27 October 2011

19 Perkara Tentang Muhammad Al-Afiq

Siapa Muhammad Al-Afiq tu.? Well if u want to get to know him let's explore here. It's time for Dora the explorer. Hoi.! senyap la ko Dora. Stop asking your bagpack and your little monkey and get a damn GPS already. Actually I made this entry because one of my readers keep asking who I am. Yeah betul jugak kalau kita tak kenalkan diri kita macam mana orang nak kenal kita ye dok. So let's sesi beramah mesra bertambah mutu bersama hos anda iaitu Afiq.

1- I merupakan manusia terakhir dalam family I. Ye I anak bongsu. Actually I ada adik tapi dah meninggal waktu lahir. Haaaa mesti cakap "eh,mesti manja kan". No I'm not. Only for certain reason je perlu bermanja-manja dengan kakak-kakak I or parents atas faktor utama ingin mendapatkan wang saku lebih setiap bulan so that's the time manja mulus akan datang automatiknya. I have 4 lovely sisters, seorang umi dan seorang ayah yang sangat supportive. *group hugs*

2- Suka kucing tapi tak dapat nak bela after I get sinus attack since I was 14 years old. My last cat was "hitam" and he was dead when I was 7 years old. Sungguh tragis kematiannya sehingga sangat noob waktu tu suruh ayah buat kenduri arwah untuk "hitam". I bila nampak kucing rasa nak cubit pipi kucing. Eh.! kucing ada pipi ke.? 

3- Tak suka tunggu orang dan ditunggu. I'm not very punctual macam askar tapi my umi dah treat I macam tu sebab dia sangat punctual ambil I sekolah dulu. Lambat 5 minit keluar dari gate sekolah memang selamat jalan romeo la ko nampaknya. Tak pasal-pasal kena naik bas jalan kaki balik rumah.

4- Favourite food ialah asam pedas umi I je yang masak. So kalau pergi tempat lain nobody can beat my umi punyer asam pedas. Sedap sehingga jilat pinggan macam kucing jilat bulu lepas makan gua cakap sama lu. And yes I suka makan pedas-pedas. Tak pedas tak sedap. I suka minum carrot susu tapi since datang Egypt tengok orang Egypt asyik 24 jam bancuh teh so tetiba minat teh pulak. Cara arab bancuh teh kat sini  unik dan tradisional sangat. Kalau ada masa I tunjuk cara diaorang bancuh teh ye.

5- As u guys can see on my profile, I'm so obses with Taylor Swift. Ye dia la ciri-ciri wanita idaman bakal isteri. She's just inspiring me a lot with her songs. I kagum cara dia naik sampai popular dan ada 26 juta fans kat facebook. Kalau tengok cerita pasal dia memang sedih masa sekolah dulu selalu kena buli dengan kawan-kawan tapi  akhirnya dia meletop popular dan kaya. Umur muda lagi dah ada aset berjuta-juta. I tak suka jadikan artis Malaysia sebagai idola atau apa-apa je la. Banyak yang tak boleh di ikut contoh dari yang boleh di ikut. Well I'm just saying.

6- Tak suka tengok cerita hantu. Dari dulu lagi memang tak minat dan takut citer-citer macam ni. Even hantu Kak Limah tu pun I tengok cover-cover jugak dengan bantal bila si Limah tu keluar. I suka tengok citer-citer yang kelakar. Macam komedi romantik tu sangat best. My favourite movies yang ulang lapan ploh kali tak jemu ialah "Prince and Me" dengan "Beauty & The Briefcase". Citer action pun minat jugak. I peminat setia series Spiderman. Oh I baru lepas tengok Captain America. Apa la ending citer macam tu. Tak banyak sangat action la citer tu.

7- I ada resdung dan kena bergantung kepada ubat. Kalau tertinggal lebih dari 2 hari tak makan ubat maka apabila bangun di waktu pagi I akan jadi monster mata merah,hidung meleleh dan bengkak. Serius tak cool monster ni.

8- Tak suka tidur dengan lampu tertutup. Bila balik Malaysia pasti bil elektrik naik melambung-lambung hingga ayah pelik. I memang tak suka gelap-gelap dan bunyi petir gedegangggggg. Terus cari sudut untuk bersembunyi. I memang penakut,ye sila la gelakkan I sekarang. But lately bila baca artikel kat hospital yang doktor I beri pasal tidur waktu malam kalau tak tutup lampu boleh menyebabkan kanser leukimea terus automatik tutup lampu waktu tidur. Oh.! damn...

9- Kalau tak boleh tidur I akan tengok movie A walk to remember. 15 minit movie bermula I akan tertidur. Sangat efektif dan sampai sekarang I tak tahu apa ending dia sebab bila tengok citer tu terus ngantok tidur. Walaupun ada kata citer tu best giler tangkap leleh sampai 2-3 kotak tisu habis satu malam tapi I rasa citer tu boring sebab buat I tidur. Oh ye satu lagi I suka baca buku Histology kalau susah tidur. A very good book for bedtime story. Buku tu memang berkesan kat budak-budak medik kalau susah nak tidur. Kami sangat galak menggunakannya.

10- I akan basuh rambut 3 hari sekali pakai syampu Dove warna biru tu sambil nyanyi  bila mandi. Bila nyanyi waktu mandi kelemumur akan hilang. Rambut rasa lembut dan ringan je. Cubalah. Ada gaya tak jadi promoter iklan syampu. *hair shake*

11- Memang lemah dengan subjek matematik dari dulu sampai sekarang. Bila tengok banyak-banyak nombor buat I lapar giler. Kadang-kadang kalau beli barang kat kedai pun kena buka handset cari kalkulator kira baki betul ke tak pak cik ni bagi. Tapi pandai-pandai la cover bila buka handset tu. Buat-buat tengah mesej.

12- I punyer saiz badan 32-26-30. Ok tipu. Tu saiz Miss Universe 2010 Mexico. Currently lilitan saiz pinggang I 29. Ramping kan.? Kalah J.Lo u olss.

13- Cepat bosan dengan sesuatu. Unless kalau betul-betul minat giler. Contoh I tak suka gadget-gadget macam hanset atau i-pad etc. Suka tu memang suka la dan kalau ada orang bagi free lagi best kan,tapi kalau I dapat I akan usha benda tu habis-habis sehari je. Lepas tu dah tak pandang dah. Harap kalau dapat bini tak la macam tu kan. Ok just kidding.

14- Boy band yang I minat sampai sekarang ialah kumpulan Blue dan Backstreet Boys. Best giler dengar lagu-lagu mereka. I siap joget-joget macam Nick Carter bila dengar lagu The Call. Sumpah cool group ni.

15- Warna biru dan ungu jadi kegemaran I. Tapi kan hari tu I ada baca kat blog sapa ntah,kata kalau laki pakai spender warna biru akan menjejaskan reproductive system. Ok done check I tak de spender biru. Fuhhhh lega.! I ada satu je baju t-shirt warna pink. Itu pun macam mana boleh terbeli ntah. Tapi bukan yang stricking pink la. Ni pink cair giler. Rasa sangat jambu bila memakainya.

16- I sangat suka budak-budak kecik apatah lagi baby-baby comel. Bila tengok mereka macam gummy bear dan rasa nak kunyah je sorang-sorang. Anak-anak arab kat sini semuanya gebu-gebu dan tembam. Kadang-kadang kalau geram sangat tengok budak tu comel I akan pergi kat dia sambil usik-usik pipi dia lepas tu cium. 

17- Tahu tak I suka Mickey Mouse. I ada banyak koleksi Mickey. Jam tangan Mickey,jam loceng Mickey,baju Mickey,frame gambar Mickey,sarung kamera Mickey,keychain Mickey. Semua nak Mickey. Macam budak-budak. Kanak-kanak ribena betul.! Dekat Melaka ada satu kedai Disney yang jual macam-macam barang cool Mickey Mouse. Mostly untuk orang dewasa la. I rasa kat Dataran Pahlawan kot kedai tu.

18- Masa umur I 6 tahun I jatuh katil sampai kena jahit dalam mulut. Agak ganas ketika tidur barangkali. Tak memasal tumbuh dimple/lesung pipit kat pipi. Then when I was 9 tahun ( I pun tak berapa ingat masa tu bila,ni just assume je ) I kena jahit kat kepala plak. Dah macam stunt man plak ko berjahit-jahit satu badan kan.

19- Nama Volaris kat Facebook Page I sebenarnya sebagai simbol sayang I kepada En.Md.Nor iaitu ayah I sebab dulu dia suruh dan teringin sangatttttttttt I jadi pilot. Volaris ni merupakan syarikat penerbangan yang terbesar dekat Amerika-Latin dan sangat popular dengan charity dia kepada masyarakat di sana. So that's why I letak Afiq Volaris. Sometimes bila kat kuliah ramai kawan-kawan panggil I nama tu. Kalau tanya "kenal tak Afiq".? Semua akan pikir doploh minit tapi kalau kata "kenal tak Afiq Volaris", maka 2 saat je diaorang jawab. 


Ni hanya sebahagian je yang I rasa I teruja nak kongsi dengan readers semua. Actually banyak lagi. Tapi cukuplah 19 ni dulu ye. Nak tahu kenapa 19 je I bagi.? Sebab....ada la. Kuang ajar kan ayat cam tu.








Nota kaki : Thank you for reading this entry. Your comment,facebook share and like keeps me going. I really appreciate that. I really thank you each one. Insyallah I akan balas setiap komen kalau tak busy. Ok bye, assalamualaikum. Oh today is my birthday.! 






22 October 2011

Ramai Tak Nak Kahwin Dengan Bakal Doktor.?

Tajuk entri macam sedih je kan. Ye sadis sungguh siapa yang amik medic ni. Orang dah cakap jadi ustaz tak mau dengar.! Kalau I jadi ustaz.....ermmmmm jap bayangkan. Ok memang tak terbayang langsung. Hari tu ada baca entri kat Blog Joe pasal kenapa dia tak nak kahwin dengan bakal doktor. So agak menarik jugak topik ni kita bincangkan. Bila dah habis baca tu tengok komen dia memang habis si Joe ni kena sembur ngan kebanyakannya budak medik rasanya. Semua tak setuju dengan apa yang dia cakap. Tapi bila I baca balik agak betul jugak apa yang Joe cakap ni. That's why I tak nak bakal isteri doktor. Eh.! Budak Mansoura jangan komen kat entri ni ye. Biasa la semua benda ada pro and cons dia kan macam rambut Rosmah dan Najib. Ok tak da kena mengena. Benda ni macam typical bila tengok last sekali doktor kahwin dengan doktor sebab masing-masing faham kesibukan kerja. Tapi disebabkan I pun budak medik so I nak bangkang brader Joe ni. Sebab apa.? Suka hati I la kan...lalalala can malichan..!~

Brader Joe kata kalau kahwin dengan doktor nanti dia tak boleh peluk isteri malam-malam. Kena peluk bantal pulak dah. Ye tu memang betulnya. Kengkadang tetiba ada orang eksiden kena plak terpesok bawah Viva putih lepas tu cedera parah, so on call la doktor-doktor ni. Tengak syok "bekerja" shift malam dengan suami kat rumah tetiba kena plak kerja kat hospital. Potong stim betul. Tapi,tapi kan sekarang orang dah boleh kerja amik shift la. So siapa doktor yang dah kahwin tu tak yah la nak kerja on call ni. Call je "telepon" suami kat rumah tu. Eh kenapa I rasa sangat lushah apabila membuat entri ini. Ok back to the topic. Suruh la doktor yang muda-muda blom kahwin tu kerja on call. Mentang-mentang gaji on call doktor dah naik sampai RM 80 sejam masing-masing mula lettew nak gedik-gedik buat on call. Tapi I rasa macam tak berbaloi je RM 80. Patut kena up lagi ni. Huh mata duitan betul.!

Ada kawan I tanya "wei ko belajar medik ni memang busy je ea".? I pun tak tahu la nak jawab macam mana. Tak la busy tapi agak penat la. Otak yang penat sebab lecture je dah berjam-jam satu subjek. Kelas start pukul 8 pagi sampai 4 petang NON-STOP ok.! Kami nak sembahyang pun curi-curi keluar dewan kuliah jap nak sembahyang. Nak makan lagi la tak de masa. Kalau nak makan dalam lecture hall nanti kena halau dengan doktor. So biar je la perut nyanyi lagu Nicki Minaj-Super Bass dulu sampai habis praktikal. Oh lepas tu Joe cakap budak pompuan yang amik medik tak reti bergaya. Haaa bab ni I rasa tak betul jugak. Ingat budak pompuan medic ni tak da style ke. Ada tau dan kalau tak percaya tengok si Fatin Liyana tu. Fesyen tudung pashmina Hana Tajimok pun diaorang tahu. Tapi kalau nak kata style bebeno macam pelajar akauntan ataupun mascom memang tak la. Bukan tak reti bergaya tapi kurang sikit. I selalu jugak perhati awek kawan-kawan pompuan I bila ke kelas. Kalau diberi grade, I rasa dalam C+ barangkali. Yela mana la sempat nak tepek bedak gincu semua tu. Tengah hari mekap dah cair. So nampak sikit macam dull la penampilan diaorang tapi otak shiny jer. Pakaian pun biasa-biasa je. Tapi cer tengok bini Sheikh Muszapahar doktor jugak kan. Pandai jer bergaya. Kalau nak suruh doktor-doktor ni bergaya pakai heels supaya nampak macam model memang tak dapat la. Mau lumpuh diaorang ni kena round ward tengok patients pakai heels. So suami kena paham la kalau dapat bini doktor. Kalau nak sangat suruh bini pakai heels malam-malam atas katil. Fuhhhh seksi beb.!



iklan jap...penat duk membaca je kan.


Lagi satu point yang brader Joe cakap. Dia kata kalau bini lebih bijak dari kita susah sikit. Alaaaaa itu tak berapa penting sangat. Kalau dah jodoh nak buat macam mana ye dok. Bagi lelaki mungkin agak tercabar sikit kelakian diaorang bila bini jauh lebih berjaya dari diaorang. Tersentap telor masing-masing mungkin bila tengok gaji bini 5 atau 6 angka sebulan tapi gaji dia tak seberapa. Susah jugak kalau persepsi masyarakat asik pikir camni je. Habis la tak laku doktor-doktor pompuan ni nanti. So kalau macam ni boleh bincang sesama la. Jangan la plak bini duk sombong dapat slip gaji pegi tunjuk kat suami nanti. Tak memasal janda terus ko senah.! Para lelaki mesti la kerja kuat sikit ye. Kerja siang untuk rezeki dan kerja malam untuk bini. Eh.! ye ke. Lelaki kena tanam azam lebih sikit. So sesapa yang bernama Azam berhati-hati lepas ni sebab mungkin anda akan ditanam. Ok bukan macam tu tapi kena usaha lebih sikit la bila tahu ko dah ada girlpren bakal doktor. Mana tahu dari pekerja biasa jadi pengurus lepas tu dah jadi bos. Tak ke best macam tu.

So konklusinya, eh dah macam karangan plak siap ada perenggan penutup kan. Ok sebagai kesimpulannya kerja doktor sangat mulia. Laaaa tu je konklusinya. Tak da motip langsung. Sebenarnya I nak cakap kalau dah jodoh nak buat macam mana kan. Kita kena pandai la nak selesaikan masalah-masalah lepas dah kahwin. Perghhhhh macam Dr.Fadilah Kamsah plak aku menasihat padahal tak kahwin lagi. Tapi apa pun terima je pasangan anda tu ye seadanya. Peduli la apa orang nak kata kalau tak pandai bergaya ke atau gaji tinggi dari suami, janji hidup bahagia kan. I rasa brader Joe ni selalu tengok Grey's Anatomy la kat rumah dia. Tapi I rasa benda ni jadi masalah kat bakal doktor pompuan je kot sebab susah nak cari laki yang berkerjaya tinggi. Kalau bakal doktor laki mungkin tak de masalah rasanya. I dah berazam tak nak jadi doktor yang biasa-biasa. Must be awesome doctor. Tak mau bangun pepagi pergi kerja then lepas kerja balik rumah tengok berita tengah malam dengan kain pelikat macam tu and sambung sequence dia over and over again sumpah tak cool. Nak jadi macam Patrick Dampsey dalam Grey's Anatomy doktor yang awesome dan seksi. Auwwwww.....Kelas kau maria.!




Kalau jadi doktor macam ni konfem orang yang tak sakit pun sanggup jumpa doktor hari-hari. Eh.! ada iras-iras I sikit la. Ok buwekkkkkkk sila la cerca I.





17 October 2011

I Miss Another Convocation

Tora datang lagi dengan permainan yang melucukan. Lama tak update blog. Ni sempat update sikit sebelum lupa. So tak yah la nak bebel pasal jarang update blog. Bukan malas cuma kurang rajin. Tajuk entri bukan ingin berbicara tentang konvokesyen I yang memang tak tahu ada ke tak bila I graduate nanti sebab mostly kat Mesir ni tak da majlis konvokesyen. Arab malas nak buat. Lepas amik result final year kat dean office masing-masing balik rumah macam tu je. Sound pathetic right. Univ kat Mesir tak macam Malaysia ada konvo. Tu la saat yang semua mahasiswa/mahasiswi tunggu-tunggu lepas dah penat belajar berhempas pulas tapi langsung tak da penghargaan. I rasa la macam tak da. Tapi Univ Al-Azhar je yang ada. Eh dah ke laut pulak nak bercerita. Ok mari kita pulang ke desa semula.

I miss another big day untuk kakak sulung I. Ni kali kedua I terlepas konvo kakak I. Angah I dulu pun I terlepas masa dia konvokesyen kat UUM last year. Kalau nak tahu betapa kesiannya Angah I konvo tahun lepas dengan hujan banjir sila la baca kat sini. This year kakak sulung pulak konvo dekat UIA and yeah I miss lagi. Kalau la ada pintu kucing biru gemuk si doremon boleh I curi-curi balik kejap. Woi doremon gemok mana kau. Meh bak pinjam aku pintu ko tu kejap. Maka doremon pun lari sebab dia tak tahan dengan debu pasir kat Mesir ni. Woi jangan lari.! Nasib kakak ada tangkap pic. Boleh la tengok-tengok gambar tu sambil meratap sayu tepi tong gas.



Kakak keluar dewan dengan senyuman. Terer sapa yang candid pic ni.!
Sungguh manis.




Support.! Support.!
Kalau I ada lagi cantik gambar ni rasanya. (ayat sedapkan hati).



Ni pak long I. Berwilcha amik scroll masa konvokesyen sebab eksiden terpesok bawah Viva putih. Dengar citer dia paling glamour dalam dewan tu. Yang bukan ahli keluarga dia pun menangis tak tentu pasal tengok pak long naik pentas dengan wilcha amik ijazah dia. Senator tu pun terperanjat sebab ingatkan usop wilcha tapi rupanya pak long I buat drift corner sengat kiri sampai telinga cecah pentas dewan tu. Saja buat tambahan bagi menarik sikit cerita ye dok. I rasa la diaorang mesti pikir pak long I OKU. Tu sebab semua terharu nangis dalam hati kata "waaa orang OKU pun boleh berjaya". I rasa la. Mampus la aku kalau pak long aku baca. Tapi dalam banyak-banyak gambar yang angah upload kat fb dia, I rasa ni la mahasiswa dan mahasiswi yang paling comel pernah I tengok.

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-


Tak sangka comel parents I bila pakai topi tu. Ayah I dah macam papa yokies plak. 

Kena tunggu Acik I la pulak konvo. This time kena jumpa jugak dengan Doremon merayu mintak dia bagi pinjam pintu ajaib tu. Tak kira.!


Nota kaki : Ni update main-main. Nanti I update serius-serius dengan pelbagai cerita. Keep update with me people. Thanks for like,comments and etc. Bye.!







1 October 2011

Journey of Doctor to Be - Clinical Attachment Part 2

Hai semua. Bertemu lagi kita untuk tour yang seterusnya. Dah bersedia.? Sapa yang kasut dah haus tu boleh beri dia minum .Eh.! bukan. Sila beli baru sebab kita akan jalan-jalan sehingga kaki lenguh nak tercabut lepas ni di hospital ye. Tak lain tak bukan tour guide anda semua ialah Afiq Volaris. Oh btw how our previous tour hari tu. Feedback please. Yela sebab nak improvekan ketouran I ni. Ada ke ayat macam tu.? Belasah jela. Janji ada bunyi.



Sebelum kita ke destinasi cinta,eh salah destinasi yang nak dituju kena la buat briefing sikit. Sedikit taklimat dan sesi bercerita pasal apa yang dipelajari semalam. Masa ni semua kena amik part. Kena share apa yang dibuat semalam. Misal kata semalam dapat ngorat doktor arab hensem muka macam Amr Diab pun kena bagitau sebab senang yang lain pun nak mengusha. 



Setelah semuanya selesai bercerita dan share nombor telepon doktor hensem atau cantik maka meh kita serbu bilik doktor dan pesakit. Patients memang suka kita melawat dia. Kali ni kita serbu wad dada. Suka lettewww dengar dada-dada ni kan. Kalau bahasa penjajah kita panggil "chest department".



Lajuuuuuu je memasing duk serbu kan wad dada ni. Tak sabar nak tengok dada la ni. 

Tapi malangnya dada tak dapat ditengok. Ada sikit je patients kat wad dada ni. Patients semua cover dada. Jadi kita pecah dua group. Group A dapat tengok dada tapi group B kena jumpa doktor allergy. OMG I am unlucky sebab tercampak group B. Ok dah tak boleh tengok dada. Danggggggg...!!!



Tapi disebabkan doktor ni best yang teramat dengan penerangan dia maka terubat sedikit kemarahan yang membara di dada ini. Ok stop talking about dada. Now we in chest department tapi kita ke unit allergy and outpatients punyer tempat ye. Allergy ni macam lebih kurang ada kaitan dengan asthma,cough dan lain-lain lagi la. So tanpa membuang masa, I dengan rela hati jadi volunteer untuk ditest oleh doktor about my allergy.




Yang bekas botol-botol kecil tu adalah serum yang diperoleh dari pelbagai sumber untuk tahu kita ni allergy apa. Macam-macam serum ada. Contohnya serum pollen,air liur kucing,buah strawberi,kacang soya,air liur anjing dan khinzir,kutu dan habuk pasir. So let's mengetest I allergy apa. Disebabkan I ada resdung maka banyak jugak la yang positif result dia. Yang garis-garis dengan pen tu nanti bertukar jadi bebola merah bila dicucuk dengan jarum kecil. So kalau ada bebola merah tu nampaknya result positif dan I tak boleh sentuh ni tak boleh makan itu dan ini. Oh terasa nikmat dunia ditarik.!




Next station kita pergi ke wad ICU pulak. Wad ICU sini sumpah tak cool. Tak nampak macam ICU langsung. Tapi apa nak buat kita bukan di Malaysia tapi kita di Mesir. Take note that pelawat-pelawat semua ye.



Kena check dan diagnosis patients punya file. Kalau tak camne nak buat report nanti. Dimaklumkan bahawa doktor kat sini english education kena belajar dengan usop wilcha la nampaknya. Ayat mereka sumpah kelakar. Ooopppsss sori doktor. Tapi ada satu patients tu bila kami tengok file dia ada seorang nurse yang sangat garang merampas file dari tangan kami. Tanjat boboi tau.! Rupa-rupanya patients tu ada HIV dan peliknya kenapa la ko tak asingkan dia kat tempat lain. Terus amik sanitizer dalam beg bubuh kat tangan cepat-cepat. Take note ye betapa bahaya jadi doktor ni.


*End of the day*
Eh.! dah habis.? Tak dapat lagi kot nak tengok dada.
Ok redha je la.



Hari yang seterusnya tak dibiarkan berlalu begitu sahaja tanpa secawan lipton. Ok iklan tamat. The next day was the most exciting day for me. Finally dapat jugak ke O&G department. Ni department yang I suka sebab dapat tengok baby yang comel-comel. Dah ready semua nak tengok baby yang comel dengan orang yang comel ? Let's cekidaud.



Datang-datang je hospital terus doktor suruh masuk operation room sebab ada wanita ingin melahirkan anak beliau. Muka memasing baru bangun tidur terus segar. Ni bukan normal delivery ye tapi pembedahan. Kalau pembedahan nampakanya ada masalah la dekat baby atau mak baby tu. Sama ada kes baby besar,mak menghidap penyakit yang bahaya atau baby dalam berada dalam keadaan songsang kepala atas kaki bawah. Malangnya kamera not allowed during this time. So just kat luar operatin room je la. Tengok dah macam ninja I pakai baju bedah ni. Sumpah tak cool wei. Macam orang nak ke bulan pun ada tapi baju low cost bajet.




Hasil untuk hari ni je dah dapat macam-macam kes. Pagi tu ada kes bayi besar. Serius besar giler. 5 kg berat baby tu. Ko mampu.? Ni sebab mak dia menghidap penyakit diabetis. Baby macrosomia penyakit ni. Dilahirkan tak cukup bulan tapi besar sebab placenta mak dia tak dapat nak function dah. So doktor terpaksa keluarkan. Bila tengok baby tu terus I teringat arwah adik I yang meninggal sebab kes yang sama. The next day I datang I tengok baby tu dah tak da sebab doktor tu kata dia ada banyak komplikasi kat jantung dan limb dia dan terus dihantar ke wad kanak-kanak biasa. I pray everything goes well. Ok pic yang bawah tu twins. Comel kan. Suka kalau dapat anak twins. Tak yah beranak banyak kali. Eh.! macam I plak yang beranak.




Ni baby favourite I sebab dia satu-satunya hero hari tu. Yang lain bila keluar semua keluar bunga tapi petang tu before I balik I nampak baby boy. Teruja tau. Ni baby Ahmad Nur Islam. Kulit flawless,mata biru,rambut blonde. So handsome. Clap clap clap .!!! Dua-dua comel kan. Eh.! tak tak tak. Sorang je comel. Yang baju biru tu. Eh.! sekali lagi.





I sedikit kecewa sebab baby Ahmad tak suka I. Bila dipegang oleh si pemegang yang suka memegang baby-baby comel terus dia palingkan muka dari I. Tu ayah baby Ahmad.  Lepas dah puas cium-cium si Ahmad ni sampai dia lemas,cubit-cubit pipi dia terus lena tidur. Comel sangatttttt kan macam doktor yang sambut dia. Ok yang tu mengada.!




Last baby of the day. Another baby Ramadhan sebab masa tu bulan puasa diaorang lahir. Ni baby girl. Baby ni suka main tahan-tahan nafas dengan doktor sebab nak bagi doktor cuak.Good trick girl.!Chomelnyer baby ni....





Chomel tak chomel tak  chomel tak chomel tak chomel tak chomel tak. Oh dilema la pulak nak buat decision sebab tak tahu antara duaaaaa. Diam la kau Adam ngan Farah. Cepat buat decision kalau tak tour guide tinggalkan korang.!





So my last day still on the O&G department. But this time around kat normal delivery. 



The first patients yang nak deliver pagi tu. Memang agak takut sikit sebab nak kena push-push dan dengar rintihan pesakit ni. First time tengok normal delivery LIVE memang gerun. Semua bulu naik,tak kisah la bulu roma ke bulu kaki ke bulu ketiak ke semuanya naik. Once doktor dah check pembukaan vagina patients dan rasa-rasa boleh contract so masa dah time la untuk beranak. The first time I heard that woman cried out so loud sampai macam dah nak mati pun ada sebab kena push kuat-kuat sampai kepala baby tu keluar. Memang sapa tak sayang mak dia memang anak durhaka la jawabnya. Suasana dalam bilik tu rasa lain macam and I can feel that. Kalau kat Egypt ni ahli keluaraga memang tak dapat tengok. Masuk hospital pun doktor tak bagi sebab tempat dia limited dan sempit. Jadi kami student-student medic ni yang bagi sokongan kat perempuan tu supaya push kuat-kuat. At one moment perempuan tu berhenti teran sebab dah tak tahan sakit tapi doktor still paksa lagi sebab kepala baby tak nampak lagi. Jadi kami bagi semangat kat dia and the final scream tu memang boleh berdesing telinga dengar dia menjerit. Betapa susahnya mak-mak kita nak lahirkan kita. Tu baru sorang. Kalau 12 orang mahu tak perit tu. So sayangilah ibu anda semua. Oh umi engkaulah ratu hatiku,bila ku berduka engkau hiburkan selalu,umi engkaulah ratu hatiku,minumlah susu Fernleaf untuk tumbesaran anak anda. Ok iklan  fernleaf tamat.




Ni la hasilnya. Baby girl. Terus mak dia letak nama Jannah sebab bayangkan syurga lepas beranak kan dia kot. So cute.!




Masing-masing duk ngetest pegang Jannah. Ada rupa bakal-bakal ibu mithali tak.? Kalau lu berkenan boleh contact gua lor. Eh.! dah macam bapak ayam plak aku.




I pun nak test gak. Ada rupa abang yang baik tak. Tapi kan bila I publish kat facebook semua duk cakap gaya I macam ayah muda. Damn.! Muka bahagia dapat anak pertama. Damn.! Ada muka bapak orang ke ni.? Tak kannnnn...(sambil pegang pisau kat tangan)





Selepas semua dah melekit-lekit berpeluh seharian dengar jeritan-jeritan terus gegendang telinga jadi shock kejap. Dengar pompuan nak beranak pun boleh berpeluh tau. So as last moment as a team we took pic as remeberance. This is truly candid and I loike it. Hope to see u guys again. The joyful that we shared together was so beautiful to memorize it. Semoga ilmu yang kita dapat boleh digunakan bila dah jadi doktor nanti dan housemanship ye. Last but not least here a video yang korang wajib kena tengok sebab ni satu-satunya video yang I dapat record masa Jannah baru lepas lahir. Freshie dari ladang lagi tu u olss. It's kind of funny actually bila nak tukar kan baju tapi tersilap pakai. Do watch it guys. Bye.!









Nota kaki : I akan berehat sebentar dari berblogging due to some reason. This will be temporarily. I have to do what I have to do. Sorry sebab tak menulis untuk korang dalam tempoh masa yang agak panjang. Insyallah kita jumpa next entry tapi tak tahu bila. Thank you for reading this entry. Your comment,facebook share and like keeps me going. I really appreciate that. I really thank you each one. Insyallah I akan balas setiap komen kalau tak busy. Ok bye, assalamualaikum.