Winter break sebagai pelarian...? kenapa jadi pelarian...? tak tau nak bagi tajuk apa but basically aku jadi pelarian meninggalkan bumi Mesir...ni semua gara-gara Hosni Mubarak...kerana dia juga semua perancangan winter break kali ni musnah...tapi bila difikirkan balik nak berterima kasih juga kat si Hosni Mubarak ni sebab kami semua student-student Malaysia di Mesir dapat pulang ke Malaysia free....
Kena merentasi pelbagai negara merupakan satu perjalanan yang panjang nak diceritakan...jadi kita buat part by part ye...hari ni baru boleh update blog setelah jetlag 2 hari dan menikmati makanan Malaysia berhari-hari...malam ni free sikit walaupun tengah ada photoshoot sekarang...cui-curi sikit masa nak update blog ni...so let's start the journey dari rumah di Mesir....
Disebabkan rumah berada di zon 3 jadi itu adalah zon terakhir untuk di evacuate dari Mansoura,Egypt untuk ke Alexandria,Egypt...pukul 7 pagi semua dah mula berkumpul di depan pintu stadium universiti untuk di evacuatekan ke Alexandria...alhamdulilah perjalanan semua selamat walupun ada beberapa sekatan di Damanhur sebelum kami sampai di Alexandria...semua pelajar ditempatkan di bangunan MARA sebagai penempatan sementara sebelum ke Jeddah Arab Saudi...duduk kat bangunan MARA kira ok la jugak walaupun sempit sebab terlalu ramai pelajar disatukan dalam satu bangunan...bayangkan 15 orang dalam satu bilik tidur...tapi kira bersyukur la dari tak da kan...
Baru sampai di Alexandria...ramai kan...
Muka penat masing-masing...di Alex tak disediakan makanan..jadi kami kena sediakan bekalan makanan sendiri dari rumah...nasib baik ada housemate yang rajin buat kuih donut keras dan ayam goreng...mula-mula sampai dah kena duduk dekat kaki lima dalam rumah tu...yela dah terlalu ramai sangat orang dalam rumah tu...tambah pula ramai yang dari universiti-universiti lain,so kena la buat-buat ramah tamah untuk dapatkan tempat menginap dalam bilik tu...nak tak nak kena la jadi peramah kejap...tapi hasilnya memuaskan sebab kami dapat bilik akhirnya...tidur nyenyak juga la....dapat tambah kenalan dengan kawan-kawan baru...
So the next day keluar pergi cari makan dekat luar sebab malam semalam masa tidur perut semua berbunyi-bunyi kelaparan...sabar je la menanti pagi untuk cari makan sebab curfew mula pukul 6 petang...pagi tu masing-masing keluar cari makanan macam zombie laparkan otak..masa di Alex keadaan ketika tu terkawal sikit...tapi ada la nampak kesan bangunan terbakar dan orang-orang protes tulis mural kat dinding tepi jalan...kedai pun tak banyak yang buka...
Keadaan sekitar bandar Alexandria...masih lagi ada kereta kebal mengawal jalan raya...
So selepas 2 hari di Alexandria,akhirnya nama kami ada dalam list untuk ke Jeddah untuk penerbangan yang seterusnya...hati gembira untuk ke Jeddah dan menaiki pesawat Charlie C-130...ni pengalaman pertama naik benda tu...eksaited...!!!!
Naik bas untuk ke airport Alex...
Terima kasih kepada semua yang bertungkus lumus siang malam tak tidur semata-mata untuk menyenaraikan nama kami dan penerbangan kami semua...
Sampai di airport Alex pada waktu malam...pelarian sungguh lari dari Egypt waktu malam-malam...
Naik Charlie untuk ke Jeddah for the first time memang eksaited wooooooo.....gayat seyh...
Airport Alex...waiting for the Charlie...
My Charlie...!!!
Me n Hajar Baki took a picture kat C-130...
eksaited youuuuuuuu jumpa Charlie...
So sebelum naik Charlie ada la abang-abang askar muda yang beri taklimat...all the girls beratur depan sekali dengar taklimat sambil gedik-gedik sikit ngan abang-abang askar tu...ngeheee..~
Perasaan eksited dah hilang bila tengok keadaan dalam Charlie tu..ingatkan ada steward/stewardess macam dalam MAS/Air Asia dan tempat duduk yang empuk-empuk untuk menikmati perjalanan 3 jam lebih yang selesa...last-last semua kena duduk bersila atas lantai Charlie dengan keadaan yang bising dan sangat padat dalam tu...rasa tak bernafas la...dah la panas lepas tu sempit...OMG see me komplen so much...dah la orang bagi free...adeiiii...~
This is the only pic yang dapat tangkap curi-curi dalam Charlie sebab masa taklimat sebelum naik Charlie lagi pak cik askar tu kata tak boleh ambil gambar..tapi si jakun ni ambil jugak senyap-senyap...yes..!!!
mata bersinar-sinar dalam gelap Charlie lepas dapat take 1 pic ni...
Masa dalam Charlie tu memang tak boleh sangat tidur lena sebab bising,panas dan sempit....
Tak hairan la semua lagu dalam handphone yang dulu tak minat dengar kena dengar juga sampai habis bateri handphone...
Alhamdulilah tepat jam 5 pagi waktu Jeddah kami semua selamat tiba di lapangan terbang King Abdul Aziz Jeddah Arab Saudi...
More updates soon..nantikan pula cerita dan pegalaman di Jeddah Arab Saudi...need to go now...chiowww...~
5 comments:
peh payah jugak nak sampai mlesia..
IJAT360 : yup bukn sng nk smpi m'sia..bsa la blik free mmg camni...hehehe
nak tanyo skit nih, aku xla pandai sgt ckp omputih or arab... ape punca masalah mubarak nih??? die kuku besi ka? gilo duit ka? gila jawatan ka??? ce bak mai cita skit....
coffee : hosni mubarak ni kuku besi segala bagai..dia nk ltak jwtn tp tak mhu sistem demokratik...dia nk anak dia yg ambil alih kuasa dia...mna boleh mcm tu...
nai charlie ni..best2 heeee
Post a Comment