Assalamualaikum semua. Hari tu ada orang tanya macam mana keadaan kat Mesir ni. Nak jawab ok je tak da apa pun serba salah jugak kan. Kang tetiba ada bom meletop balik, sapa yang dipersalahkan.? Blog ni jugak dipersalahkan. Meh kita nak duk citer sikit ok ke tak apa yang berlaku kat sini. Randomly keadaan kat sini dah makin beransur pulih. Keadaan terkawal dan aman especially kat Mansoura. Tapi kat area Cairo, Alexandria dan lain-lain tempat tu tak tahu la plak kan sebab tak berani nak ke sana. Dengar khabar dari sahabat di Cairo masih ada lagi curfew. Jadi tak boleh keluar sesuka hati la. Kalau tak memang kena tangkap masuk lokap.
Mostly memang banyak pengalaman yang nak kita cerita kat sini sepanjang berlakunya muzaharath (revolusi) hari tu. Sebab I tak balik Malaysia since raya hari tu sampai la sekarang memang duk kat Mesir ni la. Semua berita,pengalaman perang memang dapat tengok live depan mata sendiri dan first time dalam hidup terkena gas pemedih mata walaupun masa tu duduk dalam rumah. Bermacam-macam cerita dengar dari facebook la twitter la, media kat Malaysia lagi dan sebagainya. Ada yang betul dan ada yang tipu belaka. Tapi tak ku heran semua tu sebab kita rasai sendiri macam mana pengalaman revolusi kat Mesir ni. So far kalau ko ikut arahan dari majlis keselamatan negara and tak langgar peraturan kat sini, inshallah selamat. Hidup ni kena ada peraturan kan.
Malas lah nak cerita pasal revolusi hari tu sebab banyak perkara dah ter-miss and malas nak taip satu-satu pengalaman tu. Biarlah terpahat di dalam otak memori ni sahaja. Oh ayat bahasa melayu kertas karangan spm sangat engko.! Lepas tu dengar cerita ada pulak tawaran dari KPT malaysia ajak siapa nak study medic kat Malaysia kan. Dah dilemma masing-masing. Tapi macam ajak-ajak ayam je kpt ni. Banyak benau syarat dia. Nak tu la kena isi ni la. From my opinion la kan, tak yah la nak sesat sarat barat pergi transfer kredit bagai nak study kat Malaysia. Ramai yang mengimpikan tempat kita untuk study kat oversea ni tau tak.! Boleh merasai pengalaman kat negara orang walaupun negara orang ni ya ampunnnnnnn tuhan je la yang tahu macam mana nak kena deal dengan arab hari-hari. Boleh bawak gaduh tau tak.!
Hari ni study kat library. Sebab utamanya ada aircond kat library. Sejuk je dapat tidur tadi dalam library. Orang pun tak ramai. Suhu 40 degree kat Mesir ni memang lebih afdhal kalau study dalam library kan.
Dah habis tidur dalam library, eh silap, dah habis study kat library sebab library tutup pukul 2 petang so suhu masih lagi terik panas kat luar tu kan. Jadi wajib kalau tekak ni kita manjakan sikit. Kalau kat mesir ni memang waktu summer orang suka minum air tembikai. Dapat menyejukkan badan dan tekak. Panas-panas gini air tembikai tu lalu dalam tekak, perghhhhhhhhhhhhhhhhhhhh orgasm tekak I ni. Tapi hari ni special sikit. Mintak kat pakcik tu tembikai yoghurt. Jaga kesihatan katanyerrr. Balik rumah kau tibai nasi dua pinggan khenzzzz.
No comments:
Post a Comment