29 November 2010

Haji Md.Nor dan Hajjah Normala


لَبَّيْكَ اللّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ
“Aku penuhi panggilan-Mu ya Allah aku penuhi panggilan-Mu tdk ada sekutu bagi-Mu aku penuhi panggilan-Mu sesungguh segala pujian keni’matan dan kerajaan adl milik-Mu tdk ada sekutu bagi-Mu.”



Kaabah tersergam indah sebagai kiblat umat Islam di seluruh dunia...

Berangkat ke tanah suci melakukan ibadah umrah dan haji merupakan impian setiap umat Islam...ibadah haji merupakan perkara wajib bagi setiap umat Islam jika bermampu...jadi mulai hari ni mari bertekad pergi beli tabung simpan duit bebanyak lepas tu boleh buat umrah atau haji...so tak perlulah nak menghabiskan duit pergi vacation ke Eropah atau Paris...pergi umrah dan haji lagi bagus...dapat pahala hati dan jiwa pun lebih tenang...


Alhamdulilah semalam ayah dan umi telefon dari lapangan terbang Jeddah Arab Saudi...mereka telah sempurna melakukan ibadah haji...bukan title haji dan hajjah yang dikejarkan tetapi sebagai hamba Allah melakukan ibadah yang wajib dan mengabdikan diri kepada maha pencipta itu lebih penting...
Ok dah jadi ustaz pula kejap...ehem..ehem..
Jadi hari ni angah ada send beberapa gambar yang umi dan ayah kita sempat tangkap masa mereka berada di tanah suci Mekah...tahniah dan pujian diberikan kepada umi sebab dah pandai tangkap gambar pakai henset....bravo..bravooo...

Tunggu kejap...memandangkan kali ni gambar tak ada caption kerana aku pun tak tahu nama tempat ayah dan umi bergambar so korang sila pasang lagu kat dalam video ni untuk mendapat lebih feeling bila tengok gambar-gambar ni...feel nak pergi haji akan membuak-buak lepas ni....trust me...~



























Bermalam di Mina...





Muka gembira untuk pulang ke tanah air...


Ok itu sahaja...
Baru sahaja lepas Skype dengan mereka berdua...
Semua sihat...ayah ada beli souvenir dari Mekah...yeayyyy...terima kasih banyak-banyak...
Ooohh..lupa pula...umi kita jadi ketua bilik kat sana jaga kawan-kawan dia....ramainya kawan umi...

Bila agaknya mereka berdua nak datang kat sini tengok bumi Mesir yang indah permai ni...
(-___-)"...indah permai la sangat kat Mesir ni...














21 November 2010

Kerinduan terubat

Pagi-pagi subuh lagi pukul 4.30 pagi ada orang telefon...
Suruh bangun subuh...kali ni suara macam kenal je...oooohhhh rupanya ayah tercinta dari Mekah telefon...
Ayah dan umi telah sempurna melakukan tugas mereka di tanah suci sana...Alhamdulilah...
Telah sempurna rukun haji mereka berdua...risau juga hati ni sebab dekat Mekah sana memang ramai orang dari seluruh dunia nak melakukan ibadah haji...umi sihat ayah sihat cuma batuk-batuk sikit...semuanya selamat..alhamdulilah...
Oh lupa pula...24 November ni semua jemaah haji bakal tiba di tanah air...di doakan selamat semuanya...





* hari ni dalam kuliah aku telah mencipta satu rekod iaitu menahan kencing selama 3 jam setengah*

18 November 2010

My Second Eid Adha Celebration in Egypt. (Part 2)



Unta-unta comel bakal disembelih...
Alhamdulilah tahun ni rezeki melimpah ruah dekat Mansurah ni..
Rasa-rasanya tahun ni la yang paling banyak haiwan-haiwan dikorbankan...sangat meriah...so you guys still remember about kemeriahan yang aku cakapkan pada entri pertama sebelum ni...jom kita tengok meriah ke tak meriah...






Bukan aksi smackdown WWF kat TV3 tu ye...
Unta ni lari-lari bila kitaorang nak sembelih dia...nama dia si jonggos sebab gigi dia jonggang...



Masa untuk melapah daging...

Haaaaa...meriah tak...masa untuk orang-orang kampung keluar rumah berkenduri beramai-ramai...
berkat rezeki aidil adha tahun ni sama-sama kita rasa..
Jom tengok video kemeriahan sambutan aidil-adha di Mansurah tahun ni...








Raya di Mansurah part 1...



Raya di Mansurah part 2..

Walaupun muka dan suara tak masuk dalam video ni tapi tak pa...yang penting perut kenyang dapat makan daging unta....
So the next day ada lagi kenduri...ooowwwww...makan free lagi...tengok best tak jadi aku ni sebab dapat makan free je...kali ni kita terjah sama-sama perkahwinan wedding of the year Mansurah version punyer...
Jom let's cekidaud....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

3rd of raya haji :

The time has come to talk about my experience  celebrating raya haji with my wonderful friends...moments to be cherished and treasured to the end of time...especially moments spent time with my besties...raya haji di universiti this year was not good as last year sebab tak banyak bergambar sana-sini...tahun ni universiti buat celebration raya haji pada waktu malam...gambar-gambar yang diambil pun tak cantik sebab nampak flash kamera je...ada gambar pun dalam keadaan gelap....nanti bila publish kat orang ramai mesti ingat nak cari hantu malam-malam macam seekers...so lepas makan terus balik rumah dan tak sempat nak bergambar...



The only picture yang berjaya ditangkap...
Muka hepi masing-masing lepas makan daging unta...

But having said that i think raya celebration this year will be a memorable one because dapat tengok orang kahwin...ini merupakan acara paling gemilang dekat Mansurah setakat ni kerana perkahwinan 4 pasangan serentak diadakan di sini...nama majlis perkahwinan yang diberikan ialah MAWAR 2010...kami sangat berbesar hati dan teruja untuk menghadiri perkahwinan abang-abang senior kami ni...walaupun berlangsung dalam keadaan yang sederhana tapi majlisnya cukup meriah...pengantin-pengantin ni semua berada di tahun akhir dalam fakulti perubatan...so bila duit dah cukup,otak dah matang,fikir pun panjang,iman dah tebal,ilmu dah penuh maka bolehlah kahwin...hah..kamu di luar sana tu dah ada semua tu...aku dah ada..so bolehlah kahwin...hahaha...(*kepala hotak ko afiq ko nak kena pelangkung dengan Md.Nor kahwin awal...*)
even tak seperti majlis perkahwinan di Malaysia yang bertemakan adat Melayu apatah lagi adat India dan Punjabi tetapi kitaorang ikut sikit-sikit pun jadilah...
pergi bertandang kenduri rumah orang kahwin ni ambil berkat...mana tahu ada jodoh kan...haha...majlis perkahwinan ni diasingkan...tetamu-tetamu perempuan boleh hadir di majlis ni pada waktu pagi so boys datang memenuhkan perut pada waktu malam...sangat bagus buat macam tu..thumbs up kepada penganjur....


Tanpa bercakap lebih panjang lagi sebab nanti korang bosan dan akan cakap "apa la mamat ni merapu" jadi jom tengok apa yang berlaku di majlis MAWAR 2010 ni...


Ini bukan tunggu giliran beratur nak dapatkan permit pendatang tanpa izin ye..
Ini rombongan pengantin...
So guys yang masih single tu apa lagi pick one la...



Pasangan pertama...
Ini merupakan pasangan yang masih lagi "panas" sebab baru je nikah semalam...
Sama cantik sama padan..



Pasangan kedua...
Bagai merpati dua sejoli...
Mereka dah kahwin di Malaysia tapi penganjur suruh bersanding lagi sekali...bestnya



Pasangan ketiga..
Comel je...



Pasangan keempat...
Ustaz dan doktor...gabungan yang menarik..




Pasangan-pasangan MAWAR 2010...
Tahniah diucapkan...



Siap ada skrin besar dan disiarkan dalam televisyen lagi tu...
kalah Siti Nurhaliza punyer wedding...



Antara persembahan menarik untuk hiburan tetamu yang datang...
Dikir Timur....



Semoga berkekalan hingga ke syurga...





Nasi minyak daging unta...
Blurrrrrrpppp...sedap..




Disebabkan terlampau mengambil gambar sakan mengalahkan wartawan melodi dan reporter Berita Harian ruangan artis maka hanya gambar ni je yang sempat diambil....credit kepada Ashraf yang tolong ambilkan gambar...
so dah penat bergambar semua jom la balik...pengantin pun nak "berehat"...betul tak...
ok see you guys for the next entry...
Selamat Hari Raya Aidil Adha....!!!











16 November 2010

My Second Eid Adha Celebration in Egypt. (Part 1)

Yeayyyy...finally the day has arrived...terima kasih kepada pembaca-pembaca bertuah di luar sana yang sudi tunggu entri ni....( ko ingat blog ko macam artis )...this is my second time celebrate raya haji di bumi anbiya ni...alhamdulilah walaupun tak dapat bersama keluarga di Malaysia tapi di Mesir ni rasa sangat bertuah sebab raya haji mereka lebih meriah dari raya aidifitri...so memang seronok sangat sambut bersama rakan-rakan di sini...jadi seperti biasa rumah kami dah decide nak buat masak-masak sempena raya haji ni....ye memang kami tak nak kalah kat budak pompuan yang rajin masak masa raya haji sampai mereka mengadakan open house kepada kami...terima kasih banyak-banyak....so Farid and I have planned to do the cooking showdown since Jimmy dengan Ashraf kena masak masa raya ke 4...Farid and I gonna cook for the first hari raya...we're happy that we got this chance to do this....it turned out great and everybody had fun...I surely did....



Salah seorang anak didik chef wan yang terpilih...



Ooopssss..salah..dua orang anak didik chef wan terpilih...
Rajin potong bawang sampai nangis-nangis....



Farid yang gigih memotong segala bahan dan aku pula gigih berchamwhore di dapur...
So we decide nak masak daging black pepper dan salad special...
Kerana terlalu teruja untuk buat salad maka segala sayur yang ada di bumi Mesir ni kitaorang angkut bawa balik rumah masak...



Preparation for the salad...
See..banyak sayur...so colourful...



Additional ingredients iaitu sosej ayam...mula-mula ingat nak letak buah epal dalam salad tapi epal mahal so beli je mana yang ada...tapi alhamdulilah kena puji sedappppp...anyone interested for booking..??



Siapa cakap aku tak reti masak...lihat tu..lihat semua...
ni bukan sekadar untuk bergambar tapi memang betul-betul tau..tengok tangan tu bergegar-gegar tandanya picture ni memang betul la aku tengah sibuk memasak di dapur...sikit hari lagi boleh jadi chef terkenal idaman hati mak mertua di seluruh daerah Melaka dan Alor Gajah dan kawasan-kawasan yang sama waktu dengannya...



Hidangan dah siap...
Set 1 daging korban pemberian orang masak black pepper...




Set 2...
Salad special bersama mayonis dan 1000 island sauce...



Tiba masa untuk merasa...
Juri jemputan merasa...waaaaa...memang sedap..tengok muka tersipu-sipu malu sebab kami masak sedap sangat...terima kasih..




Yeap...that's about it...celebration raya haji di Mansurah Mesir...me happy...u happy...everyone's happy...
best-best..BLURRRPPP..kenyang sangat...suka aktiviti makan-makan ni...minta diadakan setiap hari pun tak pa...keesokannya pula kami nak beraya lagi anjuran pihak universiti...yeayyy..makan free lagiii...




Nantikan entri part 2 pula ye...
Kali ni lebih meriah...








15 November 2010

Eat.Pray.Love

Entri ni mengambil tajuk cerita Eat.Pray.Love lakonan Julia Robert tu...but this time bukan nak review atau pengulas  dan mengulas tentang movie tersebut sebab aku bukanlah pengulas yang baik apatah lagi bertauliah...tiba-tiba teringat pula angah kita sebab hari tu masa weekend dekat Malaysia semua sibuk nak tengok movie  kat cinema sebab dah lama tak keluar ramai-ramai tengok movie adik-beradik...then we decided nak tengok cerita apa...so dengan excited dan confident angah cakap jom kita tengok cerita EAT.PRAY.SLEEP....what the fish SLEEP....angah the movie is not about you yang makan then terus tidur krooohhhh...krooohhhh...( kena buat sound effect baru menjadi )...lepas tu bila semua dah dengar macam tu apalagi bantai gelak masing-masing...


Ok enough gelak...amboi bila kenakan orang pandai je kan...
This time i wanna talk about my BBQ party and majlis kesyukuran sempena kami pelajar-pelajar medic yang tersangat la jauh dari ibu-bapa di Mesir bumi firaun ni lulus dengan bijak dan boleh meneruskan perjuangan to be a future muslim doctor....kami sekarang sudahpun berada di tahun ke 2...waaaa...sekejap je masa berlalu....alhamdulilah tahun pertama keputusan sangat-sangat memberangsangkan dari tahun sebelumnya....walaupun majlis agak lambat bermula dan terlari semua event yang patut ada tapi kami semuaa tetap enjoy...
So guys let's cekidaud what's happening during the event....


Preparation for the event...kumpulan gagak hitam bertungkus lumus siapkan tempat membakar...what an experience guys...!!!




We managed to pull it off even though the lack of experience we have...apa yang penting..KERJASAMA...!!



Team mari bergambar beramai-ramai then last skali muka aku tak de sebab aku yang jadi photographer...



Majlis bacaan yasin dan solat hajat memohon keberkatan di tahun kedua pula selepas kami solat maghrib berjemaah...



Akhowat yang hadir...
Memohon agar hati kami semua bersatu dan cemerlang dalam pelajaran..amin~



Sesi merapatkan hubungan ikhwah beramai-ramai...








Ayam pun dah siap habis dibakar...maka tiba masa untuk memanjakan anak tekak dan perut yang dari tadi asyik duk main lagu "tipah tertipu" dari ruffedge...





Booth kuih muih dan buah-buahan Malaysia...
sangat sedap semuanya macam masak dekat kedai....



Majlis bersurai...
Luqman yang sangat suka bergambar kerana setiap sesi mesti muka dia je yang ada...
Last sekali sebelum balik mari kita bergambar dulu bersama artis-artis ternama...


Bersama Faris Nazrin kesayangan cewek-cewek Mansurah...



Bersama Luqman abang gym...
disebabkan waktu malam kenalah buka flash kamera...muka nampak putih dan suci je masing-masing..



Bersama Shameer Khan...
Bollywood star...


Suka sangat gambar ni sebab muka aku sangat comel jarang buat macam ni bila bergambar...
bersama Syamim berbaju maroon rebutan gadis Mansurah dan ketua kuliah berbaju biru iaitu Najmi kesayangan semua...




Ok nantikan entri selepas ni menyambut ketibaan raya haji di perantauan...
Bye...