23 July 2011

Pentingnya 25 Sen...

Haaaa nak bagitau kat semua betapa pentingnya duit dalam hidup kita ni kan...nak berak ngan kencing pun kena ada duit tahu tak sekarang ni....tambah-tambah lagi kat Egypt ni...duit ni boleh butakan mata arab-arab ni...kalau budak melayu ni diaorang pandang sengkek je...macam la kita ni tak berduit...contoh kat kedai makan la...kita order tapi lambat sampai...kadang-kadang nak amik order kita dah penghujung je waktu kedai dia nak tutup...tapi bila time nak bayar ko keluarkan duit besar-besar walaupun ko makan tu harga dia 10 genih je tapi tak pe ko bawak keluar 200 genih lepas tu bagi kat arab tu...biar dia terkial-kial cari duit kecik nak bagi ko balance...padan muka dia...

Tapi apa pun nak cerita la ngan korang ni satu cerita...hari tu lepas balik dari universiti aku pun amik la teksi nak balik rumah...penat la nak jalan tengah-tengah panas buta ni...kang sampai rumah mesti berair-air baju kena peluh...aku ni bab membasuh memang malas...kumpul baju seminggu baru la basuh secara pukal...tu pun kalau nak basuh..kalau hormon malas tu lebih dari jangkaan so 2,3 minggu la baru basuh baju...ok masa dalam teksi tu aku rasa macam ada sesuatu yang tak kena...oh rupanya aku lupa bawak dompet...oh damn...!!! macam mane nak bayar duit teksi ni...aku pun korek la beg aku...korek punyer korek dapat la 1.75 genih...kalau naik teksi kat Mansurah ni mesti 2 genih....so aku kekurangan 25 sen...hermmmm baru la aku tahu betapa pentingnya 25 sen tu kat Egypt ni...aku memang tak suka duit 25 sen kat Egypt ni sebab rupa dia annoying...ada pulak 25 sen erk..kalau kat Malaysia semua duit nombor genap...tetiba datang kat Egypt ada pulak 25 sen semua tu...



Ni la 25 sen Egypt...dah la warna tak menarik..cuba la letak warna hijau pucuk pisang ke tak pun warna oren baru la aku suka....


Boleh jugak didapati dalam bentuk syiling ataupun bentuk kuih donat...kacingggg..kacinggg...!!!~$$



Masa tu rumah aku dah nak dekat sampai...aku tengok pakcik teksi ni muka garang semacam je...adoiiiiii...!!!  acaner nak buat ni...kang tak pasal-pasal aku kena belasah dengan pak arab ni...arab ni bukan reti simpati bab-bab duit ni...poket doremon plak tak de masa tu...masa dah sampai kat kawasan rumah aku tu aku pun suruh pakcik ni berhenti kat tepi jalan...lepas tu korang tahu apa aku buat....jeng..jeng..jeng....!~









Dengan berbekalkan hidung jambu (inherited from my daddy,thanks dad) aku pun senyum selebar-lebarnya sambil buat muka sehabis innocent yang boleh kat pakcik teksi tu dengan mata terkebil-kebil tanpa berkata apa-apa pun....lebih kurang macam gambar kat atas ni la rupanya...then aku cakap aku tak cukup 25 sen kat pakcik tu...pakcik teksi tu menarik nafas sepanjang yang mungkin lepas tu hembusssssss....then dia cakap 
IT'S OK....


FUHHHHHHHH...!!!~LEGAAAAA.....


6 comments:

Unknown said...

25 sen jer,haha

SoLy SoLicious said...

waahh..25sen dalam btk wang kertas...menarik..p/s : hargai lah walau setiap sen..heeee

Muhammad Al-Afiq said...

amir aizat : a'ah 25 sen wujud disini...

SoLy SoLicious : betul2...kena hargai duit skrg ni...setiap sen berharga...

ZWAN SABRI said...

mmg la.. Arab ni depa rasa depa bangsa yang paling hebat.. btw, naseb bek pak arab tu x ngamok.. HUHU

MySuaraBlog: Dulu Lelaki Tapi Kini Wanita?

Amirah Rosli said...

HAHAHAHHAA..suka2 hati kau je nk suruh duit tu kaler oren.hahhaha.letak bawah ketiak arab la.baru oren.dengan pakej bau skali kau dpt.hahaha

Muhammad Al-Afiq said...

ZWAN SABRI : betul tu..tp dia ni still pemikiran tak maju..bila la depa ni nk maju agaknya...

Fatin Amirah : yucksss...tak pa la klau mcm tu tin...