21 November 2011

Don't Worry, We Safe.!

Salam perkenalan semua. Khas untuk masyarakat yang baru je ternampak atau tersinggah dan terfollow blog I ni. Terima kasih banyak-banyak. U olls ada beli surat khabar atau dengar berita tak pasal isu kat Mesir ni.? Cer citer sikit. I pun nak tahu jugak walaupun duduk kat Mesir tapi tak kira nak jugak tahu. Ni pasal isu politik Mesir ni tak habis-habis lagi. I rasa macam nak pergi panjat bangunan tertinggi kat Mesir ni lepas tu mengamuk buka-buka baju tayang badan tough ni jadi King-Kong. Biar Egyptian tahu bahawasanya ( perghhhh skema ayat shial ) takkan hilang Melayu di dunia. Ok merepek. Straight to the point. 

Meh I nak buat pengumuman tergempar. Sila ke belakang sikit takut u olls pekak  telinga nanti sebab I pakai microphone Beyonce ni. Wahai rakyat jelata di mana sahaja anda berada, apabila baca pengumuman I ni tak kira la dalam tandas mahupun ketika bercucuk tanam bunga Orkid laaah ke, I nak cakap yang kami di Mesir ni masih selamat sejahtera. Jap sebelum tu ada baca tak paper Kosmo atau Utusan Malaysia yang mengatakan pelajar Malaysia dalam ketakutan. I rilekkkkk je. Kami pelajar-pelajar Malaysia masih lagi bersamseng di jalanan dan membuang sampah merata-rata tanpa segan silu. Jadi jangan la percaya apa yang wartawan kepoh tu tulis. Kalau u olss ada beli paper hari ni jangan terpedaya. Tu semua tipu belaka. Mana ada kereta kebal berkeliaran buat drift kat sini. Maybe diaorang salah anggap kot. Sekarang ni rakyat Mesir menggunakan kereta kebal sebagai pengangkutan utama untuk ke supermarket, pasar, kedai buah dan apatah lagi untuk bersiar-siar dengan awek pada waktu petang melihat matahari terbenam. Hebat tak masyarakat tamadun awal di dunia ni. Dalam sejarah tak kan jumpa cerita macam ni. Tempat u olls ada ke.?

Lagi satu cerita pasal tidur bertemankan lesung.? Oh tidakkkkk. Sekarang musim sejuk tak koserrr orang nak tidur dengan lesung. Macam mana tetiba mimpi Taylor Swift datang kat I.? Tak memasal I berlesung-lesung atas katil tu. Bangun pagi tengok jari berdarah sebab terlesung malam tadi. Oh memang tak la kan. Kalau macam tu baik I bawak terus dapur gas tidur sesama baru la arab takut nak kacau kitaorang kan. Riot tu memang ada tapi sekarang masih dalam keadaan terkawal. 8 orang mati setakat ni. Sokay sokay masyarakat jangan bimbang. Don't panic, stay kat tempat duduk dulu jangan berganjak ke mana-mana pejabat akhbar ye. Insyallah doa kalian semua supaya kami di sini baik-baik belaka. Malas la nak OPS PIRAMID 2 kalau ada la kan. Tapi kalau ada pun I malas la nak pergi. Ok tipu.



Muka selamat.!
SAY NO TO OPS PIRAMID 2.!

Ni pic khas untuk umi I yang tersayang supaya dia tak risau. I tahu umi I baca blog ni lepas dia habis tengok rancangan Wanita Hari Ini mesti dia bukak blog I. See muka happy tak risau kan. To all Malaysian and especially my family, kami Malaysian students semua masih selamat. Tapi tak tahu la kan in the future apa yang berlaku. Harap semua baik-baik sahaja. Kadang-kadang media di Malaysia yang exaggregate benda ni melampau-lampau sampai semua parents kat Malaysia risau, padahal anak-anak kat sini rilekkk je berkeliaran di waktu petang makan choki-choki. 


Nota kaki : Kenapa bila keluar paper mesti tempat I popular (Mansoura). Retis la tempat ni. Oh ye nampak gaya Kosmo dah start enjin dulu dari Utusan Malaysia pasal benda ni. Keep praying for us. Bye.!



7 comments:

tuanseliper said...

alhamdulillah xdek ape2..:)

tmpt slalu famous sbb retisnye stay kt c2..huhu:p

Cik Sara said...

Semoga kalian semua sentiasa dalam perlindungan Yang Maha Esa.. Pergh..skema tak ayat?? Heee..

Take care all..
Doa dari rakyat malaysia~

yen(toka ziizokukuto) said...

wah,,,jalan2 ngan awek with kete kebal,,,best tu,,hahahah

Dahlia Daffodil said...

semoga student mlaysia kat mesir slamat2 ja.amin...(^^)

laskar pelangi said...

alhamdulillah afiq baik baik aje disana..siap tayang muka lagi...ekekeke...

Anonymous said...

Syukur.. semoga semuanya selamat sejahtera..

minta tolong support citra
klik share tweet dan google+1 serta tinggalkan komen sekali.. jasa anda sgt2 dihargai

http://citrananizam.blogspot.com/2011/11/gadget-impianku-adalah-samsung-galaxy.html

محمد رازيق said...

alhamdulillah. jaga diri yer