28 January 2013

Diet Fat Of Afiq Volaris

Kita selalu dengar orang cakap/tweet/post kat fb and even Kevin Zahari pun cakap to get healthy we consume 70% in the kitchen and 30% workout in the gym. But for me 99% all in FOOD. Well me and foods tak dapat dipisahkan bak Neelofa tak mau lepaskan tangan Hans Isaac. Begitu sekali hubungan rapat diantara Afiq Volaris dan makanan. Dari kecik memang suka makan even dalam biodata yang kawan-kawan selalu suruh tulis dalam buku diaorang tu pun I tulis makan sebagai hobi dan waktu lapang.


Semalam check BMI kat android applications. My BMI normal tapi nak ke hampir OVERWEIGHT dowh. How is that possible.????! *Muka cuak* Masa balik Malaysia hari tu memang dah gain weight pun. Dulu tak pernah cecah 60 kg. Sekarang terlebih sudahhhhh bak kata Stacey. Jadi ada la orang yang duk complaint kata I dah makin gemok and I denied about that walhal memang kau dah gemok kannnn. Jalan sekarang sikit pun dah berpeluh tahu tak even sekarang winter. OMG I ada saturated fat. Susah nak burn kalau dah saturated. Gym coach I semalam tanya apa yang I makan dalam mulut tu, padahal memang tak makan apa-apa pun. Dia nak cakap pipi aku gemok lettew. Cilakak T___T. So I decided nak stay healthy and fit. Berkobar-kobar gitu. 

Well macam biasala kan kalau dah berkobar tapi nak buat macam mana sebab I dah cakap makanan dan I tak dapat dipisahkan. Dua hari lepas I pergi gym buat cardio workout atas treadmill. Berpeluh-peluh bakar kalori ni sambil dengar lagu Evanessence - Bring Me To Life. I dah bakar 200 kalori dalam masa 17 minit 37 saat atas treadmill dan terus rasa kurus semula. Balik je gym TER-lalu depan kedai pizza dan TER-beli pizza chicken pepeeroni. Pizza kat kedai tu sedap dan murah pulak tu. Jadi sekarang ni ko duk complaint gemok tapi ko bedal pizza sorang-sorang so ko bagitau macam mana nak dapatkan badan cam Zac Efron ni.?! Bakar 200 kalori atas treadmill tapi lepas tu bedal pizza 4 slices yang ada...oh tak sanggup nak sebut berapa banyak kalori dia. T____T



Ni gambar makan-makan semalam kat La Dolce Vita. Kitaorang tibai chesse cake sorang satu dengan Spaghetti sorang semangkuk yang dipenuhi dengan sos chessy. Well I have to look good on my sister's wedding nanti. Camno ni.?!




24 January 2013

Maulid Nabi

Hari ni bersamaan 12 Rabiul Awal nak buat satu entri pasal Nabi Muhammad. Kepada sesiapa nama Rabiatul Adawiyah tu sila jangan perasan kita nak buat entri untuk awak ea. Tak tahulah kat Malaysia cuti ke tak. Tapi kat Egypt memang tak cuti. Lagi semangat orang Malaysia sambut Maulidur Rasul siap berarak LIVE masuk RTM pakai baju warna warni, menang trophi tokoh maulidur rasul and then ada ceramah kat masjid lepas habis ceramah yeayyy makan time. Kenapalah Egypt tak buat macam tu. Hari ni macam hari-hari yang biasa je kat Egypt ni. Tak da sambutan pun. 


Tapi sebagai umat Muhammad, kita tetap sambut dengan berselawat ke atas baginda. Hari ni tak mau dah dengar lagu Evarnessence - Bring Me To Life (OMG I baru dengar lagu tu and then asik duk repeat playlist lagu tu 24 jam je). Hari ni buka Youtube Nasyid Raihan Selawat Nabi je.Patutunya not just todaylah, but it's a start *bitch slap for me*. Satu lagi nak beritahu kat sini, kalau sesiapa yang ada henpon cecangiih Android, IoS bagai tu janganlah asik duk download game je memanjang. Cuba try download application selawat nabi kat play store tu. Banyak rupanya koleksi nasyid selawat nabi dan doa-doa pilihan yang boleh masuk dalam playlist music kita selain lagu Evarnessence tu. Kantoi sebab I pun baru download 3 hari yang lepas *bitch slap again*


So nak beri peringatan kat sini. Nikmat terbesar kat dunia ini selepas iman dan islam ialah menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W. Selamat Hari Lahir Nabi umat akhir zaman. =)






19 January 2013

Simple Cooking Tips To Make Your Taste Buds Happy

Hi everybody. Waaaa tajuk tak nak kalah macam buku resipi Saji je kan. Dah lama tak share some tips untuk kebaikan bersama. Maka dengan ini, suka atau rela saya tetap akan share tips untuk menjadikan makanan anda lagi umphhhhh bak kata Jehan Miskin dalam iklan Teh Boh. Tips yang I share ni bukan turun temurun, tapi I cuba buat sendiri dan berdasarkan tontonan series dalam Modern Family. Wah tengok betapa telitinya I kalau tengok series. Mungkin ada yang dah tahu atau tak some tips yang I nak share ni tapi bila buat benda ni akan membuatkan taste buds korang melenting sedap tak tarhingga. This is what we called food-gasm.

1- Siapa suka minum Milo/Susu coklat.? Cuba try letak kan secubit garam dalam susu coklat korang. Lagi sedap dan berlemak rasanya.

2- Kalau siapa penggemar spaghetti, bila masak sos spaghetti tu masukkan secubit soda bikabornat dalam sos spaghetti tu. Ini kerana (kenapa tetiba macam ayat karangan penulisan SPM.?) soda bikarbonat akan merendahkan rasa asid dalam sos spagheti tersebut.

3- Entri lepas pasal cucur pisang batman tu kan dapat komen hangat dari kakak I kalau u olls semua nak tahu. Well alang I cakap masukkan sedikit gula merah. Baru sedap. Tapi I tak cuba lagi. 

4- Masa nak chorping herbs atau sayur, taburkan sikit garam kat choping board tu. Ini kerana (lagi sekali ayat karangan penulisan SPM) nak elakkan sayur tu hilang rasa. 

5- Bila marinate bahan-bahan untuk BBQ Party, make sure letak kan Olive Oil dalam daging, ayam atau apa sahaja benda yang nak dipanggang tu. I dah try masa BBQ kat rumah ni and rasa dia ohh-la-laaaa. Mengelidat lidah ni sebab sedap sangat.

6- This is simple recipe nak share buat telur dadar yang sedap. Tapi rasanya semua dah pernah try kot. Ni favorite breakfast I. Pecahkan dua biji telor, masukkan sedikit garam, lepas tu bubuh black pepper sikit then masukkan susu. Then stir it well and goreng. Sedapppppp

That's it. Simple kan. Happy cooking everyone.!






12 January 2013

Resipi Cucur Pisang Batman

Hi semua. Dah sarapan.? dah minum petang.? Kalau belum meh cuba satu resipi ni. I baru je belajar buat malam tadi. Nama resipi nak macam ala-ala buku majalah Sajian keluaran Februari je kannnnnz, walhal cucur pisang je pun. Kenapa cucur pisang ni namanyer batman ye.? Mesti tertanya-tanya kan. Ke korang macam tak pedulik je. Lantak la, I nak bagitau jugak sebab apa namayer gitu. Sebab malam tadi I tak boleh tidur di malam yang kesejukan 5 degree celcius di Mansurah ni. I hantar comforter cuci dobi jadi sudah beberapa malam tidur dalam kesejukan pakai sweater je tidur tau. So I pun pergilah dapur buat cucur pisang dalam kedinginan sejuk malam hari ala-ala batman. Tunggu catwoman je nak terkam I di malam hari. Meowwwww.~  Ermmmm sumpah tak da motip sebenarnya. Senang je sebenarnya buat benda ni. I ingat lagi kalau kat Malaysia, ayah I suka benau makan benda-benda tepung gini. Lempeng la, jemput-jeput la, capati la. Memang favorite dia. Tapi sekali pun I tak pernah sentuh tepung kat dapur rumah tu. It means I memang pemalas nak memasak. Tapi bila kita kena berdikari dan jauh dari family ni, maka semua skill bakat terpendam memasak akan tercipta sendiri. So let's kita try buat cucur pisang ni.


So bahan-bahan nak buat cucur pisang ni tak banyak pun. Kita hanya perlukan
1- Pisang
2- Tepung gandum
3- Telur
4- Gula pasir
5- Secubit garam



See. Tak sampai sepuluh bahan pun. Kalau beli kat Mydin bahan-bahan tersebut, korang boleh bayar kat kaunter ekspres yang tak melebihi 10 barang katanyerrr. Sebenanya ikut suka korang la sukatan nak buat cucur ni. Sebab malam tadi I sorang je yang terjaga and housemate semua tidur jadi portion I buat ni untuk makan sorang jela. Memasak ni tak payah nak accurate sangat. Kena ikut instinct gitu. Ceh kelas kau Maria bagi nasihat kat orang. Gantung diri chef wan kalau dengar ni. 

Ok step pertama kena kupas dulu pisang-pisang tersebut. Tak tahu kupas pisang.? Pergi belajar dengan beruk dalam hutan tu sebab I tak da masa nak buat tutorial kupas pisang. Then masukkan pisang yang dikupas dalam mangkuk serta dengan sedikit gula. Sedikit je tau sebab pisang ni dah manis. Lepas tu masukkan secubit garam. Dengan menggunakan pelenyek pisang, korang lenyek la bahan-bahan tadi sampai lumat. Kalau tak da pelenyek pisang pakai belakang bontot gelas pun boleh. Bontot kuali dilarang keras sama sekali.



Sebelum kena lenyek.


Lepas dah lenyek pisang tu, masukkan telur. Kemudian masukkan tepung sedikit demi sedikit. Jangan berlebih-lebihan dan berkurang pulak. Ibarat pepatah nenek bakal mak mertua I yang menetap di London "just nice" katanyer. Faham semua.!


Ni adunan lepas kena lenyek. Lepas tu biar 10 minit adunan tu sebab nak bagi dia bermesra-mesra dulu sebelum kita seksa dia dalam minyak panas lepas ni. Sounds cruel right. Takowt anjer nak makan. 


Ok dah lepas 10 minit, panaskan kuali dan tuang minyak ke dalam kuali tu. Minyak kena banyak ye. Dah panas minyak tu masukkan adunan tu ke dalam kuali. Guna hujung jari then jemput sedikit adunan tu dalam kuali sampai adunan tu habis. That's why orang Kampung Pantai Dalam panggil benda alah ni jemput-jemput. Now it sounds logic to me.



Haaa mcam ni ghupernyer bila ada dalam kuali. Just nice. Api jangan terlalu besar dan jangan terlalu kecil. Just nice. Thanks nenek bakal mak mertua I sebab bagi words "just nice". Kena tengok-tengok selalu cucur pisang ni. Jangan masak cucur pisang sambil tengok maharaja lawak Jozan sebab nanti kalau hangit cucur pisang ni, korang kena jadi bahan lawak.



Tadaaaaaaaaa.. Dah siap pun cucur pisang batman I ni.




Tadaaaaaa. Lagi sekali. Saje bagi gambar dua kali nak compare camera Blackberry dengan camera X-Peria. Ok tu je resipi hari ni. I know it's kinda lame resipi ni, tapi nak buat camana kan sebab penulis blog ni excited nak share benda baru. Simple je benda ni nak buat. So selamat mencuba semua.! =)







7 January 2013

Memori Sekolah Darjah Satu

Entri ni sepatutnya ditulis ketika kemasukan adik-adik yang mahu menginjak ke darjah satu selepas berjaya menghabiskan tadika makan. Tahu tak "tadika makan" tu macam mana.? Ini arwah nenek I yang bagi terms tu sebab kitaorang adik beradik memang ayah masukkan semua pergi tadika makan. Well tadika makan ialah tadika PASTI. Alaaa tadika pasti yang pakai uniform hijau tu. Nenek I panggil tadika makan sebab setiap 3 jam sekali pengurus tadika tu akan bagi kau makan. Ini serius la. So that's why sampai ke hari ni I merupakan golongan orang yang kuat makan dan pantang nampak makanan free sample kat supermarket I akan lalu lalang depan promoter tu sampai dia bagi free sample tu kat I. Blame my parents sebab masukkan I kat tadika makan masa kecik-kecik dulu. 

Ok kita abaikan tadika makan. Sekarang pukul 2 pagi kat Egypt. I tak dapat tidur maka terlahirlah entri ini secara tak sengaja sebab maybe dia tak pakai protection kot. Eh.?! Ermmmm. Angin kat luar memang macam nak ajak gaduh. Punya la kuat sampai cyanosis dah tangan I sejuk. Dah la sekarang ni musim sejuk kat sini. Line interenet pun boleh beku wooo. Dalam on the way I nak tidur tetiba dapat whatsapp dari Alang I and dia cakap dia nak microwave sebagai hadiah kahwin dia nanti. Ermmm akak I ni ingat adik dia ni drug dealer agaknya. Lepas tu tetiba teringat akak sulung I plak. Then yang nombor dua tu plak lepas tu akak I nombor 4 tu plak. Demn.! Annoying giler. Terus tak boleh tidur. Semua memori kembali tetiba. Ceh ayat nak macam bukit kepong punyer novel je khenzzzzzz. I teringat masa nak masuk darjah satu dulu, punyalah eksaited nak masuk sekolah rendah pakai baju kemeja putih dengan seluar slack warna blue-black dengan kasut Bata lekat-lekat sebab dah tak nak pakai baju uniform hijau dari tadika makan dulu . Dewasa habis I rasa masa tu. Disebabkan I lelaki tunggal bongsu dalam family, maka semua peralatan nak pergi sekolah akan disiapkan rapi oleh umi dengan kakak-kakak I. Baju dengan seluar selalunya angah dengan acik I yang gosokkan. Kasut sekolah akak sulung I tolong kapurkan. See I'm like the boss.!

Umi I pun tolong jugak kemaskan dan susun buku dalam beg ikut time table. Ko tengok betapa silver spoon nyer I dulu. Well nak jadikan cerita setelah beberapa perenggan membebel, maka satu hari tu masa first week sekolah, I lambat bangun. Maka semua anggota-anggota geng sekolah yang bertudung pun lambat la ke sekolah masa tu. Jadi pagi tu kakak-kakak I dah tarik muka buat duck face bagai sebab I lambat. Nak cepat sangat masa tu, maka I pun sarung jela kasut Bata lekat-lekat I tanpa check dalam kasut tu ada kandungan atau makhluk asing menginap dalam kasut I. 

Sampai je sekolah lepas perhimpunan dua masa pertama, I rasa macam ada benda melekat-lekat dalam kasut I. Tapi I buat dunno je sambil main lawan pemadam dengan kawan sebelah. Nak dipendekkan cerita, balik je rumah lepas habis sekolah, I terus meluru ke meja makan tanpa buka stoking sebab nak lunch masa tu punya pasal and maybe sebab dah biasa dengan tadika makan kot. Tiba-tiba Umi I menjerit pakai note B-Minus, "Adikkkkkk.!!! Kenapa lantai ni bercap-cap warna hitam.?! Buka stoking tu sekarang." Then I gelabah sambil buat muka comel terus buka stoking nak pergi letak kat kasut balik la kan. Masa sampai je kat kasut tu, I pulak mejerit pakai note F-minus falsetto. One word je I jerit masa tu kalau tak silap la. KATAK.!!!!!! Tetanjat boboi.


Wasup bro.! Lu dah pijak adik gua lumat kali ni gua nak langgar lu dengan harley davison ni pulop.!

Ko tahu tak selama 8 jam kat sekola, rupanya kau dah membunuh seekor katak dengan cara paling kejam sekali sampai katak tu dah jadi macam ikan kering dalam kasut tu. Leper je tak tinggal apa pun. I pijak katak tu, then lemas kan dia then leper kan dia sampai identiti rupa tak dapat nak kenal pasti lagi oleh ahli keluarga katak tersebut. Kejam dan buas sungguh.! Maka dengan itu, silver spoon I dah bertambah jadi gold spoon sebab Umi I kerahkan kakak sulung I dengan kakak nombor 4 I tu cuci dan kemaskan bangkai katak tersebut. 



Team bersihkan katak.! Hebakkkkkk.!!!

I nampak muka penyesalan akak I masa tu ada adik bongsu lelaki memijak katak tanpa ada deria sense kat kaki. Jelas terpancar kat muka akak I tu sambil buat duck face dan tangan menyental dengan berus dawai coklat tak henti-henti kat kasut I tu. Tapi I dengan muka tak bersalah berdiri tercegat depan pintu sambil minum susu Fernleaf tengok team hebakkk atas ni mencuci kasut I dengan penuh bersungguh-sungguh dan mulut kumat kamit berselawat barangkali ketika itu. It's ok, kita assume akak I berselawat masa tu. 

Sampai ke hari ni kalau ada air minum tumpah atau makanan yang I tertumpahkan kat dapur, mesti I tak dapat nak bersihkan. Umi I akan panggil akak-akak I yang bersihkan. Tak tahu kenapa. So sekarang ni I dah jadi platinum spoon agaknya kot. Ok see u next entry.

Oh so random : Dua hari lepas I ada dengar lagu Yuna Terukir di bintang and post it on my faebook. I memang dah agak Yuna menang. Well nak juga cakap kan yang kau peramal terbaik la kononnya. Orang melayu, biasala. Hehehe. Lagu ni I tujukan khas untuk kakak I yang bersihkan katak tu. =)