30 September 2013

Tips Nak Membeli dan Shopping Secara Bijak

Entri ni tertulis sebab semalam nak pergi beli towel mandi. Dari bulan lepas lagi towel dah koyak. Ni jenis pesen towel dah tahap darurat dah ni. Tutup depan belakang nampak, tutup belakang depan plak terdedah. So memang kena beli baru jugak la ni. So semalam ada masa sikit sebelum maghrib pergi la beli towel kat satu kedai ni namanya Salma Textile boutique. Memang exclusive tempat dia. Nak masuk macam segan plak sebab masa tu I pakai selipar crocs dengan baju selebet je. Tahu tak selebet tu camana. Orang Melaka selalu kabo selebet la lu mat. Alaaaa selekeh la maksudnya. Lepas tu dah masuk dalam kedai tu owner dia peramah jugak la. Sebab I ni malaysian so dia cakap english la walaupun english dia broken tapi ok la at least dia make effort. Cara dia layan pun bagus. Then I pilih la satu towel ni harga dia 70 genih pound. I mintak discount kat dia boleh tak. Then owner dia kata dia bagi I 60 genih pound. Ok la kan. Sebab sebelum tu I ada survey satu kedai ni jual towel jugak la and tilam semua tu. Tapi servis macam sampah. Lepas tu nak mintak kurang segenih pun susah. Kedai dia biasa je. Kat tepi jalan je pun. Dah la tak da aircond lepas tu berhabuk nauzubillah. Harga fix bukan main macam Harrods kat London plak. So meh sini I nak bagi tips sikit shopping secara bijak. Tengok tu intro je dah selonjong.

1- Tawar menawar

Ni tips memang penting untuk semua. Kalau pergi sesuatu kedai tu nak beli barang kita try mintak kurang atau discount. I ni memang ikut jejak langkah umi I. Misal kata owner dia tak nak bagi kurang sikit pun maka ko angkat kaki and blah terus dari kedai dia. Ko tak rugi apa pun. Cari je kedai yang boleh consider dengan customer. Tapi kalau pergi jusco ke tempat-tempat mall tu tak usah la mintak kurang harga kat akak kaunter tu ye. Sebab shopping mall pesen gini harga dia dah memang macam tu. 

2- Customer service

Haaaa yang ni memang I akan tengok jugak ciri-ciri layanan owner/pekerja dia kat customer. Kadang-kadang kan kalau harga kat kedai tu macam mahal tapi owner dia pandai layan customer, kita sendiri pun cair and terus beli. For me worth it sebab dia bagi kita servis tip top and patut kita beli kat kedai dia. Tapi kalau layanan muka pun mencuka je memanjang lepas tu bila customer datang buat bodoh tak layan customer memang tak usah la jejak kat kedai camgini lagi.

3- Suvey harga barang.

This is customers rights. Bila nak berbelanja secara jimat perkara ni memang perlu kita tengok. Sebab kadang-kadang harga kat mall ni mahal sikit 20 sen dari tempat lain kan. Bab yang ni ayah I memang pakar. Dia suka survey harga barang almost kat semua mall Melaka. So I ni memang datang dari keluarga yang bijak berbelanja tau. Hihihi *giggle for no reason*

4- Tak tahu kena tanya

Pernah tak masa kita beli barang tu bila sampai kat kaunter harga dia lain. Contoh la macam beli sabun kan. Tengok harga dia tulis kat tempat sabun tu 4 ringgit tapi bila sampai kaunter jadi 8 ringgit plak. Haaa bab ni memang kena tanya dan persoalkan kat kaunter tu. Sebab ni hak pengguna. Tapi rasanya kat Malaysia tak da masalah kot sebab semua mall sekarang dah ada scanner harga barang tu kat tepi dinding tu. Budak-budak suka main benda tu. I pun suka gak main. Macam best lak main benda tu kan scan-scan barang. Kat mesir ni memang dia jenis tak letak harga kat barang tu. Pemalas. So kalau I musykil harga barang tu berapa memang wajib pergi kat kaunter tu tanya berapa harga barang tu. Arab biasala suka menipu je kerjanya.

Ok tu je stakat ni 4 tips. Tapi kalau ada yang nak menambah sila tambah kat ruangan komen. Ni pun dah rasa penat menulis. Perghhhhh boleh masuk guiness world records dah ni sebab terlampau penat menulis blog. Boleh tak.?! Sapa ada experience shopping online tu boleh la share. Ok bye






No comments: