadang-kadang keluar je bilik air dah pakai baju semua siap tiba-tiba rasa macam tak berus gigi je lagi. Bukan macam tapi memang selalu macam tu lupa nak berus gigi. Damn.!


Jadi hati ni dengan rasa nervous yang amat berjumpa doktor gigi terbaik setakat ini diiktiraf oleh saya semalam. Tu yang nak gebang kat blog tu. Last time jumpa doktor gigi masa kat sekolah umur 14 tahun. Biasa la ada pemeriksaan percuma van dari klinik kesihatan datang kat sekolah kau tiap-tiap bulan lepas tu kena panggil kat kelas sorang-sorang dengan kad hijau tu tengok gigi mana kena cabut ke kena tampal ke padahal memang tak faham pun sebenarnya apa yang nurse tu tulis dalam kad hijau tu tapi kau dengan kawan-kawan kau buat-buat pandai khennnn. I memang fobia sikit nak jumpa dentist sebab dulu kecik-kecik suka benau makan gula-gula. Gigi maintain tak cantik dan berlubang-lubang hitam tapi nasib muka comel masa kecik ketika tak senyum la. Kalau senyum dah macam ungka dah aku tengok. Lagipun masa I darjah satu, nurse yang tampal gigi I tu TER-drill kat lidah I. Nasib masa tu I kecik lagi dan comel, kalau tak nurse tu memang dah kena pelangkung dengan mesin drill tu.


Ni nak cerita pasal jumpa doktor gigi je tapi dah melalut panjang lebar pulop. So semalam memandangkan kawan-kawan I dari fakulti pergigian (perghh fakulti siot) yang dah nak final year tahun depan buat praktikal diaorang sebelum final year punyer examination maka pemeriksaan secara percuma dan semuanya free, maka I yang suka benda free-free ni pergilah buat chek up dengan harapan dapat pujian gigi cantik macam Zac Efron masa senyum. NO HONEY.! YOU'VE MESSED UP WITH YOUR TEETH NOW.!!! Tapi meleset sebab history dari zaman kanak-kanak comel yang suka kan manisan ni dan jarang sekali jumpa doktor gigi, ( tiba-tiba rasa nak salahkan parents pulak sebab selalu umpan gula-gula dengan choki kalau exam dapat markah tertinggi ) so I kena tahan tampal gigi semalam. 8 gigi harus ditampal. Hamekkk kau.!


Meet my future dentist to be Doktor Fatin Nadhirah. Dia la yang buat chek up dan kantoikan gigi I kena tampal. But for sure dia yang buat semalam dan lebih-lebih kawan rapat jadi tak nervous sangat. Before the action. Senyum lebar dengan konfiden gigi putih bersinar. Putih ke.? Ermmmm boleh la dengan bantuan lampu dari kerusi ajaib tu dan Instagram effect. Jom join I kat Instagram (ceh sempat lagi)



So semalam Fatin bergabung tenaga dengan Liyana. Kawan I jugak. Yana drill gigi I buat lubang ( sounds scary kan ) then Fatin tolong tampal kan. Yana drill semalam cantik je dan tak sakit langsung. Both of them lemah lembut je buat kerja jadi I pun macam nak tak nak je nervous. So tak nervous punnnnnn.

Yana : Afiq I nak drill gigi you gantikan dengan gigi kuda ni. Boleh.?
Me : I nak gigi singa sebab macam nice je Alex dalam Madgascar tu senyum.



Yeayyyyy mission accomplished.! Thanks both of them yang tampal gigi I semalam. Diorang punya kerja sangat teliti dan kemas. Sangat cantik tampalan yang diaorang buat dari nurse yang tampal gigi I masa darjah satu dulu tu. Hampeh.! 

Jadi kepada anda di luar sana pergilah dapatkan rawatan gigi di klinik berhampiran. Jangan sampai nasi menjadi bubur ayam McD. Nanti dah tua gigi tertanggal satu persatu jangan salahkan I ok. Lepas ni boleh la senyum lebar-lebar sebab gigi dah cantik dan tak overbite lagi masa makan. And make sure berus gigi pakai berus gigi yang lembut sebab gigi korang jenis gigi manusia bukan gigi badak sumbu. 

2 KALI SEHARI TAU BERUS GIGI.! Ini rutin essential untuk bergigi cantik dan jadi lelaki hengsem seperti ini :






1 December 2012

Appreciate Your Beauty. Don't Complain

Sometimes we might heard people keep complaining about their physical appearances. Not sometimes la tapi always kan. Yeah I referring to myself too. Pernah dengar macam ni tak.?

Kenapa kulit tak putih gebu macam Justin Bieber. Kenapa perlu dapat kulit Kanye West.?

Kan best kalau dapat mata biru macam Taylor Swift. ( kalau dah melayu pure tu tak usah la nak mata biru )

Kenapa hidung besar, ni kalau mancung sikit mesti Brad Pitt pun boleh jeles tengok aku nih.!

Kenapa telinga besar.? Kenapa mata sepet, kenapa mulut besar gedabak sampai boleh masuk 2, 3 biji bola golf ni.?

You guys keep questioning about yourself kenapa.? kenapa.? kenapa.?

Not you guys but us sebab yang menulis ni pun lebih kurang jugak. So dari kita membebel dan asyik complaint je, apa kata kita bersyukur dengan apa yang tuhan dah beri. Setiap ciptaan dan kejadian dari Allah untuk makhluknya adalah sempurna. Apa yang kita ada sekarang ni hanyalah pinjaman. Kalau muka cantik, kulit gebu, mata bundar, semua itu milik Allah dan dia berhak menarik bila-bila sahaja dia mahu. 

Firman Allah s.w.t ;
'Jika Allah menimpakan sesuatu kemudaratan kepadamu, maka tiada apa yang dapat menghilangkannya melainkan dia sendiri. Dan jika Dia mendatangkan sesuatu kebaikan kepadamu maka Dialah yang maha berkuasa atas segala sesuatu.'

Kenapa kita dijadikan bermacam-macam rupa.? Sebab kita ni manusia memang selalu lalai. Kalau dah cantik rupawan maka akan terlahirlah sifat sombong dalam diri secara tak langsung. Kalau dah lalai sangat dengan hal duniawi ni maka akhirat pun kita lupa kan. Betul tak.?! Allah pun kita lupa nak sujud, minta pertolongan semua tu. 

So kita kena terima seadanya diri kita ni. Cuba fikir dari sudut positif kenapa kau ada hidung besar.? Tuhan ciptakan supaya kau boleh bernafas lebih mungkin, bau deria yang sensitif dan sangat kuat. Kenapa kau tak putih.? Mungkin kalau kau putih, pigment kulit akan cepat terbakar dan terkena kanser kulit. Oh this is a fact. Kenapa mata besar.? Sebab mana tahu pada tahun akan datang trending orang akan tertarik kepada manusia yang mata besar dan bundar. 

Kita pedulikan apa orang kata kat kita sebab kita ni ciptaan tuhan. Semua yang Allah ciptakan kepada hamba-Nya sama, sempurna sebab Allah maha adil dan bijaksana. Kalau ada orang kat luar sana yang suka duk complaint 24 jam muka orang lain, solusi yang harus kita berikan kepada orang tersebut ialah....ermmmm apa nak buat kalau berhadapan dengan manusia macam ni.? Kita bakor je dia..Kita bakor...!!! *sambil pusing pusing tangan macam Usop*

Al-Hafizh Ibnu Rajab Al-Hambali rahimullah berkata : " Orang yang sombong ialah orang yang memandang dirinya sempurna segala-galanya, dia  memandang orang lain rendah dan orang itu tidak layak mengerjakan sesuatu urusan. Dia juga sombong dari menerima kebenaran dari orang lain ( Jami'ul ulum wal hikam 2/275)

Hargai diri anda kerana kejelitaan adalah hak milik setiap insan. Oh lama tak dengar iklan produk BML tu.?! Tapi bab kurus gemuk tu jangan salahkan orang lain la ye. Tu salahkan diri sendiri. Kalau gemok pergi gym atau exercise, kalau kurus gain some weight. Make it simple ok people.! Tata.



P/S : Happy 1st December and make this last month of 2012 better than previous months and mesmerising. Take care and be kind to one another.