Hari ni bersamaan 12 Rabiul Awal nak buat satu entri pasal Nabi Muhammad. Kepada sesiapa nama Rabiatul Adawiyah tu sila jangan perasan kita nak buat entri untuk awak ea. Tak tahulah kat Malaysia cuti ke tak. Tapi kat Egypt memang tak cuti. Lagi semangat orang Malaysia sambut Maulidur Rasul siap berarak LIVE masuk RTM pakai baju warna warni, menang trophi tokoh maulidur rasul and then ada ceramah kat masjid lepas habis ceramah yeayyy makan time. Kenapalah Egypt tak buat macam tu. Hari ni macam hari-hari yang biasa je kat Egypt ni. Tak da sambutan pun.
Tapi sebagai umat Muhammad, kita tetap sambut dengan berselawat ke atas baginda. Hari ni tak mau dah dengar lagu Evarnessence - Bring Me To Life (OMG I baru dengar lagu tu and then asik duk repeat playlist lagu tu 24 jam je). Hari ni buka Youtube Nasyid Raihan Selawat Nabi je.Patutunya not just todaylah, but it's a start *bitch slap for me*. Satu lagi nak beritahu kat sini, kalau sesiapa yang ada henpon cecangiih Android, IoS bagai tu janganlah asik duk download game je memanjang. Cuba try download application selawat nabi kat play store tu. Banyak rupanya koleksi nasyid selawat nabi dan doa-doa pilihan yang boleh masuk dalam playlist music kita selain lagu Evarnessence tu. Kantoi sebab I pun baru download 3 hari yang lepas *bitch slap again*
So nak beri peringatan kat sini. Nikmat terbesar kat dunia ini selepas iman dan islam ialah menjadi umat Nabi Muhammad S.A.W. Selamat Hari Lahir Nabi umat akhir zaman. =)
No comments:
Post a Comment