31 August 2010

Spell it loud...M.E.R.D.E.K.A

Hari ni Malaysia telah menyambut besday yg ke 53...
Dulunya dikenali sbg tanah melayu...
Waaaaaaaaaaaaaa...bersejarah pulak aku...
Malas nak cter psal sejarah Malaysia...terlalu panjang...sampai raya ke-5 pun tak habis lagi...
So korang kalau nak tahu lebih lanjut pasal sejarah Malaysia buka la buku sejarah Tingkatan 1 hingga 5..
Selamat membaca...

Merdeka...Merdeka...Merdeka
Aku bangga menjadi anak Malaysia...
Tahun ni oleh kerana pak lah telah terletak jawatan sebagai perdana menteri afrika selatan Malaysia jadi yang menggantikannya ialah pak najib pulak...
pak najib telah membawa ideologi tentang 1 Malaysia...
semua benda dia nak 1 je...layan je la...

1 Malaysia..
Menjana Transformasi..
Duit Rakyat didahulukan,Pencapaian diutamakan...
1 malaysia...
1 isteri..
boleh tak camtu..??


saya berjanji untuk tidak terkentut semasa makan...
Setiap tahun mesti ada perarakan kemerdekaan...
Tahun ni buat simple je sebab orang tengah puasa..
Tak kuasa orang nak pergi tengok perarakan tu..baik pasang langsir baru kat rumah tu...tak pun bancuh kuih semperit banyak-banyak...

Setiap tahun juga aku tak akan lupa besday Md Nor...
Sebab hari jadi dia sama dengan hari kemerdekaan...
Sungguh bangga Md Nor menjadi anak merdeka...

Yahooooooo...hari ni exam Physiology dah habis...
Tahniah afiq..!!!

29 August 2010

3 in 1 cerita...

Kenapa tajuk entri aku kali ni macam iklan MILO ataupun NESVITA...??
Sebab....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Aku malas nak buat entri banyak-banyak..jenuh pulak korang nak membaca...hahahaha..lagipun jimat masa dan tenaga jari-jemari aku ni...
So aku buat 3 cerita dalam satu entri..bijak tak...???
Pandai anak mak...kwang..kwang..kwang..

Cerita 1...

Aku tetiba nak minum air soya waktu bulan puasa ni kat mesir...
Tapi...

mana ada orang arab kat sini minum soya...tu sebab arab ni bodoh besar gedabak macam tong drum..sebab diaorang suka minum air lain..air apa erk..??...lu pikir la sendiri...
 tapi tadi tetiba kawan aku kata ada air soya jual kat mesir ni...

Waaaaa...mata berkaca-kaca kerana terharu sangat...

Oh lihatlah dunia...

Tapi hampeh sebab last-last tu bukan air soya tapi air susu kambing dan dicampur dengan nasi susu...

Mata terus pecah...!!!


Cerita 2...

Aku gaduh sambil bertikam pedang lidah dengan pak arab kat kedai internet tadi...
Suka suki hati mak mertua dia je dia pergi tutup router internet ni...
Penat aku bayar 25 genih sebulan tau...


Cerita 3...

Md.nor dan anak perempuan dia yang badjet bongsu tu (padahal aku anak bongsu) pergi bandung...
Md.nor bukan masuk dalam air bandung ataupun terjun dalam lautan bandung sambil berenang aksi kupu-kupu ye tapi pergi bandung di indonesia...fyi bandung adalah nama tempat juga...
Malas la aku nak cerita panjang-panjang..sedih sebab ditinggalkan...

 Untuk menanbah perasaan semula..
Aku menonton kembali musim pertama,kedua dan ketiga Smallville dalam satu malam...
Bye nak tido...
Tido ketat-ketat ye dan mimpi manis-manis...bak kata org putih ===> sleep tight and sweet dreams...

Harap dapat mimpi pergi kilang coklat cadbury malam ni...sebab coklat cadburykan manis..

20 August 2010

10 perkara y'all...

Oleh kerana sekarang bulan puasa jadi aku tersangatlah mengidam nak makan benda-benda ni...

1) Kuih seri muka...ala kuih yg atas hijau bawah putih tu..uisshhh..sodap ghopernyer yer yob..

2) Karipap sardin..ni memang juadah buka puasa yg wajib kalau kat rumah...kalu nak murah dan sedap beli      kat kedai hajah minah..murah je..4 seringgit

3) Laksa...

4) Asam pedas ikan pari...jap yer nak lap air liur dulu..ok dah..wooo..yang ni memang feveret aku dari kecik lagi..lebih-lebih lagi kalau umi yang masak..memang tak kering gusi perasan la kalau mak mertua lalu sebelah..

5) Roti canai..makan dengan gula pasir..tak tahu kenapa aku suka makan macam tu...tabiat ni diamalkan dari kecil.

6) Cendol pak cik wahab...haaaaa..pak cik wahab ni dulu jiran aku masa kecik..sekarang dia dah pindah..tapi kitaorang sekeluarga tetap beli cendol dia walaupun ada keling india sebelah gerai dia jual cendol jugak..

7) Siput sedut masak lemak...aku memang selalu lawan dengan ayah kalau makan siput sedut ni..tapi kadang-kadang kalau tak dapat nak sedut aku bagi akak aku padahal memang dah tak ada isi dalam siput tu...

8) Air soya campur dengan cincau...teringat waktu nak buka puasa aku dengan akak aku selalu lawan nak buat air apa..tapi aku mesti la menang sebab idea aku lagi best dari dia yang asyik-asyik air teh lemon la,teh susu la,teh mangga la...ooohhh so 2008 punyer idea...

9) Sate kajang..ehem-ehem..sate kejang kini boleh didapati di Port Dickson kalau sapa yang jauh sangat nak ke kajang tu yer...

10)Sambal belacan...serius aku dah lupa macam mana rasa sambal belacan...


Aku dah menemui keistimewaan aku..

Aku dah pandai masak nasi goreng guna perencah nasi goreng adabi..

15 August 2010

Bismilahitawakaltu...dan ianya pun bermula.

Hari ni 15 ogos 2010.
Hari penentuan masa depan aku.

Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya.
Muhasabah diri dan kaji setiap kesilapan yang pernah dilakukan.
Jangan putus asa dan terus berusaha.
Insyallah Allah sentiasa bersama-sama.


Doa dari ayah & umi.
Doa dari kakak-kakak.
Doa dari nenek.
Doa dari saudara-mara.
Doa dari kawan-kawan.


Jangan putus doa dengan Allah s.w.t.
Insyallah Allah tolang.
Teruskan perjuangan.


Impian dan cita-cita aku begitu tinggi.
Mahu berbakti kepada ayah,umi & keluarga.
Beri sumbangan kepada masyarakat.
Mahu melihat ayah & umi tersenyum puas.
Tidak mahu lagi melihat ayah & umi bimbang,sedih dan susah hati.



Ya allah..
Permudahkanlah segalanya.

13 August 2010

Mereka bukan kembar..

Selamat petang semua (sila baca pada waktu petang).

Pernah tak korang pergi supermarket atau shopping mall dan tiba-tiba ada orang ramai serbu korang sebab muka korang sama dengan kuih lapis Jennifer Lopez..??

Pernah tak pernah tak.?

Tak pernah.
Ok tak pa cuba lagi ok.

Tapi kalau korang ada ciri-ciri bootylicious macam Jennifer Lopez ataupun bibir seksi dan gebu macam Angelina Jolie pun dah kira ok la tu..At least ada la sikit kan..

Tiba-tiba teringat pula aku ada sorang kawan yang bibir dia macam Angelina Jolie..gebu dan seksi...
Nak tahu..??
Tak payah laaaa...

Ok malas nak cakap banyak sebab puasa..

Jom tengok gambar-gambar ni..
Serupa tak mereka..??

artis malaysia dan bollywood..
serupa tak.??
macam mana pula dengan yang ni..
sama ke tak.??
oh America Ferrera teringat ugly betty..

uuuwwww..seksi
Angelina Jolie si bibir gebu
sama dengan kawan aku si **a*il..

dua-dua nama J..
sah kembar tak sama placenta..

kesian kembar terpisah..
sorang kat hollywood lagi sorang kat malaysia..
dua-dua bootylicious penyanyi pulak tu.

muka sama tapi warna rambut lain-lain..
kenapa erk..??

eh siti pun ada kembar jugak..
ok laaa...

abang jadi pemain tenis adik jadi pelakon..
ok tak.??

betol la ni kembar...
dua-dua botak...botak itu seksi..jom botak beramai-ramai
abang botak abang botak..

haiyaaaa..gua pun ada kembar ke...??
macam ni gua bole bikin satu lagi filem lorrrr..
KEMBARKU DI JEPUN...ok tak.??

Ok yang last ni mesti korang akan setuju dengan aku...serius muka diaorang seiras..nak buat macam mana kalau muka dah sama kan...ok korang ready tak..ready..?? ok..
-
-
-
-
-
-
-
1
-
-
-
-
-
-
-
2
-
-
-
-
-
-
-
3
-
-
-
-
-
-
-
jeng jeng jeng....taraaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

seiras kan..haaa..aku dah cakap...
muka diaorang ni memang sama...sama tak sama tak..??cepat angguk
ish jelez pulak aku tengok..
biarla..nak buat camana kalau muka dah seiras...


Ok tu saja rancangan kita pada hari ni iaitu "muka seiras mak bapak lain-lain" ...ermmm..bila pulak ada rancangan ni..(-____-)...

Tiba-tiba teringin nak tengok mission impossible yang tom cruise berlakon tu...


















11 August 2010

Selamat Berpuasa Semua

Alhamdulilah ramadhan datang lagi.

Jadi,marilah kita beramai-ramai kejar pahala yang dijanjikan Allah s.w.t dibulan yang mulia ini.

Jangan pulak korang kejar mak cik yang selalu duduk kat gerai bazar ramadhan seawal 4.30 petang dan selalu memekik-mekik berkata "kuih 4 seringgit, murah murah"..ataupun anak dara dia yang berbaju ketat merah dan berseluar track dengan pakai tudung warna krim dan bertanya "ye bang nak kuew teow ke nasi ayam".

Jika aku tidak mahu pahala amalan puasa aku ditolak aku harus elakkan diri dari mengeji,mengumpat,memaki hamun pak arab-pak arab yang perangai dia macam sial annoying giler tu dan menonton siri Desperate Housewives season 5.

Selamat berpuasa semua

Eh lupa pula.
Dah ganti ke puasa tahun lepas cik akak-cik akak..???

bonus untuk korang bagi sesiapa yang terlupa niat puasa




Sedih tahun ni tak dapat berpuasa,solat terawih dan berbuka puasa bersama-sama Md.nor dan family...




3 August 2010

Ini bukan cerita H.O.U.S.E tapi HOUSE aku...










Siapa kat sini minat tonton siri H.O.U.S.E...sila angkat tangan kanan...alaa tak kan tak tahu cerita yang pasal doktor-doktor tu...korang rasa best ke tak..??

Eh lupa pula..turunkanlah tangan tu...




Bagi aku cerita tu biasa je...tak dapat nak menandingi cerita Grey's Anatomy yang menang berpuluh-puluh Grammy's Award...eh silap bukan Grammy tapi Oscar Golden Globe Award...nak tahu tak knapa aku suka sangat layan cerita Grey's Anatomy..sebab ada Katherine Heigl...kalau korang nak tahu la (sila tahu walaupun korang tak nak tahu) Katherine Heigl tu dulu ex-gf aku masa kitaorg berkenalan kat Chow Kit..aku berpisah dengan dia dengan secara tidak aman..malaslah nak cerita nanti korang nangis pulak...
*ok aku dah start merepek jom makan kerepek*...

ni la dia siri H.O.U.S.E yg tengah popular tu...so sekarang korang dah tahu kan...
*laki yg pakai kot hitam tu annoying giler perangai dia*



...my favourite...
yang mukanya dicirclekan tu ialah Katherine Heigl...(my ex-gf)

Sebenarnya aku nak cerita pasal HOUSE baru aku...yela dah setahun duduk kat rumah lama ni (so ko dah tak reti-reti lagi ke nak berambus )...

Banyak kenangan suka,duka,manis,masam peluh dan berbagai perisa lagi tinggal kat rumah ni...tapi nak buat macam mana sebab kontrak untuk duduk kat rumah tu hanyalah setahun je...

Jadi aku bersama-sama housemate aku pergilah mencari rumah idaman baru kami...akhirnya dapat juga rumah yang diidam-idamkan oleh setiap warga indonesia Mansurah kat Mesir ni...

So,korang semua dah ready nak tengok rumah baru aku tak..???
Ok2 tutup mata tutup mata...1,2,3...
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Taraaaaaaaa...eh buka la mata tu...                    

ok ni bukan rumah kitaorg tapi rumah Datuk K ngan Siti nurhaliza...
*sori silap*...

Ok2 sekali lagi...
kali ni betul punyer...tak tipu...
nak tutup mata lagi tak..ermmm tak payah la kan..

haaaaa...ni la rumah kitaorang...cantik tak..bilik aku kat tingkat 2...rumah kitaorang ada 6 tingkat...
*ok tak nak tipu lagi...rumah kitaorang rumah flat je 6 tingkat..kitaorg duduk kat tingkat 2...*


So let's cekidaud apa yg ada kat dalam rumah kitaorg ni...
*terasa macam Eric Leong pula dalam rancangan Deco bersama Eric kat astro tu.*



ni pintu masuk dan juga pintu keluar..kalau ada sebarang kebakaran sila terjun ikut tingkap dan mengucap...
so korang kalau dtg rumah aku sila tekan loceng takut2 kitaorg tak dengar...
*loceng berbunyi burung*....

ni pulak salah satu bhg ruang tamu...bhg lain still lagi under construction...
kusyen kerusi diambil oleh aku kerana aku tak da bantal nak tido..

salah satu bilik yg ada kat dalam rumah ni...rumah ni ada 4 bilik..setiap bilik ada 2 katil...
satu untuk aku satu lagi pun untuk aku...
*jahat sungguh sapa tulis katil hantu tu...ish..ish*
ok sampai sini je la rancangan Deco bersama Eric Leong afiq..
jumpa lagi di minggu hadapan...bye

Pelik la apa agaknya Katherine Heigl buat kat Chow Kit tu ye...ermmm..mesti dia beli buah-buahan...kat Chow Kit buah-buahan dia murah...ayah aku la cakap...



Nak sambung tengok H.O.U.S.E yg ada laki pakai kot hitam dan perangai dia annoying giler tu...






1 August 2010

Dedikasi pertama...


Pagi ni cuaca sangat baik. Matahari menyorok di sebalik awan. Burung berterbangan sambil menyanyi lagu beyonce crazy in love. Kucing berkawan baik dengan tikus sambil menolong tikus mencari kuku kaki keldai. Aku mengeliat lagi kat atas katil dgn wajah comel serabai....

''Pagi-pagi ni nak buat apa erk.." kata aku sendirian...

Terasa bosan duduk kat rumah mcm ni...tiap2 hari  mesti buat perkara-perkara berikut..:-

  • bangun pagi..(time ikut suka hati )
  • of coz gi mandi..
  • lpas mndi termenung 3 minit setengah kat atas katil teringatkan family kat malaysia...
  • ok dah hbis 3 minit setengah...lpas tu jalan2 kat dalam rumah kira habuk kat atas lantai....(wonder la nape habuk2 kat mesir bentuk dia pentagon)
  • eh ada org ajak main game UNO...
  • penat la main game ni...asik menang kalah je...(-___-)  "
  • tgk muka buku @ facebook...ok borink tgk status2 yg mcm ni..weh aku lapar..weh aku nk tito (ni kalo lidah dia pendek ye )...weh aku nk kentut weh...weh aku nk ni weh aku nk tu weh...semua dia nk tulis..penampor ko nk tak weh...~~
  • makan fast food minum kola...(fav time.)..rindu asam pedas laaaa...
  • lpas tu tidoooooooo...
haish..~
tu la aktiviti seharian...terasa mcm deja vu plak...
so,tiba2 pagi ni timbul idea nk memblog...

jadi aku pun mulalah menulis dan memblog...
p/s:- dulu karangan BM aku kat skola menegah selalu dapat A+...(berlagak nk mampos tahap siput sedut     betul aku ni...ish..ish..)

kalo nk baca,baca je la...kalo tak nak kena baca jugak..wtf ayat aku...


Tiba-tiba berkata kpd diri sendiri..."ada ke orang nk baca blog aku ni"..
"mesti ada punya laa..dun wori bro.." sampuk seekor siput babi di bibir longkang dengan suara yg garau...

"ish sibok je la ko siput...ko mna thu ada org nk bca blog aku ni.."
"ok fine"...siput babi menjawab semula dengan nada merajuk sambil memakai life jacket dan terjun semula ke dalam longkang...aku geleng kepala je...

*budak-budak baru kenal dunia blog-memblog ni...*