29 November 2010

Haji Md.Nor dan Hajjah Normala


لَبَّيْكَ اللّهُمَّ لَبَّيْكَ، لَبَّيْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ لَبَّيْكَ، إِنَّ الْحَمْدَ وَالنِّعْمَةَ لَكَ وَالْمُلْكَ لاَ شَرِيْكَ لَكَ
“Aku penuhi panggilan-Mu ya Allah aku penuhi panggilan-Mu tdk ada sekutu bagi-Mu aku penuhi panggilan-Mu sesungguh segala pujian keni’matan dan kerajaan adl milik-Mu tdk ada sekutu bagi-Mu.”



Kaabah tersergam indah sebagai kiblat umat Islam di seluruh dunia...

Berangkat ke tanah suci melakukan ibadah umrah dan haji merupakan impian setiap umat Islam...ibadah haji merupakan perkara wajib bagi setiap umat Islam jika bermampu...jadi mulai hari ni mari bertekad pergi beli tabung simpan duit bebanyak lepas tu boleh buat umrah atau haji...so tak perlulah nak menghabiskan duit pergi vacation ke Eropah atau Paris...pergi umrah dan haji lagi bagus...dapat pahala hati dan jiwa pun lebih tenang...


Alhamdulilah semalam ayah dan umi telefon dari lapangan terbang Jeddah Arab Saudi...mereka telah sempurna melakukan ibadah haji...bukan title haji dan hajjah yang dikejarkan tetapi sebagai hamba Allah melakukan ibadah yang wajib dan mengabdikan diri kepada maha pencipta itu lebih penting...
Ok dah jadi ustaz pula kejap...ehem..ehem..
Jadi hari ni angah ada send beberapa gambar yang umi dan ayah kita sempat tangkap masa mereka berada di tanah suci Mekah...tahniah dan pujian diberikan kepada umi sebab dah pandai tangkap gambar pakai henset....bravo..bravooo...

Tunggu kejap...memandangkan kali ni gambar tak ada caption kerana aku pun tak tahu nama tempat ayah dan umi bergambar so korang sila pasang lagu kat dalam video ni untuk mendapat lebih feeling bila tengok gambar-gambar ni...feel nak pergi haji akan membuak-buak lepas ni....trust me...~



























Bermalam di Mina...





Muka gembira untuk pulang ke tanah air...


Ok itu sahaja...
Baru sahaja lepas Skype dengan mereka berdua...
Semua sihat...ayah ada beli souvenir dari Mekah...yeayyyy...terima kasih banyak-banyak...
Ooohh..lupa pula...umi kita jadi ketua bilik kat sana jaga kawan-kawan dia....ramainya kawan umi...

Bila agaknya mereka berdua nak datang kat sini tengok bumi Mesir yang indah permai ni...
(-___-)"...indah permai la sangat kat Mesir ni...














1 comment:

Kopak Otak said...

mcm pernah nampak la muka mak kamu ni masa sy buat haji thn lepas. eh entahlah. wallahualam. sbb banyak muka iras2 kan..