1 July 2013

Apa Lagi Yang Egypt Mahu.????

Marilah kita mengupate blog yang segan tak mahu, mati lagi la tak mahu kan. Malas sebenarnya nak update sebab rasa macam tak da orang yang baca. Tapi disebabkan bosan yang melanda diri ini, maka update la sikit sambil baring terlentang kat atas katil ni and type satu jari je. Nampak tak malas benor kan. Tak caye. 

Exam dah habis 3 hari lepas. So sindrom lepas exam tak tahu nak buat apa tu muncul. Masa exam kemain banyak dalam otak pemikiran ni nak buat macam-macam kan. Bila habis exam dah mati kutu tak tahu nak buat apa. Jadi tengoklah kat youtube masterchef selebriti musim kedua tu. Waaaaa meletop cerita dia. So download la secara haram kan kat website-website tertentu. Nak tengok online memang hazab la sebab internet kat Egypt ni ikut time dia. Ada time dia laju, ada time dia slow tahap nauzubillah. Memang best sangat and addicted tengok masterchef ni. Tetiba rasa nak masuk ke dapur memasak macam ala-ala masterchef. Semalam dah try masak ayam masak merah. Tapi guna paste jela. Hwahahahaaha. Itu pun lembab and teregeh-hegeh memotong ayam. Setengah jam kau tahu tak aku duk potong ayam kat dapur tu. Fail kalau nak masuk masterchef ni. Tapi sedap la masakan tu. Yela opkos la sedap kannnn. Gila kau tak sedap sebab dah guna paste masak merah maggi. Hehehehehehe.




Well nak update la sikt pasal apa yang berlaku kat Egypt ni negara kurun terawal di dunia ni kan *mata menjeling kat kubur piraun*. Biasala kalau korang semua tengok berita kat tibi tu terutama tv3 , tv2, RTM tu semua duk updtae pasal Mesir ni. Ok la meh sini kita yang duk Mesir ni bagitau sikit apa yang sebenarnya berlaku kat sini. Tarikh 30 jun 2013 dah genap setahun pemerintahan presiden baru diaorang ni iaitu presiden doktor Morsi selepas kejatuhan presiden Mobarak. Alaaaa yang masa tu ramai student Malaysia balik free naik kapal terbang askar tu. Hazabbbbb dek non naik kapal terbang perang tu 12 jam. Sabor jela kan sebab balik free. Ok sambung balik. Jadi semalam dah genap setahun, maka penduduk Mesir ni nak kan perubahan yang berlaku kat negara diaorang ni. Tapi dalam masa setahun ni kurang perubahan yang doktor Morsi ni bagi kat negara ni. So orang mesir ni dia ingat masa setahun tu ko nak bangunkan negara ko yang 40 tahun lebih hancur tu perkara mudah ke. Orang pregnant 9 bulan pun masih susah lagi tau nak tahu jantina baby tu *tetiba tak da kena mengena pun*.



Penyokong-penyokong kuat Morsi sedang berarak ke dataran tahrir.


Maka macam biasala. Diaorang ni tak puas hati. So bila tak puas hati, ko rasa apa yang orang Mesir yang tak berapa nak education tinggi ni buat. DEMONSTRASI laaaaaa. So berkumpul la reramai semalam diaorag ni kat dataran tahrir tu suruh presiden dia letak jawatan. For me, ko bertukor la 500 kali presiden tapi perangai rakyat dia macam ni yang otak letak kat bawah tapak kaki memang tak kemana la negara kau. I think doktor Morsi presiden yang baik. Dia seorang hafiz quran, selalu amik berat pasal negara Islam yang lain contohnya pasal Syria. Memag terbaik la presiden dia ni. Tapi orang-orang yang pembangkang ni yang bukan ikhwanal muslim ni tak suka dia sebab bila dia berucap kat sesuatu majlis dia suka masukkan hadis dalam ucapan dia. WTH kenapa kau tak suka.? Pelik kan orang Egypt ni. Morsi ni memang bagus dalam ucapan dia 2 hari lepas, dia lantang dan berani bersuara secara LIVE dalam TV and sebut satu persatu nama menteri-menteri yang makan rasuah, makan gaji buta, tak buat kerja semua dia sebut sebab dia dah geram sangat. Haaaaaa tu makan dia kan. Orang-orang politik yang suka makan rasuah ni memag tu je ajar dia.

So yang nama-nama naik tula tak puas hati. Pengikut-pengikut depa mai kat dataran tahrir semalam buat protes secara aman.Tapi alhamdulilah keadaan terkawal lagi la walaupun rasa macam tragedi 25 januari 2011 tu macam nak berulang je tapi tak seteruk tu la. Biasa-biasa je. Semalam dalam sejarah semua kedai tutup kat sini, jalan raya memang kosong, kereta semua tak da. Kedai makanan Indon kat bawah rumah I ni pun tutup. Motip ko indon tak nak berniaga.? Dah kaya ke.?! Orang duk pergi protes kat sesetengah kawasan kat Mansura ni. Kami pelajar malaysia semua selamat tak da apa yang berlaku pun. Mesin ATM pun rasanya dah beroperasi macam normal sebab dah 2 hari diorang tutup mesin ATM tu tak bagi keluar duit. Internet semua masih ada. Kira tak da apa la nak risau sangat. Semua baik-baik je.

Hari ni 1 Jun semua kedai dah buka balik, kereta pun dah ada tapi masih lagi sunyi la. Kat dataran tahrir tu still lagi berdemo bagai. Biasala Egyptian kan kalau tak buat protes 40 hari 40 malam tak sah. Ermmmm gasak ler korang kat sana protes tu. Kita kat rumah  ni duk diam-diam pergi dapur masak macam masterchef kan. Ok nak sambung tengok masterchef. Insyallah akan update seterusnya. Itupun kalau ingat. Byeeeee.
Sekian dari saya Datuk Tan Sri Paduka Al-Afiq, pakar analisis politik di Mesir wannabe. Heeeeee xoxo





1 comment:

Dhiya Fariza said...

hahaha mestilah gelak everytime baca your writings. Kelakar tahu. jangan hengat org tak komen org tak baca dek non. Apa2 pun thank you for this update. baru den tau.slowpoke skit..:P