27 November 2011

Doktor Itu Kacak

Pada suatu hari Meon ingin membuka pesbuknyer yang kaler biru itu. Tiba-tiba dia terkejut lalu menjatuhkan air sirap ke atas lappynya warna pink. Tanjat boboi tau.! Nak tahu kenapa dia terperanjat.?




Ni sapa punyer majalah terbit benda ni. Dah la dalam ruangan MESTI TAHU pulak tu. 89% LELAKI KACAK TERDIRI DARIPADA MEREKA YANG BEKERJA SEBAGAI DOKTOR.? Eh.! Ter-CAPS LOCK plak. Rasa macam nak belanja eskrem koneto jer sapa yang buat statisitik ni. Cepat ngaku cepat.! Hidung I dah kembang kempis ni. Tak tahu kenapa.? U olss tahu kenapa.? Tak yah jawab.

Kepada para jelitawan gadis di luar sana sila la ke Hospital Besar Melaka sekarang untuk mengurat abang-abang doktor yang baru je graduate tu. Kalau area lain I tak tahu. Sila cepat sebelum terlambat. Boleh tukar-tukar numb phone. Oh I sekarang malas nak tulis panjang-panjang berjela sebab nak jimat dakwat laptop. Sekian.


"An apple a day keep a doctor away but if the doctor handsome/cute, can throw the apple lah and geget the doctor". Lu pehal memandai buat quotes sendiri. Ni bajet muka letih baru lepas joging 10 round la ni padahal 2 round dah pancit. Damn.! Kepada aweks-aweks di luar sana sila jangan condemn boyfrend anda yang bukan bakal doktor. Kena terima macam mana pun dia. Bersyukur dia sayangkan anda. Kena tahu cara yang paling terbaik nak menghargai dia. Fuhhh jiwang plak. Mencik taw. Apa ni salah blog ke.? Next.!  




23 November 2011

Pesanan Hari Rabu

Hari ni hari Rabu ke.? Ehek saje buat tanya untuk intro.

Hah sekejap je intro I kali ni. Ringkas dan penuh informasi. Hello u olls sihat ke.? I sihat je. Hari ni tak mahu buat Wordless Wednesday. Sebab kalau buat WW memang tak dapat la I nak exercise jari-jemari ni di keyboard I yang berhabuk ni. Huh.! Sekali lagi bercakap dengan diri sendiri. Orang pun tak suruh kau buat Afiq. Waaaa sekarang ni I ada pesanan khidmat masyarakat untuk korang semua. Sila capangkan telinga. Tapi sebab Nabil dah kahwin tak payah la capangakan telinga. Sebab malam-malam isteri dia boleh tolong capangkan. Jadi mari kita besarkan mata pulak. Heh.! Kalau u olls ikut kata I ni sumpah dah macam Ju-On pulak rupanya. Mula-mula telinga, lepas tu mata plak kan. Ok serius-serius. I sebenarnya nak share je gambar ni. I ternampak dalam laman web muka buku. Korang LIKE la dan share dengan masyarakat Malaysia. Sesuai untuk tauladan dan kebaikan masyarakat sejagat. Ini benda serius, bukan main-main.


Ni dataran Tahrir Square kat Mesir ni. Nama tempat macam shopping complex kan. Tengok lautan manusia yang dah jadi sebuah pantai. Hiperbola ayat I sekarang ni. Berpuluh-puluh ribu berkumpul nak buat protest pada hari pertama tu, 18 November. Macam semut menggerumun ke dalam bekas tuperware gula sebab kesemua semut terbabit kurang glucose dalam badan. Yang tak terlibat mungkin semut terbabit menghidapi hyperglycemia iaitu kencing manis. Heh dah cerita pasal semut pulak. ! Ok next.




Kita masih di dataran Tahrir lagi. Tapi jangan u olls ingat I pergi sana pulak join protest ni. I duduk diam terkaku je kat rumah sambil minum hot chocalate dan biskut munchy's. Detail I bagi ni. Ok tengok gambar atas ni. Orang Egypt ni satu bagus bila waktu sembahyang semua diam dan tinggalkan geng parang dan senapang terus ke masjid join geng masjid tok imam pulak. Lepas habis solat sambung balik amik senapang dan parang buat barisan amik nombor turn nak makan. Hey bukan, buat barisan join protest balik la. This picture shows that Christians linked arms to protect muslims from police violence while performing evening prayers in Tahrir on 21st November 2011. I nak tanya ni, will Malaysia be able to achieve this kind of unity.? Sambil usap-usap janggut dan angkat kening. Dekat Egypt ni ada jugak yang menganut agama kristian. Kalau kat Malaysia sanggup ada perpaduan kaum macam ni memang I balik Malaysia sekarang jugak order cendol pulut kat warung satu. Kagum I dengan diaorang ni.



A doctor in tears after he failed to save one of the injured in Tahrir Square. I dah tak mampu nak mengulas dah. Menitik air mata I 3 hari 2 malam kat atas katil ni. Hiperbola lagi description I ni. Hari tu I beritahu kalian semua 8 orang mati kan, tapi sekarang ni dah 37 orang meninggal dunia kerana protest tu. Setiap hari akan ada demonstrasi. Hari ni ( waktu Egypt sekarang masa I tulis ni ialah 8.20 malam ) ada lagi demonstrasi besar-besaran di Iskandariah dan Tahrir Square. Tapi jangan panik, sebab pelajar Malaysia tak rajin nak terlibat dengan ni semua. Jalan raya kat tempat I pun dah banyak yang tutup. I pun tak nak describe kenapa dan apa yang tengah berlaku isu politik di Mesir ni sebab kalau I tulis kat sini nanti ada yang kena hack pulak blog ni. FYI masyarakat, askar yang tengah memerintah sekarang ni, so diaorang dapat detect semua maklumat dalam internet kitaorang dan telefon pun di kawal sekarang. Laman-laman web dari luar negara semua telah disekat macam JPA dan MARA tak boleh akses kat sini. That's why I tulis melayu supaya diaorang tak faham. Tapi kalau nak translate english boleh je kan. Kalau I tulis bahasa sanskrit konfem memang diaorang ingat ni kod rahsia bom perang dunia. Arab ni selagi dia tak dapat pilih calon presiden yang diaorang nak tu, selagi tu la meroyan macam lembu bunting sepuluh anak. Mengamuk tak tentu pasal. 


Jadi kita semua harap rakyat Malaysia jangan risau sebab insyallah semuanya dalam keadaan terkawal lagi setakat ni. Alaaaa biasa la tu tembak menembak, pecah-pecah rumah tu dah biasa je bagi kitaorang. Jangan terkejut bakal-bakal doktor graduan Mesir ni balik berkhidmat kat Malaysia muka semua samseng-samseng. Pergi hospital bawak pistol, parang, pisau lipat doploh sen tu dalam white coat kitaorang. Pelajar Malaysia pun tak join protest ni. Tak koserrr orang nak ke Tahrir bersesak-sesak. Lain la kalau Taylor Swift datang buat konsert free memang I la duk berhimpun buat khemah kat Tahrir tu. Last riot masa 25 Januari hari tu diaorang cut off kitaorang punyer Twitter dulu, lepas tu facebook, lepas tu telefon dan lepas tu internet pun gone.!~ Hilang entah ke mana, puas ku cari namun biskut kering jua kutemui. Dramatis ayat I kali ni. Untuk kali ni semua dah bersiap sedia keluar duit banyak-banyak sebab takut bank tak berfungsi. Stok makanan pun beli banyak-banyak takut kena catu makan lagi. Senapang M-16 pun siap sorang satu. Oh gila la kitaorang kat sini. Don't mess with us ( gaya Egyptian punya slogan riot ). Tapi masalahnya kau tu dah mess kan satu Mesir ni dan study kitaorang pun dan mess. Tunggu nak buat mesh-up song je ketuk kepala arab sekor-sekor ni yang asik nak meriot je keje. Nyampah.! Ok u olls masa blogging I dah tamat. Now nak face a book pulak. Eh yeke. Cakap je la nak facebook.


Nota Tapak Kaki : I am so happy if u guys can share this with all masyarakat dunia dan LIKE entri ni. Doakan kami tak kena OPS PIRAMID lagi ye. 



21 November 2011

Don't Worry, We Safe.!

Salam perkenalan semua. Khas untuk masyarakat yang baru je ternampak atau tersinggah dan terfollow blog I ni. Terima kasih banyak-banyak. U olls ada beli surat khabar atau dengar berita tak pasal isu kat Mesir ni.? Cer citer sikit. I pun nak tahu jugak walaupun duduk kat Mesir tapi tak kira nak jugak tahu. Ni pasal isu politik Mesir ni tak habis-habis lagi. I rasa macam nak pergi panjat bangunan tertinggi kat Mesir ni lepas tu mengamuk buka-buka baju tayang badan tough ni jadi King-Kong. Biar Egyptian tahu bahawasanya ( perghhhh skema ayat shial ) takkan hilang Melayu di dunia. Ok merepek. Straight to the point. 

Meh I nak buat pengumuman tergempar. Sila ke belakang sikit takut u olls pekak  telinga nanti sebab I pakai microphone Beyonce ni. Wahai rakyat jelata di mana sahaja anda berada, apabila baca pengumuman I ni tak kira la dalam tandas mahupun ketika bercucuk tanam bunga Orkid laaah ke, I nak cakap yang kami di Mesir ni masih selamat sejahtera. Jap sebelum tu ada baca tak paper Kosmo atau Utusan Malaysia yang mengatakan pelajar Malaysia dalam ketakutan. I rilekkkkk je. Kami pelajar-pelajar Malaysia masih lagi bersamseng di jalanan dan membuang sampah merata-rata tanpa segan silu. Jadi jangan la percaya apa yang wartawan kepoh tu tulis. Kalau u olss ada beli paper hari ni jangan terpedaya. Tu semua tipu belaka. Mana ada kereta kebal berkeliaran buat drift kat sini. Maybe diaorang salah anggap kot. Sekarang ni rakyat Mesir menggunakan kereta kebal sebagai pengangkutan utama untuk ke supermarket, pasar, kedai buah dan apatah lagi untuk bersiar-siar dengan awek pada waktu petang melihat matahari terbenam. Hebat tak masyarakat tamadun awal di dunia ni. Dalam sejarah tak kan jumpa cerita macam ni. Tempat u olls ada ke.?

Lagi satu cerita pasal tidur bertemankan lesung.? Oh tidakkkkk. Sekarang musim sejuk tak koserrr orang nak tidur dengan lesung. Macam mana tetiba mimpi Taylor Swift datang kat I.? Tak memasal I berlesung-lesung atas katil tu. Bangun pagi tengok jari berdarah sebab terlesung malam tadi. Oh memang tak la kan. Kalau macam tu baik I bawak terus dapur gas tidur sesama baru la arab takut nak kacau kitaorang kan. Riot tu memang ada tapi sekarang masih dalam keadaan terkawal. 8 orang mati setakat ni. Sokay sokay masyarakat jangan bimbang. Don't panic, stay kat tempat duduk dulu jangan berganjak ke mana-mana pejabat akhbar ye. Insyallah doa kalian semua supaya kami di sini baik-baik belaka. Malas la nak OPS PIRAMID 2 kalau ada la kan. Tapi kalau ada pun I malas la nak pergi. Ok tipu.



Muka selamat.!
SAY NO TO OPS PIRAMID 2.!

Ni pic khas untuk umi I yang tersayang supaya dia tak risau. I tahu umi I baca blog ni lepas dia habis tengok rancangan Wanita Hari Ini mesti dia bukak blog I. See muka happy tak risau kan. To all Malaysian and especially my family, kami Malaysian students semua masih selamat. Tapi tak tahu la kan in the future apa yang berlaku. Harap semua baik-baik sahaja. Kadang-kadang media di Malaysia yang exaggregate benda ni melampau-lampau sampai semua parents kat Malaysia risau, padahal anak-anak kat sini rilekkk je berkeliaran di waktu petang makan choki-choki. 


Nota kaki : Kenapa bila keluar paper mesti tempat I popular (Mansoura). Retis la tempat ni. Oh ye nampak gaya Kosmo dah start enjin dulu dari Utusan Malaysia pasal benda ni. Keep praying for us. Bye.!



18 November 2011

Krisis Di Mesir. Doakan Kami.

You guys still remember 25th January 2011.?! Ye masa tu mak kau tengah sibuk buat kuih seri muka kat dapur sambil tengok Nora Elena .Oh tidak. Hoi masyarakat kena alert sini.! I'm in danger.!!! Fuhhh sila suspens sekarang. 25 January tu berlakunya revolusi di Mesir. Ingat lagi tak yang keluar berita sakan masuk semua TV. Dari TV 1 sampai TV 10 asyik cerita pelajar-pelajar Malaysia yang belajar di Mesir kena evacuate free.! Maka muka sorang-sorang bercahaya dapat balik free dan kalau bertuah muka kau la masuk telibisen tu. Ok hari ni hari Jumaat dan hari ni ada lagi protest dekat Mesir ni. Oh kamon la Egyptian tak penat ke nak marching around sampai 2-3 pagi dekat dataran Tahrir tu. Pergi tidur la senang citer. Sebenarnya macam ni, Egyptian tak reti penat buat protest. Bergaji ke buat perhimpuanan haram ni. Kalau bergaji nak jugak I join sekaki. Meh I bagi sikit info pasal pilihan raya di mesir yang bakal tiba ni. Seram tak bunyi.?

INFO PILIHANRAYA DI MESIR :-

18/11/2011 - Bakal diadakan Muzoharot antara ikhwanul muslimin dan salafi di Mesir.

25/11/2011 - Muzoharot besar-besaran bakal diadakan di Mesir.

28/11/2011 dan 14/12/2011 - Tarikh pilihanraya di Mesir.

Tapi tak da pulak tarikh evacuate pelajar Malaysia ye. I bukan apa sebab malas la nak balik free ni. Amboi kemain bukan ko ke yang suka benda-benda free ni. Ok tak mauuuuu sebab dah serik even dapat balik free pun tak nak sebab kena buat banyak urusan dan pelajaran pun bakal tergendala, and yes I just saw this in Al-Jazeera.





Abaikan kanak-kanak hitam tu. Tumpu pada main news. Yes today is 18 nov and it really happend now. Dah mengalahkan konsert Taylor Swift sebab ramai gila orang sekarang ni. I tengok dekat tv je. Sekarang line telefon pun dah disekat. Pehal ni weh.! Kalau internet dah tak da esok, maka jangan lupa I nak beritahu yang I sayang semua. Ok tak da kena mengena. Kalau line internet kena sekat maknanya memang mengundang la Egyptian ni. Aku tak habis lagi download supernatural season 7 ni wei. Nahas sapa putuskan line internet ni. Ok doakan kami ye di sini.



Masyarakat blogger doakan kami semuanya selamat ok.