Ya rabbi. Makin uzur blog ni. Macam terlupa jap ada blog. Macam je la kan. Alhamdulilah nasib I hidup lagi. Maka boleh la menulis lagi kat sini.
Nak dipendekkan cerita bukan busy sangat pun. Rutin yang sama. Hari-hari buka blogspot.com tapi bila nak update ada je benda yang potong line. Macam semalam baru nak up satu dua entri lepas tu tetiba ada plak yang menelepon ajak tolong angkut barang pindah rumah. Nasib yang menelepon tu pompuan. Kalau jantan, koser nak layan tolong kan.
So nak buat come back hari ni kita nak raikan hari wanita sedunia. Ceh padahal dapat idea ni pun sebab buka homepage Google tadi and tengok dia punya dooddle tu pasal International Women day. Tu yang tetiba update pasal wanita ni.
Idea yang sobonar-bonar dapat ilham nak update blog hari ni.
Nak cerita la jugak peranan wanita dalam dunia I ni kan. Sebab I membesar dikalangan wanita-wanita sahaja sebab tak da abang. Jadi best jugak sebab semua benda akak-akak kena beralah dengan I. Korang kena jeles sebab feeling ni memang awesome.
Setiap kali esok nak sekolah mesti akak-akak yang tolong gosokkan baju seluar semua tie siap gantung kat belakang pintu bilik. Tahu je esok nak pergi sekolah semua dah siap. Ni semua selalunya kerja dak akak dengan dak acik. Kalau bab makan memang lagi korang kena jeles bagi siap yang tak da akak dalam hidup dia. Sounds kejam rite. Hahahaha. Bila pukul 2-3 pagi perut buat ragam nak mintak makanan so kejut akak suruh masak nasi goreng pukul 2 pagi. Akak korang sanggup ke.? Akak i olls semua sanggup tau. Jadi bagi I ada sisters in your life is awesome sebab I punya hidup dari kecik sampai sekarang jadi mudah.
Memang la nampak macam manja tapi I tak da la merengek-rengek manja terlebih-lebih. Semua ada limit dia kan so pandai-panadai la tolerate dalam semau benda nak buat tu. Sometimes kerja sekolah matematik pun angah I yang buat especially add maths. Tu yang kantoi kadang-kadang kat sekolah cikgu suruh explain macam mana ko sorang je dalam kelas boleh dapat jawapan betul orang lain salah padahal ko pun tak tahu macam mana dak angah boleh solve soalan tu kan. Sebab malam sebelum tu lupa nak tanya macam mana dak angah selesaikan soalan maths tu yang kau tahu duk tadah beri je buku tu kat dak angah suruh siapkan kerja sekolah ko kan.
Tapi since I dah duduk berjauhan dengan family ni memang agak difficult jugak la. Nak masak kadang-kadang sampai boleh terbakor dapur dibuatnya. Kadang tu telepon dak alang tanya macam mana nak masak kari, buat sambal semua tu. Nasib ada jaringan perhubungan telekomunikasi canggih masa kini.
Wanita-wanita dalam hidup saya. Ada yang dah kahwin. Ada yang dah berboipren dan ada jugak yang dah nak jadi mak orang dah.
Dah tu je nak cerita sebenarnya. Terlonjong plak update. Tiba-tiba macam tak tahu je nak buat ending macam mana. Mungkin syasha solero boleh tolong macam tunjukkan je tak.? Oh ada satu lagi wanita yang paling penting dalam hidup I. Of course la my mom. Tak yah la cerita pasal tu sebab siapa yang tak sayang mak dia kan. Kalau nak cerita pasal my mom ni kena buat part1, part 2 bagai.
Haaaa jadi konklusi bagi update kali ni jagalah wanita anda sebaik mungkin. Jangan jadi perampas. Oh Liyana Manan, i faham perasaan you macam mana bila hak kita dirampas. Tetiba sangat engkooo ending gini. Tapi apa yang penting GIRLS POWER.!!! *tetiba sekali lagi*
Dah up satu entri baru rasa lega. Yeayyy esok dah start sekolah bagi sekolah perubatan cawangan mansoura. Dah tepu sangat cuti lelama. Esok doktor tanya komfem tak leh jawab sebab dah lupa benor ni ha tak buka buku pelajaran. Bye.
No comments:
Post a Comment