28 January 2013

Diet Fat Of Afiq Volaris

Kita selalu dengar orang cakap/tweet/post kat fb and even Kevin Zahari pun cakap to get healthy we consume 70% in the kitchen and 30% workout in the gym. But for me 99% all in FOOD. Well me and foods tak dapat dipisahkan bak Neelofa tak mau lepaskan tangan Hans Isaac. Begitu sekali hubungan rapat diantara Afiq Volaris dan makanan. Dari kecik memang suka makan even dalam biodata yang kawan-kawan selalu suruh tulis dalam buku diaorang tu pun I tulis makan sebagai hobi dan waktu lapang.


Semalam check BMI kat android applications. My BMI normal tapi nak ke hampir OVERWEIGHT dowh. How is that possible.????! *Muka cuak* Masa balik Malaysia hari tu memang dah gain weight pun. Dulu tak pernah cecah 60 kg. Sekarang terlebih sudahhhhh bak kata Stacey. Jadi ada la orang yang duk complaint kata I dah makin gemok and I denied about that walhal memang kau dah gemok kannnn. Jalan sekarang sikit pun dah berpeluh tahu tak even sekarang winter. OMG I ada saturated fat. Susah nak burn kalau dah saturated. Gym coach I semalam tanya apa yang I makan dalam mulut tu, padahal memang tak makan apa-apa pun. Dia nak cakap pipi aku gemok lettew. Cilakak T___T. So I decided nak stay healthy and fit. Berkobar-kobar gitu. 

Well macam biasala kan kalau dah berkobar tapi nak buat macam mana sebab I dah cakap makanan dan I tak dapat dipisahkan. Dua hari lepas I pergi gym buat cardio workout atas treadmill. Berpeluh-peluh bakar kalori ni sambil dengar lagu Evanessence - Bring Me To Life. I dah bakar 200 kalori dalam masa 17 minit 37 saat atas treadmill dan terus rasa kurus semula. Balik je gym TER-lalu depan kedai pizza dan TER-beli pizza chicken pepeeroni. Pizza kat kedai tu sedap dan murah pulak tu. Jadi sekarang ni ko duk complaint gemok tapi ko bedal pizza sorang-sorang so ko bagitau macam mana nak dapatkan badan cam Zac Efron ni.?! Bakar 200 kalori atas treadmill tapi lepas tu bedal pizza 4 slices yang ada...oh tak sanggup nak sebut berapa banyak kalori dia. T____T



Ni gambar makan-makan semalam kat La Dolce Vita. Kitaorang tibai chesse cake sorang satu dengan Spaghetti sorang semangkuk yang dipenuhi dengan sos chessy. Well I have to look good on my sister's wedding nanti. Camno ni.?!




1 comment:

eszyamin said...

lah kau nk diet watpe lg..sedang elok la tu badan kau..okay je bro..xnmpak gemok lgsung pon..