7 January 2013

Memori Sekolah Darjah Satu

Entri ni sepatutnya ditulis ketika kemasukan adik-adik yang mahu menginjak ke darjah satu selepas berjaya menghabiskan tadika makan. Tahu tak "tadika makan" tu macam mana.? Ini arwah nenek I yang bagi terms tu sebab kitaorang adik beradik memang ayah masukkan semua pergi tadika makan. Well tadika makan ialah tadika PASTI. Alaaa tadika pasti yang pakai uniform hijau tu. Nenek I panggil tadika makan sebab setiap 3 jam sekali pengurus tadika tu akan bagi kau makan. Ini serius la. So that's why sampai ke hari ni I merupakan golongan orang yang kuat makan dan pantang nampak makanan free sample kat supermarket I akan lalu lalang depan promoter tu sampai dia bagi free sample tu kat I. Blame my parents sebab masukkan I kat tadika makan masa kecik-kecik dulu. 

Ok kita abaikan tadika makan. Sekarang pukul 2 pagi kat Egypt. I tak dapat tidur maka terlahirlah entri ini secara tak sengaja sebab maybe dia tak pakai protection kot. Eh.?! Ermmmm. Angin kat luar memang macam nak ajak gaduh. Punya la kuat sampai cyanosis dah tangan I sejuk. Dah la sekarang ni musim sejuk kat sini. Line interenet pun boleh beku wooo. Dalam on the way I nak tidur tetiba dapat whatsapp dari Alang I and dia cakap dia nak microwave sebagai hadiah kahwin dia nanti. Ermmm akak I ni ingat adik dia ni drug dealer agaknya. Lepas tu tetiba teringat akak sulung I plak. Then yang nombor dua tu plak lepas tu akak I nombor 4 tu plak. Demn.! Annoying giler. Terus tak boleh tidur. Semua memori kembali tetiba. Ceh ayat nak macam bukit kepong punyer novel je khenzzzzzz. I teringat masa nak masuk darjah satu dulu, punyalah eksaited nak masuk sekolah rendah pakai baju kemeja putih dengan seluar slack warna blue-black dengan kasut Bata lekat-lekat sebab dah tak nak pakai baju uniform hijau dari tadika makan dulu . Dewasa habis I rasa masa tu. Disebabkan I lelaki tunggal bongsu dalam family, maka semua peralatan nak pergi sekolah akan disiapkan rapi oleh umi dengan kakak-kakak I. Baju dengan seluar selalunya angah dengan acik I yang gosokkan. Kasut sekolah akak sulung I tolong kapurkan. See I'm like the boss.!

Umi I pun tolong jugak kemaskan dan susun buku dalam beg ikut time table. Ko tengok betapa silver spoon nyer I dulu. Well nak jadikan cerita setelah beberapa perenggan membebel, maka satu hari tu masa first week sekolah, I lambat bangun. Maka semua anggota-anggota geng sekolah yang bertudung pun lambat la ke sekolah masa tu. Jadi pagi tu kakak-kakak I dah tarik muka buat duck face bagai sebab I lambat. Nak cepat sangat masa tu, maka I pun sarung jela kasut Bata lekat-lekat I tanpa check dalam kasut tu ada kandungan atau makhluk asing menginap dalam kasut I. 

Sampai je sekolah lepas perhimpunan dua masa pertama, I rasa macam ada benda melekat-lekat dalam kasut I. Tapi I buat dunno je sambil main lawan pemadam dengan kawan sebelah. Nak dipendekkan cerita, balik je rumah lepas habis sekolah, I terus meluru ke meja makan tanpa buka stoking sebab nak lunch masa tu punya pasal and maybe sebab dah biasa dengan tadika makan kot. Tiba-tiba Umi I menjerit pakai note B-Minus, "Adikkkkkk.!!! Kenapa lantai ni bercap-cap warna hitam.?! Buka stoking tu sekarang." Then I gelabah sambil buat muka comel terus buka stoking nak pergi letak kat kasut balik la kan. Masa sampai je kat kasut tu, I pulak mejerit pakai note F-minus falsetto. One word je I jerit masa tu kalau tak silap la. KATAK.!!!!!! Tetanjat boboi.


Wasup bro.! Lu dah pijak adik gua lumat kali ni gua nak langgar lu dengan harley davison ni pulop.!

Ko tahu tak selama 8 jam kat sekola, rupanya kau dah membunuh seekor katak dengan cara paling kejam sekali sampai katak tu dah jadi macam ikan kering dalam kasut tu. Leper je tak tinggal apa pun. I pijak katak tu, then lemas kan dia then leper kan dia sampai identiti rupa tak dapat nak kenal pasti lagi oleh ahli keluarga katak tersebut. Kejam dan buas sungguh.! Maka dengan itu, silver spoon I dah bertambah jadi gold spoon sebab Umi I kerahkan kakak sulung I dengan kakak nombor 4 I tu cuci dan kemaskan bangkai katak tersebut. 



Team bersihkan katak.! Hebakkkkkk.!!!

I nampak muka penyesalan akak I masa tu ada adik bongsu lelaki memijak katak tanpa ada deria sense kat kaki. Jelas terpancar kat muka akak I tu sambil buat duck face dan tangan menyental dengan berus dawai coklat tak henti-henti kat kasut I tu. Tapi I dengan muka tak bersalah berdiri tercegat depan pintu sambil minum susu Fernleaf tengok team hebakkk atas ni mencuci kasut I dengan penuh bersungguh-sungguh dan mulut kumat kamit berselawat barangkali ketika itu. It's ok, kita assume akak I berselawat masa tu. 

Sampai ke hari ni kalau ada air minum tumpah atau makanan yang I tertumpahkan kat dapur, mesti I tak dapat nak bersihkan. Umi I akan panggil akak-akak I yang bersihkan. Tak tahu kenapa. So sekarang ni I dah jadi platinum spoon agaknya kot. Ok see u next entry.

Oh so random : Dua hari lepas I ada dengar lagu Yuna Terukir di bintang and post it on my faebook. I memang dah agak Yuna menang. Well nak juga cakap kan yang kau peramal terbaik la kononnya. Orang melayu, biasala. Hehehe. Lagu ni I tujukan khas untuk kakak I yang bersihkan katak tu. =)




3 comments:

Dhiya Fariza said...

eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee ya Allah. geli woi. katakkkkkkk

Muhammad Al-Afiq said...

I know it sounds gross rite..weukkkkkkk..nak muntah bila ingat balik peristiwa tu

rara aziz said...

tolongg lahhh fiqq...gelii okayyy...tp sampai kluar hitam2 tu dia pya isi perut ke apa..?


Tolongg lahh.tgh mkn niii...!! nk munttttaaahh.. T__T