18 November 2010

My Second Eid Adha Celebration in Egypt. (Part 2)



Unta-unta comel bakal disembelih...
Alhamdulilah tahun ni rezeki melimpah ruah dekat Mansurah ni..
Rasa-rasanya tahun ni la yang paling banyak haiwan-haiwan dikorbankan...sangat meriah...so you guys still remember about kemeriahan yang aku cakapkan pada entri pertama sebelum ni...jom kita tengok meriah ke tak meriah...






Bukan aksi smackdown WWF kat TV3 tu ye...
Unta ni lari-lari bila kitaorang nak sembelih dia...nama dia si jonggos sebab gigi dia jonggang...



Masa untuk melapah daging...

Haaaaa...meriah tak...masa untuk orang-orang kampung keluar rumah berkenduri beramai-ramai...
berkat rezeki aidil adha tahun ni sama-sama kita rasa..
Jom tengok video kemeriahan sambutan aidil-adha di Mansurah tahun ni...








Raya di Mansurah part 1...



Raya di Mansurah part 2..

Walaupun muka dan suara tak masuk dalam video ni tapi tak pa...yang penting perut kenyang dapat makan daging unta....
So the next day ada lagi kenduri...ooowwwww...makan free lagi...tengok best tak jadi aku ni sebab dapat makan free je...kali ni kita terjah sama-sama perkahwinan wedding of the year Mansurah version punyer...
Jom let's cekidaud....
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

3rd of raya haji :

The time has come to talk about my experience  celebrating raya haji with my wonderful friends...moments to be cherished and treasured to the end of time...especially moments spent time with my besties...raya haji di universiti this year was not good as last year sebab tak banyak bergambar sana-sini...tahun ni universiti buat celebration raya haji pada waktu malam...gambar-gambar yang diambil pun tak cantik sebab nampak flash kamera je...ada gambar pun dalam keadaan gelap....nanti bila publish kat orang ramai mesti ingat nak cari hantu malam-malam macam seekers...so lepas makan terus balik rumah dan tak sempat nak bergambar...



The only picture yang berjaya ditangkap...
Muka hepi masing-masing lepas makan daging unta...

But having said that i think raya celebration this year will be a memorable one because dapat tengok orang kahwin...ini merupakan acara paling gemilang dekat Mansurah setakat ni kerana perkahwinan 4 pasangan serentak diadakan di sini...nama majlis perkahwinan yang diberikan ialah MAWAR 2010...kami sangat berbesar hati dan teruja untuk menghadiri perkahwinan abang-abang senior kami ni...walaupun berlangsung dalam keadaan yang sederhana tapi majlisnya cukup meriah...pengantin-pengantin ni semua berada di tahun akhir dalam fakulti perubatan...so bila duit dah cukup,otak dah matang,fikir pun panjang,iman dah tebal,ilmu dah penuh maka bolehlah kahwin...hah..kamu di luar sana tu dah ada semua tu...aku dah ada..so bolehlah kahwin...hahaha...(*kepala hotak ko afiq ko nak kena pelangkung dengan Md.Nor kahwin awal...*)
even tak seperti majlis perkahwinan di Malaysia yang bertemakan adat Melayu apatah lagi adat India dan Punjabi tetapi kitaorang ikut sikit-sikit pun jadilah...
pergi bertandang kenduri rumah orang kahwin ni ambil berkat...mana tahu ada jodoh kan...haha...majlis perkahwinan ni diasingkan...tetamu-tetamu perempuan boleh hadir di majlis ni pada waktu pagi so boys datang memenuhkan perut pada waktu malam...sangat bagus buat macam tu..thumbs up kepada penganjur....


Tanpa bercakap lebih panjang lagi sebab nanti korang bosan dan akan cakap "apa la mamat ni merapu" jadi jom tengok apa yang berlaku di majlis MAWAR 2010 ni...


Ini bukan tunggu giliran beratur nak dapatkan permit pendatang tanpa izin ye..
Ini rombongan pengantin...
So guys yang masih single tu apa lagi pick one la...



Pasangan pertama...
Ini merupakan pasangan yang masih lagi "panas" sebab baru je nikah semalam...
Sama cantik sama padan..



Pasangan kedua...
Bagai merpati dua sejoli...
Mereka dah kahwin di Malaysia tapi penganjur suruh bersanding lagi sekali...bestnya



Pasangan ketiga..
Comel je...



Pasangan keempat...
Ustaz dan doktor...gabungan yang menarik..




Pasangan-pasangan MAWAR 2010...
Tahniah diucapkan...



Siap ada skrin besar dan disiarkan dalam televisyen lagi tu...
kalah Siti Nurhaliza punyer wedding...



Antara persembahan menarik untuk hiburan tetamu yang datang...
Dikir Timur....



Semoga berkekalan hingga ke syurga...





Nasi minyak daging unta...
Blurrrrrrpppp...sedap..




Disebabkan terlampau mengambil gambar sakan mengalahkan wartawan melodi dan reporter Berita Harian ruangan artis maka hanya gambar ni je yang sempat diambil....credit kepada Ashraf yang tolong ambilkan gambar...
so dah penat bergambar semua jom la balik...pengantin pun nak "berehat"...betul tak...
ok see you guys for the next entry...
Selamat Hari Raya Aidil Adha....!!!











4 comments:

ayed said...

sweet la gmbr org tu senyum! =3

NURUL AMIRAH said...

afiq gmbr ni toink2 ko terserlah")

n0t_kAsutKuniNg said...

seronok tengok orang jauh beraya...
ukhuwah yg erat rasa macam nak join sekaki je...huhuhuhuh

seronok kn..^_^

Al-Afiq Anak Ayah said...

nurul amirah : oit apa toink2 huh..

not kasut kuning : seronoooookkk sangat...alhmdlilah dpt pnglman mcm ni...